![[JK SURAU AL-INSANIYYAH]بسم الله الرحمن الرحيمSELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAANAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...](https://img4.medioq.com/809/297/122163537908092970.jpg)
31/08/2024
[JK SURAU AL-INSANIYYAH]
بسم الله الرحمن الرحيم
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Pada hari ini kita berkumpul untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67. Hari ini juga bukan sekadar simbol kemerdekaan negara kita, tetapi juga satu penghargaan kepada perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita yang telah memastikan masa depan yang lebih baik untuk kita semua.
Kami, Jawatankuasa Surau Al-Insaniyyah ingin mengajak warga UniSHAMS khususnya, untuk menghayati tema Merdeka tahun ini, "Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuh Harapan". Tema ini mencerminkan harapan kita untuk membina sebuah negara yang inklusif, berdaya saing, dan penuh dengan semangat perpaduan.
"Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuh Harapan"
Info-info terkini di link berikut :-
https://linktr.ee/surauinsaniah
IBADAH TERJAGA,
SAHSIAH TERBINA
____________________________________
JK SURAU AL-INSANIYYAH UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
TAHUN 2024