Semasa Negeri Kelantan - SNK

Semasa Negeri Kelantan - SNK melaporkan isu² semasa dan perkembangan terkini di negeri Kelantan

20/01/2026

✨Perkhidmatan Pembersihan✨

1 Staff
▶️Pakej 4 Jam - RM80
▶️Pakej 8 Jam - RM150

2 Staff
▶️Pakej 4 Jam - RM150
▶️Pakej 8 Jam - RM300

*tidak termasuk cas transport

🧹*Basic cleaning*: Sapu mop lantai, cuci toilet & sekitar dapur, lap habuk di perabot, lap habuk di tingkap,
🧹*Cleaning sahaja bukan angkat2 mindoh barang*
🧹Pekerja tidak bawa apa2 peralatan, mereka hanya guna barang sediada di rumah customer (utk menjaga hygiene)pm yerr nk simpan tarikh

21/10/2025

²¹/¹⁰/²⁵
Assalamualaikum blako...ado dh ni....ike segar jeti tok bali..baru amik pgi ni...ike bekok 8ya sekor..area kwsan kube bate lot 1819 ..cod on 10am ke 6pm

05/09/2025
05/09/2025

Bakpo atas Flyover wakaf bharu ada sampah dalam supit hitam ?
banyak hari dah dk tengok...

Sambutan KEMERDEKAAN  Yang Meriah di Tumpatterima kasih Kerajaan  MADANI.
01/09/2025

Sambutan KEMERDEKAAN Yang Meriah di Tumpat
terima kasih Kerajaan MADANI.

27/08/2025
MPKB di bahagian mekanikal ambo nk gi baru kad kesihatan pkul 3.30 skni...dia kata staff xdk tutup dh... kalau ahad - ra...
30/07/2023

MPKB di bahagian mekanikal ambo nk gi baru kad kesihatan pkul 3.30 skni...dia kata staff xdk tutup dh... kalau ahad - rabu pkul 3 ptg
khamis pkul 1ptg tutup dh
penat MPKB.

Tumpat: Bayi perempuan ditemukan di belakang rumah di Kampung Geting, di sini, dipercayai baru dilahirkan oleh seorang r...
23/06/2023

Tumpat: Bayi perempuan ditemukan di belakang rumah di Kampung Geting, di sini, dipercayai baru dilahirkan oleh seorang remaja.

Bayi itu disyaki dilahirkan jam 9.30 pagi oleh remaja berusia 18 tahun secara bersendirian tanpa pengetahuan keluarga.

Ibu remaja itu yang mahu dikenali sebagai Liza, 37, berkata, dia dihubungi anak perempuannya itu memaklumkan terdengar jeritan bayi dari belakang rumah dan mendakwa ada individu membuang bayi.

"Saya ketika itu sedang bekerja di kedai kopi dan selepas menerima panggilan anak, saya tidak terus p**ang kerana sedang membungkus nasi untuk pelanggan.

"Tidak lama kemudian, anak menelefon sekali lagi dan saya meminta seorang saudara ke lokasi yang diberitahu untuk memastikan kesahihan berita itu.

"Selepas keadaan di tempat kerja sedikit tenang, saya p**ang ke rumah dan melihat jiran sedang memangku bayi perempuan dan saya terus bertanyakan anak perempuan adakah bayi itu anak dia namun dia nafikan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Liza yang berasal dari Sungai Golok, Thailand berkata, jiran memberitahu bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan berbogel dan sudah kebiru-biruan manakala tali pusat sudah dipotong dan uri p**a siap ditanam tidak jauh dari tempat bayi itu ditemukan.

Menurutnya, anaknya masih belum berkahwin dan tidak tahu jika remaja itu mengandung kerana fizikalnya yang memang semula jadi berisi.

Dia berkata, anaknya itu baru menetap bersamanya sejak Ramadan lalu selepas bapa kandung yang juga bekas suami Liza meninggal dunia akibat serangan strok.

"Saya mendesaknya untuk mengaku bahawa bayi perempuan itu anaknya tapi dia enggan sebaliknya mendakwa lelehan darah yang turun di betisnya adalah kerana datang bulan.

"Buntu memikirkan perkara itu menyebabkan kami terpaksa menghubungi polis dan anak serta bayi perempuan itu dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya yang sedang hamil enam bulan bersama suami baru.

Liza berkata, anaknya itu tidak menunjukkan perubahan ketara sebaliknya memberitahu rasa kurang sihat dan terasa lapar ketika bangun dari tidur kira-kira jam 1 pagi tadi.

Menurutnya, sebelum turun bekerja ke kedai kopi jam 4 pagi, Liza sempat memasak untuk remaja perempuan itu yang dikatakan demam tanpa memikirkan apa-apa yang pelik.

"Beberapa jam selepas itu saya dikejutkan dengan berita penemuan bayi perempuan oleh anak dan lebih mengejutkan ia mungkin dilahirkan anak saya sendiri," katanya.

Sementara itu, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan itu dan siasatan lanjut sedang dibuat.

Sumber harian metro

Qari OKU penglihatan dari  , Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023...
19/06/2023

Qari OKU penglihatan dari , Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M.

TUMPAT - Seorang lelaki maut dipercayai diseret kereta api ekspres kira-kira 400 meter dalam kejadian di landasan kereta...
19/06/2023

TUMPAT - Seorang lelaki maut dipercayai diseret kereta api ekspres kira-kira 400 meter dalam kejadian di landasan kereta api di Kampung Palekbang di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika mangsa dikatakan sedang tidur di landasan sebelum dirempuh Kereta Api Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat.

Saksi kejadian, Osman Mohd Yussof, 57, berkata, ketika itu dia sedang minum air di kedai makan berdekatan landasan kereta api itu.

Menceritakan situasi berkenaan, Osman berkata, tiba-tiba terdengar hon kereta api yang kuat sebelum berhenti kira-kira 200 meter dari kedai makan itu.

"Saya kemudian berlari ke arah kereta api itu dan bertanyakan pemandu situasi menyebabkan dia memberhentikan kereta api itu," katanya.

Menurut tukang rumah berkenaan, dia dimaklumkan pemandu bahawa kereta api itu terlanggar seorang lelaki yang sedang tidur di atas landasan.

"Saya kemudian melihat mayat dalam keadaan parah mengakibatkan sebahagian badan hancur dan terdapat percikan darah di besi landasan kereta api," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bagaimanapun Osman mengakui tidak mengenali lelaki berkenaan kerana bukan dari kampung itu.

Sumber Sinar Harian

25/01/2023

Address

Tumpat

Telephone

+601116567229

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Semasa Negeri Kelantan - SNK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Semasa Negeri Kelantan - SNK:

Share