14/09/2020
Setiap tahun, di Iraq sentiasa berlaku krisis air. Krisis air ini bermula sejak tahun 1990-an ketika Iraq menghadapi Perang Teluk. Kebanyakan sumber air didapatkan dari kedua-dua sungai terpanjang di Timur Tengah iaitu Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi krisis air di Iraq.
1) Faktor peperangan
Semestinya kerana Iraq telah mengalami beberapa siri peperangan seperti Perang Iran-Iraq, Perang Teluk, Perang Saudara Iraq dan Serangan AS terhadap Iraq. Pada tahun 1990-an, Iraq menghadapi perang Teluk di mana Iraq menyerang Kuwait. Kemudian, AS membantu Kuwait dengan menghantar tentera AS untuk menyerang Iraq. Kemudahan infrastruktur seperti empangan hidroelektrik yang menjadi sumber penjanaan tenaga elektrik dan penakungan air musnah. Hal ini menyebabkan pencemaran air berlaku. Kemudian, Iraq menghadapi serangan dari AS yang menyebabkan jawatan Presiden Iraq, Saddam Hussein digulingkan dan melemahkan ekonkmi Iraq serta memusnahkan infrastruktur. Seterusnya, berlaku perang saudara yang menyebabkan kemunculan ISIS di Iraq dan Syria. Hal ini sangat memburukkan keadaan persekitaran Sungai Euphrates dan Sungai Tigris yang telah menjadi pusat peradaban atau tamadun awal manusia di dunia.
2) Faktor kawalan sumber air
Sungai Euphrates dan Sungai Tigris telah dikawal oleh negara Turki, Syria dan Iran. Menurut Iraq Energy Institute, Turki mengawal sumber air dari Sungai Euphrates dan Sungai Tigris sebanyak 71%, Syria sebanyak 4% dan Iran sebanyak 6%. Hal ini bermaksud Iraq mengawal sumber air dari Sungai Euphrates dan Sungai Tigris sebanyak 19%. Lebihยฒ lagi, di Turki terdapat dua empangan dibina di Sungai Euphrates dan Sungai Tigris iaitu Empangan Ataturk (Euphrates) dan Empangan Ilisu (Tigris).
Krisis air di Iraq benarยฒ menyukarkan rakyatnya untuk bertahan hidup. Bahkan, ada sesetengah kes di mana penduduk tidak mendapat bekalan air sedikit pun.
Sumber : Aljazeera English / Vox / Iraq Energy Institute / Norwegian Refugee Council