sumbangan.com

sumbangan.com Pusat pengurusan sumbangan kebajikan secara automatik, mudah, telus dan sistematik. korban.sumbangan.com Sumber Saham Akhirat Anda
(3)

24/07/2025

Alhamdulillah rezeki betul, smooth je acik ni jawab 🫶🏻 Terima kasih orang baik!

Kita pun jangan lupa !

Kadang-kadang kita tak mampu bahagiakan semua orang dalam hidup kita. Tapi itu bukan alasan untuk kita jadi punca luka m...
24/07/2025

Kadang-kadang kita tak mampu bahagiakan semua orang dalam hidup kita. Tapi itu bukan alasan untuk kita jadi punca luka mereka. Setiap kata dan tindakan kita boleh meninggalkan kesan yang mendalam pada hati seseorang. Jika tak mampu memberi bahagia, cukuplah sekadar tidak menyakiti. Dalam dunia yang sudah cukup mencabar, jadilah insan yang membawa ketenangan bukan menambah beban perasaan orang lain.
Pilih untuk jadi sebab seseorang tersenyum, bukan sebab mereka terluka.

Di ASAR Humanity, kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk memutuskan rantai kemiskinan. Tetapi betapa pedihnya...
23/07/2025

Di ASAR Humanity, kami percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk memutuskan rantai kemiskinan. Tetapi betapa pedihnya, hari ini ramai anak-anak yatim dan miskin di seluruh negara tidak mampu untuk terus bersekolah dengan baik — hanya kerana mereka tidak punya baju sekolah yang sempurna, kasut yang layak dipakai, atau beg sekolah yang boleh diharap menampung buku-buku mereka.

Ada yang terpaksa memakai baju sekolah lusuh, dikongsi adik-beradik. Ada p**a yang tidak hadir ke sekolah kerana malu dengan keadaan diri. Sedangkan mereka juga punya impian. Mereka mahu belajar. Mereka mahu berjaya. Tetapi bagaimana mereka mampu melangkah yakin jika kekurangan ini terus membelenggu?

Melalui kempen ini, kami mengajak anda untuk bersama membantu. Sedekahkanlah sepasang baju sekolah, sepasang kasut, seutas beg, atau apa sahaja kelengkapan asas. Kerana satu baju sekolah daripada anda, boleh menjadi satu cahaya harapan untuk anak kecil yang sedang berjuang keluar dari kehidupan yang serba payah.

“Barang siapa yang memudahkan urusan saudaranya, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”
(HR Muslim)

Mari kita cipta senyuman, semai semangat baru, dan hadiahkan harapan untuk masa depan mereka. Satu seragam, satu semangat. Satu sumbangan, satu masa depan. Jom jadi sebab anak-anak ini tersenyum dan terus melangkah yakin di sekolah!

Scan " QR Code " untuk memulakan sumbangan atau layari sumbangan.com

Janji dengan Allah, seringkali kita ambil mudah.Janji dengan manusia, kita jaga sehabis baik.Kita sanggup tepati setiap ...
22/07/2025

Janji dengan Allah, seringkali kita ambil mudah.
Janji dengan manusia, kita jaga sehabis baik.

Kita sanggup tepati setiap janji dengan kawan, pasangan, atau bos.
Tapi janji-janji kita pada Allah —
solat di awal waktu, menepati azam, melaksanakan amanah —
sering dilupakan.

22/07/2025

Tak sangka ramai yang peka dengan sekeliling 🥺❤️

Hati ini teriris setiap kali melihat rumah Allah yang nyaris roboh, tempat jiwa bersujud kini berdiri rapuh menanti reba...
21/07/2025

Hati ini teriris setiap kali melihat rumah Allah yang nyaris roboh, tempat jiwa bersujud kini berdiri rapuh menanti rebah. Bumbungnya bocor, dindingnya dari zink usang, lantainya papan reput. Namun, di sinilah ratusan hamba-Nya setiap hari mengangkat tangan, mengadu nasib, menganyam harapan di hadapan Tuhan.

