Sunnah Sahih Nabi

Sunnah Sahih Nabi Laman ini hanya memaparkan maklumat dan pautan berkaitan ilmu agama lslam yang sahih sahaja melalui

Doa Kelahiran Anak Baharuبَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْ...
22/12/2025

Doa Kelahiran Anak Baharuبَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوبِ لَكَ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
"Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini, dan engkau mensyukuri p**a mensyukuri dia dia Pemberinya. Semoga dipelihara sehingga dewasa dan mendapat layanan yang baik daripada anak ini". (An-Nawawi, Kitdbul-'Athkarp. 349, and Sahihul-'Athkar2/7l3 by Saleem Al-Hilali) https://sunnah.com/hisn:145

Doa Buat Kelahiran Baru & Jawapannya.

Bukti Allah beristiwa di atas Arasyاللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّا...
22/12/2025

Bukti Allah beristiwa di atas Arasy

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ مَا لَكُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
"Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa di atas ‘Arsy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong mahupun pemberi syafaat selain daripada Dia. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (Surah As-Sajadah: 4)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Kesimp**an dalam polemik beberapa hari lepas dengan Mohd Al-Amin Al Azhari , kita dapati kalam Al Imam Al Mujtahid As Syafie mengenai aqidah Allah tidak bertempat ialah riwayat DUSTA, pembohongan yang jahat keatas Imamuna As As-Syafie رضي الله , ini jenayah akademik yang serius dan tak patut wujud dalam sejarah keilmuan islam, merosakkan keaslian aqidah Imam Syafie sendiri.

Alhamdulillah juga. Kita telah berlaku adil dengan meminta sanad dari pihak Aswaja yang membela kalam ini, dan kita telah beri masa yang sangat mencukupi dan jawab balas yang cukup banyak sehingga beliau mula mengubah topik, ternyata mereka GAGAL juga membuktikan apa-apa sanad, malah menggunakan alasan paling bodoh yang pernah wujud iaitu alasan mungkin hilangnya manuskrip asal yang mengandungi kalam Imam As Syafie ini.

Riwayat Az Zabidi ini riwayat yang jelas dusta dengan kadar PENDUSTAAN yang melampau, kerana Imam As Syafie mempunyai murid yang ramai yang mensyarahkan Aqidah Imam Syafie, dan mempunyai jalur keilmuan yang mencapai ratusan ribu sepanjang tempoh SERIBU tahun, mustahil dalam ratusan ribu ulama' sepanjang seribu tahun, tidak ada seorang pun yang meriwayatkan kalam ini , dan tiba-tiba ditemui manuskripnya oleh Az Zabidi yang hidup pada 1200 hijrah, hampir seribu tahun bezanya dengan Imam As Syafie.

Inilah pembohongan yang nyata, maka wajib manusia meninggalkan perkataan bohong sebegini untuk membela manhaj mereka.

Manhaj yang benar tidak perlukan penipuan untuk menyokong manhaj mereka, manakala manhaj yang s**a menipu sudah tentulah mereka berada di jalan yang sesat.

Wallahua'lam.

22/12/2025
Tidak Sunnah Azan Ketika Menurunkan Jenazah ke dalam KuburImam Abu Bakr Ad-Dimyathi yang bermadzab Syafi'i menegaskan:“K...
22/12/2025

Tidak Sunnah Azan Ketika Menurunkan Jenazah ke dalam Kubur

Imam Abu Bakr Ad-Dimyathi yang bermadzab Syafi'i menegaskan:
“Ketahuilah, sesungguhnya tidak disunahkan adzan ketika (mayit) dimasukkan ke kubur. Tidak sebagaimana anggapan orang yang mengatakan demikian karena menyamakan keluarnya seseorang dari dunia (mati) dengan masuknya seseorang ke dunia (dilahirkan).”
📚 (I’anatuth Thalibin, 1:268)

••
Baca Caption nya yaa...
---------
Hadits diatas digunakn oleh sebagian orang untuk melegalkan azan sebelum menguburkan mayit...

Para ulama dari berbagai madzhab sepakat bahwa sama sekali tidak terdapat anjuran untuk melakukan adzan ketika memakamkan jenazah.

📌 Imam Abu Bakr Ad-Dimyathi yang bermadzab Syafi'i menegaskan:

“Ketahuilah, sesungguhnya tidak disunahkan adzan ketika (mayit) dimasukkan ke kubur. Tidak sebagaimana anggapan orang yang mengatakan demikian karena menyamakan keluarnya seseorang dari dunia (mati) dengan masuknya seseorang ke dunia (dilahirkan).”

📚 (I’anatuth Thalibin, 1:268)

Allahu'alam
----------
follow ⠀
follow ⠀
----------

Semoga Allah balas dengan pahala yang setimpal
22/12/2025

Semoga Allah balas dengan pahala yang setimpal

Walau dihentam seteruk mana,
Walau diserang sedahsyat mana,
Mereka tetap akan bangkit.

Rakyat Gazzah tetap tak akan mengaku kalah.

Mereka tak akan meratap segala kesedihan dengan begitu lama.

Tapi mereka terus pandang ke depan dan segera bangkit membina semula tanah air mereka.

Semoga Gazzah terus kuat dan segera pulih ❤️

'Ihsan for All'

Ibn Hajar berkata: لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح ل...
22/12/2025

Ibn Hajar berkata:
لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة
Maksudnya: Tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, begitu juga (tidak ada riwayat) tetang berpuasa padanya, dan berpuasa mana-mana hari daripadanya secara khusus, begitu juga tentang menghidupkan malam tertentu padanya.

Adakah terdapat hadis sahih tentang kelebihan khusus doa pada malam 1 Rejab bahawa doanya mustajab? Tidak ada hadis yang sahih disandarkan kepada baginda khusus berkaitan hal itu. Cuma yang ada riwayat anjurannya dalam sebahagian kitab para ulamak terdahulu.

Ibn Hajar:

لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة

Maksudnya: Tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, begitu juga (tidak ada riwayat) tetang berpuasa padanya, dan berpuasa mana-mana hari daripadanya secara khusus, begitu juga tentang menghidupkan malam tertentu padanya.

Walau bagaimanapun, bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram. Ibadah yang dilakukan pada bulan haram mempunyai kelebihan dibandingkan bulan lain. Perbanyakkan ibadah dalamnya.

Dr Rozaimi Ramle

TADABBUR AL-QURANSURAH AZ ZUMARGhulam Al DakwahUstaz Abd Muein Abd Rahman(SIRI 3 Ayat 4)https://youtu.be/lWj1GdB3zfM    ...
22/12/2025

TADABBUR AL-QURAN
SURAH AZ ZUMAR
Ghulam Al Dakwah
Ustaz Abd Muein Abd Rahman
(SIRI 3 Ayat 4)
https://youtu.be/lWj1GdB3zfM

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Imam As-Suyuthi berkata ibu-bapa Nabi ﷺ mati musyrik, dihidupkan kembali dan beriman kepada AllahImam As As-Suyuthi berh...
22/12/2025

Imam As-Suyuthi berkata ibu-bapa Nabi ﷺ mati musyrik, dihidupkan kembali dan beriman kepada Allah

Imam As As-Suyuthi berhujjah dengan hadis ini.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ إِلَى الْحَجُونِ كَئِيبًا حَزِينًا فَأَقَامَ بِهِ مَا شَاءَ رَبُهُ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ رَجَعَ مَسْرُورًا، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَزَلْتَ إِلَى الْحَجُونِ كَئِيبًا حَزِينًا فَأَقَمْتَ بِهِ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ رَجَعْتَ مَسْرُورًا، قَالَ: «سَأَلْتُ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ فَأَحْيَا لِي أُمِّي فَآمَنَتْ بِي
Bahawasanya Rasulullah ﷺ pergi ke Hajun dalam keadaan berduka dan bersedih. Baginda ﷺ menetap di sana selama mana yang dikehendaki oleh Tuhannya, kemudian kembali dalam keadaan gembira.
Aku pun bertanya:
"Wahai Rasulullah, engkau pergi ke Hajun dalam keadaan sedih dan menetap di sana selama mana yang dikehendaki Allah, kemudian engkau kembali dalam keadaan gembira. (Apakah sebabnya?)"
Rasulullah ﷺ menjawab:
"Aku telah berdoa kepada Tuhanku, lalu Dia menghidupkan kembali ibuku. Ibuku pun beriman kepadaku, kemudian Allah ﷻ mewafatkannya kembali." (Hr Ibnu Syahin No 656)

Ibu Bapa Nabi saw ialah ahli syurga?

Disebabkan permintaan pembaca yang ingin mengetahui pandangan minoriti yang mengatakan ibu-bapa Nabi saw tidak kafir dan masuk syurga yang bercanggahan dengan pendapat majoriti para Ulama' yang mengatakan Ibu-bapa Nabi saw di neraka sebagaimana yang kami telah tulis sebelum ini, boleh baca disini.

https://www.facebook.com/share/p/1A3wCeMvet/

Adapun pendapat yang syaz dan minoriti terbahagi kepada 2 pendapat.

1- Pendapat Syiah, yang mengatakan Ayah para Nabi tidak pernah kafir kerana mereka Ahlul fatrah, mereka mentakwilkan "ayah" dalam ayat itu sebagai Ayah saudara, bukan ayah kandung, seperti itu juga ayah Nabi Ibrahim Azar, yang dimaksudkan Azar itu ialah ayah saudara Nabi Ibrahim, bukan ayah kandungnya.

2- Pendapat Ahlus sunnah yang terpencil dan yang masyhur hanyalah pendapat 3 orang ulama' iaitu Imam As-Suyuthi, Imam Al Qurthubi dan Imam Ibnu Raslan As-Syafie, yang mereka mengatakan ibu-bapa Nabi saw sebenarnya mati musyrik, kemudian dihidupkan kembali dan kemudian mereka beriman kepada Allah.

ULASAN .

1- PENDAPAT SYIAH.

Pandangan yang mengatakan, Bapa para Nabi tidak pernah kafir , dan yang dimaksudkan ialah "bapa saudara" ialah pendapat yang tertolak dalam Ahlus Sunnah wal jamaah, ini disebutkan sendiri oleh Ulama' Asya'irah.

Kata Imam Ar-Razi.

