One Publication

One Publication 003745940-A

Penerbitan Novel • E-books • Dropship •

One Publication—We stand as ONE

*MR. DUDA CRIMINAL | BELLA HASTEL**[BLURB]*Lathif Luth pernah memiliki kehidupan yang sempurna. Sehinggalah pada malam u...
21/06/2026

*MR. DUDA CRIMINAL | BELLA HASTEL*

*[BLURB]*

Lathif Luth pernah memiliki kehidupan yang sempurna. Sehinggalah pada malam ulang tahun perkahwinannya, isterinya ditemui mati dan dia dituduh sebagai pembunuh.

Bertahun-tahun dipenjarakan atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya membuatkan hidup Lathif musnah. Apabila dibebaskan, dia bukan saja kehilangan isteri, malah kehilangan kepercayaan masyarakat terhadap dirinya.

Tiada siapa mahu mengambilnya bekerja kecuali sebuah syarikat pembinaan yang memberinya peluang sebagai buruh kasar.
Di situlah dia bertemu dengan Nur Ameera Syahira.

Penyelia tapak yang cantik, tegas tapi terlalu s**a mengambil tahu hal orang.

"Awak kenapa degil sangat ni? Awak tak tahu ke saya ni siapa? Semua orang kata saya ni pembunuh tau tak?" - Lathif Luth

"Saya tak minatlah nak dengar cakap orang. Saya ni lebih s**a tengok sendiri daripada nak nilai awak dari mulut orang." - Nur Ameera Syahira

Lathif cuba menjauhkan diri. Baginya, cinta sudah lama terkubur bersama arwah isterinya. Namun Ameera bukan jenis yang mudah mengalah.

Ketika hubungan mereka semakin rapat, mereka mula menyiasat semula kes kematian isterinya. Sedikit demi sedikit, rahsia yang selama ini tersembunyi mula terbongkar. Dan apa yang mereka temui jauh lebih mengejutkan daripada yang disangka.

Mampukah Lathif membersihkan namanya dan mendapatkan keadilan untuk isterinya?

Dan selepas semua yang berlaku, masih adakah ruang di hatinya untuk menerima cinta yang baru?

_MR. DUDA CRIMINAL_ Dia pernah kehilangan segalanya. Kini dia cuma mahukan kebenaran... dan mungkin, peluang kedua untuk bahagia.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

*ACCIDENTALLY MRS. DUDA | SADGURLLY*

*[BLURB]*

Tessabelle tidak pernah menyangka perkahwinan yang bermula tanpa cinta akan mengubah seluruh hidupnya.

“Kau jangan nak berlakon. Depan nenek aku kau boleh buat apa je kau nak…" - Tengku Zadkiel Kashden
“Tengku tak nak percaya dengan saya… itu terserah Tengku. Tapi saya tak akan buat benda memalukan maruah saya sendiri." - Tessabelle Liyza

Menjadi isteri kepada Tengku Zadkiel Kashden bukanlah sesuatu yang mudah. Lelaki itu seorang yang bekerjaya. Lebih rumit apabila Tessabelle turut perlu berdepan dengan Ballerie, anak kecil yang langsung tidak mahu menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

“Tak! Makcik tak sedar diri… nak kahwin dengan papa sebab nak rampas harta papa!” - Tengku Ballerie Leora
“Astaghfirullahalazim… siapa yang ajar Belly cakap macam tu?” - Tengku Zadkiel Kashden

Setiap hari adalah satu perjuangan.

Namun di sebalik segala salah faham, perlahan-lahan Tengku Zadkiel mula melihat sisi sebenar isterinya. Lelaki yang kelihatan keras itu sebenarnya menyimpan kasih sayang yang tidak pernah diluahkan dengan kata-kata.

“Kiel kena ingat… Tessa tu tanggungjawab Kiel sekarang.” - Tengku Emery Ada
“Kiel ingat.” - Tengku Zadkiel Kashden

Mampukah Tessabelle mempertahankan rumah tangga yang baru dibina? Dan mampukah Ballerie menerima bahawa kasih sayang seorang ibu tidak semestinya lahir daripada darah yang sama?