Air mata langit yang membasahi sejadah lusuh di surau itu seolah membawa pesan. Setiap titis hujan yang menembusi bumbung, setiap hembusan angin yang menggoncang dindingnya, memanggil-manggil kita untuk membantu. Rumah Allah ini bukan sekadar bangunan. Ia lambang iman, tempat maruah agama terpelihara. Dan kini maruah itu sedang terancam, menunggu tangan-tangan ikhlas untuk mengukuhkan kembali tiangnya.

Sedekah dan wakaf anda hari ini bukan sekadar sumbangan. Ia adalah pelita yang menyuluh jalan kita hingga ke syurga, jambatan yang menyelamatkan kita di akhirat. Bayangkan, setiap sen yang anda hulurkan menjadi bata yang membina rumah Allah ini — dan pada masa yang sama, membina rumah untuk anda di syurga, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa membina sebuah masjid kerana Allah, Allah bina baginya rumah di syurga."
(HR Bukhari dan Muslim).

Jangan biarkan rumah Allah ini terus menanggung derita. Hulurkan sumbangan anda hari ini. Kerana setiap rezeki yang dikongsi, akan kembali kepada kita dalam bentuk nikmat yang tidak terhingga.

Scan " QR Code " untuk memulakan sumbangan atau layari sumbangan.com

Dapat semua yang dihajati di dunia, tapi kalau akhirat kita sia-siakan… apa maknanya?Kejar dunia tak salah, tapi jangan ...
20/07/2025

Dapat semua yang dihajati di dunia, tapi kalau akhirat kita sia-siakan… apa maknanya?

Kejar dunia tak salah, tapi jangan sampai lupa bekalan untuk akhirat.
Setiap kejayaan dunia cuma sementara —
yang kekal, amalan kita untuk hari kemudian.

Jangan untung sekejap, rugi selamanya.
Utamakan akhirat, dunia pasti ikut bersama.

19/07/2025

Rumah ini jadi tempat anak-anak yatim, asnaf, dan mereka yang terabai berlindung. Sejak 2010, Ibu Ella berkorban segalanya agar mereka punya ruang untuk membesar, belajar, dan rasa kasih sayang. Tetapi hari ini, mereka amat memerlukan kita semua.

Bangunan baru ini — rumah kedai 3 tingkat bekas tempat asuhan — sudah ditemui. Tempatnya lebih luas, lebih selamat. Harganya RM1.3 juta. Pendahuluan RM180,000 sudah dibayar. Kini berbaki RM320,000 sahaja yang perlu dilunaskan sebelum November 2025.

Jika bayaran ini gagal diselesaikan, di mana lagi anak-anak ini mahu berteduh? Di sinilah mereka menghafaz Al-Quran, di sinilah mereka membina harapan. Jangan biar mereka hilang tempat tinggal yang selesa dan selamat.

Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” (Riwayat Muslim)

Ayuh, kita bantu selamatkan rumah mereka. Infaq serendah RM100, insyaAllah Allah balas dengan ganjaran yang tidak ternilai.

Scan " QR Code " untuk memulakan sumbangan atau layari sumbangan.com

Bayangkan anak-anak ini menghafaz Al-Quran dalam keadaan lapar. Bukan kerana berpuasa sunat, tapi kerana tiada apa yang ...
19/07/2025

Bayangkan anak-anak ini menghafaz Al-Quran dalam keadaan lapar. Bukan kerana berpuasa sunat, tapi kerana tiada apa yang boleh dimasak hari itu.

Di Pondok Pesantren Hidayatut Tolibin, makanan bukan satu kepastian. Sayur lebihan pasar, makanan yang tak habis dijual itulah yang mereka jadikan hidangan harian. Ada hari mereka perlu berkongsi sepinggan. Ada hari mereka cuma minum air kosong untuk alas perut.