قَالَتِ الشِّيعَةُ: إِنَّ أَحَدًا مِنْ آبَاءِ الرَّسُولِ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ وَأَجْدَادِهِ مَا كَانَ كَافِرًا وَأَنْكَرُوا أَنْ يُقَالَ إِنَّ وَالِدَ إِبْرَاهِيمَ كَانَ كَافِرًا وَذَكَرُوا أَنَّ آزَرَ كَانَ عَمَّ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ

"Syi‘ah berkata: "Sesungguhnya tidak seorang pun daripada bapa dan datuk Nabi صلى الله عليه وسلم yang kafir. Mereka (Syi‘ah) juga mengingkari bahawa bapa Nabi Ibrahim عليه السلام kafir, dan mereka berkata bahawa Azar (yang disebutkan dalam al-Qur’an) ialah bapa saudara Nabi Ibrahim عليه السلام (bukan bapanya)”
(Tafsir Ar-Razi Jilid 13 ms 32)

Kemudian Ar-Razi menyambung.

وَأَمَّا أَصْحَابُنَا فَقَدْ زَعَمُوا أَنَّ وَالِدَ رَسُولِ اللَّه كَانَ كَافِرًا وَذَكَرُوا أَنَّ نَصَّ الْكِتَابِ فِي هَذِهِ الْآيَةِ تَدُلُّ عَلَى أَنَّ آزَرَ كَانَ كَافِرًا وَكَانَ وَالِدَ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ.

"Adapun para ulama kami (Ahlus sunnah wal jamaah), maka mereka berpendapat bahawa ayah Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah kafir. Mereka juga menyebutkan bahawa nas al-Qur’an dalam ayat ini menunjukkan bahawa Azar adalah kafir, dan Azar adalah ayah Ibrahim عليه السلام."
(Tafsir Ar-Razi Jilid 13 mukasurat 33)

Kata Imam Shihabuddin Ar-Ramli.

(سُئِلَ) عَمَّنْ قَالَ لَا أَحَدَ مِنْ آبَاءِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَوْ آبَاءِ الْأَنْبِيَاءِ - عَلَيْهِمْ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ - كَانَ كَافِرًا، وَأَنْكَرَ أَنْ يُقَالَ أَنَّ وَالِدَ إبْرَاهِيمَ كَانَ كَافِرًا وَذَكَرَ أَنَّ آزَرَ كَانَ عَمَّهُ وَمَا كَانَ أَبَاهُ هَلْ هُوَ مُصِيبٌ أَوْ مُخْطِئٌ؟

(فَأَجَابَ) بِأَنَّ الْقَائِلَ الْمَذْكُورَ مُخْطِئٌ فِي قَوْلِهِ مُتَّبِعٌ فِيهِ رَأْيَ الشِّيعَةِ وَهُوَ مُخَالِفٌ لِلْكِتَابِ الْعَزِيزِ وَالسُّنَّةِ الصَّحِيحَةِ وَلِمَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَغَيْرُهُمْ
"Ditanya tentang seseorang yang berkata bahawa tiada seorang pun daripada bapa Rasulullah ﷺ atau bapa para nabi عليهم الصلاة والسلام yang merupakan kafir. Dia juga menolak untuk mengatakan bahawa bapa Nabi Ibrahim adalah seorang kafir dan menyebut bahawa Azar ialah bapa saudaranya, bukan bapanya. Adakah dia benar atau salah?

Maka dijawab bahawa orang yang berkata demikian adalah salah dalam ucapannya kerana dia mengikuti pandangan Syiah. Pendapat itu bertentangan dengan al-Kitab al-‘Aziz (al-Quran), sunnah yang sahih, dan apa yang dipegang oleh Ahlus Sunnah serta selain mereka"
(Fatawa Ar-Ramli Jil 4 mukasurat 321)

Disini kita jelas, sesiapa yang mengatakan bapa-bapa para Nabi mustahil kafir dan yang ditakwillan bapa Nabi dan Bapa Ibrahim Azar sebagai "bapa saudara" ialah pandangan Syiah yang bertentangan dengan pandangan ahlus sunnah wal jamaah.

2- PENDAPAT MINORITI SUNNI.

Seperti pendapat Imam As-Suyuthi, Imam Al Qurthubi dan Imam Ibnu Raslan As-Syafie, ada beberapa hujjah yang mereka gunakan untuk mengatakan Ibu-bapa Nabi saw itu selamat dan tidak masuk neraka.

a) Imam As Suyuthi menggunakan hadis yang mengatakan ibu-bapa Nabi Saw mati dengan syirik, kemudian Allah hidupkan mereka kembali dan kemudian mereka beriman kepada Allah, kemudian mereka mati kembali dalam keadaan iman.

Imam As As-Suyuthi berhujjah dengan hadis ini.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ إِلَى الْحَجُونِ كَئِيبًا حَزِينًا فَأَقَامَ بِهِ مَا شَاءَ رَبُهُ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ رَجَعَ مَسْرُورًا، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَزَلْتَ إِلَى الْحَجُونِ كَئِيبًا حَزِينًا فَأَقَمْتَ بِهِ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ رَجَعْتَ مَسْرُورًا، قَالَ: «سَأَلْتُ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ فَأَحْيَا لِي أُمِّي فَآمَنَتْ بِي
Bahawasanya Rasulullah ﷺ pergi ke Hajun dalam keadaan berduka dan bersedih. Baginda ﷺ menetap di sana selama mana yang dikehendaki oleh Tuhannya, kemudian kembali dalam keadaan gembira.

