MISI Rakyat Delivery

MISI Rakyat Delivery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MISI Rakyat Delivery, Digital creator, Teluk Intan.

Uncle Cina ini beli 27 bungkus nasi kandar untuk diberikan kepada doktor dan jururawat Melayu di Hospital Gerik (GH) seb...
06/04/2025

Uncle Cina ini beli 27 bungkus nasi kandar untuk diberikan kepada doktor dan jururawat Melayu di Hospital Gerik (GH) sebagai tanda penghargaan.

Difahamkan, setiap tahun selepas Hari Raya, uncle ini mesti akan datang membeli dalam jumlah banyak untuk dikongsikan kepada petugas kesihatan di sana.

Ujarnya, doktor dan jururawat di GH selalu memberikan layanan yang baik kepadanya dan sebagai tanda terima kasih, dia s**a belanja mereka nasi kandar.

Ini menunjukkan bahawa apabila kita memberikan perkhidmatan yang baik, ia bukan sahaja dis**ai oleh orang sekeliling, malah turut merentasi sempadan bangsa dan agama.

Layanan yang baik dan akhlak yang positif dapat memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat.

Sumber: FB Nasi Kandar Sulaiman

Tolong j*p baca dan jawab.. Saya nak tanya semua yg follow perjalanan Misi dan juga kepada mereka yg nampak post ni dari...
28/01/2024

Tolong j*p baca dan jawab.. Saya nak tanya semua yg follow perjalanan Misi dan juga kepada mereka yg nampak post ni daripada share kawan-kawan..
Seperti semua tahu, Pas**an Misi sangat ramai.. dalam gambar ni hanya wakil2 dari kawasan masing2 sekitar Lembah Klang.. Belum seluruh team yang jika disatukan akan menjadi gelombang kuning.
Pas**an Admin Misi ni tidak berjuang bersama kerana duit.. sebab tiada siapa yang menjadi kaya sejak bersama Misi.. Tapi Rider dapat bekerja dengan Fare adil dan hak terjaga.. Malah Peniaga lokal gembira akhirnya dapat kekalkan harga kedai malah seronok p**a dapat sediakan banyak promosi pada semua pengguna..
Kami nak resystemkan semula ekonomi Lokal.. Kalau gerakan tidak dimulakan.. sampai bila2 kita akan berniaga kecil-kecilan..
Ini masanya kita bina pasaran baru khas untuk Lokal dan segala kuasa membeli kita dialihkan kepada lokal..
Kita kayakan lokal kita, kukuhkan perniagaan lokal kita.. ini adalah gerakkan rakyat yang terancang utk kita bangkit sendiri membina kekuatan ekonomi kita.
Soalan saya, anda sebagai rakyat yang pasti berbelanja setiap hari.. bolehkah saya ajak anda alihkan kuasa membeli kepada ekonomi baru ini.
Install je Misi dan berbelanja pada lokal
Duit anda walaupun RM10 adalah 100% untuk peniaga dan Rider.. dengan cara ini, kita dapat pastikan aliran duit berpusing di dalam ekonomi lokal kita.
Selepas anda install misi dan sentiasa berbelanja di misi.. kita akan go for next phase.. Bina Food Security sebab pasaran adalah milik kita..
MisiFarms akan menyusul.. kami perlukan sokongan anda.. please berikan jawapan dan nyatakan kawasan anda dimana..
Install App Misi

Saya tahu mungkin Rider akan marah jika tak faham tujuan saya ni.. Hari Jumaat ni saya nak turunkan Min Fare delivery ke...
18/01/2024

