Cekelat Getah

Cekelat Getah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cekelat Getah, Digital creator, Tumpat.

26/10/2025

Pernah tengok ke korang

08/10/2025

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Freedom Aid Flotilla 150 Batu Nautika Dari Gaza

Artikel penuh di ruangan komen

08/10/2025

Sapa pernah try benda ni kumpul sini... cer citer...

30/09/2025

Sapa pernah dengar? Mesti dah 3+ series kan.. atau baru dengar? genzi...

30/09/2025

Kenapa EX5 Model Ni Digelar “EX5 Kambing”?🐐Adakah bentuk badannya yang kecik molek seperti badan kambing kampung??      ...
30/09/2025

Kenapa EX5 Model Ni Digelar “EX5 Kambing”?🐐

Adakah bentuk badannya yang kecik molek seperti badan kambing kampung??

🇲🇾✨ Selamat Hari Kebangsaan ke-68! ✨🇲🇾Di sebalik keamanan yang kita kecapi hari ini, wira-wira tanah air terus gagah men...
30/08/2025

🇲🇾✨ Selamat Hari Kebangsaan ke-68! ✨🇲🇾

Di sebalik keamanan yang kita kecapi hari ini, wira-wira tanah air terus gagah menjaga kedaulatan negara.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga dengan aset pertahanan moden seperti kereta kebal PT-91M Pendekar, AV8 Gempita, ACV-300 Adnan, Lipanbara dan Tarantula – benteng utama yang melindungi tanah air tercinta.

1. PT-91M Pendekar – Main Battle Tank (MBT)

+ATM memiliki 48 unit PT-91M Pendekar, sebuah variatif dari kereta kebal Poland T-72M1 yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan Malaysia. Ia dilengkapi meriam 125 mm 2A46MS buatan Slovakia dan sistem kawalan tembakan canggih

2. ACV-300 Adnan – Infantry Fighting Vehicle (IFV) Berteras Rantaian (Tracked)

+ATM mengoperasikan 267 unit ACV-300 Adnan, dibangunkan bersama FNSS dan DefTech.
+Varian merangkumi pelbagai sistem senjata seperti meriam 25 mm “Sharpshooter”, M2 Browning 12.7 mm, mortar 81 mm & 120 mm, pelancar Mk19 dan Baktar Shikan ATGM untuk sokongan pelbagai misi

3. K-200 KIFV – IFV Berteras Rantaian (Tracked)

+ATM juga menggunakan 111 unit K-200, direka oleh Hanwha Defence.
+Dilengkapi turret dengan M2HB 12.7 mm dan MG 7.62 mm, dengan reka bentuk mampu meredah air dan jarak operasi ~700 km

4. AV8 Gempita – Kenderaan Beroda Perisai (Wheeled AFV/APC)

+Terdiri daripada 257 unit AV8 Gempita (8×8) buatan tempatan oleh DefTech.
+Jangan dikelirukan — bukan kereta kebal, tetapi APC/IFV dengan pelbagai varian: meriam 30 mm, senapang 25 mm, RCWS 12.7 mm, mortar, ATGM ZT3 Ingwe dan kegunaan sokongan lain

5. Tarantula HMAV – APC Perlindungan Tambang (MRAP)

+ATM belum menerima unit penuh; 136 unit sedang dalam tempahan, plasifikasinya adalah APC 4×4 mine-resistant dengan RCWS 12.7 mm
+Dihasilkan oleh Mildef bersama STRIDE, dengan perlindungan mengikut standard NATO STANAG 4569 dan keupayaan sehingga 110 km/j

6. Lipan Bara AV4 (4×4) – HMAV atau APC

+Sejumlah 20 unit AV4 Lipanbara telah dimiliki, dengan M134D Gatling gun.
+Dibangunkan oleh DefTech untuk mobiliti tinggi dan misi taktikal ringan

💪🇲🇾 Semoga semangat perjuangan dan kemerdekaan terus berkobar dalam jiwa kita semua.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

🔥 Sejarah Generasi Yamaha RX-Z (1985 – 2009) 🔥Yamaha RX-Z bukan sekadar motosikal, tapi satu lagenda jalanan yang pernah...
24/08/2025

🔥 Sejarah Generasi Yamaha RX-Z (1985 – 2009) 🔥

Yamaha RX-Z bukan sekadar motosikal, tapi satu lagenda jalanan yang pernah menjadi idaman ramai sejak ia dilancarkan. Jom imbau balik evolusi RX-Z sepanjang lebih 20 tahun:

✅ 1985 – Generasi Pertama
RX-Z mula diperkenalkan dengan enjin 133cc 2-lejang, 5-kelajuan. Reka bentuk sporti dengan kepala kotak menjadikannya motor paling bergaya pada zamannya. Ridernya biasa memakai jaket kulit, seluar jeans, rambut kerinting ikal mayal.

✅ 1990 – Generasi Kedua
RX-Z dinaik taraf kepada 6-kelajuan dengan sistem pelinciran Yamaha (YCLS). Rekaan fairing dan meter baharu menjadikan ia lebih moden serta laju. Tapi biasa tengok fairing kepala tak pakai.

✅2004 – Generasi Catalyzer
RX-Z Catalyzer dilancarkan dengan teknologi catalytic converter bagi kurangkan asap. Lampu belakang & fairing diolah semula, namun masih kekalkan semangat RX-Z. Masa ni orang jual 2ndhand Rm3k je.

✅ 2009 – Penghujung Era
RX-Z terus jadi pilihan sehingga ke hujung dekad, sebelum produksinya dihentikan sekitar 2011 akibat piawaian alam sekitar. Walaupun begitu, RX-Z kekal sebagai motor ikonik budaya rempit Malaysia & koleksi hingga kini. Sekarang orang dah mula seludup rxz, dah jadi barang seludup pulak

Address

Tumpat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cekelat Getah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share