Aku pun bertanya:
"Wahai Rasulullah, engkau pergi ke Hajun dalam keadaan sedih dan menetap di sana selama mana yang dikehendaki Allah, kemudian engkau kembali dalam keadaan gembira. (Apakah sebabnya?)"

Rasulullah ﷺ menjawab:
"Aku telah berdoa kepada Tuhanku, lalu Dia menghidupkan kembali ibuku. Ibuku pun beriman kepadaku, kemudian Allah ﷻ mewafatkannya kembali."
(Hr Ibnu Syahin No 656)

Hadis ini sebenarnya mungkar dan palsu, hadis ini dinyatakan Palsu oleh.

-Ibnul Jauzi dalam Al Maudhu'at Jil 1 ms 284
-Abul Fadh bin Nasaruddin dalam Al Maudhu'at Jil 1 ms 284
-Az Zahabi dalam Al Maudhu'at Az Zahabi Ms 192
-Ibnu Taimiyah dalam Majmu' fatawa Jil 3 ms 324
-Mulla Ali Al Qari
-Ibn Asakir
-Al Ajluni

Dan Ratusan Ulama' Hadis yang lain.

Kata Az Zahabi.

لاَ يُدْرَى مَنْ ذَا الحَيَوَانُ الكَذَّابُ، فَإِنَّ هذَا الحَدِيْثَ كَذِبٌ مُخَالِفٌ لِمَا صَحَّ أَنَّهُ عَلَيْهِ السَّلَامُ اسْتَأْذَنَ رَبَّهُ فِيْ الاسْتِغْفَارِ لَهَا فَلَمْ يَأْذَنْ لَهُ.

"Tidak diketahui siapa haiwan pendusta ini! Sungguh hadis ini adalah kedustaan dan bertentangan dengan riwayat sahih yang menyebutkan bahawa Rasulullah ﷺ meminta izin kepada Tuhannya untuk memohon ampun bagi ibunya, namun Tuhannya tidak mengizinkannya."
(Al Maudhu'at Az Zahabi ms 192)

Kata Ibnu Jauzi.

الْعِلْمُ، إِذْ لَوْ كَانَ لَهُ عِلْمٌ لَعَلِمَ أَنَّ مَنْ مَاتَ كَافِرًا لَا يَنْفَعُهُ أَنْ يُؤْمِنَ بَعْدَ الرَّجْعَةِ، لَا، بَلْ لَوْ آمَنَ عِنْدَ الْمُعَايَنَةِ لَمْ يَنْتَفِعْ، وَيَكْفِي فِي رَدِّ هَذَا الْحَدِيثِ قَوْلُهُ تَعَالَى: (فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ) (البقرة: 217).

"Tidak diragukan lagi, ini adalah hadis palsu. Orang yang memals**annya tidak memahami dan tidak memiliki ilmu. Seandainya dia berilmu, pasti dia tahu bahawa seseorang yang mati dalam keadaan kafir, keimanannya sama sekali tidak bermanfaat apabila dia dibangkitkan kembali. Bahkan, jika dia beriman ketika dalam keadaan mu‘ayanah (iaitu saat sakaratul maut dan telah melihat malaikat), imannya tetap tidak akan memberi manfaat.

Cukuplah hadis palsu ini dibantah dengan firman Allah:
"Lalu dia meninggal dalam keadaan kafir, maka amal-amalnya di dunia dan akhirat menjadi sia-sia. Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah: 217)
(Al Maudhu'at Ibnul Jauzi jil 1 Ms 238)

Kalau kita lihat berdasarkan kenyataan diatas, Ulama' Asya'irah amat tegas dalam hal ini kerana bagi mereka hadis-hadis yang sebegini menyalahi Al Quran dan hadis , sampai-sampai Imam Az-Zahabi menggunakan lafaz الحَيَوَانُ الكَذَّابُ (binatang pembohong) pada perawi hadis ini membuktikan ketegasan para Ulama' dalam isu ini.

Kita bersangka baik, mungkin Al Imam As-Suyuthi رضي الله عنه , mungkin terlepas pandang dengan kesahihan hadis ini menyebabkan beliau tersilap dalam hal ini.

b) Imam As Suyuthi رحمه الله berpendapat Nabi saw datang dari rahim yang suci, maka ini bermaksud Aminah sebenarnya ahli Syurga.

Dari Ibnu Abbas رضي الله ,

وَقَذْفَ بِي فِي النَّارِ فِي صُلْبِ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَنْقُلُنِي فِي الْأَصْلَابِ الْكَرِيمَةِ إِلَى الْأَرْحَامِ الطَّاهِرَةِ، حَتَّى أَخْرَجَنِي مِنْ بَيْنَ أَبَوَيَّ، لَمْ يَلْتَقِ لِي أَبَوَانِ قَطُّ عَلَى سِفَاحٍ قَطُّ
"Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikanku berada di dalam tulang sulbi Ibrahim ketika beliau berada di dalam api. Demikianlah, Allah Subhanahu Wa Ta’ala terus memindahkanku dari satu sulbi dan rahim yang mulia serta suci kepada sulbi dan rahim yang mulia serta suci lainnya, hingga akhirnya Allah mentakdirkan aku dilahirkan oleh kedua orang tuaku. Dan tidak ada seorang pun daripada nenek moyangku yang lahir daripada hubungan zina."
(Hr Al-Ajurri no 960)

Berdalilkan hadis ini, Imam As-Suyuthi mengatakan rahim yang suci itu bermaksud misti muslim, cuma masaalahnya hadis ini juga hadis palsu seperti mana yang dinukilkan oleh Ibnu Jauzi dalam Al Maudhu'at Jil 1 ms 281.

