Eva Viector

Eva Viector Welcome to the randomness. Expect the unexpected – it's all part of the fun.

🌿 Mudahnya tanam paku pakis. Saya tanam sendiri di halaman rumah. Pastikan tanah sentiasa lembap dan rajin trim. Baru la...
01/08/2025

🌿 Mudahnya tanam paku pakis. Saya tanam sendiri di halaman rumah. Pastikan tanah sentiasa lembap dan rajin trim. Baru la pakis gemuk dan subur.🌱 Jom cuba tanam sendiri di rumah 🏡

🌿 FAKTA MENARIK BUAH CINTA (TAMARILLO)🌿1. 🍅 Nama Unik & RomantisBuah ini digelar "buah cinta" kerana warnanya yang merah...
29/07/2025

🌿 FAKTA MENARIK BUAH CINTA (TAMARILLO)🌿

1. 🍅 Nama Unik & Romantis
Buah ini digelar "buah cinta" kerana warnanya yang merah merona dan rasanya yang eksotik. Namun nama sebenarnya ialah Tamarillo.

2. 🌱 Asal-usul Tropika Tinggi
Tamarillo berasal dari kawasan tanah tinggi di Amerika Selatan, khususnya di Andes – seperti Ecuador, Peru, Colombia dan Bolivia.

3. 🧃 Rasa Manis Masam Unik
Rasa tamarillo adalah gabungan antara tomato, markisa dan betik, menjadikannya pilihan eksotik untuk jus, salad, jem, dan sos.

4. 💪 Kaya Antioksidan & Vitamin C
Buah cinta mengandungi antioksidan, vitamin C, A dan E, yang membantu melawan radikal bebas dan menyokong sistem imun.

5. 🩺Baik untuk Kesihatan Jantung
Kandungan kalium yang tinggi membantu menstabilkan tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung.

6. 🔥Bantu Turunkan Berat Badan
Rendah kalori dan tinggi serat – sesuai untuk diet sihat dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

7. 👁️ Mata Lebih Sihat
Kaya dengan vitamin A yang penting untuk penglihatan, terutamanya bagi pengguna skrin digital.

8. ❄️ Perlu Disimpan Dingin
Tamarillo mudah rosak jika terlalu masak. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama dan kekalkan rasa segar.

9. ⚠️ Kulitnya Pahit
Kulit tamarillo tidak digalakkan dimakan kerana rasanya pahit. Kupas dahulu sebelum digunakan dalam masakan atau minuman.

10. 🍽️ Cara Popular Menikmati
Potong separuh, tabur sedikit gula, dan makan dengan sudu – seperti makan kiwi. Atau boleh diblend sebagai jus campuran buah.

✨Bonus: Simbol Romantis
Dalam sesetengah budaya, tamarillo dianggap sebagai buah yang meningkatkan keinginan dan semangat kerana warna dan rasanya yang menggoda.

Rasa-rasanya mana yang paling kuat.Adakah itu jantung,lidah atau Rahang.,,,,,,,Daripada hati, lidah, dan rahang manusia,...
28/07/2025

Rasa-rasanya mana yang paling kuat.
Adakah itu jantung,lidah atau Rahang.

,
,
,
,
,
,
,

Daripada hati, lidah, dan rahang manusia, rahang adalah yang paling kuat. Rahang manusia direka untuk menggigit dan mengunyah makanan keras, memberikannya kekuatan yang jauh melebihi hati dan lidah. Hati adalah organ lembut yang memainkan peranan penting dalam sistem peredaran darah, manakala lidah adalah otot yang digunakan untuk rasa, pertuturan, dan menelan. Kekuatan masing-masing organ ini berbeza dan berkaitan dengan fungsi biologinya.

Tanam banyak mungkin nampak produktif, tapi kalau tak dimanfaatkan, ia membazir. Sama seperti hidup — jangan kejar semua...
27/07/2025

Tanam banyak mungkin nampak produktif, tapi kalau tak dimanfaatkan, ia membazir. Sama seperti hidup — jangan kejar semuanya sekaligus, kerana belum tentu kita mampu urus dan nikmati semuanya.

