TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda

TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda Radio Malaysia TAWAUfm merupakan salah satu Stesen Radio milik Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Sejarah siaran radio di Tawau bermula pada 15 Februari 1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar radio di Tawau berikutan perkembangan siaran radio di Sabah yang bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi stesen pemancar radio di Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang disiarkan dari Kota Kinabalu. Selaras dengan perkembangan pesat radio serta permintaan masya
rakat setempat, pada 31 0gos 1987 stesen pemancar radio Tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran Radio Malaysia Tawau menerusi Gelombang Sederhana (MW) 747 Kilohertz. Memandangkan siaran menerusi MW 747 KHz hanya dapat diikuti di beberapa kawasan sahaja dan kemunculan siaran FM Stereo yang lebih jelas, maka pada 26 Ogos 2003 siaran TAWAUfm telah dinaik taraf kepada FM Stereo menerusi frekuensi 100.1 Megahertz dengan kekuatan 1 Kilo Watt yang dapat didengar di seluruh Tawau termasuk Semporna, Kunak, Lahad Datu dan sebahagian kawasan di negara jiran. Sebutan nama stesen radio di Tawau juga mengalami evolusi penjenamaan :-

31 Ogos 1987 - Radio Malaysia Tawau
Tahun 1997 - Radio Malaysia Sabah Siaran Dari Tawau
Tahun 2000 - Radio Malaysia Tawau
07 Ogos 2005 - TAWAUfm
01 Jun 2009 - Radio Malaysia TAWAUfm

Kini TAWAUfm terus mengorak langkah seiring dengan pembangunan negara dengan adunan rancangan-rancangan yang berkualiti disiarkan dan terus berfungsi sebagai "Community Radio" bagi menepati aspirasi rakyat. General information
FREKUENSI

100.1 MHz
Sekitar kawasan Tawau
Sekitar kawasan Semporna
Sebahagian kawasan Kunak
Sebahagian kawasan Lahad Datu

(1 Kilo Watt / 100 Watt)

93.6 MHz
Sekitar kawasan Kunak
Sekitar kawasan Lahad Datu
Sebahagian kawasan Kinabatangan
Sebahagian kawasan Sandakan

(1 Kilo Watt / 100 Watt)

99.1 MHz
Sekitar kawasan Felda Sahabat

(100 Watt)

04/09/2026

Temubual bersama Puan Lucia Enggong, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah

🌧️ πˆππ…πŽπ†π‘π€π…πˆπŠ πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π‹πˆπ’ | πŸ‘ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” 🌧️MET Malaysia akan terus memantau keadaan ...
04/09/2026

🌧️ πˆππ…πŽπ†π‘π€π…πˆπŠ πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π‹πˆπ’ | πŸ‘ π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” 🌧️

MET Malaysia akan terus memantau keadaan cuaca dan dapatkan ramalan serta amaran cuaca terkini daripada laman sesawang rasmi, aplikasi MYCuaca dan media sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.






Jangan Memandu di Bawah Pengaruh Dadah atau AlkoholSatu keputusan yang salah mampu mengubah seluruh kehidupan.Dadah dan ...
04/09/2026

Jangan Memandu di Bawah Pengaruh Dadah atau Alkohol

Satu keputusan yang salah mampu mengubah seluruh kehidupan.

Dadah dan alkohol boleh menjejaskan tahap kewaspadaan, melambatkan tindak balas, mengganggu pertimbangan serta mengurangkan keupayaan mengawal kenderaan. Akibatnya, risiko kemalangan meningkat dan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya lain turut terancam.

Ingatlah:
πŸ‘‰Jangan memandu jika berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
πŸ‘‰Pilih pengangkutan alternatif atau minta bantuan individu yang boleh memandu dengan selamat.
πŸ‘‰Bertanggungjawab terhadap setiap perjalanan yang dilakukan.







πŸ”„ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

PINK, PUTIH, KASAR, HALUS… MASIH GARAM.Ramai sangka garam bukit, garam laut atau Himalayan pink salt jauh lebih β€œsihat” ...
04/09/2026

PINK, PUTIH, KASAR, HALUS… MASIH GARAM.

Ramai sangka garam bukit, garam laut atau Himalayan pink salt jauh lebih β€œsihat” daripada garam putih biasa.

Hakikatnya, semuanya masih membekalkan natrium.

Memang ada perbezaan dari segi rasa, tekstur, warna dan kandungan mineral surih. Tetapi mineral itu biasanya terlalu sedikit untuk menjadikan satu jenis garam sebagai β€œgaram sihat” yang boleh digunakan sesuka hati.

Masalah sebenar bukan sangat warna garam.

Masalahnya ialah berapa banyak natrium yang kita ambil sepanjang hari β€” daripada garam yang ditambah ketika memasak, kicap, sos, perencah segera, makanan proses, makanan jeruk dan makanan di luar.

Pengambilan natrium berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung serta strok.

Jadi kalau anda tukar garam putih kepada pink salt tetapi masih tabur banyak-banyak…

…ia bukan upgrade kesihatan yang besar.

Yang lebih penting ialah kurangkan jumlah keseluruhan garam dan perasa masin.

Sedikit tip:
Gunakan bawang, limau, cili, serai, halia, herba dan rempah untuk tambah rasa tanpa perlu bergantung terlalu banyak pada garam.

Dan satu lagi perkara yang ramai terlepas pandang β€” untuk kegunaan harian, garam beriodin mempunyai kelebihan kerana membantu membekalkan iodin, nutrien penting untuk fungsi tiroid.

Jadi bila nampak garam mahal, cantik, pink dan nampak β€œpremium”, jangan terus anggap ia lebih sihat.

Kadang-kadang yang berubah cuma warna dan harga.

Natriumnya… masih ada.

Pengurus Penyiaran Tawau Puan Muzrina Jubaira Sarfuddin menerima kunjungan Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan Easter...
04/09/2026

Pengurus Penyiaran Tawau Puan Muzrina Jubaira Sarfuddin menerima kunjungan Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Encik Ab Rasil Hajatil. Sesi pertemuan itu membincangkan perancangan dan kerjasama sempena Karnival Gigpreneur Ekonomi Kerjaya (GEK) anjuran ESSCOM pada 24 Oktober 2026 di Dewan Masyarakat Tawau.

Address

Jalan Chong Thien Vun
Tawau
91008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089773397

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TAWAUfm ~ Stesen Pilihan Anda:

Shortcuts

Share

Category