Saya tahu mungkin Rider akan marah jika tak faham tujuan saya ni.. Hari Jumaat ni saya nak turunkan Min Fare delivery kepada RM3.50 untuk 0-5KM. Saya tengok app lain boleh, why not saya cuba juga.. Asalkan boleh naikkan order.
Hari jumaat ni sahaja 19 Jan 2024
Cuma cara saya berbeza..
Min Fare RM3.50 / 5KM tu adalah apa yg dikenakan pada customer..
Tapi untuk Rider, saya akan tambah RM1.50 supaya rider kekal dapat RM5 Min Fare setiap 5KM.. so saya belanja yaa..
Please baca balik jika tak jelas..
Untuk Jumaat ni sahaja
19 Januari 2024
Cuma waktu solat jumaat 1-2pm Misi offline ya.. sebab rider2 seluruh Malaysia nak solat.. sampai depa minta saya buatkan popup notis utk customer hold order sampai habis solat..
So jom install Misi pastu bagitau kawan dan keluarga naa.. Tahun ni seluruh Malaysia beralih guna app Misi.

Ada yang belum pernah install, kata Misi tak ada promosi ke? Wuishh.. banyak kak abang.. Ni promosi direct daripada peni...
16/01/2024

Ada yang belum pernah install, kata Misi tak ada promosi ke? Wuishh.. banyak kak abang.. Ni promosi direct daripada peniaga sendiri yang memang nak bangunkan Misi habis habisan tahun 2024 ni.
Sy kagum dengan peniaga sudi berjuang bersama, rider2 dan admin.. di Misi, semua pihak ni tidak amalkan aku-aku hang-hang.. disini kita disatukan dengan satu Misi.
Bina semula Ekonomi lokal untuk Negara. Bunyi macam cliche.. tapi jika kita kuasai balik ekosistem ni.. bukan sahaja peluang pekerjaan akan bertambah, malah tiada lagi orang susah di dalam kawasan masing2.
Ekonomi yang akan terbangun tahun ni akan ubah cara hidup kita semua. Jika tanya saya kenapa yakin sgt.. sy yakin dengan Allah.. sy follow the vision..
Install Misi dan gunakan hari2 ya
Beritahu kawan dan keluarga kita

Teringin nak tengok suatu hari nanti, perniagaan tempatan kita yang menguasai market rangkaian makanan seluruh Malaysia…...
13/12/2023

Teringin nak tengok suatu hari nanti, perniagaan tempatan kita yang menguasai market rangkaian makanan seluruh Malaysia…
Sekarang ni bisnes luar dah gagal menangi semula hati rakyat. Sebab rakyat dah tekad tak nak menyumbang pada ekonomi yang berkaitan israel dan us dah.
Sebab tu kita kena naikkan pengganti2 untuk rangkaian makanan ni. InsyaAllah tahun 2024 kita naikkan lokal.
Saya s**a ke Thailand dan Indonesia berkali-kali.. sebab saya lihat depa betul2 sokong perniagaan lokal..
Dekat Thailand dan indonesia memang ada bisnes2 luar seperti yang ada di Malaysia.. tapi depa tak sambut bisnes luar sebab depa mmg nak menangkan lokal.
Tapi Malaysia, dulu s**a naikkan bisnes import.. cuma sekarang dah mula sedar dan tekad untuk menangkan lokal p**a.
Saya nak ajak semua muat turun aplikasi MISI dan cuba buat pesanan pertama harini. Semua kedai lokal ada dalam Misi dan depa kekalkan harga kedai.
Jom cuba Misi

Pada pandangan saya, Tanah Air dan Bangsa kita ni pernah ada pemerintahan yang kukuh dan bertamadun. Bila saya cakap beg...
10/12/2023

