Zero2Hero

Zero2Hero Kalau kau pernah rasa:
❌ “Aku tak cukup bagus”
❌ “Aku tak mampu nak ubah nasib”
❌ “Tak ada siapa faham struggle aku”

Maka page ni untuk kau. Follow. Baca. Ulang.

Zero2Hero bukti — bahawa jatuh itu biasa. Tapi bangkit itu pilihan. Bangkit.

13/08/2025

Tiada Kaitan dengan VVIP

Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah di perkenal sekian lama.S...
03/08/2025

Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah di perkenal sekian lama.

Setelah ramuan cecair keju ini ditemui, ia bagaikan satu bahan tambahan wajib untuk pengusaha makanan meningkatkan “value” produk makanan mereka.

Sebagai contoh, Roti nan sepatutnya merupakan antara makanan yang sihat..

Oleh kerana mengikut trend semasa, segala makanan akan di siram dengan cecair keju yang tinggi lemak, garam dan gula ini!

Persoalannya adakah cecair keju ini benar benar mengandungi keju?

Senarai kandungan bahan bahan yang di gunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terbukti ia sebenarnya merupakan bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.

Mungkin anda telah tahu apa kesan makanan tinggi gula dan garam kepada kesihatan. Kami kongsikan sedikit info mengenai maltodextrin ini.

Bahan tambahan yang banyak di gunakan ini merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai “pemekat” dan menambah jumlah makanan proses.

Apa yang membimbangkan, bahan ini mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Maknanya, selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.

Makanan seperti ini ternyata TIDAK sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagi individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.

Lihatlah anak anak kita yang begitu menggemar cecair keju ini, badannya gemuk dan obese. Anak anak obese ini tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut terganggangu.


Ibu bapa dan pengusahan produk makanan sekalian,

Elakkan mengguna produk cecair keju ini secara keterlaluan. Lihatlah gambar gambar menu keju banjir ini.

Adakah anda merasakan ia satu menu yang sihat untuk dimakan?

Pilihan di tangan anda.

Kredit : Public Health Malaysia

🏁😳 Tiada jurulatih. Tiada penaja. Tiada kelengkapan mewah.Hanya berjalan selama 14 jam merentasi pergunungan lasak Tarah...
02/08/2025

🏁😳 Tiada jurulatih. Tiada penaja. Tiada kelengkapan mewah.

Hanya berjalan selama 14 jam merentasi pergunungan lasak Tarahumara dan Candelaria Rivas Ramos berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Pelari luar biasa dari Chihuahua, Mexico ini telah mengejutkan dunia dalam Canyon Ultra Marathon 2025, dengan menjuarai perlumbaan sejauh 63 kilometer yang mencabar dalam masa 7 jam 34 minit.

Dia datang seorang diri.
Tiada pasukan.
Tiada kasut larian mahal hanya huaraches tradisional di kakinya, dan skirt labuh yang mencerminkan asal usulnya. 🌄👣

Candelaria bukan sekadar menentang altitud, keletihan, dan panas terik padang pasir.
Dia juga berlari menentang sistem yang sering meminggirkan mereka yang tidak mempunyai dana, jurulatih, atau pendedahan.

Namun begitu
Dia menang. 🏆

Kemenangannya bukan sekadar dalam sukan
Ia adalah simbol budaya.
Ia tentang ketahanan diri.
Ia tentang kebanggaan orang asal.
Ia membuktikan kepada dunia bahawa kekuatan bukan datang daripada keistimewaan…
tetapi datang dari dalam diri. 🔥🪶

Host : Ammar ada plan ke lepas ni, mungkin nak keluar lagu ke, nak berlakon, nak jadi host ke? Ammar: Saya tak de plan n...
31/07/2025

Host : Ammar ada plan ke lepas ni, mungkin nak keluar lagu ke, nak berlakon, nak jadi host ke?

