08/01/2026
POKOK TUMBANG BERJAYA DIALIHKAN
๐
08 Januari 2026 (Khamis)
๐ Kg. Penampang Baru, Tuaran
APM Daerah Tuaran telah menerima makluman daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang separuh jalan raya utama keluar masuk ke Kampung Penampang Baru.
Seramai 4x anggota LLP telah segera dikerahkan ke lokasi bagi melaksanakan tindakan awal. Setibanya di lokasi, skuad bertugas mendapati sebatang pokok jenis Akasia tumbang dan menghalang satu lorong jalan raya utama.
Tindakan segera telah diambil dengan mengalihkan pokok tumbang tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran laluan. Operasi selesai dengan selamat dan keadaan kembali terkawal.
Syabas kepada skuad Alpha๐ช๐ป
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah