陈健阳 Adam Tan Jian Yang

陈健阳 Adam Tan Jian Yang Pesan Buku: Cina 'Kiasu' atau 'Kiasi'

https://tinyurl.com/OrderNow41

25/07/2025

Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum maka hendaklah juga minum dengan tangan kanannya, karena syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya p**a. (Sahih Muslim, Hadith 2020)

Kelas bersama mualaf habis 9.30 malam. Tapi macam biasa, sembang tak habis-habis.Cerita Nabi Musa, bincang iktikaf, kupa...
24/07/2025

Kelas bersama mualaf habis 9.30 malam. Tapi macam biasa, sembang tak habis-habis.

Cerita Nabi Musa, bincang iktikaf, kupas tentang ruqyah.

Tutup sesi dengan pesanan pasal mati. Berat tapi perlu.

Topik kami random? Memang. Tapi itu yang buat mereka belajar secara santai.

Kadang lebih lekat dari nota dalam buku.

24/07/2025

Memandangkan ada sahabat yang minta, saya tunaikan permintaan😉

23/07/2025

Perkongsian ringkas tapi padat di street dakwah

Saya tahu perkara ghaib.Eh… Apa ni bro? Sesat ke?Sabar dulu. Baca sampai habis.Saya tahu perkara ghaib bahawa wujudnya s...
23/07/2025

Saya tahu perkara ghaib.

Eh… Apa ni bro? Sesat ke?

Sabar dulu. Baca sampai habis.

Saya tahu perkara ghaib bahawa wujudnya syurga dan neraka. Saya tahu perkara ghaib tentang sifat penghuni syurga dan neraka.
Saya tahu perkara ghaib bahawa adanya malaikat yang mencatat amalan manusia.

Semua ini saya tahu kerana saya beriman dengan apa yang telah Allah SWT sampaikan melalui wahyu-Nya.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti yang diberitahu dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Itulah batas kita dalam memahami alam ghaib.

Namun, amat menyedihkan apabila ada dalam kalangan umat Islam hari ini yang melibatkan diri dalam amalan yang cuba mentafsir perkara ghaib dengan cara yang batil. Bahkan ada yang cuba menyandarkan kepercayaan seperti tilik nasib kepada dalil agama.

Antaranya: fengshui, zodiak, horoskop, numerologi, aura, kad tarot, tafsir mimpi sembarangan dan sebagainya.

Walaupun ada yang mendakwa amalan-amalan ini bukanlah ramalan, hakikatnya semuanya berkait rapat dengan usaha menyingkap perkara ghaib tanpa wahyu.

Nabi SAW telah memberi amaran yang sangat jelas:

“Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” (Riwayat Muslim, no. 5957)

Lihat betapa seriusnya peringatan ini — hanya BERTANYA sahaja pun sudah menyebabkan solat tidak diterima selama 40 malam. Belum lagi jika mempercayainya.

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada segala bentuk amalan yang menghampiri syirik.

23/07/2025

Mungkin ramai yang tidak tahu — suatu ketika dahulu, saya pernah menjadi seorang ahli silap mata.

Ya, silap mata, bukan ilmu sihir.

Walaupun kini saya tidak lagi aktif membuat persembahan secara rasmi, minat itu masih kekal. Saya masih gemar menonton persembahan silap mata, dan kadangkala, saya masih berlatih secara peribadi.

Dulu, saya sanggup meluangkan lebih lima jam hanya untuk menguasai satu teknik silap mata. Saya benar-benar terpesona dengan dunia silap mata ini — bukan kerana “trick”nya semata-mata, tetapi kerana ia membuka mata saya tentang kehebatan ciptaan Allah.

Silap mata mengajar saya bahawa apa yang dilihat oleh mata tidak semestinya benar, dan bagaimana akal manusia boleh ditipu oleh ilusi. Ia membuat saya semakin kagum dengan ciptaan Allah — bagaimana mata dan akal kita bekerja, dan bagaimana manusia boleh tertipu hanya melalui persepsi.

Daripada situ, saya belajar satu perkara penting:

Jangan cepat percaya hanya berdasarkan apa yang nampak di hadapan mata.

Tanyakan — apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir?

Pengalaman ini menjadi latihan minda untuk saya supaya tidak terperangkap dalam sangkaan atau bias, dan sentiasa berusaha melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَMohd Amin bin Abdul Hamid aka Bro Amin telah kembali ke rahmatullah pada pu...
22/07/2025

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Mohd Amin bin Abdul Hamid aka Bro Amin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9:00 pagi tadi.

Kali pertama dan terakhir saya berjumpa dengan Bro Amin adalah pada bulan lepas ketika street dakwah di Sunway Pyramid.

Walaupun kali pertama berjumpa dengan beliau, saya dapat nampak kesungguhan beliau dalam membuat dakwah.

Beliau telah berpuluh tahun melibatkan diri dalam bidang dakwah di sekitar Subang Jaya.