Minuman 6 Dalam 1 untuk Musim Panas yang Sejuk di Pagi Hari ❄️🔥Walaupun sekarang musim panas, suhu pada waktu subuh hing...
23/07/2025

Minuman 6 Dalam 1 untuk Musim Panas yang Sejuk di Pagi Hari ❄️🔥

Walaupun sekarang musim panas, suhu pada waktu subuh hingga awal pagi tetap sangat sejuk. Minum air suam sahaja kadang-kadang tidak cukup untuk menghangatkan badan.

Jadi saya gemar menyediakan minuman 6 dalam 1 yang membantu memanaskan badan dari dalam. Senarai bahan boleh rujuk pada gambar. Semua bahan perlu dibersihkan terlebih dahulu. Kulit halia tidak perlu dibuang, cukup sekadar dicuci bersih. Kemudian, hiris semua bahan dan rebus selama 1 hingga 2 jam dengan api paling kecil.

Minuman ini boleh dinikmati ketika panas, suam atau sejuk – ikut kes**aan masing-masing. Baki air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk dan sebaiknya dihabiskan dalam tempoh 1 hingga 2 hari agar masih segar. Waktu pagi, saya tambahkan air panas supaya bila diminum ada rasa suam dan tambah sedikit madu tualang asli. Rasanya lebih sedap dan memberi tenaga. Khasiat madu juga menyokong kesihatan badan secara menyeluruh.

Para wanita sangat digalakkan mencuba. Kombinasi bahan-bahan ini amat baik untuk kesihatan dalaman wanita.

Melihat pemandangan Gunung Kinabalu seperti dalam gambar adalah normal bagi kami yang membesar di kampung berdekatan den...
19/07/2025

Melihat pemandangan Gunung Kinabalu seperti dalam gambar adalah normal bagi kami yang membesar di kampung berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Mungkin ada yang akan memberi tanggapan bahawa gambar ini telah diedit. Ini adalah kejadian semulajadi.

  BBQ di tepi sungai dengan family. Kebetulan kena hari hujan. Tidak dapat mandi manda di sungai.
18/07/2025

BBQ di tepi sungai dengan family. Kebetulan kena hari hujan. Tidak dapat mandi manda di sungai.

  Sempena Hari Ulang Tahun kelahiran.Saya baking kek coklat pisang. Punya sedap. Ngam-ngam lagi sekarang ini musim sejuk...
17/07/2025

Sempena Hari Ulang Tahun kelahiran.
Saya baking kek coklat pisang.
Punya sedap. Ngam-ngam lagi sekarang ini musim sejuk, makan dan minum Kopi O.Mantap☺️.

28/06/2025

Aktiviti membuang tanah diantara rizom lengkuas secara manual tanpa menggunakan air.Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah rizom lengkuas lebih tahan lama kerana tidak terkena lembapan dari air.Bila digunakan untuk memasak,barulah dibersihkan menggunakan air. Tapi kurang sesuai untuk pasaran sebab ada pelanggan yang tidak s**a lengkuas masih ada tanah.

28/06/2025

Proses manual membersihkan isi lengkuas. Lengkuas ini antara tanaman yang sangat senang tumbuh dan penjagaan serta rawatan pun senang. Tapi,bila dituai,proses membersihkan rizom lengkuas paling susah.Dengan akar serabut yang keras dan pelbagai arah rimpang rizom maka harus berhati-hati semasa membersihkan.Jika tidak berhati-hati,rizom akan rosak dan tidak tahan lama.Kalau mahu cepat buang tanah,boleh gunakan tekanan air yang tinggi.Tapi proses membuang akar itu tetap buat secara manual. Kalau di pasaran,nampak cantik saja lengkuas tu.Bersih saja kan..tapi disebalik itu,kerja membersih lengkuas sangat rumit sebenarnya.☺️

23/06/2025

Kalau lepas tengok video ini,mesti menyesal buang bekas botol air sebelum ini. ☺️

Address

Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eva Viector posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share