06/10/2026
Apa yang tiada dalam hati dalam seorang pembunuh?
"Empati"
Bayangkan anak-anak seawal usia persekolahan mula sibuk membunuh di sekolah. Bukan sibuk dengan mengisi ilmu, pelajaran & masa-masa emas bersama-sama kawan.
Siapa yang ajar? Kita semua.
Tengok sahaja di ruangan sosial media. Di ruangan komen-komen. Seolah2 masing-masing menggunakan kepala lutut.
Bila di belek2 semua ada anak, bini, mak ayah yang ada keluarga.
Apa yang korang expect lepas korang menulis macam tu? Anak2 korang jadi lebih terpelajar, bijak pandai?
Jadi kepada mak ayah yang rempit. Fikir2 kan lah, korang nak bentuk generasi apa akan datang dengan perbuatan korang.
Sedangkan kucing anjing pun korang suruh langgar, racun macam nyawa tu tiada nilai. Maka terima lah asuhan korang untuk perbuatan tu jadi kat manusia.
Belum lagi yang jenis suap duit haram kat anak bini. Tu fikir2 kan lah sendiri.
Tuhan memang menangkan korang hari ini untuk buat benda jahat. Tapi ingat, kesannya slow2 kita boleh tengok.