MEDIA Parlimen PASIR SALAK

MEDIA Parlimen PASIR SALAK YB Ust Jamaludin Yahya

JEJAK WARISAN PERAK LAMAParlimen Pasir Salak sebenarnya , mempunyai banyak warisan sejarah lama , yang jika di majukan m...
02/06/2023

JEJAK WARISAN PERAK LAMA

Parlimen Pasir Salak sebenarnya , mempunyai banyak warisan sejarah lama , yang jika di majukan mampu menjadi destinasi pelancongan sejarah . Antaranya :

A. PUTERI LIMAU PURUT (1)

Pada zaman dahulu kala ada seorang raja di negeri Perak yang bernama Sultan Mahmud Iskandar Syah yang bersemayam di atas takhta kerajaan yang berpusat di Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga. Baginda tidak mempunyai putera atau puteri, cuma berempat saudara saja, dua lelaki dan dua perempuan. Yang lelaki bergelar Yang di Pertuan Muda bersemayam di Kampung Pulau Tiga yang sekarang dikenali sebagai Kampung Tok Paduka Raja.

Baginda ini telah meninggal dunia terlebih dahulu dan telah di gelar dengan gelaran Al Marhum Pulau Tiga. Yang perempuan, seorang bergelar selepas mangkat ialah Syah Alam Muda Pulau Tiga iaitu Tuan Puteri Limau Purut. Setengah orang menggelarnya tuan Puteri Menara Konkong manakala seorang lagi bergelar Syah Alam Bongsu Sayong kerana meninggal dunia di Sayong. Nama-nama batang tubuh mereka tidak di ketahui.

Hendak dijadikan cerita, pada satu hari datang lah satu rombongan di raja dari Aceh ke Istana Sultan Perak di Geronggong kerana hendak meminang tuan Puteri Limau Purut. Rombongan itu pun masuk menghadap baginda sultan serta menyembahkan kedatangan rombongan di raja itu. Selepas mendengar sembah rombongan itu, maka Sultan pun bertitah supaya di tangguhkan jawapan ke masa yang lain. Maka, p**anglah rombongan itu ke negeri mereka semula lalu menghadap dan menyembahkan perkara berkenaan dengan penangguhan itu.

Setelah beberapa ketika, Tuan Puteri Limau Purut yang tidak tahu menahu tentang rombongan yang meminangnya itu telah mendapat tahu bahawa Raja Aceh hendak meminang dirinya. Maka amat gembiralah hatinya yang sejak dahulu bercita-cita hendak berkelah-kelah ke hulu supaya dapat menenangkan hatinya yang duka itu. Seterusnya, bersiap-siaplah segala persiapan inang pengasuhnya akan segala alat-alat perkelahan di raja serta dimuatkan ke dalam perahu. Angkatan tuan Puteri dengan beberapa buah perahu itu pun memudik ke hulu sambil singgah di merata-rata kampung di tepi sungai itu. Mana-mana tempat yang di singgahnya, orang-orang kampung pun datang mengadap serta membawa persembahan seperti beras, sayur-sayuran dan lain lain sahingga penuh dalam perahu itu.

Darah putih

Tidak berapa lama selepas itu, maka sampailah mereka ke satu tempat lalu mereka singgah dan naik ke darat serta bersiap-siap untuk berkelah. Dayang-dayang dan inang pengasuhnya pun tampil membuat kerja masing-masing. Dengan takdir yang ditentukan tuhan, sedang tuan Puteri memotong timun maka terkenalah mata pisau itu ke jarinya dan luka. Tuan Puteri pun berseru, “Jika darah luka di jari beta ini putih, beta akan mangkat di sini.” Dengan tidak semena dan tidak disangka-sangka, darah yang keluar dari luka tuan Puteri memang berwarna putih. Tidak berapa lama kemudian, tuan Puteri Limau Purut mangkat disitu.