CINTA YANG SEMPURNA by IZA IMAN.  BLURB: Takdir telah mempertemukan Fazrul Raymie, seorang duda beranak satu dengan Huma...
21/06/2026

CINTA YANG SEMPURNA by IZA IMAN.

BLURB:

Takdir telah mempertemukan Fazrul Raymie, seorang duda beranak satu dengan Humaira, seorang gadis muda yang baru sahaja habis belajar. Ada sedikit salah faham yang berlaku hingga Fazrul Raymie menuduh Humaira mahu menculik anaknya, Faiz.

Ibu Fazrul Raymie yang memang tengah mencari baby sitter terus menawarkan diri untuk mengambil Humaira bekerja. Pelbagai perkara berlaku di kediaman mereka sehingga akhirnya Fazrul Raymie terpaksa berkahwin dengan Humaira.

“Pasal kau, hidup aku jadi petaka. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal sepanjang honeymoon nanti.” – FAZRUL RAYMIE.

“Maira tak akan halang abang untuk buang segala kenangan manis bersama arwah Sara. Kerana kenangan itulah yang mempertemukan kita.” - HUMAIRA.

Bagaimana dengan perkahwinan yang dibina bukan berlandaskan cinta itu? Dapatkah mereka menyemai ikatan rumahtangga yang penuh onak dan duri? Semuanya bakal terjawab dalam ISTERI KESAYANGAN FAZRUL RAYMIE.

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

GELORA CINTA UNTUKMU, ARALINA

BLURB

Mereka merampas anaknya. Mereka menghancurkan hidupnya. Aralina pernah kehilangan segalanya, maruah, kebebasan, dan hak untuk memeluk anak kandungnya sendiri. Dikhianati oleh lelaki yang sepatutnya melindunginya, dia terpaksa bangkit daripada trauma dan luka yang hampir memusnahkan jiwanya.

Ketika harapan semakin pudar, hadir seorang doktor bernama Rio yang percaya bahawa Aralina masih berhak untuk bahagia. Namun, masa lalu tidak pernah benar-benar pergi. Mahone kembali dengan ancaman yang lebih berbahaya, memaksa Aralina memilih antara ketakutan atau perjuangan.

Dalam perjalanan mencari anak yang dirampas daripadanya, Aralina bakal menemui kebenaran, keadilan, dan mungkin, cinta yang selama ini tidak pernah disangkanya.

TAGLINESebab bagi saya, awak adalah setiap hari, hari sabtu saya.Kadangkala, takdir tak perlukan perancangan yang hebat....
21/06/2026

TAGLINE

Sebab bagi saya, awak adalah setiap hari, hari sabtu saya.
Kadangkala, takdir tak perlukan perancangan yang hebat. Ia cuma perlukan sebuah kafe yang sunyi, seekor kucing gemuk, dan awak.

LELAKI SABTU | ARKENIZ

SINOPSIS

Bagi Nur Camila, kafe buku Naskhah & Meow adalah dunianya yang tenang. Tugasnya mudah: bancuh kopi, susun novel cinta yang plotnya kadangkala tidak logik, dan pastikan Boolat—kucing British Shorthair yang gemuk dan sombong—s**a landing di atas rak novel cinta pop**ar.

Kemudian muncul Ahmad Zaydan.

Lelaki itu adalah sebuah misteri yang hanya muncul setiap hari sabtu. Tidak pada hari lain. Skema, pembersih, dan sentiasa berkepit dengan laptop, duduk sudut yang sama. Dia tidak banyak bicara, tetapi kehadirannya mula menjadi rutin yang Camila tunggu-tunggu tanpa sedar.

Semuanya bermula dengan treats creamy untuk Boolat, kemudian beralih kepada perdebatan tentang novel cinta, sehinggalah kepada soalan yang tidak disangka-sangka:

"Camila, kalau saya datang hari lain... awak sudi buatkan kopi untuk saya?"

