Info Bencana Pahang dan Luar Pahang

Info Bencana Pahang dan Luar Pahang Melaporkan info-info semasa yang berlaku di Pahang, Malaysia dan juga luar negara. Info-info dikompilasi dari sumber-sumber yang sahih. INFO TIADA SEMPADAN!
(1)

10/09/2026

Lelaki calarkan 7 kereta berhampiran TRX ditahan polis

Oleh KOSMO!
10 September 2026, 2:29 pm

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai mencalarkan tujuh buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran The Exchange TRX, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd. Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah menerima laporan berhubung seorang lelaki yang telah mencalarkan tujuh buah kenderaan di parkir TRX.

“Suspek berusia 34 serta bukan warganegara ditahan dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 14 September bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pemandu didatangi lelaki tidak dikenali semasa meletakkan kenderaan di kawasan parkir awam.

Lelaki tersebut kemudian dilihat memarahi pemandu dan menghentak objek berupa besi pada kenderaan terbabit. – KOSMO! ONLINE

JOHOR 10/09/2026.Kemalangan lori di simpang 3 Taman Cantik, Jalan Kulai - Kota Tinggi.Sumber ➡️ Media sosial
10/09/2026

JOHOR 10/09/2026.

Kemalangan lori di simpang 3 Taman Cantik, Jalan Kulai - Kota Tinggi.

Sumber ➡️ Media sosial

Petani m4ut ditemb4k di hadapan rumah sewaSHAH ALAM: Seorang petani m4ut ditemb4k di hadapan sebuah rumah di Teluk Bunut...
10/09/2026

Petani m4ut ditemb4k di hadapan rumah sewa

SHAH ALAM: Seorang petani m4ut ditemb4k di hadapan sebuah rumah di Teluk Bunut, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian berlaku antara jam 10.30 hingga 11 malam, dengan mangsa dipercayai m4ut di lokasi kejadian selepas ditemb4k lebih satu das pada anggota badannya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berada di lokasi berkenaan untuk melihat keadaan rumah sewa anaknya.

“Memang kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah, tetapi bukan rumah si m4ti. Ia rumah yang disewa oleh anak si m4ti, tetapi tidak berpenghuni.

“Jadi dipercayai mangsa datang untuk melihat rumah tersebut sebelum ditemb4k,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Tambahnya, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Motif belum dapat ditentukan lagi kerana kejadian tidak ada saksi mata, berlaku pada lewat malam.

“Tetapi, kita dah dapat kenal pasti kemungkinan-kemungkinan yang terlibat. Namun, saya tidak mahu kongsikan kerana belum konkrit lagi.

“Kita juga tidak menjumpai senj4ta digunakan,” katanya.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, malam tadi.

“Suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun polis masih belum dapat memastikan sama ada lelaki itu merupakan suspek utama atau sebaliknya,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseks4an.

10 September 2026, 4:04pm
Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan
Artikel ➡️ Buletin TV3

Warga emas m4ut dipijak gajah ketika mencari lembu hilangHazira Ahmad Zaidiam@hmetro.com.myKuala Krai: Seorang warga ema...
10/09/2026

Warga emas m4ut dipijak gajah ketika mencari lembu hilang

Hazira Ahmad Zaidi
[email protected]

Kuala Krai: Seorang warga emas meninggal dunia selepas diserang gajah ketika mencari lembu yang baru dibelinya dan hilang di kawasan Ladang Lepan Kabu, di sini, jam 3.30 petang tadi.

Mangsa, Ghazali Setapa, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anaknya, Muhammad Jawal Ghazali, 25, berkata, sebelum kejadian, dia dimaklumkan bapanya pergi ke kawasan ladang berkenaan untuk mencari lembu yang hilang.

"Ketika kejadian, saya sedang tidur di rumah sebelum abang, Muhammad Amin Ghazali, yang berusia 27 tahun, pulang jam 4.30 petang, dan memaklumkan insiden terbabit.