Al Imam Al Munawi Al Ash'ari, bila mensyarahkan kitab As-Suyuthi, beliau mengatakan yang sepatutnya disebutkan disitu ialah.

وَمَعْنَى الاصْطِفَاءِ وَالخَيْرِيَّةِ فِيْ هَذِهِ الْقَبَائِلِ لَيْسَ بِاعْتِبَارِ الدِّيَانَةِ، بَلْ بِاعْتِبَارِ الْخِصَالِ الحَمِيْدَةِ. (فيض القدير ٢/٢١٠)

"Maksud al-istifa' wal-khairiyyah (pemilihan yang terbaik) dalam kalangan suku-suku ini bukanlah dari sudut agama, tetapi dari sudut akhlak dan sifat-sifat terpuji"
(Faidh al-Qadir 2/210)

Al Imam Alauddin Al Kaasani Al Maturidi.

وَقَالَ النَّبِيُّ: – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – «وُلِدْت مِنْ نِكَاحٍ وَلَمْ أُولَدْ مِنْ سِفَاحٍ»، وَإِنْ كَانَ أَبَوَاهُ كَافِرَيْنِ؛ وَلِأَنَّ الْقَوْلَ بِفَسَادِ أَنْكِحَتِهِمْ يُؤَدِّي إلَى أَمْرٍ قَبِيحٍ وَهُوَ الطَّعْنُ فِي نَسَبِ كَثِيرٍ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ – عَلَيْهِمْ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ -؛ لِأَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ وُلِدُوا مِنْ أَبَوَيْنِ كَافِرَيْنِ،

Nabi saw bersabda "Aku dilahirkan dari pernikahan dan aku tidak dilahirkan dari perzinaan," walaupun kedua ibu bapanya kafir, kerana mengatakan bahawa pernikahan mereka (orang-orang kafir) tidak sah akan membawa kepada perkara yang buruk, iaitu mencela keturunan kebanyakan para nabi – ‘alaihim as-solatu was-salam – kerana kebanyakan daripada mereka lahir daripada ibu bapa yang kafir.
(As-Shona'i Jil 2 mukasurat 272)

Jelas kata Al-Kasaani yang dimaksudkan keturunan yang suci itu ialah keturunan yang terhasil dari pernikahan yang sah, walaupun mereka kafir, dan bukanlah rahim yang suci menafikan kekafiran orang tua Nabi saw.

Demikian seperti yang disebutkan oleh Imam Badruddin Al 'Aini.

لِأَنَّ أَنْكِحَةَ الْكُفَّارِ فِيمَا بَيْنَهُمْ صَحِيحَةٌ، إِلَّا عَلَى قَوْلِ مَالِكٍ، فَإِنَّ أَنْكِحَتَهُمْ بَاطِلَةٌ عِنْدَهُ، وَنَحْنُ نَقُولُ بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ: {وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ}، وَلَوْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ نِكَاحٌ لَمَا سَمَّاهَا امْرَأَتَهُ. قَالَ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «وُلِدْتُ مِنْ نِكَاحٍ لَا مِنْ سِفَاحٍ».

Kerana pernikahan orang-orang kafir dalam kalangan ulama' adalah sah, kecuali menurut pendapat Imam Malik, yang menyatakan bahawa pernikahan mereka (orang-orang kafir) tidak sah. Dan kami (menyatakan bahawa ia sah) berdasarkan firman Allah:

{وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ}

"Dan (begitu p**a) isterinya (isteri Abu Lahab), pembawa kayu bakar." (Surah Al-Masad: 4)

Sekiranya pernikahan mereka tidak sah, tentu Allah tidak akan menamakan wanita itu sebagai "isteri" Abu Lahab. Nabi ﷺ bersabda: "Aku dilahirkan dari pernikahan dan bukan dari perzinaan."
(Syarah Al-Hidayah Jil 5 ms 101)

Begitu juga, Imam Al Baihaqi Al Ash'ari mengatakan tidaklah mencemarkan Nasab Nabi saw kerana kafirnya orang tua baginda kerana perkahwinan orang kafir tetap sah.

وكفرُهم لا يقدح في نسب رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ لأن أنكحة الكفار صحيحة، ألا تراهم يسلمون مع زوجاتهم، فلا يلزمهم تجديد العقد، ولا مفارقتهن ؛ إذ كان مثله يجوز في الإسلام وبالله التوفيق” انتهى

"Kekufuran mereka tidak mencemarkan nasab Rasulullah ﷺ kerana pernikahan orang kafir tetap sah. Tidakkah kamu melihat bahawa apabila mereka memeluk Islam bersama isteri-isteri mereka, mereka tidak diwajibkan untuk memperbaharui akad nikah atau berpisah dengan mereka, kerana hal seperti itu dibolehkan dalam Islam? Dengan taufik Allah, perkara ini sudah jelas."
(Dalail An Nubuwah Jil 1 mukasurat 192)

Hujjah dengan hadis ini terlalu lemah kerana berdalilkan hadis palsu, dan bercanggah dengan hadis sahih, dan ijma' yang dinukilkan oleh Mulla Ali Al Qari dan Ibn Jawzi yang telah kami bahaskan sebelum ini.

c) Ahlul fatrah.

Al Imam As-Sanusi berpendapat bahawa ibu bapa Nabi saw ialah ahluh fatrah, iaitu kaum yang ada sebelum diutuskan Nabi, maka sepatutnya mereka akan diuji dan masuk Syurga, mana tidak boleh dikatakan mereka ahli neraka.

Kenyataan sebegini silap sebenarnya, kerana golongan jahiliyyah dibebani dengan syariat Nabi Ibrahim, dan mereka mengetahui nabi-nabi sebelum mereka, dan perkara ini ijmak sepertimana yang dinukilkan oleh Al Qarafi Al Maliki Al Ash'ari.

نُبُوَّتِهِ بِشَرْعِ مَنْ قَبْلَهُ يَجِبُ أَنْ يَكُوْنَ مَخْصُوْصًا بِالفُرُوْعِ دُوْنَ الأُصُوْلِ، فَإِنَّ قَوَاعِدَ العَقَائِدِ كَانَ النَّاسُ فِيْ الجَاهِلِيَّةِ مُكَلَّفِيْنَ بِهَا إِجْمَاعًا، وَلِذلِكَ انْعَقَدَ الإِجْمَاعُ عَلَى أَنَّ مَوْتَاهُمْ فِيْ النَّارِ يُعَذَّبُوْنَ عَلَى كُفْرِهِمْ، وَلَوْلَا التَّكْلِيْفُ لَمَا عُذِّبُوْا، فَهُوَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ مُتَعَّبَدٌ بِشَرْعِ مَنْ قَبْلَهُ -بِفَتْحِ البَاءِ -بِمَعْنَى مُكَلَّفٌ لَا مِرْيَةَ فِيْهِ، إِنَّمَا الخِلَافُ فِيْ الفُرُوْعِ خَاصَّةً، فَعُمُوْمُ إِطْلَاقِ العُلَمَاءِ مَخْصُوْصٌ بِالإِجْمَاعِ.

"Persoalan tentang sama ada Rasulullah ﷺ dibebani dengan syariat Nabi sebelum beliau mestilah dikhususkan dengan menyatakan bahawa perbezaan pendapat itu hanya berkaitan dengan cabang-cabang syariat (furu’), bukan asas-asas akidah (ushul). Ini kerana manusia pada zaman Jahiliyyah telah dibebani dengan asas-asas akidah berdasarkan ijmak ulama.

Oleh itu, telah berlaku ijmak bahawa orang-orang Jahiliyyah yang meninggal dunia dalam keadaan kafir berada di neraka dan diazab kerana kekafiran mereka. Sekiranya tiada taklif (bebanan syariat), sudah tentu mereka tidak akan diazab.

Jadi, tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah ﷺ telah dibebani dengan asas-asas syariat sebelum beliau diutus (yakni ajaran tauhid). Adapun yang diperselisihkan oleh ulama hanyalah dalam perkara furu’ syariat (seperti cara dan bentuk ibadah). Maka, keumuman ucapan para ulama dalam hal ini dikhususkan berdasarkan ijmak"
(Syarah Tanqih Al Fusul ms 297)

Begitu juga diketahui secara pasti ramai sahaja orang Quraish yang diconfirmkan nabi saw dengan neraka seperti ayah Nabi saw sendiri, ayah orang yang bertanya itu, Amr bin Luhay Al Khuzaie, Ibn Jud'an padahal mereka semua mati sebelum pun Nabi saw diutus, banyak bukti-bukti, orang Quraish dapat membezakan keimanan dan kekufuran berdasarkan ajaran Nabi Ibrahim, walaupun Nabi Muhammad saw belum lagi diutuskan, antara yang beriman seperti Zaid bin Amr bin Nufail.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِيَ زَيْدَ بْنَ عَمْرِو بْنِ نُفَيْلٍ بِأَسْفَلِ بَلْدَحٍ، قَبْلَ أَنْ يَنْزِلَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الوَحْيُ، فَقُدِّمَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُفْرَةٌ، فَأَبَى أَنْ يَأْكُلَ مِنْهَا، ثُمَّ قَالَ زَيْدٌ:
إِنِّي لَسْتُ آكُلُ مِمَّا تَذْبَحُونَ عَلَى أَنْصَابِكُمْ، وَلاَ آكُلُ إِلَّا مَا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ.
وَأَنَّ زَيْدَ بْنَ عَمْرٍو كَانَ يَعِيبُ عَلَى قُرَيْشٍ ذَبَائِحَهُمْ، وَيَقُولُ:
الشَّاةُ خَلَقَهَا اللَّهُ، وَأَنْزَلَ لَهَا مِنَ السَّمَاءِ المَاءَ، وَأَنْبَتَ لَهَا مِنَ الأَرْضِ، ثُمَّ تَذْبَحُونَهَا عَلَى غَيْرِ اسْمِ اللَّهِ؟!
إِنْكَارًا لِذَلِكَ وَإِعْظَامًا لَهُ.

Suatu ketika, Nabi ﷺ bertemu dengan Zaid bin Amr bin Nufail di lembah Baldah, SEBELUM wahyu diturunkan kepada baginda. Kemudian, makanan dihidangkan kepada Nabi ﷺ, namun Zaid enggan memakannya dan berkata:

"Sesungguhnya aku tidak akan memakan apa yang kalian sembelih sebagai persembahan untuk berhala-berhala kalian. Aku hanya memakan sembelihan yang disebut nama Allah padanya."

Sesungguhnya, Zaid bin Amr dahulu mencela sembelihan-sembelihan Quraisy dengan berkata:

"Allah yang menciptakan kambing, Allah yang menurunkan hujan dari langit, dan Allah yang menumbuhkan rumput sebagai makanannya. Lalu kalian menyembelihnya tanpa menyebut nama Allah?!"

Zaid sangat mengingkari perbuatan mereka itu dan menganggapnya sebagai kesalahan besar.
(HR. Al-Bukhari no. 3826)

Hadis ini membuktikan orang Quraish sebelum Nabi saw diutuskan mereka masih mengamalkan Syariat Nabi Ibrahim As, dan ada antara mereka yang beriman seperti Nabi saw sendiri dan Zaid bin Amr bin Nufail, dan ada yang ingkar mengikut ajaran penyembahan berhala jahiliah.

Dalam hadis lain, Zaid mengakui mengikuti ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام.

رَأَيْتُ زَيْدَ بْنَ عَمْرِو بْنِ نُفَيْلٍ قَائِمًا مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الكَعْبَةِ يَقُولُ: يَا مَعَاشِرَ قُرَيْشٍ، وَاللَّهِ مَا مِنْكُمْ عَلَى دِينِ إِبْرَاهِيمَ غَيْرِي. وَكَانَ يُحْيِي المَوْءُودَةَ، يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَقْتُلَ ابْنَتَهُ: لَا تَقْتُلْهَا، أَنَا أَكْفِيكَهَا مَئُونَتَهَا. فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا تَرَعْرَعَتْ قَالَ لِأَبِيهَا: إِنْ شِئْتَ دَفَعْتُهَا إِلَيْكَ، وَإِنْ شِئْتَ كَفَيْتُكَ مَئُونَتَهَا.

"Aku melihat Zaid bin Amr bin Nufail sedang berdiri dengan menyandarkan punggungnya pada Kaabah seraya berkata: "Wahai kaum Quraisy, demi Allah, tidak ada seorang pun di antara kalian yang berada di atas agama Ibrahim selain aku!" Beliau juga termasuk orang yang menentang amalan mengubur anak perempuan hidup-hidup. Zaid biasa berkata kepada seseorang yang ingin membunuh anak perempuannya: "Jangan kau bunuh dia! Biarlah aku yang akan menanggung keperluannya." Lalu beliau mengasuh anak perempuan itu. Ketika anak itu telah dewasa, Zaid berkata kepada bapanya: "Jika engkau mahu, aku akan menyerahkannya kembali kepadamu. Jika tidak, aku akan terus menanggung keperluannya."
(HR. Al-Bukhari no. 3828)

Imam Ibnu Hajar Al Asqalani memberi komen pada hadis ini.

Zaid bin Amr bin Nufail adalah sepupu Umar bin Al-Khattab bin Nufail, dan beliau merupakan ayah kepada Sa’id bin Zaid, salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Beliau termasuk dalam golongan yang mempelajari tauhid, meninggalkan berhala, serta menjauhi kesyirikan, namun beliau wafat sebelum Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam diutus.
(Fathul Baari 7/143)

Hal ini membuktikan kaum yang ada sebelum diutusnya Nabi Saw ada yang beriman kepada Allah mengikuti ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام.

Begitu juga seperti yang disyarahkan oleh Imam Nawawi رحمه الله.

وَفِيهِ أَنَّ مَنْ مَاتَ فِي الْفَتْرَةِ عَلَى مَا كَانَتْ عَلَيْهِ الْعَرَبُ مِنْ عِبَادَةِ الْأَوْثَانِ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ، وَلَيْسَ هَذَا مُؤَاخَذَةٌ قَبْلَ بُلُوغِ الدَّعْوَةِ، فَإِنَّ هَؤُلَاءِ كَانَتْ قَدْ بَلَغَتْهُمْ دَعْوَةُ إِبْرَاهِيمَ وَغَيْرِهِ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ، صَلَوَاتُ اللَّهِ تَعَالَى وَسَلَامُهُ عَلَيْهِمْ.

" Dapat disimpulkan daripada hadis ini bahawa sesiapa yang wafat dalam masa fatrah dalam keadaan masih menganut Paganisme Arab Jahiliah, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni Neraka. Ini bukan bermakna dia diazab sebelum dakwah sampai kepadanya, kerana ajaran Nabi Ibrahim dan para nabi selainnya (yakni tauhid) telah pun sampai kepada mereka. Semoga selawat dan salam sentiasa tercurah ke atas mereka semua"
(Syarah Shahih Muslim jil 3 mukasurat 79)

Ibnu Kathir رحمه الله , menjelaskan bahawa Ibu-bapa Nabi saw tidak termasuk orang-orang yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim As, dan termasuk orang-orang musyrikin ketika itu yang menyembah berhala.

Kata Ibnu Kathir.

