SBY Media Crew

SBY Media Crew Kita Jaga Kita Warisi

17/09/2025

Alhamdulillah, sepanjang siri TEGAR, Teh & Sanggar,
kami telah berpeluang turun ke seluruh pelusuk kawasan Kalabakan,
dari Tanjung Batu, Kukusan, Sebatik hingga ke kampung-kampung kecil.

Setiap pertemuan membawa cerita, suara anak muda yang bersemangat,
pandangan bernas warga emas, keluhan peniaga kecil, dan harapan petani serta nelayan.
Semua ini adalah nadi perjuangan kita.

Program TEGAR bukan sekadar singgah minum teh & pisang goreng, tetapi ruang santai untuk mendengar, mencatat, dan membawa aspirasi rakyat ke hadapan.

Terima kasih kepada semua warga kampung yang menyambut mesra pasukan TEGAR71. Percayalah, setiap suara kalian akan terus menjadi panduan dalam perjuangan kita bersama.

“Kita Jaga, Kita Warisi” 🐘







17/09/2025
17/09/2025

2025-09-17T14:25:41+08:00 September 17, 2025, Rabu - 2:25pm SUMBANGAN: Samasuddin (tiga kanan) bergambar bersama pelajar berkenaan selepas menyampaikan sumbangan. KALABAKAN: UMNO Bahagian Kalabakan terus komited memperkasa agenda pendidikan apabila menyalurkan bantuan kepada pelajar yang bakal melan...

16/09/2025
16/09/2025

[ SELAMAT HARI MALAYSIA KALI KE 62 TAHUN ]

Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Sabah yang saya kasihi.

Tarikh bersejarah ini mengingatkan kita bahawa kekuatan bangsa terletak pada kesatuan hati dan semangat kebersamaan.

Di saat negeri Sabah diuji dengan pelbagai musibah, marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT memulihkan negeri tercinta ini, memberi kesejahteraan kepada rakyat serta melindungi kita daripada segala bencana.

Semoga Sabah terus bangkit, lebih kuat dan sejahtera dalam Malaysia yang kita cintai.

“Kita Jaga, Kita Warisi” 🐘





16/09/2025

Selamat ulang tahun kelahiran diucapkan kepada YB Datuk Seri Panglima B**g Moktar Radin.

Semoga Allah SWT senantiasa mengurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur yang penuh keberkatan serta terus istiqamah dalam perjuangan membangunkan negeri Sabah.

16/09/2025

Insiden gangguan elektrik lebih 15 jam yang melumpuhkan aktiviti harian lebih 230,000 pengguna di Pantai Timur Sabah membuktikan betapa rapuhnya sistem penghantaran tenaga di negeri ini.

Penolong Ketua Penerangan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop, berkata difahamkan gangguan itu disebabkan menara penghantaran utama Sabah Electricity (SE) di Penampang tumbang akibat tanah runtuh.

Laporan penuh: https://www.utusanborneo.com.my/2025/09/14/gangguan-elektrik-15-jam-segerakan-projek-second-loop-transmission-ipp

16/09/2025

🕌 SALAM JUMAAT

📖 Khutbah Jumaat Negeri Sabah : 12 Ogos 2025 - "Kesatuan Ummah, Pertahan Negara”

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok p**a kesudahannya."

“Kita Jaga, Kita Warisi” 🐘





Address

Taman Perindustrian Prima Jaya
Tawau
91000

Telephone

+60124347757

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SBY Media Crew posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SBY Media Crew:

Share