Rapid Infotainment

Rapid Infotainment Memberikan anda informasi dan hiburan yang terkini berlaku di seluruh negara Malaysia dan luar negara.

25/11/2023
25/11/2023
Nampak tak?😂
02/02/2023

Nampak tak?😂

14/11/2022

SELANGOR 14/11/2022

Lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandu terbabas merempuh besi pembahagi jalan hingga menembusi kenderaannya dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Km18.5 dari Subang ke Shah Alam sebelum Empire Shopping Gallery petang tadi.

11/11/2022

JOHOR 11/11/2022.

Rakaman dashcam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat Gelang Patah, Johor Bahru semalam.

Pernah sekali tu masa zaman henfon tak maju lagi, aku call sorang pomen kereta bagitau enjin kereta aku berbunyi pelik s...
10/11/2022

Pernah sekali tu masa zaman henfon tak maju lagi, aku call sorang pomen kereta bagitau enjin kereta aku berbunyi pelik sebelum ia mati dengan sendiri.

Pomen tu tanya, "bunyi macam mana bang?"

Aku tanya balik "nak kena buat bunyi tu pakai mulut ke?"

"Ya bang"

Aduh pomen ni. Nak suruh aku tiru p**ak bunyi tu pakai mulut. Dia ingat aku Mazlan Pet Pet ke boleh buat bunyi pelik-pelik ni.

"Bunyi dia macam kelekak kelekak" jawab aku.

"Kelekak kelekak?"

"Ya, kelekak kelekak"

"Bukan ketek ketek ketek?"

"Bukan, ketek ketek tu bateri kong. Ni bateri ok lagi. Baru pakai 5 bulan"

"Kelekak kelekak ni saya tak pernah dengar bang. Cuba abang ingat balik, bunyi tu kelekak ke kelekuk?"

"Hmmm.. boleh jadi kelekuk la kot. Atau macam kelekoik kelekoik pun macam ya juga. "

"Bunyi timing belt tu bang"

"Bunyi belt bukan nyit nyit nyit nyit ka?"

"Bukan, kalau nyit nyit tu tensioner"

"Ye la, saya memang tension dah sekarang ni. Duk main lawan bunyi mulut p**ak dah. Awak boleh datang tak cek kereta saya ni?"

"Bang j*p lagi saya call balik. Tengah bising kat sini. Tak dengar apa"

Kami menamatkan perbualan telefon. Ishh dah tau bising lagi suruh aku buat bunyi mulut tu.

Lepas 20 minit, pomen tu SMS aku.

"Bang, bunyi tu tadi macam mana?"

Haramdadih betui. Aku ingat dah setel. Dia ajak mengeja bunyi tu kat SMS p**ak.

Kredit : Hazrezal Ahmad

Bayi 6 bulan meninggal‼️ Tertiarap dari pukul 10 pagi tapi pukul 4 petang baru pengasuh datang tengokTerlalu rindu.. Mes...
04/11/2022

Bayi 6 bulan meninggal‼️

Tertiarap dari pukul 10 pagi tapi pukul 4 petang baru pengasuh datang tengok

Terlalu rindu.. Mesti bby bahagia sgt di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6 BULAN .

Kronologi Kes Kematian bby yang amat kami sayangi

27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima pnggilan dari taska mengatakan bby Haura tidak sedarkan diri. Sy segera ke taska dn pihak taska memaklumkan telah bawa bby Haura ke klinik berdekatan dan dlm beberapa saat dimaklumkan bby sy dibawa ke Hospital Melaka.

Sy terus ke ETD Hospital Melaka dan bby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkn bby haura dtg dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit cpr diberikn nadi bby sy ada semula namun terlalu lemah.. Bby haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan ank saya 50-50 utk survive n andai survive tidak akan mnjadi bby haura yg dahulu. Bby sy diletakkan di bawah PICU.

Suami berjumpa n bertanya kepada penjaga bby apa yg berlaku di taska dan dia berkata jam. 10 lebih haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dr bilik bby. Dia masuk semula dan nmpk haura terlungkup tetapi tidak membetulkn kedudukan haura kerana nmpk haura mcm boleh bernafas. Dia masuk semula utk memandikan bby pada jam 4ptg dan tgk haura sudah tidak sedar kan diri..

Ya Allah bby haura sy di biarkan dr jam 10pg dn hanya dilihat pada jam 4 ptg shj.. Betapa struggle bby haura sy utk bernafas hgga bby sy pergi selamanya.. Allah... Allah..

Mlm 27 Oktober Pakar merawat memaklum bhw bby sy poor progress. Sy dan suami dibenarkan utk berada di PICU sentiasa.

28hb progress bby semakin menurun. Dalam jam 4 ptg pakar memaklumkan progress bby haura semakin tidak cntik dan memaklumkan buah pinggang bby sudah tidak well function. Organ2 bdn sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.

29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari bby haura kami telah menemui penciptanya.

Di sini sy dan suami dengan rendah diri mohon doa dr semua utk kami dapatkan keadilan utk bby kami dan juga utk bby2 yg lain.. Sy mengharapkn pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska2 lain.

AL FATIHAH untuk baby syurga saya.😭

Sumber: FB Nurul Fateha Sandollah

03/11/2022

Simpang Econsave, Jawi

Sumber : Shah Camp

01/11/2022

*“Dah tahu di mana boleh, tak boleh pijak” - Demi rezeki, ibu 4 anak selamba panjat bangunan pasang aircond*

KEBERANIAN seorang wanita yang bekerja sebagai petugas pemasangan pendingin hawa mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dikongsi, Nora Elyna Elly, 34, kelihatan selamba berada di bahagian luar bangunan tinggi untuk memasang pendingin hawa di kediaman pelanggannya.