Pada pandangan saya, Tanah Air dan Bangsa kita ni pernah ada pemerintahan yang kukuh dan bertamadun. Bila saya cakap begini, jangan bayangkan mengikut gambaran yang kita tahu berdasarkan buku sejarah.. tapi zaman pemerintahan yang jauh sebelum pengetahuan kita dibataskan..
Apabila penjajahan berlaku, depa jajah untuk runtuhkan kekuatan dan dasar pemerintahan Empayar Tanah air kita. Sebab diceritakan oleh para pengkaji bahawa Tanah Air kita ni pernah menjadi tumpuan Dunia sebelum ini. Jauh hebat daripada apa yg kita tahu..
Berbagai cara depa nak tumbangkan empayar yang kita ada.. sebab bezanya empayar yg kita ada dengan apa yang depa nak bina ialah.. empayar depa untuk depa.. dan empayar kita untuk MANUSIA BERTUHAN..
Disebabkan itu, depa mula buat serangan demi serangan sehingga akhirnya kita kalah melalui orang dalam yang jiwanya telah rapuh dibisik oleh penjajah.
Sebaik sahaja depa berjaya runtuhkan empayar kita, depa hapuskan sejarah kita, kitab kita, identiti kita, segala kepimpinan kita, rekod-rekod kekuatan kita.
Agar generasi yang kuat ni diganti dengan generasi baru yang tiada pengetahuan sejarah, jatidiri, dan segala kekuatan yang ada pada generasi lama.
Selepas itu, depa runtuhkan kekuatan ekonomi kita dengan membentuk ekosistem baru yang menguatkan ekonomi bangsa lain dan melemahkan kedudukan Bangsa Tanah Air ni di dalam ekosistem ekonomi baru.
Sebab itu sehingga hari ini, ekonomi negara kita dikuasai oleh bangsa dan dunia luar..
Pada masa yang sama.. segala sistem yang ada atas Tanah Air kita ni adalah sistem depa yang akhirnya membuatkan kita bergantung pada depa..
Jadi.. semua ni untuk apa?
Untuk depa menguasai dunia..
Walaupun dikatakan kita Merdeka.. yang merdekanya adalah tak nampak batang hidung depa dah..
Tapi kita semua di dalam genggaman sistem depa..
Apa patut kita buat? Boleh kah kita keluar dari sistem ni?
Tak perlu keluar dari sistem.. Kuasai sistem ni dan ambil alih kekuatan yang selama ini kita dilemahkan.. selepas itu, baru kita ubah sistem
Kita mampu sebab kita adalah rakyat yang semakin sedar.. dan kita boleh satukan kuasa yang ada pd kita..
Muat turun aplikasi Misi
Giliran kita kuasai ekonomi Negara

Selamat Pagi. Akhirnya saya telah ubah suai seluruh paparan pengguna supaya ringan, ringkas dan pantas. Nak minta kerjas...
06/12/2023

Selamat Pagi. Akhirnya saya telah ubah suai seluruh paparan pengguna supaya ringan, ringkas dan pantas. Nak minta kerjasama semua harini cuba buat pesanan beramai-ramai naa..
Dan kongsikan pendapat di ruangan komen..
Muat Turun aplikasi Misi terus ya

Gambar atas, waktu ni kita mulakan Misi dengan pengetahuan yang sangat sikit, duit simpanan yang terhad dan perjalanan y...
04/12/2023

Gambar atas, waktu ni kita mulakan Misi dengan pengetahuan yang sangat sikit, duit simpanan yang terhad dan perjalanan yang tidak jelas. Tapi apa yg saya ada waktu ni hanyalah Keyakinan dan sedia untuk belajar secepat mungkin dalam perjalanan.
Gambar bawah p**a, adalah dimana saya tersedar bahawa tiada satu pun yang saya buat. Rupanya ALLAH yang aturkan semua ni, satukan kita semua, berikan kita jalan langkah demi langkah..
Tiada siapa sangka Misi boleh naik sehingga hari ini di seluruh Negara dari hujung Perlis hingga ke hujung Sabah.. dan sudah bantu Jualan Berjuta Ringgit setiap bulan untuk peniaga dan Penghantar Misi.
Saya rasa Misi naik sangat cepat walaupun tiada pelabur atau orang besar di belakang Misi.
Saya sendiri cakap pada isteri yang selalu disisi saya..
“Perjalanan abang nampak macam susah.. tapi hakikatnya abang tak pernah rasa susah, sebab ALLAH bagi semua ni terbentang depan mata.. abang cuma ikut satu persatu dan ALLAH datangkan p**a semua sahabat2 admin, rider dan peniaga2 yang sejiwa dan sejalan.”
Semua ni datang dalam bentuk keyakinan dan “vision” walaupun bila saya ceritakan.. ramai akan ketawa atau sindir.. Tapi apa yang saya ceritakan adalah sesuatu yang saya tahu saya kena buat dan ALLAH sahaja yg akan tunjukkan jalan.
Saya nak ajak semua rakyat “install” aplikasi MISI dan cuba buat pesanan makanan pertama hari ini. Memang harga semuanya 100% harga kedai.
Tahun 2024 adalah tahun ekonomi Lokal menguasai ekonomi negara. Tapi bagaimana semua ni akan berlaku?
Apa pendapat ampa? Bolehkah?