Zaydan mahu keluar daripada zon selesa hari sabtu miliknya. Camila p**a mula sedar bahawa lelaki itu menyimpan sebuah rahsia tentang kesepian yang hanya boleh disembuhkan dengan aroma kopi dan sebuah senyuman yang tulus.

Tiada antagonis yang jahat. Tiada drama air mata yang melampau. Hanya sebuah kisah tentang dua jiwa yang mencari comfort zone dalam dunia yang terlalu bising. No drama, just pure sugar.@

LELAKI SELEPAS DIA | AYASHIBLURBSuaminya mati tujuh hari selepas dia melihat lelaki itu tidur dengan sahabat baiknya.Dan...
21/06/2026

LELAKI SELEPAS DIA | AYASHI

BLURB

Suaminya mati tujuh hari selepas dia melihat lelaki itu tidur dengan sahabat baiknya.

Dan sejak hari itu, Nathalie Hart tidak pernah menangisi cinta yang hilang.
Dia menangisi hakikat bahawa dia tidak sempat membencinya.

Tiga tahun kemudian, hidup Nathalie hanya tentang bunga, anak perempuannya, dan rutin yang selamat daripada perasaan.
Sehinggalah seorang lelaki asing muncul dan mula mengganggu segala yang telah susah payah dia bina.

Yuga.

Seorang lelaki yang membawa senyuman ketika Nathalie sudah lupa bagaimana rasanya bahagia.
Seorang lelaki yang terlalu sabar ketika Nathalie terus menolak.
Seorang lelaki yang membuatkan anak kecilnya ketawa.

Dan itu perkara yang paling menakutkan.

Kerana Nathalie tahu bagaimana kisah seperti ini berakhir.
Lelaki akan pergi. Mereka sentiasa pergi.

Tetapi bagaimana jika kali ini, orang yang pergi bukan Yuga?

‼️LAST CALL‼️Selepas ini, harga akan berubah. Belian kombo akan tamat jam 12:00 AM ini.Sebarang pembelian bolehlah terus...
15/06/2026

‼️LAST CALL‼️

Selepas ini, harga akan berubah. Belian kombo akan tamat jam 12:00 AM ini.

Sebarang pembelian bolehlah terus kepada DS trusted anda.

Terima kasih 🫶🏻

ePBAKL pastinya lebih meriah tahun ni, kan?Dengan segala kesyukuran, sy ingin mengumumkan bahawa beberapa penulis under ...
15/05/2026

ePBAKL pastinya lebih meriah tahun ni, kan?

Dengan segala kesyukuran, sy ingin mengumumkan bahawa beberapa penulis under team One Publication kami Aya Shi Saddy Gurlly Arkeniz Penulis Viymiy Lyna Fiona Poem Athena Tynah Stories Hannah Anna Iza Iman bakal memeriahkan lagi ePBAKL 2026 dengan karya hebat masing-masing dalam 1 KOMBO mantap!🔥

Nantikan kombo ePBAKL dari ONE Publication, KAMINGSUUUN!!❤️🤭

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua~🌙✨Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik serta rezeki yang ...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua~🌙✨

Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah.

Penjualan ebook masih berjalan seperti biasa~ anytime roger je ek~❤️

PENCARIAN DROPSHIPKARYA Izzy Isabelle Jones(dan ebook ONE Publication)WAJIB:- Aktif TikTok dan Facebook- Rajin promote t...
08/02/2026

PENCARIAN DROPSHIP
KARYA Izzy Isabelle Jones
(dan ebook ONE Publication)

WAJIB:

- Aktif TikTok dan Facebook
- Rajin promote tanpa jemu
- Jujur dan amanah

BAHAN DISEDIAKAN
BONUS TAMBAHAN KALAU HIT TARGET

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

Address

Tapah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when One Publication posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to One Publication:

Shortcuts

Share

Category