Mesra disapa Nora, ibu kepada empat cahaya mata itu berkata dia sama-sama mengusahakan perkhidmatan itu bersama suaminya, Abdul Rahman atau Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.

"Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang buat bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja je. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini.

"Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh je duduk kedai, tapi saya tak s**a duduk setempat.

"Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang sfat setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur.

"Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond," ujarnya kepada mStar.

Menurut Nora, bidang ini sememangnya ada cabarannya tersendiri, namun terpaksa 'menutup mata' dan meneruskan kerja seperti biasa kerana minat dan mahu mencari pendapatan.

Tidak menafikan wujudnya perasaan gayat, namun Nora berkata dia hanya akan fokus pada kerja, sekali gus dapat melupakan rasa takut yang bersarang di jiwa.

"Walaupun saya jenis tak gayat, awal-awal dulu tetap ada rasa gayat. Tapi lama-kelamaan jadi terbiasa. Yang penting kita kena yakin dan tahu rentak kerja.

Bila orang tengok, orang nampak takut bila kita berdiri dan panjat luar bangunan. Kita yang dah terbiasa tahu tempat mana boleh pijak, tempat mana tak boleh pijak.

"Kalau jarang buat memang akan jadi gayat. Contohnya, saya berhenti buat kerja ni dalam dua ke tiga bulan, bila nak mula balik mesti akan rasa gayat.

"Saya tak ada petua apa-apa untuk hilangkan rasa gayat. Yang penting kena fokus pada kerja, tak perlu nak pandang-pandang bawah. Safety harness juga kena pakai," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nora turut berkongsi video-video aksinya memanjat bangunan sehingga tular dan meraih perhatian pengguna media sosial.

Ujar Nora, penangan video tular turut membuka pintu rezeki apabila dia bukan sahaja menerima sokongan ramai, malah turut mendapat pelanggan baharu dari aplikasi TikTok.

"Saya baru buat TikTok dalam setahun. Alhamdulillah, ada juga dapat pelanggan dari TikTok. Saya aktif buat video di TikTok. Suami p**a buat video berkaitan aircond di YouTube.

Awalnya ada juga orang condemn saya. Ada je mereka cari point tegur itu tegur ini. Tapi saya perbaiki apa yang ditegur. Alhamdulillah sekarang ramai yang komen bagi sokongan. Pada masa sama, ramai juga yang mesej saya tanya mengenai kerja kosong.

"Saya bersyukur orang nampak usaha saya. Terima kasih pada semua yang sokong dan bagi kata-kata semangat. Moga doa ini berbalik kepada anda juga. Kalau ada wanita yang berminat nak belajar, boleh hubungi saya," ujarnya yang turut mempunyai kemahiran dalam bidang landskap dan masakan.

Tambah Nora, permintaan terhadap pekerja pemasangan penghawa dingin wanita sebenarnya sangat menggalakkan sehingga dia tidak menang tangan melayan pelanggan.

"Sebelum ni pun saya pernah ambil pekerja perempuan, tapi tak berpanjangan. Kalau ada lagi lepas ni, boleh la saya tubuhkan team perempuan je.

"Sebab saya dapat banyak permintaan, pelanggan nak pekerja perempuan yang datang kerana mereka wanita bujang di rumah ataupun suami tiada di rumah.

"Jadi mereka lebih selesa kalau ada pekerja perempuan yang boleh datang pasang aircond di rumah mereka. Memang tak menang tangan sebenarnya," ujarnya lagi.
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/11/01/v-dah-tahu-di-mana-boleh-tak-boleh-pijak---demi-rezeki-ibu-4-anak-selamba-panjat-bangunan-pasang-aircond

=====================「ʀz」

31/10/2022

*Ular sawa tumpang kereta*

PETALING JAYA – Seekor ular sawa yang bersaiz besar memasuki enjin sebuah kereta sehingga pemandunya terpaksa meminta pertolongan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengeluarkannya.

Rata-rata netizen di TikTok terhibur melihat telatah para anggota JPAM yang bertungkus-lumus menarik ular tersebut keluar dan menyifatkan gelagat mereka seakan-akan bermain tarik tali sahaja.

“Mereka sedang bermain tarik tali tetapi kali ini dengan menggunakan ular. Empat orang menentang seekor ular, agaknya tenaga siapa yang lebih kuat,” komen seorang pengguna.

“Ular sawa sememangnya kuat. Bahkan, kadang-kadang tidak lut meskipun sudah lima orang yang menariknya. Sebab itu, mangsa cepat lemas ketika dibelit. Seriau melihatnya,” ulas seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga warga maya yang bersenda dan ada juga yang tertanya-tanya bagaimana agaknya ular tersebut boleh memasuki kereta berkenaan.

“Bersangka baik. Mungkin ular itu sudah penat dan malas menjalar sebab tidak berkaki. Maka itu, dia terpaksa menumpang kereta untuk pergi ke destinasi yang hendak dituju,” seloroh seorang pengguna.

“Risaunya. Bagaimana pemilik mendapat tahu bahawa terdapat ular dalam enjin keretanya? Adakah kereta tidak dapat dihidupkan?” ujar seorang lagi pengguna yang dibelenggu pertanyaan.

Susulan itu, ada pengguna yang mempersoalkan mengapa tidak hanya menghidupkan enjin kereta bagi mengusir ular tersebut.

Perkongsian video menerusi akaun pengguna Tiktok Ceq86 tersebut berjaya meraih 295, 700 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10/31/ular-sawa-tumpang-kereta/

====================

Address

Temerloh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rapid Infotainment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share