Pejabat Penerangan Daerah Tatau

Pejabat Penerangan Daerah Tatau VISI
Peneraju komunikasi kerajaan yang berwibawa. MISI
Memasarkan maklumat kerajaan secara strategik melalui pelbagai kaedah komunikasi.

05/09/2026

๐ŸฆŸDenggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

๐Ÿ“Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

05/09/2026

Lindungi diri dan keluarga anda ๐Ÿ˜ท



05/09/2026
05/09/2026

๐ŸŒซ๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TIPS KESELAMATAN KETIKA JEREBU ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒซ๏ธ! ๐Ÿงณโœจ

Keselamatan tetap keutamaan! โค๏ธ

๐Ÿ“Œ Jom amalkan tips ini:

๐Ÿ˜ท Pakai pelitup muka jika perlu
๐Ÿ“ฑ Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum keluar
๐ŸŒณ Kurangkan aktiviti luar & lasak
๐Ÿ’ง Minum air secukupnya
๐Ÿจ Pilih aktiviti dalam bangunan seperti muzium, galeri & pusat beli-belah
๐Ÿ‘€ Peka terhadap kesihatan diri
๐Ÿš— Rancang perjalanan dengan baik

โš ๏ธ Jika keadaan jerebu bertambah buruk, tangguhkan aktiviti luar dan utamakan keselamatan.

๐Ÿงณโœจ Rancang bijak. Jaga diri. Melancong selamat! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ





05/09/2026

๐‰๐ž๐ซ๐ž๐›๐ฎ: ๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ ๐Ÿ“ ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐€๐๐‚๐ƒ๐„

โœ… A โ€“ Amal langkah perlindungan diri
โœ… B โ€“ Berwaspada dengan tahap kesihatan diri
โœ… C โ€“ Cakna kualiti udara
โœ… D โ€“ Didik diri, keluarga dan komuniti
โœ… E โ€“ Elak pendedahan kepada jerebu

Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), kurangkan aktiviti di luar apabila kualiti udara tidak sihat, pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah dan dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak.

๐‹๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š.



Ismuni Bin Bohari
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

Kredit : Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM / Portal MyHealth

05/09/2026
05/09/2026

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)

05/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Perpaduan negara bermula dengan rasa hormat terhadap Negaraku, Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara.

๐Ÿค Amalan ini menjadi asas semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. โœจ




05/09/2026

FAHAMI, PEKA DAN SEMAK SEBELUM MENGIBAR JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan, maruah dan perpaduan negara yang wajib dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama mahupun fahaman politik. Bendera negara membawa identiti, sejarah serta kebanggaan kita sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Sekretariat Rukun Negara akan mempertingkatkan pendedahan dan kesedaran masyarakat mengenai tatacara penggunaan serta pemasangan Jalur Gemilang yang betul. Pendekatan ini bukan hanya bertujuan mengelakkan kesilapan daripada berulang, malah membina kefahaman dan menyemarakkan semangat patriotisme, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Jangan takut untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Kibar dengan bangga. Namun, sentiasalah faham, peka dan semak sebelum mengibarkannya. Kesilapan yang tidak disengajakan sewajarnya menjadi ruang untuk kita mendidik dan meningkatkan kesedaran, manakala tindakan yang disengajakan untuk menghina atau memperlekehkan lambang negara perlu ditangani berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam era digital, prinsip yang sama perlu diterapkan dalam penggunaan Jalur Gemilang di media sosial serta kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI). Teknologi AI semakin meluas digunakan, namun ia masih boleh menghasilkan imej yang tidak tepat termasuk kesilapan pada bilangan jalur, susunan warna, bulan dan bintang atau kedudukan bendera. Justeru, setiap pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menyemak kandungan sebelum diterbitkan atau dikongsi. Teknologi harus membantu menyemarakkan patriotisme, bukan menjadi alasan untuk kita mengabaikan ketepatan lambang negara.

Jalur Gemilang tertakluk di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang antara lain memperuntukkan perbuatan seperti mengibarkan bendera secara terbalik sebagai satu kesalahan menghina bendera dan boleh dikenakan denda hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penghormatan terhadap Jalur Gemilang adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita menjadikannya sebagai simbol yang terus menyatukan rakyat Malaysia serta mendidik generasi seterusnya untuk mencintai, menghormati dan mempertahankan maruah negara.

Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, hormat dan penuh tanggungjawab.

SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026!

Address

Lot 161, Lantai Bawah, Pasar Lama Tatau, Jalan Sibu/Bintulu
Tatau
97200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Tatau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Tatau:

Shortcuts

Share