Di kampungku

Di kampungku Berkongsi video setiap hari kepada anda. Like dan kongsi sebagai tanda sokongan saudara. Terima Kasih

Warisan Hutan Terancam: Perjalanan Menangkap Ikan di Sungai PedalamanVIDEO PENUH DI YOUTUBE:https://youtu.be/ZZQsv9Eo_yE...
18/10/2024

Warisan Hutan Terancam: Perjalanan Menangkap Ikan di Sungai Pedalaman

VIDEO PENUH DI YOUTUBE:
https://youtu.be/ZZQsv9Eo_yE

Dalam dokumentari ini, kita mengikuti perjalanan sekump**an penduduk pedalaman menuju ke hutan untuk menangkap ikan di sungai yang masih terjaga keasliannya. Perjalanan mereka dipenuhi dengan cabaran – bermula dengan menunggang motosikal melalui laluan berbatu, sehinggalah berjalan kaki ke dalam hutan yang semakin dalam. Namun, di sebalik keindahan alam, ancaman besar semakin menghampiri – hutan yang menjadi sumber rezeki mereka kini sedang musnah akibat pembalakan.

Di sepanjang perjalanan, kami melihat kesan pembalakan yang telah meneroka sebahagian besar hutan. Tradisi yang turun-temurun dipertahankan oleh komuniti ini kini berada dalam bahaya. Mereka bukan sahaja bergantung kepada hutan untuk menangkap ikan, tetapi juga untuk hasil hutan seperti cendawan dan herba yang menjadi makanan harian mereka.

Namun, adakah tradisi ini akan kekal? Adakah hutan ini akan terus memberikan kehidupan kepada mereka? Dokumentari ini mengajak anda merenung masa depan yang mungkin lebih suram jika kita tidak bertindak menjaga dan melindungi hutan yang semakin terancam ini.

Tonton dokumentari penuh ini untuk memahami lebih lanjut tentang kehidupan, cabaran, dan harapan penduduk pedalaman yang bergantung kepada hutan.

Suku Mangkaak dan Suku Kunatong daripada puak Sukang.
10/10/2024

Suku Mangkaak dan Suku Kunatong daripada puak Sukang.

Suku ini kurang diketahui oleh orang luar. Oleh itu, video ini memberikan sedikit perkongsian berkaitan dengan suku Mangkaak dan Kunatong. Sumber secara lisa...

04/06/2024

Uji kelajuan internet Starlink di kawasan Tongod.

STARLINK TEKNOLOGI - by Elon MuskStarlink merupakkan teknologi yang dibangunkan oleh Elon Musk untuk mempermudahkan selu...
26/05/2024

STARLINK TEKNOLOGI - by Elon Musk

Starlink merupakkan teknologi yang dibangunkan oleh Elon Musk untuk mempermudahkan seluruh dunia mengakses internet. Dalam bahasa mudah, kita tidak perlukan telekom, tidak perlukan simkad (Maxis , digi, celcome dan lain-lain). Kita tidak perlukan repeter atau tower telekom yang tertanam di setiap kampung. Kita tidak perlukan cable fiber untuk akses internet). Starlink merupakan teknologi direct sateliet yang merentasi seluruh negara (global).

Review Starlink di kampung, Kiandongo Darat, Daerah Tongod, Sabah.
https://youtu.be/6Yhkra1EkCs

18/01/2024

[18.1.2024]

HOBI

Hello sahabat semua. Pasti ada diantara kamuorg yang ada hobi dari kecil sampai lah kamu hari ini kan? Hobi tanam sayur, membaca, bersukan dan banyak lagi lah kan. Bah admin p**a banyak hobi salah satunya menghasilkan penulisan dalam blog boleh rujuk disini https://zikhri.blogspot.com/ . Setelah itu saya mula mengenali media sosial terutama dalam menghasilkan konten untuk dikongsikan kepada orang ramai. Pada masa yang sama saya memiliki minat dalam dunia audio dan bermain muzik namun kurangnya bimbingan akhirnya ia hanya sekdar minat tapi hasilnya tidak ada.

Namun motivasi dalam dunia audio terutama pa sistem terbina semula apabila dunia luar banyak berkongsi idea dan bimbingan melalui youtube dan juga melalui penulisan dalam blog mereka.

