TAPAH Media

TAPAH Media Memaparkan isu, info dan maklumat pasey TAPAH Medi@

31/12/2021
20/12/2021

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua penduduk tapah..mohon jasa baik sesiapa sahaja yang menjumpai telefon realme 5 pro warna hijau,casing getah warna hitam mohon berhubung dengan saya..telefon wife saya baru je hilang,lokasi akhir saya kesan melalui email di kawasan pejabat agama tapah. Telefon hilang saya tak kisah tapi maklumat kerja dalam tu yang penting. Sekarang telefon tu dah off tak boleh nak call. Harap jasa baik tuan puan saya hargai. Lokasi mulaΒ² hilang area jalan damai mungkin tercicir atau ada yang ambil..πŸ™πŸ™πŸ™

Boleh contact saya 017-6788296

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan b...
19/12/2021

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terbabit di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Semoga yang terkesan akibat banjir tabah dengan ujian yang dihadapi dan dipermudahkan segala urusan.

16/12/2021

Anda peminat Shellout ?? Dah lama tak pekena ??

Moh komer pekena Shellout dengan harga yang sangat berpatutan, bukan itu sahaja, ada juga Colek, Chicken chop dan pelbagai menu menarik yang terdapat di kedai ini.

Komer malam-malam sambil ngeteh boleh juga pekena colek kat sini, memang paduuu..

Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 017- 382 4574 (Mie Qal)

Lokasi Kedai : Langkap, bersebelahan dengan Pejabat Pos Malaysia.



................................................................

Kepada meraka yang ingin Team kami review kedai makan anda, boleh pm kami terus untuk tempahan slot. Harga promosi untuk hujung tahun ini. πŸ˜‰

Kome yang sibuk hari kerja boleh selesaikan urusan di JPJ TAPAH. Di buka sabtu dan ahad minggu ni.8 pagi - 6 petang Cara...
11/12/2021

Kome yang sibuk hari kerja boleh selesaikan urusan di JPJ TAPAH. Di buka sabtu dan ahad minggu ni.

8 pagi - 6 petang
Cara pembayaran (kad bank /debit) sahaja.

Kredit: Jpj Tapah Perak

Tapah Street Art. Port OOTD di Tapah, Perak πŸ’›πŸ“· sharto
08/12/2021

Tapah Street Art. Port OOTD di Tapah, Perak πŸ’›

πŸ“· sharto

  Terima kasih kepada pihak Bomba, APM dan seluruh barisan penyelamat yang telah bertungkus lumus mencari 2 buah kendera...
03/12/2021

Terima kasih kepada pihak Bomba, APM dan seluruh barisan penyelamat yang telah bertungkus lumus mencari 2 buah kenderaan yang tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands malam tadi.

Al-Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Hamdi. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama sama para solehin. Takziah kepada keluarga Encik Tan Chee Heng. Semoga tabah hadapi ujian berat ini.

Foto: Bomba Perak

  Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Si...
02/12/2021

Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai di sini berjaya dibawa keluar.

Mangsa lelaki yang dipercayai berasal dari Klang, Selangor itu ditemukan sekitar jam 9.30 malam Khamis dan berjaya dibawa keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan daripada Gua Musang, Kelantan menuju ke Pulau Pinang.

β€œHanya seorang mangsa terlibat dalam MPV tersebut. Setakat ini hanya dua kenderaan disahkan terlibat.

β€œUsaha mengeluarkan pemandu lori yang ditemukan kira-kira jam 8 malam masih diteruskan oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

IPOH – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah melupuskan 1,604 barang kes membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah disel...
02/12/2021

IPOH – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah melupuskan 1,604 barang kes membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelupusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah itu melibatkan empat kes kontraband, lima kes bitcoin, 90 kes perjudian dan 315 barang kes am.

β€œDalam pelupusan ini, pihak polis telah melupuskan sebanyak 944 kotak rokok pelbagai jenama, 185 unit mesin bitcoin, 125 barang kes perjudian dan 350 barang kes am.

β€œKesemua barang kes bernilai RM1.5 juta itu telah mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya di mana kertas siasatan berjaya dituduh dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah dari tahun 2016 hingga tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelupusan barang kes tersebut dijalankan di kawasan tanah lapang di lapang sasar IPD Tapah dengan cara pembakaran sebelum ditanam menggunakan jentera.

Sumber : Kosmo ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Semua Warga Malaysia khususnya penduduk di bawah pentadbiran IPD Tapah, Perak.     K...
01/12/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua Warga Malaysia khususnya penduduk di bawah pentadbiran IPD Tapah, Perak.

Kaunter semakan dan bayaran Saman Trafik PDRM Perak tawaran diskaun 50% akan dibuka bermula 1 Disember 2021 hingga 30 Disember 2021 pada ketetapan berikut:

⏰Waktu Operasi:
πŸ“Œ Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang (Rehat 1.00 petang - 2.00 petang)
πŸ“Œ Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang (Rehat 12.00 t/hari - 2.30 petang)
πŸ“Œ Lokasi : Semua Kaunter Saman Trafik PDRM Perak

βœ‰ Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% :
1. Saman Kemalangan Tahun 2021
2. Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
4. Saman Berkait Kenderaan M/Lori (β€˜Ξ²β€™)
5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong β€˜Q’ Tahun 2021
6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
8. Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)

πŸ“Œ Harga saman yang layak diskaun 50% juga tertakluk kepada terma dan syarat. Semua orang awam dinasihatkan ke kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik di daerah masing-masing untuk semak dan cetak saman yang ingin dibayar bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan kekeliruan semasa hari pembayaran.

πŸ“Œ Pembayaran melalui kad kredit/debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.





Keadaan terkini di Batu 15, Jalan Tapah - Cameron Highlands.πŸ“· Ina Shahrina
29/11/2021

Keadaan terkini di Batu 15, Jalan Tapah - Cameron Highlands.
πŸ“· Ina Shahrina

  Kepada pekerja-pekerja pemungut sampah Majlis Perbandaran Teluk Intan yang bertugas di Taman Sri Bahagia, terima kasih...
26/11/2021

Kepada pekerja-pekerja pemungut sampah Majlis Perbandaran Teluk Intan yang bertugas di Taman Sri Bahagia, terima kasih dan tahniah saya ucapkan. Kerja kemas, siap tolong terbalikkan tong sampah bagi elak tong sampah dipenuhi air kalau hujan.

Malah penutup tong sampah pun diletakkan dengan elok. Semoga Allah memberkati dan permudahkan rezeki dan urusan kalian. Terima kasih πŸ‘πŸ»πŸ₯°

Perkongsian: Izzati Basar

Diharap contoh baik ini berlanjutan ke daerah lain.

Address

Tapah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAPAH Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share