28/12/2025
JUALAN AKHIR TAHUN MURAH2!
5 cerita yang unik, tapi pada masa yang sama jugak—klise? 5 penulis. 5 gaya dan tema berbeza.
💋 KOMBO ONE LOVE 💋
A HEART IN MONOCHROME 🦋
By Daisy Aurora Author
Drake Valente dibesarkan dalam keluarga kaya dan berpengaruh di sebuah bandar kecil, mewarisi nama besar serta kuasa sebagai pemilik tunggal syarikat batu arang terkenal.
Namun di sebalik kemewahan itu, hidupnya tidak pernah sunyi daripada bayangan hitam. Sindiket dadah, pelacuran dan kekejaman menjadi pemandangan biasa. Dunia yang penuh kotoran dan dosa, dunia yang tidak pernah dia banggakan.
Segalanya berubah apabila seorang anggota polis ditemui mati dibunuh dengan kejam, dan namanya turut dikaitkan dengan tragedi itu. Atas desakan keluarga, Drake cuba melarikan diri, tetapi perjalanan itu berakhir dengan sebuah kemalangan ngeri.
Saat dia membuka mata di hospital, dunia yang dikenalinya telah hilang. Tiada teknologi, tiada kemodenan dan paling mengejutkan, tiada warna.
Dalam kekeliruan itu, hadir seorang wanita bangsawan bernama Caroline. Dia tidak sama seperti orang lain di dunia itu, malah semakin dekat Drake dengannya, semakin banyak rahsia yang terbongkar.
“Kalau awak nampak warna bunga mawar ni yang cantik berwarna merah, mesti awak akan rasa teruja…” -Drake
“Merah? Sebutan itu asing, namun nadanya bagai membawa getar. Adakah ia warna cinta atau amaran bahaya? Nyata sekali, dunia tuan bukan dunia yang pernah hamba kenal.” -Caroline
Antara kebenaran yang kelam dan perasaan yang kian mekar, mampukah Drake menemukan makna dalam kehidupan baharu yang penuh misteri ini?
✨✨✨
DUDA LARIS MISI MENCARI JODOH
By Bo Mojo
Tiga duda. Tiga hati kecewa. Satu misi: mencari jodoh sejati.
Rain, Jo dan Koi — sahabat sejati dari zaman sekolah — berkongsi takdir malang yang sama: diceraikan dan ditinggalkan oleh wanita yang pernah mereka cintai. Bila hidup terasa kosong, mereka bangkit dengan satu tekad — memperbaiki diri dan mencari cinta yang sebenar.
Dengan bantuan Lily, si bekas rakan sekolah yang pernah mereka ejek dulu (dan kini lebih bergaya dari mana-mana selebriti), mereka melalui transformasi luar dan dalam. Dari blind-date yang memalukan hingga pelajaran hidup yang mendalam, mereka menyedari bahawa cinta sejati bukanlah sesuatu yang mudah — ia perlu diperjuangkan, dimengerti dan, yang paling penting, dimiliki dengan keikhlasan.
“Duda-Duda Laris: Misi Mencari Jodoh” adalah kisah komedi romantik yang menggugah emosi dan penuh dengan detik lucu, sentuhan ikhlas serta mesej bahawa... dalam perjalanan mencari cinta, kita juga mungkin akan menemui diri sendiri.
✨✨✨
KEKASIHKU SEEKOR LIPAS
By Izzy Isabelle Jones
[Dalam cerita filem, CEO lain mempunyai kuasa berubah menjadi serigala atau Superman... Tapi, dia? Jadi lipas!]
Seorang gadis gelandangan miskin, Jesnita Joan, sedang bertarung nyawa demi makan malamnya. Hampir saja dia membunuh seekor lipas jahanam yang hendak merebut sebungkus nasi lemak hampir basi yang telah dibuang oleh penjaja tepi jalan.
Tetapi sungguh tidak disangka apabila lipas tersebut tiba-tiba saja berubah menjadi seorang lelaki tampan yang tidak berbaju seurat benang pun.