Sistem HQ untuk big brand hampir siap.. saya akan explain KENAPA saya mula bawa masuk big brand ke dalam MISI.. Baca pad...
25/11/2023

Sistem HQ untuk big brand hampir siap.. saya akan explain KENAPA saya mula bawa masuk big brand ke dalam MISI.. Baca pada perenggan ke
1. Sistem ni akan membantu HQ brand untuk manage semua cawangan / franchise mereka dengan mudah. Boleh track ranking, realtime orders, Menu yg paling laris, dan lain-lain.
2. HQ juga boleh selaraskan semua gambar menu, dan detail menu melalui sistem ini sahaja dan automatik ubah semua menu pada cawangan mereka.
3. HQ boleh buat targeted marketing, countdown offer, contest, kupon khusus, Blast Promosi dan banyak lagi jenis marketing di Misi.
4. HQ juga boleh analisa strategi yg bersesuaian dengan kawasan-kawasan tertentu melalui sales report, handling report, reviews, dan respons daripada customer melalui app.. So, HQ boleh plan strategi yg tepat untuk bantu mana2 cawangan mereka.
5. So kenapa saya ingin bantu semua big brand kali ni di Misi? Kerana langkah ni dapat menambah lagi penggunaan customer pada app Misi. So semua perniagaan kecil dan besar akan berkongsi trafik yang sama. Ini adalah ekosistem yang perlu dibina bersama.
6. Apabila order semakin meningkat, kita akan menambah lebih ramai rider.. jadi peluang pekerjaan semakin bertambah dan Misi akan semakin kukuh dalam pergerakkan ekonomi setempat.
7. Apabila rider bertambah, ekonomi kita berkembang, so kita boleh mula kembangkan pada penghantaran express, dan boleh mula bina ecommerce seperti penjualan barang p**a..
8. Sepanjang perjalanan ni, kita juga akan mula transfer programming sistem ni kepada team developer yg akan buat sistem yg lebih advance dan kukuh untuk semua.
Ini adalah vision kita.. jgnlah kata saya nak buat semua.. itu nak buat, ini nak buat.. yg penting sy takkan berhenti buat semua yang saya ceritakan..
Termasuklah Misifarms.. suatu hari nanti, akan nampak dimana ruangnya.. even skrg ni saya mmg dah ada warehouse Misifarms yg sy tanggung sewa sekitar RM8000 setiap bulan.. pergerakkan slow sebab sy kena usaha dengan duit sendiri kali ni.. sy nak sgt selamatkan petani dan kukuhkan food security kita..
Jgn selesa dengan makanan import.. suatu hari nanti, semua akan jadi terlambat kalau tak usaha sekarang..

