CEO Salai Masthar

CEO Salai Masthar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CEO Salai Masthar, Digital creator, Teluk Intan.

In Shaa Allah , Perancangan akan Datang lepas Hari Raya Haji.Itik Salai Masthar di Teluk Intan sementara menunggu Parit ...
20/05/2026

In Shaa Allah , Perancangan akan Datang lepas Hari Raya Haji.

Itik Salai Masthar di Teluk Intan sementara menunggu Parit Jerman dibangunkan.

Tunggu Pengumuman Rasmi dari Kami.


Jam 12.30 pagi, pomen  dapat call dari seorang bro Cina, katanya motor dia rosak tepi jalan, rantai putus & spoket hilan...
17/04/2026

Jam 12.30 pagi, pomen dapat call dari seorang bro Cina, katanya motor dia rosak tepi jalan, rantai putus & spoket hilang.

Pomen pun datang sana & lepas repair semua, total kena bayar RM145. Tapi dekat online banking bro Cina tu, ternampak duit tinggal RM176 je, tu pun sebab dia pinjam dulu duit kawan malam tu๐Ÿ˜ญ

Pomen tanya lagi "Ada duit makan tak?". Bro Cina tu mata dah berkaca-kaca tahan nangis, muka runsing, tapi tetap jawab "Boleh...Ada, ada, ada".

Akhirnya pomen kata tak payah bayar. Free je.

Bro Cina tu dah terkejut sebak, menggeletar tangan & tetap usahakan nak bayar RM50 (sbg upah) tapi malam tu memang dah jadi rezeki dia. ๐Ÿฅบ

"Ini Tuhan hantar saya untuk tolong you. Tak payah bayar, saya tahu you susah. Anggap ini rezeki you"

Ya Allah. Kita semua ni memang struggle differently. Semua orang berjuang dalam diam. Bila tengah susah sangat-sangat tiba-tiba ada bantuan mcm ni datang, sebak dada. Sesungguhnya, takkan rugi manusia yg melakukan kebaikan terhadap manusia lain. This is beautiful Malaysia๐Ÿ˜ญโค๏ธโ€๐Ÿฉน

KREDIT : Minyakhitamjalanan



Saya pernah kena buang kerja.Saya pun pernah rasa gagal sampai tak tahu nak bangun macam mana.Pernah kereta kena tarik.D...
27/03/2026

Saya pernah kena buang kerja.

Saya pun pernah rasa gagal sampai tak tahu nak bangun macam mana.

Pernah kereta kena tarik.

Dan saya pernah sampai tahapโ€ฆ
hampir diisytiharkan muflis.

Masa tu AKPK jadi penyelemat (ye saya pernah terpaksa kesini untuk selamatkan diri)


Benda paling sakit masa tu bukan duit.

Tapi rasaโ€ฆ
hilang arah. hilang pegangan. hilang rasa selamat.

Bangun pagi,
tak tahu nak buat apa.

Dalam kepala cuma satu benda:
โ€œMacam mana nak "settlekan" semuanya hari ni?โ€


Sebab tu bila saya baca kisah niโ€ฆ
Ini bukan cerita biasa.

Saya pernah hadap semua ni

Saya nampak realiti yang boleh jadi pada sesiapa sahaja.

Bayangkanโ€ฆ
dulu kerja pakar syarikat minyak.
Kerjaya orang pandang tinggi.

Kerjaya idaman semua orang

Tapi bila diujiโ€ฆ
terpaksa gadai cincin kahwin isteri.

Itu pengorbanan yang orang luar tak nampak.


Ramai orang ingat,
selagi kita ada kerja bagus, kita selamat.

Tapi hakikatnyaโ€ฆ
tiada siapa yang benar-benar selamat.

Kerja boleh hilang.
Income boleh berhenti.
Tapi komitmenโ€ฆ tetap jalan.


Dan waktu tu baru kita sedarโ€ฆ

kita selama ini hidup
bergantung pada satu sumber sahaja.


Saya belajar benda ni dengan cara yang sangat pahit.

Sebab tu hari ni saya pegang satu prinsip:

๐Ÿ‘‰ jangan tunggu jatuh baru cari jalan kedua

Bukan sebab tamak.
Bukan sebab nak kaya cepat.

Tapi sebabโ€ฆ
saya tak nak ulang rasa helpless tu lagi.


Bukan semua orang nak berhenti kerja.

Tapi semua orang patut ada pilihan.

Pilihan untuk bertahan bila diuji.
Pilihan untuk jaga keluarga tanpa panik.


Kalau esok income utama anda hilang,
anda okayโ€ฆ atau anda akan struggle?



S๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘ฉ๐’–๐’‚๐’• ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’‚
21/03/2026

S๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘ฉ๐’–๐’‚๐’• ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’‚

Mengapa Hari Raya Muslim Tidak Tetap Seperti Krismas dan Tahun Baru Cina?1. Krismas : Ditetapkan pada 25 Disember atas s...
20/03/2026

Mengapa Hari Raya Muslim Tidak Tetap Seperti Krismas dan Tahun Baru Cina?


