Mitatabang Komuniti

Mitatabang Komuniti DARI KITA, UNTUK KITA.

Mitatabang Komuniti merupakan sebuah pergerakan sukarelawan yang diwujudkan bagi membantu keperluan komuniti setempat dalam memastikan keharmonian, kesejahteraan dan kesatuan masyarakat terpelihara.

Merry Christmas!May your holidays be bright and your New Year be full of hope.
25/12/2025

Merry Christmas!

May your holidays be bright and your New Year be full of hope.

Tahniah dan syabas kepada Dr. Bonaventure Boniface atas pelantikan sebagai Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya dan...
18/12/2025

Tahniah dan syabas kepada Dr. Bonaventure Boniface atas pelantikan sebagai Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya dan Utiliti.

Amanah besar ini adalah pengiktirafan kepada komitmen, keupayaan dan kesungguhan dalam memperjuangkan pembangunan serta kebajikan rakyat Sabah.

Semoga terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk berkhidmat dengan penuh integriti demi Sabah yang lebih maju dan sejahtera.

Ikhlas daripada
Mitatabang Komuniti

Kami di Mitatabang Komuniti berasa sangat berbangga melihat Pengerusi kami, Dr. Bonaventure Boniface, terus melaksanakan...
08/12/2025

Kami di Mitatabang Komuniti berasa sangat berbangga melihat Pengerusi kami, Dr. Bonaventure Boniface, terus melaksanakan tanggungjawab kepada komuniti.

Kehadiran Pengerusi di Majlis Graduasi dan Hari Kanak-kanak Taska Permata JC, terutamanya selepas musim pilihan raya, adalah bukti jelas bahawa komitmen Pengerusi terhadap pembangunan generasi muda dan nilai kekeluargaan terus menjadi pegangan.

Mitatabang Komuniti akan terus menyokong inisiatif Pengerusi dalam bidang pendidikan dan pembangunan belia. Terima kasih kerana sentiasa menjadi contoh pemimpin yang berprinsip dan sentiasa bersama rakyat!

02/12/2025
29/11/2025

Salam Sejahtera kepada seluruh warga Tamparuli,

Sebagai seorang yang menjunjung prinsip demokrasi, saya mengakui dan akur sepenuhnya dengan keputusan Pilihan Raya Negeri hari ini. Kuasa rakyat telah bersuara, dan saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Panglima Madius Tangau atas kemenangan. Proses demokrasi telah berjalan dengan lancar dan saya menghormati pilihan yang telah dibuat oleh majoriti pengundi.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam, Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, serta Datuk Seri Panglima Jahid Jahim, Datuk Alijus Sipil, dan semua kepimpinan GRS. Sokongan dan kepercayaan anda adalah amanat yang tidak ternilai.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat seluruh jentera GRS Tamparuli dan terutamanya, pengundi yang telah memberikan undi kepada saya. Semangat anda sepanjang kempen, kesanggupan anda untuk bersama-sama mendengar dan berjuang untuk agenda "Komuniti Bersatu, Tamparuli Maju" amat saya hargai.

Dr Bonaventure Boniface
PBS - GRS

TQ Jose. May god bless you too.
29/11/2025

TQ Jose. May god bless you too.

Beliau merupakan seorang tokoh akademik yang berwibawa, melambangkan gabungan ideal antara pencapaian pendidikan cemerlang dan kepakaran praktikal yang amat relevan. Perjalanan ilmunya yang mengagumkan, bermula dari Sarjana Muda Pengurusan Awam di UUM dan Sarjana Pengurusan Perniagaan di UMS, mencapai kemuncaknya di persada antarabangsa dengan kejayaan menggenggam ijazah PhD dalam Pengurusan Agribisnis dari University of Adelaide, Australia.
Landasan pendidikan yang kukuh ini menjadi asas kepada kepakarannya yang pelbagai dan bersepadu. Beliau bukan sahaja menguasai bidang teras seperti Agribisnis dan Pemasaran Strategik, tetapi juga menerajui bidang-bidang kritikal masa kini termasuk Keusahawanan Digital dan Pengurusan Rantaian Nilai. Keupayaannya diperkukuhkan lagi dengan pemahaman mendalam tentang Kepimpinan dan Kecerdasan Emosi, menjadikannya seorang pemikir strategik yang menyeluruh.
Sebagai seorang Profesor Madya (DS54) yang dihormati semasa di Universiti Malaysia Sabah, beliau kini berada dalam kedudukan yang sempurna untuk menterjemahkan pengalaman dan pengetahuan luasnya, bukan sahaja untuk mendidik generasi akan datang tetapi juga untuk memacu inovasi dan kemajuan dalam bidang-bidang yang diceburinya.
Dari bilik kuliah ke medan khidmat. Seorang Profesor Madya (PhD) kini bersedia untuk berkhidmat untuk Tamparuli. Beliau ada ilmu, kepakaran, dan visi. Mari kita beri kepercayaan kepada Dr. Bonaventure Boniface untuk memacu perubahan yang kita perlukan. Bersama kita majukan N14.

Terima kasih atas segala sokongan, tenaga, dan kepercayaan yang telah anda berikan sepanjang kempen ini.
29/11/2025

Terima kasih atas segala sokongan, tenaga, dan kepercayaan yang telah anda berikan sepanjang kempen ini.

28/11/2025

Kini, kuasa untuk menzahirkan Komuniti Bersatu, Tamparuli Maju berada di tangan pengundi. Tarikh 29 November 2025 adalah detik penentuan. Undi anda adalah tiket untuk Tamparuli mendapat wakil yang bekerja, berintegriti, dan mempunyai fokus 100% terhadap pembangunan tempatan dan kesejahteraan rakyat.

Turun Mengundi! Berikan mandat yang kukuh kepada Dr. Bonaventure Boniface (No. 13) untuk membawa perubahan sebenar!

Semoga akan memperoleh mandat untuk terus berkhidmat kepada komuniti Tamparuli.
28/11/2025

Semoga akan memperoleh mandat untuk terus berkhidmat kepada komuniti Tamparuli.

Address

Tuaran

Telephone

+60138204559

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mitatabang Komuniti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share