Dan dia kata dia adalah CEO sebuah syarikat besar?
Hah! Apa, seorang CEO punyai kuasa ajaib yang membolehkannya bertukar menjadi lipas yang mengokah sampah tepi longkang? Siapa yang percaya tu?!
William Von Baer, seorang CEO tersohor di bandar besar Sri Anggerik, mempunyai rahsia besar di sebalik wajah tampannya itu—dia boleh menjelma sebagai seekor lipas.
Ya, mungkin dalam cerita lain, watak utama lelakinya punya kuasa ajaib yang lebih sedap mata memandang, dan sedap mulut menyebut... namun
bukan cerita ini. Kuasa watak utama lelakinya sangat memalukan dan William tidak ingin sesiapapun mengetahui tentangnya.
Apa jadi bila rahsia William diketahui seorang gadis gelandangan?
✨✨✨
KINGSLEY PRESTON: TWO IS BETTER THAN ONE
By Bella Hastel
EVERLY ASHLYN dan EVA ASHLEY adalah adik-beradik kandung yang suatu ketika dahulu sangat rapat. Everly menyayangi adiknya sepenuh jiwa dan menaruh kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Eva.
Selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti, Everly akhirnya melangkah ke alam perkahwinan bersama kekasih hatinya, Kingsley Preston.
Namun, bahagia yang diimpikan tidak bertahan lama. Satu demi satu konflik mula meretakkan rumah tangga mereka apabila rahsia hubungan terlarang antara Kingsley dan Eva terbongkar apabila mereka telah berkahwin secara senyap-senyap di belakang Everly.
Pengkhianatan itu mematahkan seluruh kekuatan jiwa Everly. Tekanan demi tekanan menjerut hidupnya hingga dia disahkan menghidap penyakit mental, lalu bertindak di luar kewarasan.
Di ambang kejatuhan, muncul seorang lelaki bernama Alprince Rhett. Dia satu-satunya insan yang hadir dengan niat tulus untuk menyelamatkannya daripada gelap yang semakin menelan.
Bagaimanakah pengakhiran kisah antara Everly dan Kingsley? Mampukah luka itu sembuh? Atau adakah takdir memilih jalan yang lebih perit?
Ini adalah kisah pengkhianatan, cinta dan kebangkitan jiwa yang terluka. Segalanya terungkap dalam naskhah ini.
✨✨✨
SUMPAH MATI CINTAKU
By Aya Shi
Bila cinta bukan sekadar rasa… tapi medan pertarungan antara masa lalu dan pilihan.
Aira menyangka dia hanya ingin hidup yang tenang. Tiada drama, tiada huru-hara selepas berpisah dengan bekas tunangnya.
Namun, kedatangan Tyler Smith, bekas komando dengan sejarah kelam, pernah berkahwin, bercerai dan pandangan mata yang menyimpan terlalu banyak rahsia, mula mengubah segalanya.
Dari satu pertemuan tak terduga, hubungan mereka tercetus. Tapi, mampukah rasa yang tumbuh di tengah trauma, tipu daya, dan ancaman lama bertahan?
Ketika satu demi satu peristiwa menggoncang kepercayaan, mereka terpaksa bertanya:
Bolehkah cinta disulam dalam dunia penuh kebencian dan manip**asi?
“Awak ni memang s**a susahkan saya, kan?” – Aira
“Tak. Saya s**a tengok awak marah. Nampak real.” – Tyler
“Korang dua ni... satu hari nanti, aku juga yang pening!” – Julian
“Dia bukan milik kau, Aira. Dan kau tahu tu.” – Karolina
“Kau rampas sesuatu yang patut jadi milik aku. Sekarang kau tanggung akibatnya.” – Isaac
Rahsia silam terbongkar. Kepercayaan diuji. Dan pilihan antara dendam dan pengampunan menjadi lebih perit dari sebutir peluru.
Kerana dalam peperangan antara hati dan kewarasan, tak semua yang menang akan bahagia.
https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1