Penerangan Warisan Tenom

Penerangan Warisan Tenom Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penerangan Warisan Tenom, News & Media Website, tenom, Tenom.

10/12/2025
08/12/2025

SEBELUM PRN SALING MENIKAM. LEPAS PRN, MEREKA 'BERCIUM MULUT' BENTUK KERAJAAN JAM 3 PAGI

Inilah Gabungan Raja Scammer. Satu Sabah kena scammed dorg ni. Paling Ulung, Ewon Benedick dan UPKO.

Sebelum PRN dijulang sebagai hero kerana berani lepaskan jawatan sebagai Menteri di Persekutuan dan bawa UPKO keluar dari PH kerana membantah rayuan Hasil 40% Malaya. Mereka bertanding 25 kerusi membawa tagline "Sabah First".

Hajiji dan GRS pulak laungkan "Rumah Kita, Kita Jaga". Sepanjang berkempen, mereka tegaskan rakyat Sabah harus Undi GRS kerana parti tempatan, jangan Undi Parti Malaya.

BN, on the other hand, sangat lantang menyerang GRS sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

Sekali lepas PRN, bergabung mereka untuk sama-sama bentuk Kerajaan Sabah. Bayangkan betapa hipokritnya mereka semua.

Bagus lagi Jeffrey Kitingan dan Parti STAR, sanggup lagi dorg ikut Warisan menjadi pembangkang, pembangkang yang berprinsip dan dihormati oleh kebanyakan rakyat Sabah kerana tidak tunduk kepada Malaya banding dengan GRS dan UPKO.


08/12/2025

Kalau hati kamu penuh dengan ruang kosong jiwa macam jalan raya di sekitar N.18…

Kalau hidup dan emosi kamu asyik “on-off… on-off…” macam bekalan elektrik yang pilih waktu untuk menyala…

Atau kalau di lokaliti kamu ada drama berepisod
jalan berlubang, longkang sumbat, lampu jalan tidur awal, paip bocor macam tangisan tonton drama korea…

Jangan pendam. Jangan merana seorang.
Kami di CARELINE PEJABAT ADUN N.18 INANAM sedia membantu mengurus drama pembangunan,
(bukan drama cinta ya… itu kamu settle sendiri 😌)

📞 Hubungi CARELINE kami:
http://wa.me/601161818718

Kami janji akan berusaha memantau setiap satu aduan Warga N.18 Inanam dan yang paling penting hati kamu. 😌💙

Dari MEJA Pejabat Penerangan Warisan Pusat:Salam Takziah buat Seluruh Keluarga dan Sahabat Terdekat. Semoga segala kebai...
04/12/2025

Dari MEJA Pejabat Penerangan Warisan Pusat:

Salam Takziah buat Seluruh Keluarga dan Sahabat Terdekat. Semoga segala kebaikan dan amal ibadahnya di terima Allah swt dan rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Pemergian yang pasti di rasai dan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Sabah dan Negara. Nama dan jasa pasti di kenang.

Al-Fatihah……(Dibacakan…)

04/12/2025

SEMAKAN KEAHLIAN PARTI WARISAN

Kami mengambil maklum bahawa pautan semakan keahlian Parti Warisan Sabah sedang disebarkan oleh pihak yang tidak rasmi dan telah disalahgunakan.

Beberapa individu memaklumkan bahawa nama mereka muncul sebagai ahli parti, walaupun mereka tidak pernah memohon atau memberi persetujuan untuk pendaftaran tersebut.

Jika anda mendapati nama anda telah digunakan tanpa pengetahuan anda, anda boleh menghubungi Ibu Pejabat Parti Warisan untuk membuat pembatalan keahlian.

Kakitangan kami akan membantu anda menyelesaikan perkara ini dengan segera.

Untuk tindakan lanjut, anda boleh datang terus ke Ibu Pejabat Parti Warisan atau menghubungi Ibu Pejabat Parti Warisan di talian: 088 348866

04/12/2025

Dalam apa jua keadaan, Warisan berdiri utuh sebagai suara rakyat melawan ketidakadilan, menegakkan kebenaran, dan memastikan kerajaan sentiasa dipertanggungjawabkan.

WARISAN tidak Benci Malaya cuma WARISAN commited utk mengembalikan kuasa politik kpd Parti Tempatan Sabah agar tiada lag...
02/12/2025

WARISAN tidak Benci Malaya cuma WARISAN commited utk mengembalikan kuasa politik kpd Parti Tempatan Sabah agar tiada lagi kawalan malaya dalam pentadbiran Sabah seterusnya memperbetulkan kesilapan lama bila kita membawa dan memperkuatkan parti malaya di Sabah. We should learn from our lessons. Enough is enough. WARISAN tidak kisah untuk berkerjasama dengan parti tempatan. Biarlah kita berlainan pendapat, bertumbuk, bergaduh dalam bilik yang sama sebagai adik-beradik dan seterusnya membuat keputusan bersama demi kepentingan Sabah daripada kita bertumbuk dan bergaduh kerana mempertahankan kepentingan mereka di malaya pada ketika hak kita di nafikan oleh mereka selama lebih 60 tahun.