Makam lama puteri limau purut

Perkhabaran tentang perihal kemangkatan tuan Puteri Limau Purut itu pun dipersembahkan kepada Sultan di Geronggong. Baginda amat sedih dan duka cita di atas kemangkatan Paduka Adinda tuan Putri Limau Purut itu. Baginda pun berangkat memudik serta membawa segala alat-alat kelengkapan di raja untuk mengkebumikan tuan Puteri Limau Purut. Setelah hal pengebumian Puteri Limau Purut selesai, baginda sultan pun p**ang ke istana dan baginda terus menghantar utusan ke Aceh untuk memberi tahu yang tuan Puteri Limau Purut sudah meninggal dunia.

Baginda Raja Aceh terus murka setelah mendengar khabar yang dibawa oleh utusan Perak itu dan menyatakan bahawa khabaran ini adalah hanya satu helah untuk menolak lamaran sahaja. Baginda Raja Aceh lantas terus mengerahkan bala tenteranya untuk bersiap sedia menyerang negeri Perak. Maka berangkatlah angkatan tentera perang Aceh menuju ke Perak. Malangnya Kerajaan Perak tidak membuat apa-apa persiapan dan perkara ini tidak dijangka lansung akan berlaku.

(Antara sebahagian pengkisahan sejarah Perak Lama sejarah Puteri Limau Purut .)

B. MEGAT TERAWIS

Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Dia merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak. Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), berkahwin dengan anak Sultan Muzaffar Shah II of Perak, iaitu Raja Shah Alam Sayong.

Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah I dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan. Sultan Muzaffar Syah I menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya membunuh Tun Saban, dan disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.

Sejak hari itu orang-orang keturunan Megat menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak ke-15 (1756-1770) Bendahara Megat Abu Kasim meletak jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Selepas itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah raja.

Keturunan Megat Terawis banyak berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar, Perak kerana istana Sultan Perak dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Bandar Lama , Kampung Gajah , Perak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak.

PENUTUP :

YB Ust Jamaludin Yahya berserta Pn. dan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak, mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ,sokongan dan bantuan pelbagai pihak antaranya :

1. pihak keselamatan (PDRM),
2.mantan Toh Koho Alam Tn. Hj Musafa Bin Mohd Yunus (sumber penceritaan dan pengkisahan kisah Puteri Limau Purut )
3. NGO2, PERMAS, VETERAN ATM PERAK,
4. Masyarakat dan penduduk kampung yang turut terlibat.

Semoga generasi terkini lebih menyedari peri pentingnya memahami sejarah dan susurgalur bangsa sendiri, kerana bangsa yang buta sejarah sendiri, sesungguhnya menjadi bangsa yang alpa dan leka, memandang rendah kehebatan sendiri dan berjiwa kosong.



LAWATAN CADANGAN : PELANCONGAN REKREASI DAN BERSEJARAH (1)1. Makam /kubur Korban Bintang 3 /Perang Sg Manik2. Gerotak Be...
09/05/2023

LAWATAN CADANGAN :
PELANCONGAN REKREASI DAN BERSEJARAH (1)

1. Makam /kubur Korban Bintang 3 /Perang Sg Manik
2. Gerotak Besi Kampung Degong-Chikus

Menelusuri sejarah kekejaman “Perang Bintang Tiga / Perang Sg. Manik”.

Antara ikon sejarah yg masih kekal utuh untuk di ambil pengajaran oleh generasi kini adalah ,makam 7 mangsa kekejaman komunis Bintang 3 . Menurut ceritanya , jenazah dikebumikan di dalam satu liang lahad dan disempurnakan sebagai mati syahid.

Mereka terkorban berhampiran jambatan besi ( gambar di lampirkan) Chikus yang merentangi Sungai Batang Padang.

Ke tujuh tujuh arwah terkorban ketika mereka dalam perjalanan ke Langkap.
Mereka di katakan di serang oleh anggota Bintang Tiga di jambatan besi keretapi Chikus.