Eksperimen banyak dilakukan dalam menghasilkan pa sistem dan bantuan youtube. Memahami elemen-elemen audio seperti frequensi, db, paramatric, processor dan banyak lagi. Semua ini dipelajari daripada google, youtube. Keseimbangan audio adalah sngat penting. Berbeza dengan pemuzik, dia hanya fokus setup pada audio instrumnt yang keluar pada speaker monitor. Tapi bila kita mengendalikan pa sistem, perlu menyesuaikan frequnsi daripada setiap instrumen yang dikeluarkan agar tidak ada yang over atau berlebihan akan keluar pada penonton. Orang sabah bilang mesti yang ngam2 di telinga. Ok kita berhenti cerita pasal elemen pa-sistem dalam ni.

Berbalik dengan topik iaitu HOBI. Bercerita dengan hobi ini tidaklah sehebat seperti orang yang mengembangkan bakat dan hobi melalui laluan yang betul iaitu mempelajri secara akademik.

Oleh itu dengan minat yang ada ini, saya teringin untuk membuat satu eksperimen sewa Pa Sistem Audio tapi untuk majlis kecil sahaja. Ini bukan kerana wang ringgit namun ingin merasakan penglaman mengandalikan Pa Sistem pada majlis orang lain.

Sebagai penutup cerita kita, admin menawarkan sewa pa sistem dengan harga RM250.

18/01/2024

[18.1.2024]

Tajuk: LINGAMAN

Salam saudaraku semua. Hari ini saya mahu bagi satu informasi kepada semua tapi sebelum itu mohon maaf sbb ada unsur2 iklan sedikit di hujung video tapi abaikan saja ya.

Bagi warga sabahan khususnya warga yang lahir dibawah 90an, mungkin tidak asing lagi dengan perkataan lingaman. Lingaman merupakan satu alat yang diperbuat daripada bahan buangan yang keras seperti zink tebal, tin kemudian diberi bentuk segi tiga (mungkin ia berbeza2 mengikuat tempat di sabah). Setelah diberi bentuk segi tiga, mereka akan letak pada kayu bulat sesuai pada saiz tangan agar proses kerja menuai padi dapat dilakukan dengan baik.

Selalunya, lingaman ini sering digunakan untuk menuai padi terutamanya mereka yang menjalankan aktiviti penanaman padi bukit. Menariknya lingaman ini, ia bukan sahaja digunakan untuk menuai padi tapi ia berfungsi untuk membuka batad iaitu timun manis yang terdapat di ladang padi. lingaman yang mempunyi permukaan tajam, menjadikan ia sebagai satu alat pelbagai fungsi.

Walaubagaimanapun, kemahiran perlu ada sebelum seseorang mengunaknnya. Kecederaan pada tangan mungkin berlaku jika tidak berhati-hati.

Terima kasih. Salam berbagi informasi

[03.01.2024]Siapa mau sound yang ada mirip-mirip sound HD dan clear boleh hubung tengok2 tu gambar. Harga masih boleh ub...
03/01/2024

[03.01.2024]
Siapa mau sound yang ada mirip-mirip sound HD dan clear boleh hubung tengok2 tu gambar. Harga masih boleh ubah asalkan majlis berjalan lancar.

[03.01.2024]
Salam saudara semua. Kepada warga kampung dan seluruh awrga Tongod yang memerlukan perkhidmatan sound sistem untuk majlis, Mampu Milik Enterprise menyediakan perkhidmatan tersebut untuk memeriahkan lagi majlis anda. Harga yang dipaparkan masih boleh dirunding. Terdapat beberapa tambahan / add on mengikut keperluan anda. Kami tidak menyediakan pemuzik dalam majlis namun kami boleh bantu cari pemuzik berbakat. Kos bayaran untuk pemuzik atas rundingan anda dengan c pemuzik. Karaoke p**a, kami bergantung pada lagu yang ada dalam hardisk 1TB. Lagu dari youtube disarankan tapi ia bergantung pada capaian internet.

BALI INDONESIA Bali adalah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Ibu kota pr...
03/11/2023

BALI INDONESIA

Bali adalah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Ibu kota provinsi Bali adalah Denpasar, yang terletak di bagian selatan p**au ini.

Bali terkenal di dunia sebagai tempat pelancongan dengan keunikan berbagai hasil seni-budayanya, khususnya bagi para pelancong Jepun dan Australia. Namun, sekarang hampir seluruh dunia mengunjungi tempat ini.

Bali adalah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Ibu kota provinsi Bali adalah Denpasar, yang terletak di bagian...

Address

Kg. Kiandongo Darat
Tongod
89320

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Di kampungku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Di kampungku:

Share

Category