Teluk Intan Di Hatiku

Teluk Intan Di Hatiku Informasi tempat tempat menarik di teluk intan.

Bajang mana yang buat pembakaran secara terbuka ni?Lokasi tanah rezab kerajaan Taman Banjar Indah.Mohon pihak berwajib a...
14/08/2025

Bajang mana yang buat pembakaran secara terbuka ni?

Lokasi tanah rezab kerajaan Taman Banjar Indah.

Mohon pihak berwajib ambil tindakkan segera, tegas adil dan saksama.

Hari ini genap 78 tahun usia Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Pejabat...
10/08/2025

Hari ini genap 78 tahun usia Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri, dimuat naik sebuah video berdurasi 44 saat yang merakamkan ucapan khas sempena hari istimewa ini.

Dalam hantaran itu, warga kerja Pejabat Perdana Menteri turut menitip doa kepada Anwar mendoakan pemimpin itu dikurniakan kesihatan yang baik.

"Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang serta terus diberi kekuatan untuk menerajui negara menuju Malaysia MADANI yang makmur, adil dan sejahtera," tulis hantaran itu lagi.

ELAKKAN MOVASejak beberapa minggu yang lalu, kami sering ditanya berkenaan Mova. Mana tidaknya, mereka menawarkan p**ang...
29/07/2025

ELAKKAN MOVA

Sejak beberapa minggu yang lalu, kami sering ditanya berkenaan Mova. Mana tidaknya, mereka menawarkan p**angan yang menggiurkan dengan goyang kaki je, pastinya ramai yang tertarik seperti biasa.

Oleh itu, setelah kami ambil masa buat sedikit untuk menganalisa, kami ingin kongsi analisa pendek dan pendapat kami untuk anda semua.

Ringkasnya, pendapat kami ialah “elakkan Mova.”

Awas… post ini panjang. Jika anda baca sampai habis, anda juara! 💪💪💪

********

Sumber2 maklumat yang telah dirujuk adalah seperti berikut:

1. Carian SSM mengenai syarikat Mova Digital Tech Sdn Bhd. Ini adalah syarikat Mova yang berdaftar di Malaysia mengikut berita rasmi.
2. Carian portal berita rasmi dalam laman web.
3. Carian dalam laman web secara am.
4. Aplikasi Mova.
5. FB Mova Partner Malaysia dll.
6. Maklumat dari ahli Mova.

Apa Itu MOVA?

Petikan daripada laman web Berita Harian Online bertajuk “MOVA sasar tiga juta pengguna di Malaysia akhir tahun ini” (rujuk https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/07/1416325/mova-sasar-tiga-juta-pengguna-di-malaysia-akhir-tahun-ini)

1. MOVA merupakan aplikasi p**angan tunai (cash back) pihak ketiga yang membolehkan pengguna memperoleh ganjaran semasa membeli-belah di platform pop**ar seperti Shopee dan TikTok.

2. Pengguna juga boleh menaik taraf kepada rakan rasmi MOVA dan berkongsi pautan pembelian dengan rakan-rakan untuk memperoleh ganjaran daripada setiap transaksi yang dilakukan rakan mereka.

Mova Digital Tech yang ditubuhkan pada 2024 beribu pejabat di Shenzhen, China, dengan misi membangunkan teknologi e-dagang inovatif bagi menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih cekap dan menjimatkan.

Mova hanya terdapat di Indonesia (sejak April 2025) dan Malaysia (sejak 5 Julai 2025).

************

Analisa Potensi Pendapatan Menggunakan Mova

1. Ganjaran Cashback Melalui Mova User
Cashback ialah p**angan tunai daripada sesuatu pembelian produk. Untuk mendapat p**angan tunai atau cash back daripada pembelian sendiri, anda boleh mendaftar dengan Mova secara percuma sebagai Mova user. Dengan setiap pembelian anda daripada platform Shopee, Lazada, Tiktok dll pelanggan akan berkongsi cash back dengan Mova.

Anda berpotensi dapat sehingga 20% cashback, jumlah berbeza ikut Produk & Seller terpilih. Namun semua ganjaran (baca: cash back) adalah daripada pembelian anda sendiri sahaja.

