30/03/2026
30 Mac 2026 | Isnin
Sorotan Perbincangan Majlis Hari Raya USIA Bahagian Tuaran
Alhamdulillah, satu perbincangan telah berlangsung dengan jayanya pada jam 8 malam tadi melibatkan kerjasama antara USIA Bahagian Tuaran bersama Masjid Haji Abd Razak, Kampung Syahbandar.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh barisan AJK USIA Bahagian Tuaran iaitu Hj. Madaile Basri, En. Abdin Darus, En. Satung Tahir, En. Sailin Jun, Hjh. Nancy Loo Kason, Pn. Rebah Maya dan En. Khairul Mohd. Turut serta ialah Pengerusi Masjid serta AJK Masjid Haji Abd Razak, Kampung Syahbandar Tuaran.
Tujuan utama perbincangan ini adalah bagi merancang dan memperkemaskan penganjuran Majlis Hari Raya yang bakal diadakan hasil kolaborasi bersama.
Semoga segala perancangan dipermudahkan dan majlis yang dirancang nanti berjalan dengan lancar serta diberkati.