Ke Langkap nak berbincang

Makam itu terletak di jalan ke Madrasah Jamiatul Banat wal Banin dan berhampiran dengan bekas landasan kereta api. Sekolah yang diasaskan Yahya Subhan dan menjadi tempat Ustazah Sakinah Jonid bertugas sebagai guru. Begitu juga dengan Ustaz Othman Abdullah, bekas Ketua Pemuda PAS Pusat. Mereka bekerja di sekolah yang sama.

Ketujuh-tujuh orang itu terkorban ketika mereka dalam perjalanan ke Langkap. Mereka dikatakan diserang oleh annggota Bintang Tiga di jambatan besi kereta api Chikus.

Kejadian itu bermula apabila salah seorang ulama kampung, Haji Ali Ahmad didatangi Bintang Tiga yang menawarkan perdamaian dengan penduduk kampung.

Kemudian di rumahnya Haji Ali mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga dan beberapa penduduk kampung. Mereka memutuskan untuk bersetuju berdamai dan pergi ke Langkap bagi membincangkan perdamaian tersebut.

Haji Ali pergi ke Langkap diiringi Ghazali Adam dan Abdul Hamed Kari. Sesampainya mereka di Masjid Chikus, Ghazali mengetuk kerantung mengajak penduduk kampung lain keluar dari rumah untuk ke Langkap.

Hanya Talib Ali, Zakaria Mat Amin dan Haji Abdul Hamid Abdul Ghani keluar dari rumah dan bersetuju untuk pergi bersama ke Langkap. Turut serta dalam rombongan itu ialah Haji Dahlan Ali, bapa mertua Haji Abdul Hamid.

Beliau adalah seorang ulama tempatan.

Haji Ali - dengan berpakaian jubah hitam dan bertongkat yang diikat dengan kain putih - mengetuai rombongan itu ke Langkap. Kain putih itu menandakan mereka bersetuju ‘menyerah diri’ untuk berdamai.

Namun sesampai sahaja mereka di jambatan besi berkenaan, mereka ditembak satu persatu oleh Bintang Tiga yang datang sebagai pengiring.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi suatu Jumaat. Tidak diketahui mengapa perkara itu berlaku. Sedangkan rombongan yang diketuai Haji Ali itu bersetuju untuk berdamai.

Kemudian semua jenazah diikat secara berangkai dan direndam di dalam Sungai Batang Padang. Kejadian itu disaksikan oleh Mohd Noor yang mengendap di celah-celah ketebalan hutan.

Mohd Noor bergegas lari memberitahu ahli keluarga dan orang kampung lain.

Takut ditembak Bintang Tiga

Setelah itu, empat penduduk kampung Chikus pergi ke tempat kejadian dan menguruskan jenazah terbabit. Mereka yang terkorban itu dikebumikan dengan pakaian yang ada di badan masing-masing.

Tiada kain kafan dan mereka disempurnakan selayaknya orang mati syahid. Tiada maklumat siapa yang memutuskan status kematian mereka sebagai mati syahid perang ataupun syahid bil qital.

Mereka dikebumikan dlam satu liang lahad dan urusan menyempurnakan jenazah berkenaan selesai menjelang Maghrib. Terdapat juga sumber yang menyatakan dua daripada mereka yang terkorban itu dikebumikan di tanah perkuburan Parit 1 Sungai Manik oleh ahli keluarga mereka.

Satu sumber lain menyatakan bahawa jenazah dimandi dan dikebumikan oleh Haji Asmuni Saleh bersama tiga orang lain. Haji Asmuni ialah salah seorang penduduk tempatan yang terselamat daripada terbunuh kerana tidak turut serta bersama ke Langkap.

Menurut Haji Asmuni yang dipetik daripada laporan Abu Bakar Sidek, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi Jumaat. Pada ketika itu, ramai penduduk tidak berani keluar rumah kerana bimbang ditembak Bintang Tiga.

Haji Asmuni ditugaskan menjaga keselamatan ahli keluarganya sahaja.