Presiden WARISAN sentiasa cakap, dia ada kesilapan, dia ada kelemahan dan berulang kali memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana dia juga mungkin punya peranan kenapa parti malaya kuat di Sabah suatu ketika dahulu. Siapa yang tidak buat kesilapan? We all make mistakes because that is the nature of being human. Demikian juga Timbalan Presiden WARISAN, pernah menjadi sebahagian dari pimpinan utama dalam parti pemerintah di putrajaya hari ini TAPI sekurang-kurangnya mereka berdua ada political will to reverse it, berusaha untuk memperbetulkan daripada membiarkan kesilapan itu berterusan sebab itu WARISAN tegas, we can work together and support ONLY LOCAL PARTY. Jika kerjasama itu masih ada kawalan tangan-tangan mereka yang duduk di putrajaya then BIARLAH KAMI TERUS MENJADI PEMBANGKANG yang effektif agar kuasa semak dan imbang dapat di perkuatkan di Sabah. Kami bukan keras kepala tapi kami tegas pada objektif iaitu ingin mengembalikan kuasa politik kepada parti tempatan Sabah tanpa kawalan mereka yang duduk di putrajaya. Dulu kami ada 14 kerusi DUN, now we have 25 strong formidable numbers.

Kita boleh berkerjasama dgn parti malaya di peringkat persekutuan kerana kita juga ingin membina Malaysia yang makmur tapi pemerintahan di Sabah, biar parti tempatan Sabah yang tentukan acuannya.

WARISAN tidak gila kuasa, kami tidak gila pangkat atau kedudukan. Ketahanan kami juga sudah di uji sepanjang 5 tahun lepas. Warisan adalah platform yang di tubuhkan untuk anak-anak Sabah tidak kira bangsa atau agama untuk memainkan peranan membentuk masa depan generasi muda Sabah. Jika ada di antara kami hari ini yang tidak sempat melihat kejayaan itu kerana faktor usia, kami yakin pemimpin-pemimpin muda dalam WARISAN boleh meneruskan agenda dan matlamat perjuangan Itu. “Rome was not built in a day — and neither are meaningful reforms.”

Kabinet Sabah sudah di bentuk, walaupun dari segi taburan agak tidak seimbang diantara pantai timur dan pantai barat serta kaum selain masih ada keterlibatan parti Malaya, di harap kabinet Sabah 2025-2030 ini dapat memacu Sabah. Sekali lagi tahniah GRS dan YAB CM.

Agenda Selamatkan Sabah akan kami teruskan….

Kepada semua pimpinan dan penyokong parti-parti yang lawan WARISAN semasa pilihanraya, adat pilihanraya mungkin ada kata-kata kesat, pedas, tegas, tersasul yang kita lontarkan sepanjang pilihanraya, sengaja atau tidak semasa kita berucap dan berbahas, saya bagi pihak diri saya dan rakan-rakan, kami memohon maaf. Tiada niat menguris hati mana-mana pihak selain hanya ingin mengemukan bukti dan fakta dan likewise kami juga memaafkan. Perbezaan pendapat dan ideologi kita raikan bersama.

Terima Kasih kepada semua yang telah mengundi dan sama-sama mendukung agenda penyatuan demi menyelamatkan Sabah. Kita bukan gagal, cuma kejayaan kita di tangguhkan buat sementara waktu. Let us all have a wonderful break with family and friends and then fully charge untuk pilihanraya parlimen yang akan datang.

P/S: Gambar timbalan presiden Warisan with dan peta Sabah on his chest.

30/11/2025
29/11/2025

Sangkal Fitnah Warisan Parti PTI oleh YB Isnarassah Munirah.

29/11/2025
28/11/2025

“Turun Mengundi, Selamatkan Sabah”

Hanya satu cara kita dapat mengubah masa depan Sabah.

Esok 29 November 2025, keluar mengundi ramai-ramai dan pilih parti yang boleh membawa Sabah ke arah gemilang.

PARTI WARISAN AKAN TANDING 73 KERUSI PRN17 NANTI SECARA SOLO Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal pada hari ini, mengula...
01/08/2025

PARTI WARISAN AKAN TANDING 73 KERUSI PRN17 NANTI SECARA SOLO

Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal pada hari ini, mengulangi bahawa Warisan tidak akan bergabung dengan mana-mana parti politik pada PRN17 nanti seperti yang digembar-gemburkan oleh macai GRS.

Warisan hanya akan bergabung dengan rakyat di semua 73 KERUSI DUN untuk .

Address

Tenom
Tenom
89900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Warisan Tenom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerangan Warisan Tenom:

Share