Pemuda Tambun

Pemuda Tambun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pemuda Tambun, Social Media Agency, Tapah.

25/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Semoga hadirnya Syawal membuka lembaran baru yang lebih bermakna, dipenuhi ketenangan, keberkatan dan rezeki yang melimpah.

Moga segala usaha dan amal kita sepanjang Ramadan diterima serta menjadi bekalan yang berharga.

Dan semoga silaturahim antara kita terus utuh, disatukan dengan rasa hormat dan keikhlasan yang mendalam.



Saya menghadiri Kursus Celik IT 2.0 sebagai Perasmi Penutup serta menyempurnakan penyampaian Baju Korporat baharu kepada...
25/04/2026

Saya menghadiri Kursus Celik IT 2.0 sebagai Perasmi Penutup serta menyempurnakan penyampaian Baju Korporat baharu kepada Ahli Jawatankuasa CP-Pakat Tambun di Hub Inovasi dan Multimedia Meru.

Program sebegini cukup baik kerana berjaya menghimpunkan penyertaan daripada semua peringkat umur. Daripada golongan muda yang penuh semangat hinggalah yang β€˜otai’ berpengalaman, semuanya turun bersama menimba ilmu serta menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa. Inilah semangat kebersamaan yang perlu terus diperkasakan.

Usaha memperkasa celik IT amat penting supaya tiada siapa yang tercicir dalam arus digital. Apabila semua lapisan masyarakat bergerak seiring, lebih banyak peluang dan manfaat dapat dinikmati bersama.

Tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa CP-PAKAT Tambun serta peserta yang menjayakan program ini dengan penuh komitmen.

Saya juga bertuah menerima baju korporat sekali. Terima kasih atas penghargaan yang cukup bermakna.



09/09/2025

Semalam semak, hari ni kemas πŸ’¨πŸŒΏ

Rumah Makcik Sarina dah settle rumput panjang.

Shoutout untuk Sdr. Hasli Adam AJK Pemuda Bahagian dan rakan rakan pemuda yang pantas berkerja! πŸ”₯



26/06/2025

Maal Hijrah bukan hanya sekadar memperingati peristiwa perpindahan, tetapi ia membawa makna perubahan ke arah kebaikan dan pembaharuan diri.

Hijrah mengajar kita untuk memperbaiki sikap dan meningkatkan keimanan agar menjadi insan yang lebih baik.

Setiap perubahan yang bermakna perlu bermula dari diri sendiri. Maka, sempena kedatangan 1 Muharram 1447H ini,

marilah kita bersama-sama bertekad untuk melakukan perubahan ke arah kejayaan, memperbaiki kelemahan dan memperkukuh ukhuwah, agar kita mampu membangun ummah yang lebih berakhlak dan sejahtera, sejajar dengan tema Maal Hijrah tahun ini:

β€œπ™ˆπ™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π™π™‰ π™π™ˆπ™ˆπ˜Όπ™ƒ π™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰π™„β€

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita menuju kebaikan dan redha-Nya.
Amin. 🀲🏻

02/06/2025

Dengan penuh takzim dan menjunjung kasih,
Patik sekalian merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2025 ini.

Patik sekalian menzahirkan doa yang tulus ikhlas semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala terus melimpahkan rahmat, kesihatan, kebijaksanaan serta keberkatan yang berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi negara Malaysia yang tercinta ini dengan penuh keadilan, kebijaksanaan dan kasih sayang.

Dirgahayu Tuanku.

24/04/2025

Trend Viral Tak Jamin Masa Depan: Undi Berdasarkan Fakta!







18/03/2025

Memandangkan Raya tidak lama lagi , Meh nengok video ni untuk kome nengok cara saya buat Kuih Tempeyek paling sedap di dunia. πŸ˜‹

01/03/2025

Mewakili seluruh kepimpinan dan ahli Pemuda UMNO Bahagian Tambun, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa.

Semoga kita semua diberikan kekuatan, kesabaran, dan keikhlasan dalam menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

Semoga Ramadan kali ini menjadi lebih baik untuk semua. Selamat berpuasa!


Address

Tapah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Tambun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share