Seramai 7 orang terkorban dalam kejadian tersebut. Mereka adalah:

Haji Ali Ahmad (ulama)
Haji Dahlan Ali (ulama)
Haji Abdul Hamid Haji Abdul Ghani
Abdul Hamed Kari
Talib Ali
Zakaria Mat Amin (remaja)
Ghazali Haji Adam (remaja)
Mereka dikebumikan berhampiran jambatan keretapi di antara Degong dan Chikus yang merintangi Sungai Batang Padang. Sebuah papan tanda diletak bagi memudahkan orang ramai mengetahui kedudukan makam tersebut.

Papan tanda itu dibuat atas inisiatif jawatankuasa masjid yang menyedari kepentingan sejarah perjuangan masyarakat dahulu untuk tatapan generasi baru.

Sehari selepas pembunuhan itu, Bintang Tiga menangkap 11 orang kampung termasuk Khalifah Haji Bakri yang hadir dalam majlis perdamaian di Langkap.
Ini memang menambah-nambah ketakutan orang orang kampung

Terdapat seorang lagi nama yang terkorban iaiu Sidang Mat Dili yang berasal dari Kunci Air 12. Beliau merupakan ketua suku Mandailing. Haji Ismail Pekan Rabu juga terkorban dan dikebumi di tanah perkuburan Parit 1 Sungai Manik oleh Haji Abdul Rahman, Timbalan Khalifah Perang Sabil.

Manakala Ibrahim dengan anaknya, Junid, dari Parit 2B Sungai Manik juga dibunuh oleh Bintang Tiga dan dikebumi di hadapan rumah mereka. Junid lebih dikenali dengan nama Mat Grouk.

Saad Man yang mengebumikan mereka secara tergesa-gesa tanpa disembahyang dan dikafan bagi mengelakkan terserempak dengan Bintang Tiga.

Menurut cerita Yusuf Pancho p**a, pada masa itu penduduk kampung berlindung di celah-celah londang keladi di belakang rumah mereka.

Seorang tukang gunting rambut Mohamad Karim terbunuh ditembak dan dikebumidi belakang stesen kereta api kampung tersebut. Tiada keterangan lanjut mengenai arwah melainkan bekerja sebagai tukang gunting rambut di kampung Sungai Tukang Sidin.

Ada juga wanita yang terkorban di tangan Bintang Tiga. Antaranya yang dicatat ialah Suhaibah Abdul Manap, seorang suri rumah di Chikus dan dari suku Mandailing.

Suhaibah meninggalkan suaminya, Ontok, dan dua anak mereka, Maimunah dan Jaafar. Jenazah wanita malang itu dibiarkan selama beberapa hari di Sungai Bidor kerana keadaan yang tidak aman. Namun akhirnya dapat disempurnakan dan dikebumikan di tanah perkuburan Parit 10, Chikus.

Sekian lah serba ringkas cuplikan yang di petik dari sebuah artikel seorang pengkaji sejarah tempatan , Dr. Muhaimin Sulam .

Terima kasih juga buat :
Persatuan Pembangunan Pelancongan Dan Rekreasi Sungai Manik
Penghulu Mukim Changkat Jong , Labu Kubong dan Sungai Manik
Pihak Keselamatan
DMP PS
Individu2, mereka2 yang turut serta dalam lawatan semalam.

Semoga sejarah kezaliman sebegini menjadi iktibar buat semua. Jangan ada lagi manusia pengkhianat yang tegar menjadi talibarut musuh ugama , bangsa juga negara.

Kredit: artikel tulisan:
Dr Muhaimin Sulam




02/05/2023

Alhamdulillah….suara Pasir Salak yang disampaikan melalui YB Ust di persidangan Parlimen yg baru melabuhkan tirai , mendapat respons dari pihak kerajaan.

Melalui ucapan Datok Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Timbalan Perdana Menteri di jamuan hari raya Umno Pasir Salak kelmarin… jelas menyatakan komitmen pihak kerajaan melaksanakan sebahagian dari tuntutan Parlimen Salak yang telah disampaikan oleh YB Ust Jamaludin di persidangan Parlimen yg lalu.

Alhamdulillah….semuanya dengan Kehendak Allah juga.




Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلً...
21/04/2023

Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' Orang itu menjawab; 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.' (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara tanda mengasihi saudara dan sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah.

2. Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah.

3. Ambillah peluang sempena Hari Raya ini untuk menziarahi dan kunjung mengunjung sesama saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Alla.

4. Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah melalui ziarah sempena Hari Raya ini.

5. Suburkan Silaturahim dan Ukhuwah sebagai bukti peribadi terpuji. Syawal permulaan baharu buat kita dengan membawa bekal dan semangat Ramadan. Syawal permulaan baru.

22hb April 2023
01hb Syawal 1444H




Mana mungkin rakyat jatuhkan pemimpin nak hapus rasuahIsu pendakwaan rasuah terpilih yang buatkan rakyat marahhttps://is...
19/04/2023

Mana mungkin rakyat jatuhkan pemimpin nak hapus rasuah

Isu pendakwaan rasuah terpilih yang buatkan rakyat marah

https://ismaweb.net/2023/04/17/mana-mungkin-rakyat-jatuhkan-pemimpin-nak-hapus-rasuah/

RASUAH tetap rasuah, rasuah itu najis, lebih haram daripada najis babi, tidak kira siapa lakukan, tidak boleh disucikan dengan mudah.

Heret semua ke muka pengadilan.

Jangan terpilih-pilih. Ini tidak, ada yang kena, ada yang tidak. Paling kelakar, penerima bukan main dikejar, pemberi macam mana?

Jika musuh politik, bukan main cepat kena tuduh dan didakwa.

Bila kena kepada rakan sendiri, dakwa lambat-lambat, macam-macam alasan diberikan. Terutama, bila tiba bab rakan sepakatan, rakan yang dapat mengekalkan diri di puncak kuasa, tidak didakwa. Jangan begitu brother.

Rakyat bukannya buta. Rakyat nampak semua. Semakin meluat dengan wayang yang dimainkan.

Jika berani, cuba senaraikan mereka yang dituduh rasuah dan akan dituduh. Ramai yang belum dituduh, hanya kerana mahu memastikan terus berada dalam tampok kuasa.

Benar, seseorang itu tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah. Tetapi rakyat tidak buta. Rakyat kenal dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh terlibat ini. Rakyat tahu, mereka ini suci ke tidak.

Kalau dah namanya ahli politik, payah nak cari yang suci sepenuhnya. Paling kurang, subahat, pasti ada. Semua negara macam itu.

Jika tidak, mana mungkin, bila kajian dibuat, whom do you trust, orang yang boleh dipercayai, di peringkat antarabangsa, juga negara kita, orang politik menduduki tangga yang terakhir yang tidak boleh dipercayai, tangga ke 15, berbanding doktor dan pendidik

Paling banyak menipu pun orang politik juga. Dunia politik penuh penipuan.

Benar, kata peribahasa Melayu, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi Perdana Menteri dan menteri-menteri.

Hanya mereka yang takut dengan Tuhan (God fearing) yang kurang menipu. Itupun dunia politik, penuh hidup dalam kepura-puraan.

Selagi sistem politik tidak diperbaiki, selagi pemimpin tidak dapat menunjukkan contoh yang baik, termasuk pembesar, selagi mana pengikut kerjanya membodek pemimpin, selagi itulah kita akan terus menghadapi masalah.

Selagi pengikut tidak berani menegur pemimpin, selagi itu rasuah sukar untuk dibenteras.

Semua berpunca daripada orang politik, akhir meleret-leret ke jabatan kritikal seperti imigresen, polis, kastam, dan sebagainya.

Rakyat marhaen yang bekerja berpandangan, jika orang politik kaut, takkan aku tak kaut. Inilah kata-kata yang selalu saya dengar

Atas pihak atasan polis (contoh imigresen, kastam) kaut, takkan kami di bawah nak tengok sahaja. Sama juga, kalau pihak atas majlis bandaraya (perbandaran) kaut, takkan kami tak kaut.

Semua berpunca daripada pemimpin yang tidak dapat menunjukkan contoh yang baik.

