NextStep Malaysia

NextStep Malaysia NextStep Malaysia

Kemenangan satu-satunya wakil Pakatan Harapan (PH) di Kelantan mungkin hanya memberikan satu kerusi dalam Dewan Undangan...
20/08/2026

Kemenangan satu-satunya wakil Pakatan Harapan (PH) di Kelantan mungkin hanya memberikan satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi reaksi di media sosial menunjukkan perhatian terhadap apa yang berlaku di Kota Lama semakin melangkaui sempadan DUN tersebut.

Semuanya bermula apabila satu hantaran mengenai ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim mendapat perhatian ramai dengan pelbagai komen memuji pendekatan dan prestasinya sebagai wakil rakyat.

Antara yang disebut ialah usaha menaik taraf Pasar Kubang Pasu, bantuan pendidikan dan kelengkapan sekolah, sokongan kepada usahawan tempatan serta pelbagai program komuniti.

Seorang netizen p**a berkongsi cerita perbualannya dengan pemandu e-hailing yang mendakwa keadaan Kota Bharu semakin bersih dan sistematik serta laluan pejalan kaki semakin banyak.

“Pasar Besar Siti Khadijah tu dah cantik!” tulis seorang lagi.

Pujian terhadap Dr Hafidzah turut datang daripada individu yang mendakwa pernah melihat sendiri cara beliau berkomunikasi dengan pesakit ketika menjalani latihan di sebuah klinik.

Apa yang lebih menarik, perbincangan kemudian mula bergerak daripada sekadar memuji Kota Lama kepada persoalan mengenai kawasan lain.

Ada yang secara terbuka menyatakan mahu melihat lebih banyak kawasan diberikan peluang kepada wakil daripada PH, manakala seorang pengguna yang mendakwa rakyat Kelantan berkata sudah tiba masanya pihak lain turut diberi peluang menunjukkan kemampuan.

Fenomena itu mencetuskan satu bentuk ‘FOMO politik’.

Apabila penduduk satu kawasan mula bercakap tentang apa yang mereka dapat daripada wakil rakyat, penduduk kawasan sebelah tentunya mula membandingkan apa p**a yang mereka terima.

“Kota Lama dah merasa, tempat kita bila lagi?”

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam dilihat mempunyai penampilan yang mampu memberikan ...
20/08/2026

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam dilihat mempunyai penampilan yang mampu memberikan tanggapan pertama yang baik, namun masih belum cukup untuk meyakinkan.

Pemerhati politik Terence Netto dalam tulisannya di FMT berkata, Menteri Besar Terengganu itu memberikan gambaran tersebut ketika tampil dalam satu sesi dialog anjuran PAS Supporters Congress yang menghimpunkan peserta daripada pelbagai agama.

Menurut Netto, Samsuri mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya menarik sebagai seorang pemimpin, termasuk latar belakang akademik serta pendekatan tenang ketika berhadapan dengan khalayak.

Penampilan itu turut memberikan gambaran berbeza berbanding imej PAS yang selama ini sering dikaitkan dengan pendekatan lebih keras terutama dalam perkara melibatkan agama dan masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun, tanggapan pertama tersebut menurut Netto masih belum mencukupi untuk benar-benar meyakinkan apabila persoalan lebih mendalam mengenai pendirian dan pendekatan politik dibangkitkan.

Ini kerana cabaran Samsuri bukan sekadar untuk menampilkan dirinya sebagai seorang pemimpin sederhana, tetapi turut membawa bersama imej dan rekod sebuah parti yang mempunyai sejarah panjang dalam politik berteraskan agama.

Sebab itu menjual imej Dr Sam mungkin bahagian paling mudah. Yang lebih sukar ialah meyakinkan rakyat bahawa wajah sederhana yang ditampilkan beliau turut menggambarkan PAS secara keseluruhannya.

Kalau Dr Sam seorang sahaja nampak sederhana sedangkan kenyataan pemimpin PAS lain terus mencetuskan kontroversi kaum dan agama, rakyat akhirnya akan bertanya satu perkara. Yang berubah itu PAS, atau sekadar cara PAS membungkus dirinya?

Retorik “penyatuan ummah” antara BN dan PN mula dipersoalkan apabila bekas pemimpin UMNO, Puad Zarkashi mendakwa laungan...
08/08/2026

Retorik “penyatuan ummah” antara BN dan PN mula dipersoalkan apabila bekas pemimpin UMNO, Puad Zarkashi mendakwa laungan itu semakin lenyap menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menyifatkan sikap “tamak” sebagai punca apabila kedua-dua pihak mula berdepan percaturan kerusi dan kepentingan politik masing-masing.