2. Ganjaran Cashback dan Affiliate Melalui Mova Partner
Jika anda ingin lebih bantak ganjaran, anda perlu aktifkan link Mova Partner affiliate dengan bayaran yuran RM199, jika anda mempunya code referral. Jika tidak anda perlu bayar RM299. Setelah daftar, Mova akan memberikan anda satu link Mova Partner yang unik untuk anda kongsi dengan orang lain. Jika orang lain menggunakan link Mova Partner anda untuk daftar sebagai Mova Partner juga, anda akan memperolehi RM75.

Selain daripada memperolehi cashback daripada pembelian anda sendiri, anda juga berpeluang memperolehi cashback daripada partner atau affiliate yang join menggunakan code referral anda.

Contoh belanja di Shopee RM500, dapat cashback 10% atau RM50.

Level 1: 20% daripada RM50 atau RM10 (20%)
Level 2: 20% daripada RM10 atau RM2 (10%)
Level 3: 20% daripada RM2 atau RM0.40 (0.4%)

Jika ada 10 orang Level 1 = RM10 x 10 = RM100
Jika ada 100 orang Level 2 = RM2 x 100 = RM200
Jika ada 1000 orang Level 3 = RM0.40 x 1000 = RM400

Eh! Macam MLM p**ak dah.

Jika Mova Partner yang daftar di bawah anda mendaftar Mova Partner yang lain (level 2), beliau akan mendapat RM75 dan anda akan mendapat RM35. Untuk level 3 anda akan dapat RM10.

Ada 3 jenis rank (pangkat) dalam Mova:

1. Silver – Bila bayar RM199 untuk jadi Mova Partner.
2. Gold – Bila Silver ada 10 partner Silver di bawahnya (Level 1). Setiap kali anda daftar 10 partner Gold, anda akan mendapat bonus RM1,000. Wow!
3. Diamond – Bila ada 10 parnet Gold di bawahnya. Setiap kali anda daftar 10 partner Diamond, anda akan mendapat bonus RM30,000. Wow! Wow!

Eh! Sebiji macam MLM p**ak dah.

Laman web rasmi Mova ialah www.movaofficial.Com. Link untuk jadi Mova user atau Mova partner ialah seperti https://s-my.movaofficial.com/***** yang menggunakan domain yang sama. Ini bermaksud skim Mova user dan Mova partner adalah skim rasmi oleh Mova oleh kerana ia menggunakan domain rasmi yang sama.

Ini penting untuk memastikan tahap ganjaran dari Mova oleh kerana Mova tidak menyiarkan secara rasmi dalam laman web mereka semua jenis ganjaran untuk Mova User dan Mova Partner, terutama sekali yang berlainan level. Hmmmmm….

Red Flag

Berikut adalah beberapa red flags yang kami temui, yang pada kami, sudah lebih dari cukup untuk menjadi sebab untuk kita elakkan Mova jauh-jauh:

1. Carian dalam portal SSM menyatakan jenis bisnes Mova Digital tech ialah “WEB PORTALS; COMPUTER PROGRAMMING ACTIVITIES; OTHER INFORMATION TECHNOLOGY SERVICE ACTIVITIES N.E.C” atau “PORTAL WEB; AKTIVITI PENGATURCARAAN KOMPUTER; AKTIVITI PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT LAIN N.E.C.” Jenis business ini tiada kena mengena dengan program affiliate yang ditawarkan dan mengelirukan. Pendapat kami kod SSM yang terdekat sepatutnya ialah 47912 iaitu untuk agent affiliate dan untuk “Jualan runcit sebarang jenis produk melalui internet.” Syarikat baru sahaja didaftarkan pada 26 Februari 2025.

Ini adalah red flag yang pertama.

2. Carian dalam portal SSM juga mendapati Mova Digital Tech Sdn Bhd Hanya mempunyai modal berbayar RM100… ya RM100. Tapi bisnes mereka ribu-raban (juta-juta?) dan lebih-lebih lagi mensasarkan 3 juta pengguna akhir tahun ini.

Apakah itu paid up capital atau modal berbayar?

Modal berbayar ialah jumlah wang yang diterima oleh syarikat daripada Pemegang Saham sebagai pertukaran saham dalam Syarikat. Modal berbayar ialah jumlah wang yang boleh digunakan oleh syarikat untuk membiayai operasinya, melabur dalam projek baharu dan membayar balik hutang.

Apa maksud jika sebuah syarikat Sdn Bhd mempunyai modal berbayar serendah RM100? Maksudnya syarikat ini mempunyai RM100 sahaja untuk membiayai operasinya (rujukan https://fareezlaw.com/company/what-is-paid-up-capital-in-malaysia/).

Takkan cukup kan RM100 sahaja untuk tanggung kos operasi? Kemungkinan ada advance atau pendahuluan daripada pemegang saham. Tapi itu tidak diketahui kerana Mova tidak ada penyata kewangan dalam laman web sebab syarikat baru ditubuhkan tahun ini iaitu pada 25 Februari 2025.

Kenapa modal berbayar adalah penting? Modal berbayar adalah penting untuk beberapa sebab. Ia menyediakan syarikat dengan sumber kewangan yang diperlukan untuk beroperasi dan berkembang. Ia juga membantu membina kepercayaan dengan pemiutang dan pembekal, kerana ia menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai asas kewangan yang kukuh untuk mengekalkan operasinya.

Mempunyai hanya modal berbayar RM100 sahaja bermaksud Mova adalah syarikat yang mempunyai asas kewangan yang lemah dan pelanggan mempunyai risiko menjalankan bisnes dengan mereka. Lebih-lebih syarikat ini baru berusia kurang daripada 6 bulan.

Ini adalah red flag yang kedua.

3. Carian dalam portal SSM juga mendapati Mova Digital Tech Sdn Bhd mempunyai 2 orang pemegang saham sahaja; Peng, Ye, yang mempunyai 19 unit saham, dan Koh Hong Wei yang mempunyai 81 unit saham. Koh Hong Wei adalah juga pengarah syarikat bersama-sama setiausaha syarikat. Yang menarik ialah, mengikut nombor pasport yang diberikan dalam laman web SSM (EH1363703), Peng, Ye adalah warga negara China.

Red flag atau tidak? Hmmmm….

4. Untuk mendapat p**angan tunai atau cash back daripada pembelian sendiri, anda boleh mendaftar dengan Mova secara percuma sebagai Mova user. Dengan setiap pembelian daripada platform Shopee, Lazada, Tiktok dll pelanggan akan berkongsi cash back dengan Mova. Maksudnya, Mova akan mendapat cashback dahulu, kemudian akan dikongsikan dengan user.

Secara amnya, potensi pendapatan daripada cash back adalah harus sebab ia berasaskan ganjaran daripada pembelian produk, namun pendapatan melalui cara ini adalah rendah dan tidak menarik.

Oleh itu, Mova menawarkan skim Mova Partner dengan bayaran yuran RM199 kalau guna code referral. Jika tiada code referral anda akan dikenakan RM299. Selepas itu, Mova akan memberikan anda satu link yang unik untuk anda kongsi dengan orang lain. Jika orang lain menggunakan link Mova Partner anda untuk daftar sebagai Mova Partner juga, anda akan memperolehi RM75. Best kan? Tiada pembelian diwajibkan untuk mendapat ganjaran RM75 tersebut.

Itulah bermulanya isu syariah dalam pemberian komisen daripada yuran sahaja dan bukan daripada pembelian produk. Mova telah memberikan jalan pintas untuk anda buat wang dengan pantas, terutama sekali jika anda adalah seorang influencer yang mempunyai ribuan pengikut. Bayangkan 10 orang daftar sebagai level 1 Mova Partner sehari, anda berpotensi untuk memperolehi RM750 sehari. Itu baru level 1 sahaja.

Jika Mova Partner yang daftar di bawah anda mendaftar Mova Partner yang lain (level 2), beliau akan mendapat RM75 dan anda akan mendapat RM35. Untuk level 3 anda akan dapat RM10. Maksudnya dengan seorang Mova partner sahaja, dengan bayaran yuran RM199, anda berpotensi mendapat RM75 + RM35 + RM10 = RM120 jika masing-masing daftar 1 Mova partner.

Maksudnya, syarikat Mova akan mendapat minima RM79 dari setiap pendaftaran Mova partner tanpa apa-apa belian dari anda.

Jika kita ambil contoh anda sebagai Mova Partner daftar 10 Mova Partner di bawah anda (level 1) dan pada setap level hingga level 3, setiap Mova Partner daftar 10 Mova Partner setiap seorang, anda akan dapat 10 x RM75 = RM750 untuk level 1, 10 x 10 x RM35 = RM3,500 untuk level 2, dan 100 x 10 x RM10 = RM10,000 untuk level 3 dengan jumlah RM14,250 dari 1,110 Mova Partner dalam kump**an anda! Tanpa beli apa-apa barang!

Campur bonus 10 partner Diamond RM30,000, jadi RM44,250. Meletup!

Mova p**a berpotensi mendapat 1,100 x RM49 = RM54,390.

Ini adalah jalan pintas dan mudah untuk dapat banyak wang yang pasti! Tanpa perlu jual atau beli barang. Cuma share link je! Tiada perlu susah payah dengan cashback daripada pembelian produk.

Ini adalah tarikan utama menjadi Mova partner dan contoh money game yang jelas dan classic iaitu mendapat wang daripada wang. Ia juga adalah head hunting classic di mana kita cari ahli baru bukan untuk dapat ganjaran daripada beli barang tetapi untuk ambil untung daripada wang ahli baru melalui bayaran yuran mereka.

Ini jelas menunjukkan niat untuk tukar wang kita dengan jumlah yang lebih besar. Maksudnya, niat kita bayar yuran untuk jadi Mova partner ialah untuk mendapat potensi pendapatan lebih daripada RM199 hasil daripada yuran orang lain, bukan hasil ganjaran daripada pembelian produk orang lain.

Ini adalah jelas terlibat dengan riba al fadhl, iaitu pertukaran tidak sama dua barang ribawi yang sama (wang). Kita akan terlibat dengan riba al fadhl jika pendapatan kita hasil daripada menjadi Mova partner melebihi RM199.

Ini adalah red flag keempat dan yang utama.

5. Mova tidak menyiarkan pelan ganjaran yang lengkap dalam applikasinya sebelum kita mendaftar menjadi Mova Partner. Pelan ganjaran diperolehi dari ahli Mova yang lain. Semua ahli2 Mova memberikan pelan gajaran yang serupa. Ada yang memberikan screenshot ganjaran tersebut. Kami tidak pasti kenapa Mova tidak siarkan pelan ganjaran secara rasmi. Sepatutnya disiarkan secara rasmi semua pelan ganjaran sebelum pendaftaran. Pendapat kami ini adalah isu gharar (ketidak-tentuan).

Ini adalah red flag yang kelima.

Timbul persoalan samada bolehkah kita hanya menyertai Mova User secara percuma untuk ambil untung daripada cashback daripada pembelian sendiri.

Pendapat kami ialah elakkan juga menyertai skim ini walapun hanya sebagai Mova User kerana ia syubhah. Ini adala oleh kerana ada kemungkinan akan menarik dan menjerumuskan kita ke dalam kancah money game melalui Mova partner yang menggiurkan.

Hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ الحلالَ بيِّنٌ وإنَّ الحرامَ بيِّنٌ وبينهما أمورٌ مُشتبِهاتٌ لا يعلمهنَّ كثيرٌ من الناس فمنِ اتَّقى الشُّبُهاتِ استبرأ لدِينِه وعِرضِه، ومن وقع في الشُّبهاتِ وقع في الحرامِ ، كالراعي يرعى حول الحِمى يوشكُ أن يرتعَ فيه، ألا وإنَّ لكلِّ ملكٍ حمًى، ألا وإنَّ حمى اللهِ محارمُه

Yang bermaksud: “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga (menjauhi) perkara syubhah (kesamaran), maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya. Dan sesiapa yang terjatuh di dalam (melakukan) perkara syubhah, sama seperti ia terjatuh di dalam (melakukan) perkara yang haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.” (Riwayat al-Bukhari)

Elakkan Mova.

Maafkan kami jika ada sebarang kesilapan fakta yang tidak disengajakan.


Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Jauhi dosa besar riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insha Allah…😬

Ramai orang kata susah nak buat content untuk FB Pro. Sampai ada yang terus give up walaupun baru cuba seminggu dua. Tap...
17/07/2025

Ramai orang kata susah nak buat content untuk FB Pro. Sampai ada yang terus give up walaupun baru cuba seminggu dua.

Tapi saya nak cerita satu benda yang saya sendiri nampak depan mata.

Saya jumpa ramai orang kampung, rumah papan, kerja biasa-biasa, tapi tiap bulan Facebook transfer masuk duit dalam USD.

Saya sendiri terkejut masa mula-mula nampak slip pembayaran Facebook. Ada yang masuk USD300 sebulan, ada yang USD500, ada yang lebih. Tak percaya?