Ikan busuk bermula daripada kepala (pemimpin) bukan ekor (rakyat).

Mudah sahaja mahu benteras rasuah. Bermula daripada pemimpin politik, diikuti dengan pemimpin agensi kerajaan, jangan kaut.

Jika pemimpin kaut, orang bawah pasti akan kaut sebab gaji mereka kecil berbanding pemimpin atau orang atasan. Hukuman, perkara lain yang perlu difikirkan.

Saya harap pemimpin kita janganlah terlalu beretorik untuk menghapuskan rasuah, hakikatnya orang sendiri sekeliling pun rasuah.

Sebelum berkuasa, memang sedap cakap, bila berkuasa, bagaimana?

Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui, jika asas mula tidak betul, penuh penipuan, pasti akan berakhir dengan tidak betul juga, walaupun pada mulanya nampak betul

Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri.

Justeru, jika benar-benar kita mahu benteraskan rasuah, dakwah semua, jangan terpilih-pilih.

Cara nak perangi rasuah mudah sahaja. Jangan ada pembesar dan pemimpin terlibat dalam perniagaan, kerana perniagaan ada perkiraan untung rugi. Bila masa nak tadbir urus negara.

Ingat, ikan itu busuk bermula daripada kepala. Sebab itu, jangan terlalu manis di bibir, bercakap mahu benteras.

Ingat, kerana rasuah juga, banyak hak milik Melayu tergadai satu persatu, termasuk Melayu.

Rasuah mesti diperangi habis-habisan sama seperti kita perangi dadah.

Persoalannya kenapa p**a perangi dadah tidak berkesudahan, seolah-olah gagal? Jawapan mudah, kerana adanya rasuah dadah.

Ingatan saya kepada pembesar dan pemimpin negara, jangan kokok berdegar-degar, ekor bergemulang tahi.

Pemimpin mesti menunjukkan teladan yang baik, jika mahu rakyat ikut dan dihormati. Jika tidak, tunggulah tidak lama lagi, akan berlaku kehancurannya

Hukuman yang berat hendak dikenakan kepada pemberi dan penerima rasuah.

Setelah hukuman berat dikenakan, mereka turut dihantar untuk menjaga kendang babi dan babi. Supaya puak-puak ini sedar bahawa babi lebih mulia daripadanya

Kenapa saya kata begitu? Walaupun babi ini diharamkan makan (ternak), ia tetap makhluk Allah

Babi tidak boleh menghancurkan negara. Tetapi rasuah boleh. Lebih-lebih jika pemimpin negara yang lakukannya.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah — with Pusat Khidmat Parlimen PS and 2 others.

RASUAH tetap rasuah, rasuah itu najis, lebih haram daripada najis babi, tidak kira siapa lakukan, tidak boleh disucikan dengan mudah. Heret semua ke muka pengadilan. Jangan terpilih-pilih. Ini tidak, ada yang kena, ada yang tidak. Paling kelakar, penerima bukan main dikejar, pemberi macam mana? Jika...

Kebenaran vs pembohongan dalam Kerajaan FiraunApril 12, 2023DI DALAM Surah Ghafir, Allah S.W.T merakamkan kisah ahli kel...
15/04/2023

Kebenaran vs pembohongan dalam Kerajaan Firaun
April 12, 2023

DI DALAM Surah Ghafir, Allah S.W.T merakamkan kisah ahli keluarga Firaun yang memprotes tindakan yang dibuat oleh Firaun.

Apabila kita mengamati isi-isi protesnya kita akan dapati bahawa sekalipun beliau ahli keluarga Firaun, tetapi tidak terbodoh dengan pembodohan Firaun.

Protes atas dasar kebenaran

Antara isi protesnya menggambarkan beliau menggunakan akal fikirannya dengan betul. Lontarannya selari dengan rasional.

Pertama

Advertisement

أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَن يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُم بِالْبَيِّنَاتِ مِن رَّبِّكُمْ ۖ وَإِن يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ ۖ وَإِن يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُم بَعْضُ الَّذِي يَعِدُكُمْ

“Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? ‘ – sedang ia telah datang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu? Kalau ia seorang yang berdusta maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan kalau ia seorang yang benar nescaya kamu akan ditimpa oleh sebahagian dari (azab) yang dijanjikannya kepada kamu.”