Ammar: Saya tak de plan nak menyanyi sebab saya jer dalam keluarga saya perasan suara kitaorang tak sedap. Jadi kalo tak sedap tak yah buat lagu.

Takleh la aku dengan dia ni. 🤣🤣🤣

29/07/2025

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐌𝐨𝐧𝐲𝐞𝐭 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧. 𝐅𝐚𝐝𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐡𝐚𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐈𝐀𝐃𝐀𝐏!!Baru-baru ini, satu analogi politik muncul dari Pa...
28/07/2025

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐌𝐨𝐧𝐲𝐞𝐭 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧. 𝐅𝐚𝐝𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐡𝐚𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐈𝐀𝐃𝐀𝐏!!

Baru-baru ini, satu analogi politik muncul dari Pasir Mas yang begitu “intelektual” sehingga berjaya mengangkat haiwan ternakan ke pentas geopolitik. Ahli Parlimen Fadhli Shaari, dalam satu hantaran penuh “kebijaksanaan”, mempersoalkan peranan Malaysia sebagai orang tengah dalam konflik Thailand-Kemboja dengan berkata:

“Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang…”

Tahniah, YB. Anda berjaya meletakkan Malaysia negara sendiri setaraf monyet. Satu pencapaian luar biasa dalam diplomasi tikam belakang. Ketika negara lain mengiktiraf usaha kita sebagai fasilitator perdamaian, kita p**a ada wakil rakyat yang menertawakannya seperti budak sekolah rendah yang tak puas hati tak dapat main banana boat.

Beberapa jam selepas analogi zoo tersebut, Sinar Harian melaporkan bahawa Thailand dan Kemboja mencapai gencatan senjata serta-merta hasil rundingan di Putrajaya. ya, tempat yang YB perlekehkan.

Jadi siapa sebenarnya “monyet”?
Monyet yang bantu damaikan dua pihak, atau mereka yang bersorak dari tepi sambil baling najis ke pentas diplomasi?

Fakta mudah:
• Malaysia memegang peranan penting dalam ASEAN.
• Keamanan serantau memberi kesan langsung kepada keselamatan dan ekonomi negara.
• Wakil rakyat sepatutnya menyokong usaha seperti ini — bukan buat jenaka murahan.

Jika analogi haiwan masih menjadi modal retorik utama, mungkin sudah tiba masa YB beralih profesion — bukan lagi ke Parlimen, tapi mungkin ke pentas dongeng politik.

Kerana dalam dunia sebenar, rakyat tidak perlukan ahli politik yang berkelakuan seperti monyet.


“Counter Setting” di KLIA – Pengkhianatan yang Tak Boleh DimaafkanBaru-baru ini, seorang pegawai imigresen di KLIA telah...
25/07/2025

“Counter Setting” di KLIA – Pengkhianatan yang Tak Boleh Dimaafkan

Baru-baru ini, seorang pegawai imigresen di KLIA telah ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan haram dikenali sebagai “counter setting” satu tindakan di mana individu tertentu dibenarkan melepasi pemeriksaan imigresen melalui laluan khas tanpa mengikut prosedur sah, kononnya kerana sudah ada “setting” di kaunter.

Taktik kotor ini terbongkar selepas Unit Anti Rasuah (AKPS) memeriksa rakaman CCTV dan mendapati kelakuan mencurigakan. Siasatan lanjut menemukan wang tunai RM8,391, beberapa alat komunikasi, serta senarai catatan nombor pasport dalam simpanan pegawai tersebut.

Pendek kata, pegawai ini umpama ‘bouncer’ di pintu masuk negara. Sesiapa yang bayar, dia lepas. Tapi ini bukan kelab malam, ini pintu masuk negara yang sepatutnya paling ketat dan selamat!

Bayangkan kalau penjenayah, pengganas, atau penyeludup boleh keluar masuk negara dengan mudah hanya kerana ada “setting”? Ini bukan sahaja mencemar integriti jabatan, malah menggugat keselamatan negara secara langsung.