“Setelah menang dua negeri, BN kata yang wujud cuma ‘persefahaman’ agihan kerusi bukan gabungan baru. Kalau bukan gabungan bagaimana mahu menyatukan ummah.

“Naratif penyatuan ummah lenyap sekelip mata. Ia retorik bohong di siang hari. Politik jujur Malaysia semakin kotor oleh retorik penyatuan ummah,” katanya di Facebook.

Kenyataan Puad hadir ketika BN mahu mempertahankan semua 21 kerusi DUN yang dimenanginya, manakala PAS p**a sebelum ini menyatakan sasaran untuk bertanding 16 kerusi di Melaka.

Percanggahan itu sekali lagi menguji sejauh mana slogan “penyatuan ummah” mampu bertahan apabila kerjasama politik mula memasuki soal kerusi dan kuasa.

Apa yang sebelum ini dilaungkan sebagai penyatuan, kini mula berdepan realiti perebutan kepentingan menjelang PRN Melaka.

Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali membidas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataan bahawa Ber...
07/08/2026

Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali membidas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataan bahawa Bersatu secara automatik terkeluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Azmin menegaskan Abdul Hadi tidak mempunyai hak untuk menentukan kedudukan Bersatu secara bersendirian kerana perkara melibatkan keahlian parti dalam PN tertakluk kepada perlembagaan gabungan dan keputusan bersama kepimpinan.

Kenyataan itu sekali lagi memperlihatkan pertelingkahan terbuka antara PAS dan Bersatu, sehari selepas Abdul Hadi mendakwa Bersatu sudah terkeluar daripada PN apabila mahu membentuk gabungan politik lain.

Sebelum ini, Abdul Hadi sendiri pernah menyatakan bahawa kedudukan Bersatu dalam PN perlu diputuskan oleh parti-parti komponen lain dan memerlukan keputusan majoriti.

Bersatu p**a sejak awal bertegas mahu kekal dalam PN. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menegaskan parti itu tidak boleh disingkirkan hanya berdasarkan kehendak satu pihak dan sebarang keputusan perlu dibuat secara konsensus.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan barisan Exco negeri yang baharu supaya ...
07/08/2026

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan barisan Exco negeri yang baharu supaya tidak menyalahgunakan kuasa dan amanah yang diberikan, termasuk dalam urusan pentadbiran serta pelaksanaan projek kerajaan.

"Sebarang penyalahgunaan kuasa, kedudukan atau kepercayaan bukan sahaja mencemarkan institusi yang diwakili, malah boleh mengakibatkan ketidakadilan serta menjejaskan pelaksanaan dasar demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri," titah baginda.

Dalam titah sama, Tuanku Muhriz turut berharap pentadbiran baharu dapat meneruskan momentum pembangunan dan kemajuan yang telah dinikmati Negeri Sembilan demi kesejahteraan rakyat.

"Setiap tindakan dan pertimbangan hendaklah sentiasa berpaksikan kebajikan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan. Kesetiaan dan komitmen hendaklah sentiasa mengutamakan negeri dan rakyat yang diwakili, mengatasi sebarang kepentingan politik dan kepentingan peribadi," titah baginda.

Titah baginda memberi isyarat jelas bahawa pentadbiran baharu perlu mengekalkan momentum pembangunan Negeri Sembilan, namun pada masa sama memastikan setiap amanah, termasuk urusan melibatkan projek dan pentadbiran kerajaan, dilaksanakan dengan penuh integriti.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan Bersatu secara automatik tidak lagi menjadi ahli Perikatan Nasional (P...
07/08/2026

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan Bersatu secara automatik tidak lagi menjadi ahli Perikatan Nasional (PN) selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hasrat membentuk gabungan politik baharu.

Menurut Abdul Hadi, perkara itu selaras dengan perlembagaan PN yang menetapkan mana-mana parti yang menyertai gabungan lain akan tergugur keahliannya secara automatik.

"Dia (Bersatu) sudah membuat kenyataan hendak tubuh satu pasukan lain, dengan sendirinya automatik dia keluar daripada PN," katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, hari ini.