بأنهم من أهل النار لا ينافي الحديث الوارد عنه من ط متعددة أن أهل الفترة والاطفال والمجانين والصم يمتحنون في العرصات يوم القيامة، كما بسطناه سندا ومتنا في تفسيرنا عند قوله تعالى: (وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا) فيكون منهم من يجيب ومنهم من لا يجيب، فيكون هؤلاء من جملة من لا يجيب فلا منافاة ولله الحمد والمنة.

"Adapun berita yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ bahawa kedua ibu bapa baginda dan datuk baginda, Abdul Muttalib, termasuk dalam kalangan ahli neraka, hal ini tidak bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan dari beberapa jalur bahawa ahlu fatrah, kanak-kanak, orang gila, dan orang bisu akan diuji di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat, sebagaimana yang telah kami jelaskan secara sanad dan matan dalam kitab tafsir kami ketika menafsirkan firman Allah: "Dan tidaklah Kami mengazab suatu kaum sehingga Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul" (QS. Al-Isra': 15). Maka di antara mereka ada yang menerima (dakwah) dan ada yang menolak. Dan mereka (iaitu kedua ibu bapa Rasulullah ﷺ serta datuk baginda) termasuk dalam kalangan yang menolak, maka tidak ada percanggahan dalam hal ini. Segala puji dan kurnia hanya milik Allah.
(Tafsir Ibnu Kathir jil 1 mukasurat 401)

Begitu juga dengan perkataan Al Imam Al Khatib Al Yamani Al Ash'ari yang secara tegas mengatakan pendapat sebegini sebagai pendapat yang melampau , boleh membawa kepada kekufuran dan kesesatan.

علمتَ أنَّ قولَ مَنْ قالَ: إنَّ الله سبحانه بعثَ للنبيِّ – صلى الله عليه وسلم – أَبوَيْهِ، فآمنا به، ثم ماتا على الإيمانِ، غُلُوٌّ في الدينِ بغيرِ الحَقِّ مُؤَدٍّ إلى الكفرِ والضلالِ، فمن ظَنَّ، أو شَكَّ أَنَّ مَنْ ماتَ على الكُفْرِ يَدْخُلُ الجنةَ، فقد كَفَرَ، ونعوذُ باللهِ من قولٍ يؤدِّي إلى ضلالٍ. أَلَمْ يرَ هذا القائِلُ إلى قَوْلِ النبيِّ – صلى الله عليه وسلم -: “إنَّ أَبي وأباكَ في النّار”، وقولِه في أُمِّهِ: “اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي أَنْ أستغفرَ لَها، فلم يَأْذَنْ لي، واستأذَنْتُهُ في أن أزورَ قبرَها، فَأَذِنَ لي”، أو كما قال، فلله سبحانه أن يفعلَ في خلقِه ما يشاءُ، ويقضيَ فيهم ما يريدُ، وإن كانَ نبيُّه – صلى الله عليه وسلم – كريمًا عندَهُ، وعزيزًا لديه، فلا يُسْأَلُ عَمَّا يفعلُ، وهم يسألون

"Kamu mengetahui bahawa perkataan orang yang berkata: ‘Sesungguhnya Allah membangkitkan kedua ibu bapa Nabi kepada baginda, lalu mereka berdua beriman kepadanya, kemudian mereka wafat dalam keadaan beriman’ adalah satu sikap melampau dalam agama tanpa kebenaran, yang membawa kepada kekufuran dan kesesatan.

Barang siapa yang menyangka atau ragu bahawa orang yang mati dalam keadaan kufur akan masuk syurga, maka dia telah kafir. Kita berlindung kepada Allah daripada ucapan yang membawa kepada kesesatan.

Tidakkah orang yang berpendapat demikian melihat kepada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
‘Sesungguhnya ayahku dan ayahmu berada di neraka’, dan sabda baginda tentang ibunya:
‘Aku meminta izin kepada Tuhanku untuk beristighfar bagi ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia mengizinkanku’, atau sebagaimana sabda baginda.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala berhak melakukan apa sahaja terhadap makhluk-Nya mengikut kehendak-Nya, Dia menetapkan keputusan-Nya ke atas mereka. Walaupun Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam sangat mulia di sisi-Nya, namun Dia tidak akan dipersoalkan tentang apa yang Dia lakukan, sedangkan mereka (makhluk) akan dipersoalkan."
(Tafsir Al Bayaan Jil 3 mukasurat 382)

KESIMPULAN.

Pandangan minoriti yang bercanggahan dengan pendapat Majoriti ulama' tentang kafirnya Ibu-bapa Nabi saw ialah pendapat yang batil, dan ditentang oleh Ulama' Asya'irah dan Maturidiyah sendiri, yang sepatutnya ditinggalkan kerana ia boleh membawa kesan untuk menolak hadis-hadis yang sahih dan menolak ayat-ayat Al Quran seperti mana yang telah disepakati para ulama seperti yang kami telah bahaskan sebelum ini, lihat disini.

https://www.facebook.com/share/p/1A4UVrvPHu/

Adapun jika ada orang mahu juga berpegang dengan pendapat sebegini, maka bagi kami tidak ada masaalah selagi mana tidak menolak dalil-dalil yang sahih dan ayat Al Quran, dan ianya juga bukan termasuk perkara usul aqidah, melainkan termasuk dalam perkara furu' sahaja.

Wallahualam.

Address

Tanjongmalim

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sunnah Sahih Nabi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share