Kes ini kini disiasat oleh SPRM, dan tindakan tegas amat diperlukan. Perbuatan sebegini adalah pengkhianatan terhadap negara dan rakyat, dan tidak wajar dimaafkan.

🇹🇭🇰🇭 𝑻𝒉𝒂𝒊𝒍𝒂𝒏𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒃𝒐𝒋𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈? 𝑨𝒑𝒂 𝑺𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖?Situasi Terkini (Julai 2025)Ya, Thailand dan Kemboja sedang ...
24/07/2025

🇹🇭🇰🇭 𝑻𝒉𝒂𝒊𝒍𝒂𝒏𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒃𝒐𝒋𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈? 𝑨𝒑𝒂 𝑺𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒍𝒂𝒌𝒖?

Situasi Terkini (Julai 2025)

Ya, Thailand dan Kemboja sedang terlibat dalam konflik bersenjata di kawasan sempadan mereka sejak akhir Mei 2025. Ketegangan meningkat secara mendadak pada 24 Julai 2025, apabila:

• Tentera kedua-dua negara berbalas tembakan di kawasan sempadan berdekatan kuil purba Preah Vihear dan Ta Muen Thom.
• Thailand melancarkan serangan udara menggunakan jet F-16 ke arah posisi tentera Kemboja.
• Kemboja p**a membalas dengan tembakan artileri ke kawasan Thailand.

🔥 Kenapa Mereka Berperang?

1. Sempadan Tidak Jelas

• Kawasan seperti kuil Preah Vihear telah lama menjadi rebutan sejak zaman penjajahan Perancis dan British.
• Walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pernah membuat keputusan pada 1962 mengenai kuil itu, kawasan sekitarnya masih dipertikai oleh kedua-dua pihak.

2. Insiden Ketenteraan

• Mei 2025: Seorang askar Kemboja terbunuh dalam tembak-menembak kecil di sempadan.
• Julai 2025: Beberapa askar Thailand cedera parah akibat letupan ranjau darat yang dipercayai dipasang oleh pihak musuh.

3. Tekanan Politik & Nasionalisme

• Pemimpin kedua-dua negara menggunakan isu sempadan ini untuk mendapat sokongan rakyat, terutama ketika tekanan politik dalam negara sedang meningkat.
• Di Thailand, Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra dikritik hebat kerana isu keselamatan sempadan.

⚠️ Kesan Konflik

• Sekurang-kurangnya 9 orang awam terbunuh dan puluhan cedera.
• Hampir 40,000 penduduk Thailand terpaksa dipindahkan dari kawasan sempadan.
• Kedua-dua negara menarik balik duta masing-masing, menutup beberapa laluan sempadan, dan menurunkan hubungan diplomatik.

“Yang menjerit soal rakyat saban hari,Hanya mahu kuasa, bukan solusi.” - Pakar-
24/07/2025

“Yang menjerit soal rakyat saban hari,
Hanya mahu kuasa, bukan solusi.” - Pakar-

Ada betulnya juga.
23/07/2025

Ada betulnya juga.

Gerhana Matahari Paling Lama Abad Ini: Dunia Akan bergelap selama 6 Minit!Pada 2 Ogos 2027, dunia bakal menyaksikan satu...
22/07/2025

Gerhana Matahari Paling Lama Abad Ini: Dunia Akan bergelap selama 6 Minit!

Pada 2 Ogos 2027, dunia bakal menyaksikan satu fenomena luar biasa gerhana matahari penuh yang akan menyebabkan sebahagian besar kawasan di bumi gelap sepenuhnya selama hampir 6 minit 23 saat.

Gerhana ini bukan sahaja unik kerana tempohnya yang panjang, tetapi juga kerana ia berlaku sekali dalam seabad. Fenomena ini dijangka menarik jutaan pemerhati langit dan pelancong astronomi dari seluruh dunia.

21/07/2025

PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT ESOK ATAU RABU
-PMX-

Address

Tawau
Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zero2Hero posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zero2Hero:

Share