1. Krismas : Ditetapkan pada 25 Disember atas sangkaan Jesus lahir pada hari itu.


2. Tahun Baru Cina : Ditetapkan berdasarkan kiraan bulan + matahari (lunarsolar). Ada tahun-tahun di mana dalam kalendar mereka mempunyai 13 bulan.


3. Islam : Dua hari raya dalam Islam termasuk Ramadhan ditetapkan mengikut kiraan bulan sahaja dan setiap tahun hanya mempunyai 12 bulan.

Quran : 9 : 36

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah pada hari Ia menciptakan langit dan bumi......"


Quran : 18 : 25

Allah berfirman mengenai tempoh Ashabul Kahfi tidur di dalam gua :

ูˆูŽู„ูŽุจูุซููˆุง ูููŠ ูƒูŽู‡ู’ููู‡ูู…ู’ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽ ู…ูุงุฆูŽุฉู ุณูู†ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงุฒู’ุฏูŽุงุฏููˆุง ุชูุณู’ุนู‹ุง

"Dan mereka telah tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun lagi."

--------

Mengapa Perlu 'Ditambah 9 Tahun'?

Ilmuan Islam menjelaskan bahawa perbezaan ini adalah untuk menyelaraskan dua sistem kalendar utama dunia pada masa itu :

a. 300 Tahun adalah mengikut kiraan Kalendar Matahari.

b. 309 Tahun adalah mengikut kiraan Kalendar Bulan.

Pengiraan secara saintifik oleh ilmuan Islam, terdapat perbezaan hari antara setahun mengikut matahari dan setahun mengikut bulan.

Satu Tahun Matahari : ~365.2422 hari.
Satu Tahun Bulan : ~354.367 hari.

Beza Setahun: Kira-kira 10.875 hari (atau 11 hari). Mari kita kira untuk tempoh 300 tahun:


Kiraan Matahari - Beza hari dalam 300 tahun adalah :

300 tahun x 10.875 hari = 3262.5 hari.

Setelah itu kita tukarkan hari tersebut kepada tahun Hijriah, iaitu;

Kiraan Bulan - Beza kiraan bulan dan matahari adalah :

3262.5 hari ikut matahari / 354.367 hari hari ikut bulan = 9.2 tahun.

Jadi Quran telah menjelaskan kepada umat Islam perbezaan kiraan hari menurut matahari dan bulan. Islam menggunakan kiraan bulan.

Tambahan : Inilah patut diletakkan dalam subjek matematik Islam. Ada fungsi dalam kehidupan, bukan matematik sekular yang mengarut.


Jadi, 300 tahun Matahari adalah tepat bersamaan dengan 309 tahun Bulan. Al-Quran menyebut kedua-dua angka ini dalam satu ayat yang sangat ringkas tetapi tepat dari segi astronomi.

--------

4. Jadi mengapa dalam Islam terdapat peristiwa tertentu yang tidak boleh ditetapkan?

a. Bukan bermaksud umat Islam tidak tahu mengira seperti dakwaan non-muslim kononnya susah nak tetap hari raya, tetapi ini adalah kerana Islam perlu melihat dari sudut cerapan atau pergerakan dan sudut bulan berada.

b. Kita tidak boleh memaksa aturan alam mengikut apa kita mahu, tetapi kita perlu menyesuaikan diri dengan aturan alam. Jika kita melanggar aturan alam, banyak masalah akan berlaku. Non-muslim tidak faham soal ini.

c. Ini sebenarnya ilmu yang bermanfaat buat manusia, bukan sekadar mengira hari semata-mata. Tetapi ilmu ini memberi manfaat kepada :

i. Untuk menentukan masa yang tepat

ii. Untuk navigasi dan pelayaran

iii. Untuk menyusun kalendar yang konsisten

iv. Untuk memisahkan ilmu daripada kepercayaan musim semata-mata. Ada golongan mengira hari menurut kepercayaan musim buah-buahan.

Ini kiraan tidak tepat. Sebab itu ada masanya satu tahun menjadi 13 bulan terutama yang menggunakan campuran sistem kiraan lunarsolar (bulan + matahari).


5. Jadi takda istilah pun sebenarnya mengenai cuti mengejut atau raya terkejut. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan ribuan tahun dulu, iaitu ilmu pengiraan yang lebih tepat.

Saya ulang : Dakwaan non-muslim kononnya Muslim susah nak tetap hari raya sebab tak tahu mengira adalah salah. Kami membuat pengiraan dengan tepat, selaras dengan kedudukan bulan. Semua muslim boleh lihat dan mengiranya sendiri, bukan harapkan kalendar semata-mata.


Selesai.




Pak met skrg makin kedekut 1.2j baru dapat 4 usd.Kena kerja keras lagi saing sobat semua.
19/03/2026

Pak met skrg makin kedekut 1.2j baru dapat 4 usd.

Kena kerja keras lagi saing sobat semua.



11/03/2026

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua

03/03/2026

Assalamualaikum & Selamat Pagi. Tinggal Jejak tanda Hadir.

13/02/2026

Assalamualaikum semua, moh sapot lagu baru Itik Salai Masthar kome....moh ler


10/02/2026

Itik Salai Masthar - KL FOODIE


Address

Teluk Intan
36000

Telephone

+60129245156

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CEO Salai Masthar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share