Kedua

Antara lain, FirmanNya;

يَا قَوْمِ لَكُمُ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ظَاهِرِينَ فِي الْأَرْضِ فَمَن يَنصُرُنَا مِن بَأْسِ اللَّهِ إِن جَاءَنَا

“Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?”

Kenyataan lelaki ini dijawab oleh Firaun sepertimana FirmanNya;

قَالَ فِرْعَوْنُ مَا أُرِيكُمْ إِلَّا مَا أَرَىٰ وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلَّا سَبِيلَ الرَّشَادِ

“Firaun berkata: “Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar”.”

Pembohongan Firaun

Imam Ibn Kathir menghuraikan ayat ini dengan mengatakan bahawa demi menjaga pengaruh, Firaun bersikap bohong.

Pembohongan pertama

Bohong apabila dia sudah pun menyedari bahawa seruan Nabi Musa A.S itu adalah benar. Ia berdasarkan ayat 102, Surah al Isra’:

قَالَ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنزَلَ هَٰؤُلَاءِ إِلَّا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ بَصَائِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَا فِرْعَوْنُ مَثْبُورًا

“Nabi Musa menjawab: “Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran; dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa”.”

Pembohongan kedua

Bohong apabila dia mendakwa dia hanya sekadar mengutara pandangan atas dasar kebenaran (rujuk ayat di atas). Hakikatnya dia sendiri sedar dia sedang berbohong. Ia berdasarkan Surah Hud ayat 97:

إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ فَاتَّبَعُوا أَمْرَ فِرْعَوْنَ ۖ وَمَا أَمْرُ فِرْعَوْنَ بِرَشِيدٍ

“Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.”

Imam Ibnu Kathir menutup huraian ayat 29 Surah Ghafir dengan kecaman Nabi S.A.W terhadap pemerintah yang menipu.

Pemerintah yang bergimik dan berbohong

Nabi S.A.W bersabda;

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tiada di kalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Di dalam Surah Ghafir ayat 36 dan 37, menceritakan bahawa Firaun mengarahkan kepada Haman untuk membina menara yang tinggi.

Kononnya bertujuan untuk membuktikan dakwah Nabi Musa itu tak betul. Sama ada menara itu terbina atau tidak, tindakan mengarahkan Haman itu cumalah sekadar gimik.

Ini kerana, Firaun sendiri telah menyedari bahawa seruan Nabi Musa A.S itu adalah benar. Hal ini telah dihuraikan tadi.

Allah S.W.T berfirman;

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ

“Dan Firaun p**a berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya).”

أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا ۚ وَكَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ ۚ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ

“(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah diperhiaskan (oleh syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan.”

Imam Ibn Kathir menghuraikan;

الذي أراد أن يوهم به الرعية أنه يعمل شيئا يتوصل به إلى تكذيب موسى – عليه السلام –

“Tindakan tersebut dibuat untuk meletakkan pra sangka kepada rakyat bahawa dia melakukan sesuatu yang membawa kepada pendustaan terhadap Nabi Musa A.S.”

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS PERAK.



HiKMAH HIDUP SEDERHANADinukil dari kitab wa saaili a-wushul ilaa syamaail al-rasul} bahwa rasulullah hidup sangat sederh...
14/04/2023

HiKMAH HIDUP SEDERHANA

Dinukil dari kitab wa saaili a-wushul ilaa syamaail al-rasul} bahwa rasulullah hidup sangat sederhana

وعن ابن عباس رضي الله تعالى عنهما قال حدثني عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال دخلت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على حصير قال فجلست فاذا عليه ازارو ليس عليه غيره واذا الحصير قداثر في جنبه واذا بقبضة من الشعير نحو الصاع واذا هاب معلق فابتدرت عيناي فقال ما يبكيك يا ابن الخطاب فقلت يا نبي الله ومالي لا ابكى وهذا الحصير قداثر في جنبك وهذه خزائنك لا ارى فيها الا ما ارى وذاك كسرى وقصير في الثمار والانهار وانت نبي الله وصفوته وهذه خزائنه قال يا ابن الخطاب اما ترضى ان تكون لنا الاخرة ولهم الدنيا اولئك قوم عجلت لهم طيباتهم وهي وشيكة الانقطاع وانا قوم اخرت لنا طيبتنا في اخرتنا
(وسائل الوصول الى شمائل الرسول، الفصل الثاني في صفة فراشه صلى الله عليه وسلم وما يناسبه، ص ٤٨ )

Diriwayatkan dari Sayyidina Abdullah Ibn ‘Abbas رضي الله تعالى عنهما , beliau berkata, Sayyidina Umar رضي الله تعالى عنه telah menceritakan, ketika beliau masuk kerumah Rasulullah صلى الله عليه وسلم beliau menceritakan, “Ketika aku masuk ke rumah Rasulullah صلى الله عليه وسلم maka aku melihat bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berada di atas tikarnya {yang terbuat dari pelepah kurma} maka aku duduk diatas hamparan kain Rasulullah صلى الله عليه وسلم , tidak ada apapun di bawahnya, hanya tanah dibalik kain tersebut, maka aku lihat belakang Rasulullah صلى الله عليه وسلم terdapat bekas tikar tempat beliau tidur, maka tiba2 aku pun terkejut, aku melihat ada segenggam/sekitar 1 sho’ gandum {tidak lebih} kemudian aku pun terkejut, hanya terdapat 1 kulit tempat mimum air Rasulullah yang digantungkan {sangat sangat sederhana} Maka tidak kusadari kedua air mataku pun mengalir…”

Rasulullah pun melihatnya kemudian beliau bertanya, “Apa yang membuatmu menangis wahai Ibn Khottob?” Maka saya pun menjawab,“ Wahai Rasulallah, bagaimana aku tidak menangis, tikar ini telah memberikan bekas pada belakangmu wahai Rasulallah, Engkau tidak mempunyai harta apa-apa kecuali yang saya lihat. Sedangkan kita melihat bagaimana raja-raja, kaisar-kaisar yang hidup di istana mereka dikelilingi buah2an segar dan sungai2 jernih yang menyegarkan, sedangkan Engkau Nabi Allah, orang yang disucikan oleh Allah Ta’ala, hanya ini sahaja yang engkau miliki wahai Nabi Allah ?”

Rasulullah pun berkata, “Wahai Ibn Khottob, tidakkah engkau ridha, jika nanti kita mendapat keni’matan di akhirat, sedangkan bagi mereka hanya di dunia sahaja. Mereka itulah kaum yang disegerakan oleh Allah Ta’ala keni’matannya hanya di dunia, keni’matan sementara, sedangkan kita adalah kaum yang ditunda keni’matan yang didapatkan nanti di akhirat.”

Pilih laa hendak yang mana satu antara dua ni A atau B....(pilihan terbuka selagi hidup)A){ ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّىٰهُمُ ٱل...
13/04/2023

Pilih laa hendak yang mana satu antara dua ni A atau B....(pilihan terbuka selagi hidup)

A)
{ ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ ظَالِمِيٓ أَنفُسِهِمۡۖ فَأَلۡقَوُاْ ٱلسَّلَمَ مَا كُنَّا نَعۡمَلُ مِن سُوٓءِۭۚ بَلَىٰٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }
[Surah An-Naḥl: 28]

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)." Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): "Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan". (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan".

😎
{ ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمُ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ }
[Surah An-Naḥl: 32]

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".

Lensa Ramadan 1444H

Majlis Iftar di Masjid Muhajirin,
Felcra Seberang Perak




Address

Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak, Kg Gajah
Teluk Intan
36000

Telephone

+60106618995

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MEDIA Parlimen PASIR SALAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MEDIA Parlimen PASIR SALAK:

Share