PASTI Nurul Mawaddah Tawau

PASTI Nurul Mawaddah Tawau PASTI Nurul Mawaddah, Tawau
Pendidikan awal Islamik | Melahirkan Generasi Soleh Pintar.

19/06/2026

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™
๐ŸŽ‚ Sanah Helwah Pasti Nurul Mawaddah
PASTI Nurul Mawaddah Tawau ๐ŸŽ‚

Semoga tahun baharu hijrah ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan buat seluruh warga PASTI.

Di kesempatan ini, kami juga mendoakan agar segala urusan dan persiapan Program Mahabbah Mawaddah pada Ahad nanti dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas sokongan, kerjasama serta kepercayaan yang sentiasa diberikan kepada PASTI. Semoga segala kebaikan dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT.

"Bersama menyemai mahabbah, mengeratkan ukhuwwah, membina generasi soleh dan solehah."

โœจ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H & Sanah Helwah PASTI. โœจ

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™Warga Pasti Nurul Mawaddah Semoga hadirnya tahun baharu Hijrah ini menjadi titik muhasabah bu...
16/06/2026

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™
Warga Pasti Nurul Mawaddah

Semoga hadirnya tahun baharu Hijrah ini menjadi titik muhasabah buat kita semua.

Bukan sekadar bertukar angka pada kalendar, tetapi menjadi permulaan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik โ€” memperbaiki hati, memperindah akhlak, memperkukuh iman dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga setiap ujian yang dilalui menjadi penguat jiwa, setiap pengorbanan menjadi asbab keberkatan, dan setiap langkah yang diatur dipenuhi rahmat serta petunjuk-Nya.

Semoga anak-anak yang kita didik membesar sebagai generasi soleh dan solehah yang membawa cahaya Islam kepada ummah, serta semoga seluruh keluarga warga PASTI Nurul Mawaddah Tawau khususnya sentiasa berada dalam lindungan, kasih sayang dan keberkatan Allah SWT.

"Hijrah yang sebenar bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah daripada kelalaian kepada ketaatan, daripada kelemahan kepada kekuatan iman, dan daripada diri yang lama kepada diri yang lebih dekat dengan Allah."

โœจ Salam Maal Hijrah 1448H
Awal Muharram, Awal Perubahan, Awal Keberkatan. ๐Ÿค๐ŸŒ™

Simpan sini memori bersama warga Pasti Nurul Mawaddah
15/06/2026

Simpan sini memori bersama warga Pasti Nurul Mawaddah


Alhamdulillah selesai utk hari ni..jumpa lagi esok bagi acara kemuncak Sukaneka PASTI kawasan Tawau.Jutaan terima kasih ...
13/06/2026

Alhamdulillah selesai utk hari ni..jumpa lagi esok bagi acara kemuncak Sukaneka PASTI kawasan Tawau.

Jutaan terima kasih utk hari ini.Terima kasih parents Mawaddah yg sentiasa ada bersama.

Semoga setiap apa yg diberikan digantikan dengan kebaikan.
Terima kasih juga sponsor makanan & minuman hari ni,semoga semakin dimewahkan keberkatan rezeki buat semuanya ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Semoga dipermudahkan urusan parents pelajar semuanya๐Ÿ’œ
Esok lagi sambung berjuang๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

Pasti Nurul Mawaddah

18/05/2026

MOHON SUMBANGAN SUKANEKA PASTI KAWASAN TAWAU 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh hormat, kami daripada PASTI Kawasan Tawau ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menjayakan program:

SUKANEKA PASTI TAWAU 2026
โ€ข 13 โ€“ 14 Jun 2026 (Sabtu - Ahad)
โ€ข Sasaran Kutipan : RM5000

Sumbangan tuan/puan akan digunakan bagi menampung keperluan program seperti:
โœ… Pengurusan acara
โœ… Hadiah & cenderamata
โœ… Peralatan sukaneka
โœ… Kebajikan AJK Pelaksana

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat dan memberi keceriaan kepada anak-anak PASTI.

Salurkan melalui QR / akaun berikut:
โ€ข Pasti Kawasan Tawau
โ€ข 560036174416
โ€ข Ref : Sukaneka26

atau melalui link :
https://yup.la/sukaneka26

Sebarang pertanyaan:
019-842 4510 / 019-533 7736

โ€œSedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.โ€ ๐Ÿค


Family Pasti Nurul Mawaddah ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ
16/05/2026

Family Pasti Nurul Mawaddah
๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ

๐ŸŒท Selamat Hari Guru ๐ŸŒทSelamat Hari Guru buat semua guru dan ibu-ibu yang merupakan guru pertama bagi setiap anak. โค๏ธGuru ...
16/05/2026

๐ŸŒท Selamat Hari Guru ๐ŸŒท

Selamat Hari Guru buat semua guru dan ibu-ibu yang merupakan guru pertama bagi setiap anak. โค๏ธ

Guru mendidik dengan penuh sabar,
membimbing dengan kasih sayang,
dan membentuk generasi yang berilmu serta berakhlak mulia.

Ibu p**a adalah madrasah pertama anak-anak,
tempat bermulanya didikan, kasih sayang, adab, dan nilai kehidupan.

Terima kasih kepada semua guru dan para ibu
atas segala pengorbanan, kesabaran, dan kasih sayang yang dicurahkan.

Hari Guru dan hadiah memang tidak dapat dipisahkan. Namun, hadiah yang paling bermakna buat seorang guru ialah doa-doa yang ikhlas daripada ibu bapa dan penjaga pelajar. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Asbab doa parents pelajar & anak-anak soleh solehah pintar,semoga kami terus diberi kekuatan, kesabaran, dan keikhlasan dalam mendidik anak-anak menjadi generasi soleh dan pintar.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan,
dan keberkatan dalam setiap usaha mendidik generasi masa hadapan.

โœจ Tanpa guru, siapalah kita. โœจ

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—— ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ!Kali ini ada 5 pilihan tema, iaitu :1.Sains dan Teknologi2.Flora dan Fauna3.Kulinari4.Kerjaya5...
14/05/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—— ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ!

Kali ini ada 5 pilihan tema, iaitu :

1.Sains dan Teknologi
2.Flora dan Fauna
3.Kulinari
4.Kerjaya
5.Alam Sekitar

Selamat menyiapkan tugasan buat anak-anak PASTI Sabah!

Selamat Hari Jururawat
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Di sebalik senyuman yang kalian berikan kepada pesakit, ada penat lelah yang tersimpan rapi.

Di sebalik seragam putih itu, ada insan yang kuat, sabar dan sentiasa menghulurkan bantuan, tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Jururawat bukan sekadar profesion. Ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara kita. Tanpa kalian, tiada erti penjagaan, tiada erti pemulihan.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kasih yang kalian curahkan.

Semoga kalian terus dilimpahi kekuatan dan rahmat.

Selamat Hari Jururawat.

Daripada :
Jabatan PASTI Negeri Sabah

Address

TB 4384 TAMAN RIA 3 Jalan UTARA , TAWAU
Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Nurul Mawaddah Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share