"Abang memberitahu ayah meninggal dunia akibat dipijak gajah," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Jawal berkata, jenazah bapanya masih di Unit Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pahi Muhammad Khairul Anuar Muhammad Noor berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakannya terserempak dengan gajah terbabit ketika mencari lembu.

"Mangsa meminta rakannya itu keluar dari lokasi berkenaan dan memaklumkan penemuan gajah terbabit kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

"Ketika itu, gajah berkenaan dikatakan sudah mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali dan berkemungkinan jarak yang terlalu dekat, ia terus menyerang mangsa," katanya.

Disiarkan pada: September 9, 2026 @ 8:10pm

Artikel Harian Metro

Tiga termasuk kanak-kanak m4ut terperangkap dalam kebakaran di KluangAlias Abd RaniKluang: Tiga individu termasuk seoran...
10/09/2026

Tiga termasuk kanak-kanak m4ut terperangkap dalam kebakaran di Kluang

Alias Abd Rani

Kluang: Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki m4ut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, di sini, malam tadi.

Mangsa yang m4ut dalam kejadian jam 10.30 malam itu membabitkan seorang lelaki dan wanita dewasa serta kanak-kanak lelaki.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Noraini binti Ibrahim, 49, isteri kepada Khairul Nizam bin Wahid (Yon Catering), serta dua anak mereka iaitu Khairul Nurhaziqq bin Khairul Nizam, 18, dan Khairul Nurhadiff bin Khairul Nizam, 11.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Jusoh Mohd Salleh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Beliau berkata, seramai 14 anggota bersama jentera kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman dan menyelamat.

"Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 16 kaki x 70 kaki x 10 kaki.

"Rumah terbabit terbakar kira-kira 50 peratus, manakala tiga mangsa terperangkap di dalam rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran pancutan dan masih giat dijalankan.

Disiarkan pada: September 10, 2026 @ 7:12am

09/09/2026

Kebakaran kecil jejas Hospital Jengka, 11 kanak-kanak antara 17 pesakit selamat

TN Alagesh
[email protected]

Maran: Seramai 17 pesakit termasuk 11 kanak-kanak terselamat tanpa kecederaan selepas kebakaran kecil merosakkan siling wad kanak-kanak dan wanita di Hospital Jengka di sini hari ini.

Kebakaran pada jam 6.50 petang itu merosakkan sebahagian siling serta pendawaian di kedua-dua wad berkenaan.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata polis menerima maklumat mengenai kebakaran di bangunan hospital itu pada jam 7 malam.

"Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian siling wad kanak-kanak dan wanita," katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: September 9, 2026 @ 10:16pm

📹 Media sosial

𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗝𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗨𝗥 𝗛𝗔𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗥𝗨, 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗦 𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡Kerajaan Johor melancarkan operasi besar-besaran...
09/09/2026

𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗝𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗨𝗥 𝗛𝗔𝗜𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗥𝗨, 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗦 𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡
Kerajaan Johor melancarkan operasi besar-besaran memburu dan menangkap lima ekor anjing liar yang dipercayai menyerang Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, Sabtu lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, anjing berkenaan perlu ditangkap dan diperiksa bagi memastikan ia bebas daripada rabies susulan kebimbangan pihak hospital terhadap keadaan mangsa.

Operasi itu dimulakan Pejabat Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Batu Pahat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan PDRM serta akan dipergiatkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Pada masa sama, kerajaan negeri memberi jaminan akan menanggung kos rawatan dan pemulihan Nur Haira sepanjang dia menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Perkembangan terbaharu menyaksikan Nur Haira yang sebelum ini ditidurkan sudah sedar, namun masih memerlukan pemantauan rapi serta rawatan lanjut daripada pihak hospital.

Sumber: Sinar Harian / Berita Harian

09/09/2026

KL banjir, sesak 3km Zoo Negara ke KL East Mall

Oleh KOSMO!
9 September 2026, 4:53 pm

PETALING JAYA – Hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di sekitar Taman Melawati petang ini menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh tiga kilometer di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Astro Radio Trafik menerusi kemas kini pada pukul 4.35 petang memaklumkan kesesakan berlaku dari Zoo Negara menghala ke KL East Mall berikutan banjir kilat yang dilaporkan berhampiran Taman Melawati.

