BN Comms Kalabakan

BN Comms Kalabakan BN BEATS CHANNEL Kita Jaga Kita Warisi

22/12/2025
20-12-25 | MAJLIS PERKAHWINANMenghadiri jemputan majlis perkahwinan sebagai tanda kebersamaan serta berkongsi kegembiraa...
20/12/2025

20-12-25 | MAJLIS PERKAHWINAN

Menghadiri jemputan majlis perkahwinan sebagai tanda kebersamaan serta berkongsi kegembiraan bersama tuan rumah dan para jemputan.

Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, keberkatan serta membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

17-12-25 | KUNJUNGAN HORMATUMNO Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor, Ketua M...
18/12/2025

17-12-25 | KUNJUNGAN HORMAT

UMNO Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor, Ketua Menteri Sabah, yang diketuai oleh Datuk Jafri Ariffin, Ketua UMNO Sabah.

Turut hadir Datuk Mohd Hasnol Ayub, Timbalan Ketua UMNO Sabah; Datuk Seri Panglima Said Salleh Keruak, Bendahari UMNO Sabah; serta Datuk Samasuddin Bin Yusop (SBY), Ketua Bahagian UMNO Kalabakan merangkap Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah.

Dalam suasana pasca pilihan raya, keutamaan diberikan kepada kestabilan politik, kebajikan rakyat serta kesinambungan pembangunan negeri Sabah.

Insya Allah, semangat kebersamaan dan kerjasama ini akan terus memperkukuh aspirasi Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah demi kesejahteraan bersama.

18/12/2025
18/12/2025
17/12/2025
17-12-25 | MESYUARAT BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAHKetua Bahagian UMNO Kalabakan merangkap Setiausaha Perhubungan U...
17/12/2025

17-12-25 | MESYUARAT BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan merangkap Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah bagi membincangkan hala tuju, penyelarasan gerak kerja serta pengukuhan jentera parti di semua peringkat.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kesepakatan, memperhalusi strategi dan memastikan perjuangan UMNO terus kukuh serta relevan demi kepentingan rakyat Sabah.

14-12-25 | MAJLIS PERKAHWINANKetua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Bin Yusop (SBY), menghadiri majlis perkahwinan ya...
14/12/2025

14-12-25 | MAJLIS PERKAHWINAN

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Bin Yusop (SBY), menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di Pasir Putih, Lorong Mawar sebagai tanda silaturahim dan perkongsian kegembiraan bersama penduduk setempat.

Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, keberkatan serta membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Terima kasih atas jemputan dan layanan yang baik.

14-12-25 | VETERAN UMNO KALABAKANPerjumpaan selepas pilihan raya bersama para veteran UMNO diadakan sebagai tanda pengha...
14/12/2025

14-12-25 | VETERAN UMNO KALABAKAN

Perjumpaan selepas pilihan raya bersama para veteran UMNO diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa, pengorbanan dan kesetiaan yang tidak pernah luntur sejak sekian lama.

Pandangan, nasihat serta pengalaman para veteran menjadi sumber kekuatan dan panduan untuk terus memperkukuh perjuangan parti. Walaupun melalui keputusan yang tidak mudah, semangat kebersamaan dan perjuangan tetap utuh.

Terima kasih para veteran UMNO. Perjuangan diteruskan, demi agama, bangsa dan tanah air.

13-12-25 | PASCA PRU DUN SABAH-17Mesyuarat pasca PRN Sabah ke-17 UMNO Sabah Bahagian Kalabakan diadakan sebagai ruang mu...
13/12/2025

13-12-25 | PASCA PRU DUN SABAH-17

Mesyuarat pasca PRN Sabah ke-17 UMNO Sabah Bahagian Kalabakan diadakan sebagai ruang muhasabah bersama terhadap perjalanan dan keputusan pilihan raya yang baru berlangsung.

Walaupun menerima keputusan dengan hati terbuka dan penuh rasa tanggungjawab, semangat perjuangan tidak pernah luntur. Kekalahan bukan penamat, sebaliknya menjadi pengajaran untuk memperbaiki kelemahan dan memperkukuhkan kekuatan.

UMNO Sabah Bahagian Kalabakan akan terus berdiri teguh mempertahankan parti keramat ini, sebuah parti yang telah berjuang sejak kemerdekaan demi agama, bangsa dan tanah air. Perjuangan diteruskan, demi masa depan Sabah dan negara.

13-12-25 | MAJLIS TAHLIL Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Bin Yusop (SBY), hadir menziarahi serta menyertai bac...
13/12/2025

13-12-25 | MAJLIS TAHLIL

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Bin Yusop (SBY), hadir menziarahi serta menyertai bacaan tahlil atas pemergian ayahanda kepada Saudara Roslan Jumadi, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kalabakan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga, moga diberikan kekuatan dan kesabaran.



12/12/2025

Address

TAWAU
Tawau
91000

Telephone

+601110805942

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BN Comms Kalabakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BN Comms Kalabakan:

Share