03/09/2023
𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓!! 𝐊𝐈𝐅𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐓𝐔 𝐖𝐔𝐉𝐔𝐃
Awak rendahkan orang lain, tidak akan
menjamin diri awak lebih tinggi darinya.
Awak memburukkan orang lain tidak menjaminkan
awak lebih baik darinya.
Awak nak cantik soleklah muka awak sendiri, bukan
menconteng muka orang lain.
Terbanglah tinggi tanpa mencantas sayap orang lain.
Bersinarlah tanpa memadam cahaya orang.
jadilah baik.
Percapaian kita berbeza. Garis start pun tak sama, kerana kita bukannya sedang berlumba.
Jadi, jangan bandingkan diri awak dengan orang lain.Cukup support saja.
Kita belajar dari kesah semalam, biarlah
apapun penilaian orang terhadap diri kita. Yang
tahu cerita sebenar hanya kita, yang merasa
sakitnya kita juga. Kita berusaha diam saat
nama kita dirosakkan dan diburuk-burukkan
juga aib kita di canang. Kita tidak peduli, tetap
tenang tanpa membalas. Kita tahu, roda
kehidupan terus berputar cepat atau lambat.
Semua kebenaran dengan sendirinya akan
terbongkar.
Kematangan adalah apabila kita ada kekuatan
dan mampu membalas pada orang yang
menyakiti kita.Namun, kita hanya menarik
nafas dan pergi membiarkan hidupnya tenang.
Iblis tidak celaka disebabkan kurangnya ilmu,
akan tetapi ia celaka disebabkan kurangnya
adab.Kita tidak perlu sibuk mempertahankan
diri.
Sungguhpun kita merasa lelah dengan
tercalar maruah, tapi kita tak mahu keadaan
semakin parah. Kita serahkan semua pada
ALLAH, Tuhan yang maha adil.
Cukup kita diam, ada waktu kesakitan akan
terbalas, entah dengan cara kita diberi
kebahagian atau yang menyakiti diberi
peringatan. Setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Ada kifarah kalau bukan di Akhirat,
ALLAH tunjukkan cash di Dunia ini. So, kita
sabar. ALLAH maha tahu mana yang benar,
mana yang salah. Kita kecewakan orang, esok
lusa orang lain akan kecewakan kita p**a. Kita
buat jahat kat orang, esok lusa kena dekat kita
balik. Ingat! Doa orang teraniaya pasti
dikabulkan ALLAH.
°°𝒲𝒶𝓃 𝒟𝑒𝓆𝓃𝒶