“MRR2: Terdapat kesesakan 3km (kilometer) dari Zoo Negara ke KL East Mall susulan banjir kilat dilaporkan berdekatan Taman Melawati,” menurut laporan berkenaan.

Situasi itu turut dikongsi pengguna Threads, Redzall yang memuat naik video memaparkan keadaan banjir di persimpangan berhampiran sebuah sekolah dekat Taman Melawati.

Menerusi video berkenaan, beberapa kenderaan dilihat tidak dapat meneruskan perjalanan dan dipercayai terperangkap dalam banjir yang melanda kawasan terbabit. – KOSMO! ONLINE

JOHOR 09/09/2026.Kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan selepas dipercayai cuba mengelak orang melintas jalan dekat Jeja...
09/09/2026

JOHOR 09/09/2026.

Kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan selepas dipercayai cuba mengelak orang melintas jalan dekat Jejambat Ulu Tiram ke Johor Bahru sekitar jam 1 petang tadi.

Sumber ➡️ Media sosial

JBPM, PDRM guna kepakaran kenal pasti cebisan mangsa nahas helikopterOleh NURUL IZZATI ZAINI9 September 2026, 5:43 pmPET...
09/09/2026

JBPM, PDRM guna kepakaran kenal pasti cebisan mangsa nahas helikopter

Oleh NURUL IZZATI ZAINI
9 September 2026, 5:43 pm

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kepakaran serta pengalaman anggotanya untuk mengutip dan mengenal pasti cebisan dipercayai daripada mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran helikopter menyebabkan proses mengenal pasti cebisan manusia menjadi lebih sukar, terutama apabila ia bercampur dengan serpihan lain di lokasi kejadian.

“Kita akan guna pengalaman kita untuk mengenal pasti antara cebisan yang ditemukan, yang mana merupakan spesimen manusia kerana banyak yang sudah bercampur.

“Jadi kita cuba. Itu kepakaran daripada bomba yang kita akan gunakan. Pasukan seramai tujuh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan lapan anggota Unit Udara telah digerakkan dan berada di sana ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Nor Hisham, cebisan yang dikenal pasti sebagai spesimen manusia akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan bagi menjalani proses seterusnya termasuk pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Selalunya untuk kesan DNA. Lepas itu kita ambil, serahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis untuk mereka ambil langkah seterusnya, terutama berkaitan DNA,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan kemungkinan mangsa terselamat adalah sangat rendah berdasarkan keadaan helikopter yang terbakar.

“Pada pandangan saya selepas bercakap dengan pakar juruterbang tadi, kemungkinan itu sangat rendah sebab tadi tidak nampak imej tingkap helikopter itu terbuka.

“Kalau terbuka, lainlah bermaksud ada kemungkinan mangsa terjun. Namun SAR akan dilaksanakan dalam lingkungan jarak 100 meter utk pengesahan akhir,” katanya.

Semalam, sebuah helikopter jenis BO-105 bernombor pendaftaran 9M-LLF yang membawa seorang juruterbang dan empat petugas kesihatan terhempas berhampiran penghujung landasan Long Lellang Short Take-Off and Landing Port (STOLport), kira-kira pukul 3.40 petang.

Helikopter dikendalikan Layang-Layang Aerospace Sdn. Bhd. itu sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan serta dua jururawat.

Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di penghujung landasan sebelum terbakar, dengan penduduk kampung serta pekerja lapangan terbang bertindak membantu memadamkan kebakaran sebelum kawasan kejadian dikawal bagi memelihara lokasi nahas.

Lima individu yang berada dalam helikopter berkenaan ialah Kapten Zainol, Dr. Ainul, Alexson Adit, Debra Moset dan Jessie Paya. – KOSMO! ONLINE

Address

Temerloh
28000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Bencana Pahang dan Luar Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share