Tengok gambar kat atas ni, slip bayaran mereka. Semua hasil daripada content yang mereka buat di kampung, bukan dari pejabat atau studio besar.

Saya mula tanya-tanya, apa rahsia mereka?

Rupanya orang kampung ada sesuatu yang orang bandar tak ada.

Mereka ada suasana. Ada pemandangan yang asli. Ada kisah hidup yang unik. Ada nostalgia yang orang bandar rindu nak tengok.

Post gambar ayam FB bayar kita

Post video anak kita dikejar angsa Fb bayar kita

Post stories kenangan kita, Fb bayar kita duit

Post reels video sungai mengalir Fb bayar kita

Senang cerita, apa yang kita Posting di wall kita semua nya dibayar oleh FB.

Orang bandar kalau nak buat content, terpaksa pergi studio, sewa kereta mewah, beli baju lawa-lawa.

Tapi orang kampung?

Tak perlu semua tu.

Orang kampung ada kucing yang manja, ada kambing yang lucu, ada kerbau yang setia, ada sungai yang mengalir, ada dusun, ada kebun. Semua tu jadi content tanpa perlu setting, tanpa perlu edit beria-ia.

Saya belajar satu benda. Kita tak perlu jadi orang lain untuk berjaya. Kita cuma perlu jadi diri sendiri, kongsi kehidupan kita seadanya.

Ramai orang malu nak tunjuk kehidupan kampung. Tapi sebenarnya ramai orang bandar yang rindu dengan suasana kampung. 

Mereka s**a tengok pokok-pokok, s**a dengar bunyi ayam, s**a tengok orang bercucuk tanam, s**a dengar dialek kampung.

Benda yang kita rasa biasa, sebenarnya luar biasa bagi orang lain.

Saya tanya abang nelayan kampung yang ajar saya FB Pro, dia cakap…

“Rezeki datang bila kita ikhlas kongsi kehidupan kita.”

Tak perlu kejar views, tak perlu kejar viral. Kita konsisten berkongsi, hari-hari kongsi cerita hidup, lama-lama audience akan datang sendiri, dan Facebook akan mula hantar rezeki masuk dalam akaun bank.

Saya tulis ni bukan untuk tunjuk, dan buka buka mata kita semua. Kalau orang kampung boleh jana USD dengan hanya berkongsi kehidupan harian…

saya percaya, korang pun boleh.

Jangan malu dengan apa yang kita ada. Malulah kalau kita tak berbuat apa-apa.

Saya sendiri dalam proses belajar, dan alhamdulillah hasilnya dah mula nampak. InsyaAllah saya kongsi lagi bila dah lebih faham.

Tapi apa saya boleh cakap, FB Pro ni peluang paling senyap tapi paling besar yang ramai orang belum rebut.

Kalau kampung adalah rumah kita, FB Pro boleh jadi pejabat kita. Kerja dari rumah, tapi gaji masuk dalam USD.

P/s: tengok puan ni, dia rumah kampung, kerja kampung, berapa FB bayar gaji dia setiap hari?

Dulu saya fikir anak lelaki kena ‘keras’ sikit cara didikannya.Saya tinggikan suara, bagi arahan bertalu-talu, sebab nak...
07/07/2025

Dulu saya fikir anak lelaki kena ‘keras’ sikit cara didikannya.
Saya tinggikan suara, bagi arahan bertalu-talu, sebab nak mereka ikut cakap.
Tapi makin saya tekan, makin mereka melawan atau makin mereka buat dek je.

Sampai satu hari saya sedar yang orang lelaki ni bukan keras kepala.
Tapi, mereka cuma nak rasa ‘in control’, bukan diperintah.

Lelaki ni lahir dengan 'drive to lead'.
Fitrah mereka nak jadi pemimpin.

Tapi bila dari kecil kita banyak marah, ugut atau kritik, fitrah tu boleh jadi dua arah.
Sama ada mereka jadi terlalu pasif atau terlalu agresif.

Anak lelaki yang selalu dihina, akan rasa diri tak berguna.
Anak lelaki yang dikawal tanpa empati, akan hilang jati diri.

Jadi, sebagai perempuan saya tahu saya salah kali ni dan saya cuba ubah cara.

❌ Saya berhenti menengking.
❌ Saya berhenti kawal setiap gerak-geri dia.
❌ Saya berhenti perlekeh bila dia buat silap.