Mereka adalah anak-anak yatim, pelajar tahfiz, dan golongan asnaf. Mereka bukan meminta lebih cuma ingin makan cukup untuk terus kuat belajar dan menghafaz Al-Quran.

Program Sedekah Makanan Pelajar Tahfiz ini adalah ikhtiar untuk memastikan setiap pelajar mendapat makanan berkhasiat setiap hari. Supaya mereka tidak lagi belajar dalam keadaan lemah dan kosong. Supaya mereka dapat terus menghafaz kalam Allah dengan lebih tenang dan sempurna.

Sumbangan anda akan diagihkan bukan hanya ke satu pondok, tapi ke beberapa pesantren yang benar-benar memerlukan di seluruh kawasan pedalaman Jawa Barat.

Mereka sedang berjuang menjadi hafiz. Mari kita bantu mereka bukan dengan kitab, tetapi dengan sesuap makanan yang menguatkan tubuh dan semangat mereka.

Sedekah makanan hari ini, untuk pahala yang kekal mengalir esok.

Scan " QR Code " untuk memulakan sumbangan atau layari sumbangan.com

18/07/2025

Rezeki dari orang baik, kami dapat wakilkan untuk berkongsi Sedekah Jumaat dengan mereka yang dah penat lelah kerja di kawasan Taman Tasik Keramat 🥺 Alhamdulillah, terima kasih orang baik!

Jangan lupa sedekah Jumaat di sumbangan.com! 🫶🏻

Kita selalu kejar kejayaan, status dan pengiktirafan manusia. Tapi… bagaimana dengan hubungan kita dengan Allah?Bercakap...
18/07/2025

Kita selalu kejar kejayaan, status dan pengiktirafan manusia. Tapi… bagaimana dengan hubungan kita dengan Allah?
Bercakap soal disiplin, semangat, kejayaan — tetapi Subuh sendiri masih diabaikan atau dilewatkan.

Tanya diri sendiri:
Adakah kita sudah cukup “hebat” di sisi Allah, atau hanya di mata manusia?

Jom, sama-sama muhasabah dan jadikan Subuh awal sebagai permulaan hari yang penuh keberkatan.
Tag kawan, ajak mereka “upgrade” disiplin Subuh bersama! 🌅

17/07/2025

Bayangkan… malam itu mereka dihalau tanpa amaran. Hanya kerana tunggakan sewa kurang 6 bulan. 10 tahun lalu, tragedi ini menghantui 15 warga emas di Pusat Jagaan Satu Warga Emas. Tiada tempat berlindung, tiada keluarga untuk disandar. Mereka hanya mampu menangis dalam gelap mencari ruang perlindungan.

Hari ini, peristiwa itu mengintai semula. Rumah yang mereka diami kini bakal dijual. Sewa telah dinaikkan dari RM1,200 ke RM1,500, dan bila-bila masa sahaja mereka boleh diarah keluar. Kemana lagi mereka harus pergi?

Pusat jagaan ini hanya mahu sebuah rumah kekal untuk mereka — tempat berteduh yang tidak lagi dirampas, tidak lagi memaksa mereka menadah tangan meminta-minta. Rumah idaman itu sudah ada, lebih selamat dan mampu milik. Tetapi mereka perlukan kita semua untuk merealisasikannya. RM412,200 perlu dikumpul dalam 6 bulan untuk menamatkan penderitaan ini.

Rasulullah SAW bersabda:
“Bukan dari kalangan kita, orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi yang muda.” (HR Tirmidzi)
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain.” (HR Ahmad)

Mereka pernah punya keluarga, rumah, tempat bergantung. Kini mereka hanya ada kita. Jangan biar mereka ulang rasa perit itu lagi. Hulurkan sumbangan anda hari ini. Moga jadi pahala berpanjangan untuk kita semua.

Scan " QR Code " untuk memulakan sumbangan atau layari sumbangan.com

Address

Ulu Kelang

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60194475555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when sumbangan.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to sumbangan.com:

Share

Sumbangan.com

Platform Saham Akhirat Anda