Beliau turut menegaskan PN tidak perlu mengeluarkan surat rasmi kepada Bersatu kerana, menurutnya, tindakan parti itu sendiri sudah menyebabkan keanggotaannya terbatal.

"Saya tidak perlu surat rasmi. Perlembagaan kita pun bila orang masuk parti lain, maka keluarlah," katanya.

Kenyataan Abdul Hadi itu dibuat susulan pengumuman Muhyiddin sebelum ini bahawa Bersatu akan membentuk gabungan politik baharu bersama beberapa parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Gabungan itu dikatakan turut melibatkan parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), termasuk Putra dan URIMAI.

Perkembangan terbaharu ini dilihat mengukuhkan lagi gambaran keretakan hubungan antara PAS dan Bersatu yang sebelum ini sudah mengumumkan penamatan kerjasama politik, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan blok pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami saki...
07/08/2026

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami sakit dada, hanya beberapa jam sebelum beliau dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Peguamnya mengesahkan Ismail Sabri kini menerima rawatan di IJN. Mahkamah juga telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatannya.

Susulan itu, pihak pendakwaan dijangka memohon supaya prosiding pertuduhan dijalankan di IJN sekiranya keadaan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu tidak membolehkannya hadir ke mahkamah. Keputusan sama ada prosiding boleh dijalankan di hospital bergantung kepada kebenaran mahkamah dan nasihat doktor.

Semalam, media melaporkan Ismail Sabri akan didakwa di bawah Akta SPRM dalam kes yang dipercayai berkaitan kegagalan mematuhi notis pengisytiharan harta.

Kes itu mendapat perhatian selepas siasatan SPRM yang sebelum ini membawa kepada rampasan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta, dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap beberapa bekas pegawai kanannya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok di bawah Akta Su...
06/08/2026

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi. Kes tersebut dipercayai berkaitan isu pengisytiharan harta.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung pengisytiharan hartanya.

Kes itu turut mendapat perhatian selepas SPRM sebelum ini merampas wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta dalam siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Rampasan tersebut dibuat ketika serbuan di beberapa lokasi yang dipercayai dijadikan "rumah selamat", susulan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan sebelum ini.

Peguam yang mewakili Ismail Sabri turut mengesahkan anak guamnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Selepas kenyataan oleh PKR petang ini, Nurul Izzah Anwar akhirnya mengesahkan beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan...
06/08/2026

Selepas kenyataan oleh PKR petang ini, Nurul Izzah Anwar akhirnya mengesahkan beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Namun, beliau menegaskan keputusan itu bukan bermaksud meninggalkan PKR atau perjuangan parti.

"Saya akan terus kekal sebagai anggota KEADILAN, memberikan dokongan kepada perjuangan ke arah Malaysia yang lebih baik yang dirangkul saf kepimpinan parti di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim beserta akar umbinya," katanya dalam kenyataan media malam ini.

Nurul Izzah berkata, keputusan melepaskan jawatan dibuat selepas pertimbangan yang panjang bagi memberi ruang kepada dirinya meneruskan pengajian lanjutan serta membuka lembaran baharu dalam khidmat kepada masyarakat.

"Keputusan ini dibuat setelah pertimbangan yang panjang, untuk mengorak langkah baharu dalam meneruskan pengajian lanjutan yang berdiri di atas khidmat dan bakti, serta tidak semestinya terikat dengan dunia politik," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan parti kerana menghormati keputusan tersebut.

Dalam kenyataan sama, Nurul Izzah menyatakan keyakinan bahawa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mampu menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara, manakala Datuk Seri Amirudin Shari akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

Beliau turut memaklumkan akan menghadiri Kongres Nasional PKR pada 14 dan 15 Ogos ini.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan memohon untuk mengundurkan diri daripada jawatannya.Bagaimanapun, Ma...
06/08/2026

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan memohon untuk mengundurkan diri daripada jawatannya.

Bagaimanapun, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media PKR yang dikeluarkan hari ini selepas mesyuarat MPP.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat selepas MPP mendengar pandangan Nurul Izzah serta pimpinan parti.

Susulan itu, MPP turut memutuskan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Dalam masa sama, jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR p**a akan dipangku sepenuhnya oleh Datuk Seri Amirudin Shari.

PKR turut memaklumkan Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan pada 14 Ogos ini sebelum cuti sementaranya bermula.

Address

Teluk Panglima Garang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NextStep Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share