Saya tak nak anak ikut arahan sebab takut.
Saya nak dia dengar cakap sebab dia faham dan hormat saya sebagai ibu mereka.

Jadi kalau nak anak lelaki dengar cakap...

JANGAN kawal mereka dengan ugutan.
JANGAN hukum mereka atas jeritan.
JANGAN lemahkan mereka dengan sindiran.

Sebab bila kita tekan dengan suara, mereka akan tutup telinga dan tutup hati.
Apabila kita kawal setiap langkah, mereka akan rasa tak layak fikir sendiri.

Saya tak nak anak saya jadi 'baik' sebab takut.
Saya nak dia jadi tegas dalam nilai, lembut dalam tindak.
Saya tak nak dia patuh sebab risau kena marah, tapi saya nak dia taat sebab dia faham itu amanah.

Itulah yang saya belajar bila jadi mak kepada anak-anak lelaki ni.
Bila kita belajar berhenti kawal, baru kita nampak fitrah anak lelaki sebenarnya nak memimpin dirinya sendiri.

Kilang kopi cap arnab  jalan laksamana terbakar pukul 1 pagi tadi.Info media sosial. ゚
04/07/2025

Kilang kopi cap arnab jalan laksamana terbakar pukul 1 pagi tadi.

Info media sosial.

Apa hanat punya perangai kome, katanya kereta yg langgor tu seorang perempuan, warna kereta warana kelabu. Minta bertang...
27/06/2025

Apa hanat punya perangai kome, katanya kereta yg langgor tu seorang perempuan, warna kereta warana kelabu.

Minta bertanggungjawab le sikit, udah la di langgar, lepaih tu di campak2 nya.

Kejadian petang semalam di padang Permainan Taman Banjar Indah . Tggu CCTV

Jangan sampai tertangkap...beware

Salam Maal Hijrah 1447HAwal Muharam adalah masa untuk memulakan lembaran baru, memperbaiki diri, dan mengukuhkan keimana...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H

Awal Muharam adalah masa untuk memulakan lembaran baru, memperbaiki diri, dan mengukuhkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.
Semoga kita semua sentiasa diberikan ketenangan dan keberkatan hidup dalam mengejar keredhaan Allah SWT. Insya-Allah.

゚ i

Sebelum ini, Rawang Bypass yang dibina pada tahun 2005 disebut jambatan tertinggi di negara ini dengan paras jalan terle...
21/06/2025

Sebelum ini, Rawang Bypass yang dibina pada tahun 2005 disebut jambatan tertinggi di negara ini dengan paras jalan terletak 58.5 meter dari tanah. Kemudian ia dipintas Jalan Paya Terubong di Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 2022 dengan ketinggian 61.5 meter. Fakta sebenar, Jambatan Tasik Banding yang dibuka pada tahun 1982 merupakan jambatan tertinggi menghampiri 90 meter dari paras tanah sebelum Empangan Temengor diisi air. Hari ini paras jalanraya jambatan tersebut berada sekitar 20 meter dari permukaan tasik.

Ini kemampuan kita di tahun 70an dengan bantuan New Zealand. Empangan Temengor beroperasi tahun 1978 manakala Jalan Grik - Jeli dibuka empat tahun kemudian.

Dengan jangkahayat konkrit paling jauh 70 tahun, tinggal kurang 30 tahun ruang simpanan untuk lebuh raya 4 lorong di tepi jambatan hari ini diisi dan mungkin kosong sampai dirobohkan.

Mungkin jika wujudnya keupayaan menjana 348 MW gantian untuk Empangan Temengor, serentak dengan habis jangkahayat struktur empangan dan jambatan, Tasik Banding boleh dibuat kembali ke asalnya, Lembah Belum. Lebuhraya enam lorong pun boleh dibuat ada. Walaubagaimanapun empangan ini dari jenis rockfill yang berjangkahayat boleh melebihi 100 tahun.

20/06/2025

L.A.P Teluk Intan perak ni mmg lembab ke nak p**angkan deposit potong air pada pelanggan?
Minta deposit kemain laju,

18/06/2025

I got over 2,000 reactions on my posts last week! Thanks everyone for your support! 🎉

18/06/2025

Lokasi hotsport bagi s**an permotoran lumba haram jalan kg banjar-kg selabak akhirnya kecundang .

Address

Bandar Bersejarah
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teluk Intan Di Hatiku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Teluk Intan Di Hatiku:

Share