25/11/2023

Jika masuk group facebook rider hijau, pink atau oren.. kita boleh baca ada beberapa rider yang s**a cetuskan provok berkaitan MISI.
Tapi disebabkan provok tersebut juga ramai rider yang berpindah ke MISI.. jadi, saya nak jawab salah satu provokasi yg sedang dimainkan agar jelas..
1. Kalau makanan tumpah, Rider tanggung ke? Kalau jadi itu ini, Rider tanggung?
B*k soalan yg dimainkan seperti di atas, walaupun ampa tahu jawapannya. Yes, mmg tanggungjawab rider untuk pastikan makanan sampai dalam keadaan elok kepada customer.
Tapi, so far tak pernah lagi rider Misi dikenakan penalti.. kerana saya belanja sahaja kerugian yg berlaku bagi pihak rider. Ini apa yg selalu berlaku..
Apabila ada kes begini, rider akan contact CS bagitau tentang makanan terosak dalam perjalanan.. dan semua Rider MISI ingin bertanggungjawab siap minta no akaun customer utk refund..
Tapi saya cakap pd CS.. tak apa.. “saya belanja..”
Apa yg saya nak ialah Rider yg berjati Diri.. yg tak lari dari tanggungjawab dan amanah..
Sebab itu dalam Trip Utara saya haritu.. saya ajak team Rider Volunteer buat kerja amal program Beras RM1.. supaya semua team Misi berjiwa besar.. Hiduplah untuk berjasa pd semua.. Allah jadikan kita berjiwa seluas alam. Tapi kita selalu hanya fikirkan diri sendiri sahaja.
Jadi, kepada yg selalu provok di dalam group masing2 tentang tanggungjawab rider.. adakah ampa dibenarkan rosakkan makanan customer dan tak ada rasa bersalah?
Sebaiknya jangan awal2 lagi sudah digariskan bahawa Rider tak perlu bertanggungjawab.. ertinya Misi akan dipenuhi rider yg tidak peduli pada sesiapa, hanya buat kerja untuk diri sendiri..
Malah pada waktu awal Misi dinaikkan.. b*k yg jadi rider misi tapi bukan seorang rider.. ini apa yang pernah berlaku sebelum ni kerana ada yg ingin jatuhkan Misi..
Rider accept Job tapi tak buat job.. Vendor kerugian, Cust p**a kecewa.. agak2 apa solution utk elakkan benda ni berlaku lagi?
Ada beberapa Rider yg sama hantar makanan dalam keadaan tunggang terbalik berkali-kali.. agak2 apa solution utk elakkan benda ni berlaku lagi?
Ada yg berkali2 selalu lambat pickup makanan sehingga 20min - 1 jam pada waktu awal MISI, agak2 apa solution utk elakkan benda ni berlaku lagi?
Sebab itu saya gariskan semua Rules.. bukan untuk tegas pada Rider yg berjati Diri.. tetapi kepada mereka yg sengaja ingin rosakkan ekosistem MISI.
Dan utk makluman semua.. Misi tidak potong duit Rider dari setiap Trip.. kita bagi 100% malah banyak lagi kelebihan lain..
Suatu hari nanti..
Allah mungkin bagi Misi peluang untuk
1. Sediakan perlindungan percuma pd semua rider official
2. Minimum Fare RM7 setiap order
3. Bonus mingguan atau bulanan
Dan banyak lagi.. sebab MISI bukan dinaikkan utk jadi kapitalis.. Misi diwujudkan untuk kembalikan hak pada semua pihak.. Kami start dari kosong tanpa pelabur sampai bila2 supaya kita semua boleh berdiri sendiri tak terikat pada kemahuan-kemahuan kapitalis.
Slow-slow lah mengenali MISI.
Sampaikan salam kami pada semua..

Baru perasan dah musim Gaji, patutlah order masuk nonstop sampai panas dah fon saya ni 😍 Alhamdulillah rezeki Rider dan ...
25/11/2023

Baru perasan dah musim Gaji, patutlah order masuk nonstop sampai panas dah fon saya ni 😍 Alhamdulillah rezeki Rider dan Peniaga..
Saya teringin melihat suatu hari nanti, ekonomi seluruh Negara di bawah pencaturan baru Kita.. Kita nak semua bisnes lokal p**a lead ekonomi.. Ini masanya
On the way sales RM1 JUTA p**a sehari.. rezeki peniaga dan Rider.. 🤲❤️ Terima kasih semua berbelanja di Misi..
Install App Misi dan try order malam ni
Semuanya 100% Harga kedai

Address

Teluk Intan

Telephone

+60129245156

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MISI Rakyat Delivery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share