Apabila team dari Multiracial Reverted Muslims - MRM membuat program dakwah di kawasan sana, kami pasti akan roger Bro Amin.

Bro Amin lah yang berurusan dengan masjid berdekatan Sunway Pyramid untuk kami menyimpan barang dakwah kami. Beliau juga berjumpa dengan pihak polis di Sunway Pyramid untuk memaklumkan program dakwah kami di sana.

Semoga usaha Bro Amin diterima oleh Allah.

Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak dis**ainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.

Bezanya ilmu dan penyampaian ilmu“Kecelaruan kognitif (cognitive dissonance) ialah satu keadaan psikologi apabila seseor...
22/07/2025

Bezanya ilmu dan penyampaian ilmu

“Kecelaruan kognitif (cognitive dissonance) ialah satu keadaan psikologi apabila seseorang mengalami ketidakselarasan antara kepercayaan dan perlakuan, yang seterusnya menimbulkan ketidakselesaan dalaman dan memotivasikan individu untuk mengurangkan ketegangan itu melalui rasionalisasi atau perubahan sikap.”

“Kadang-kadang, kita buat sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita percaya. Contohnya, seseorang itu tahu merokok tu bahaya, tapi dia tetap merokok. Rasa tak selesa atau bersalah tu berlaku sebab fikirannya tak selari dengan tindakan. Otak manusia tak s**a rasa tak selesa tu, jadi individu itu mula cari alasan — ‘ah, ayah aku merokok sampai umur 80 pun okay je’ — supaya kita rasa lebih tenang.”

Apabila sahabat-sahabat sedang baca dua perenggan di atas, yang mana lebih senang untuk difahami?

Saya pasti majoriti akan pilih perenggan kedua.

Sebenarnya kedua-dua perenggan di atas membawa konsep yang sama, tetapi dengan penyampaian yang berbeza.

Perenggan pertama menggunakan penerangan akademik dan memberi definisi teknikal, manakala perenggan kedua memberi situasi sebenar yang barangkali kita pernah alami tanpa menggunakan sebarang perkataan saintifik.

Adakalanya, kita ada ilmu dalam bidang tertentu, tetapi ilmu itu hanya akan bermanfaat untuk diri kita jika kita tidak dapat menyampaikannya kepada masyarakat umum dalam bahasa yang difahami mereka.

Dalam proses penyampaian ilmu, kita sedang menguji tahap pemahaman kita. Jika kita benar-benar faham sesuatu ilmu, kita sepatutnya mampu menyampaikan dalam bahasa mudah untuk masyarakat umum.

Nak uji tahap pemahaman ilmu?

Sampaikanlah ilmu itu kepada orang lain dalam bahasa yang difahami mereka.

Mengajar iqra kepada pelajar mualaf saya.Di akhir kelas, saya membuat perkongsian tentang bagaimana kita boleh belajar i...
18/07/2025

Mengajar iqra kepada pelajar mualaf saya.

Di akhir kelas, saya membuat perkongsian tentang bagaimana kita boleh belajar iqra dengan cepat.

Saya beritahu kepada mereka,

"Jika kita belajar dengan niat yang ikhlas, InshaAllah, Allah akan membantu kita."

Saya teringat balik ketika saya belajar dahulu, dalam kelas pertama dan hampir setiap kelas, guru saya akan memetik ayat Al-Quran di bawah,

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." (Surah Ali Imran, 3;160)

Sampai sekarang, saya berpegang dengan ayat ini.

Kadangkala, kita merasa sesuatu perkara itu terlalu s**ar untuk dilakukan. Kita rasa kita tidak cukup kemampuan, tidak cukup ilmu, atau terlalu banyak kekurangan dalam diri.

Tetapi sebenarnya, yang sering melemahkan kita bukanlah kekurangan itu, tetapi kerana kita sudah menyerah kalah sebelum pun melakukannya.

Apabila saya kembali menghayati ayat ini, ia memberi kekuatan dan dorongan kepada saya untuk terus mencuba dan berusaha, kerana saya tahu bahawa jika Allah membantu, tiada siapa yang dapat menghalang.

"Soalan ini telah lama menghantui saya."Hari ini, saya dihubungi oleh Mr. Tan yang menyatakan hasratnya untuk mengenali ...
17/07/2025

"Soalan ini telah lama menghantui saya."

Hari ini, saya dihubungi oleh Mr. Tan yang menyatakan hasratnya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Tanpa berlengah, beliau bersetuju untuk mengadakan sesi perjumpaan secara atas talian bersama saya. Kata beliau:

“Saya terus nak berjumpa dengan kamu kerana soalan ini telah lama menghantui saya. Saya ingin selesaikan secepat mungkin.”

Antara persoalan yang dibangkitkan ialah:

“Saya seorang freethinker. Saya bebas untuk ikut mana-mana agama. Tapi saya tak tahu mana satu agama yang benar.”

Sepanjang sesi perbincangan yang berlangsung hampir sejam, saya berkongsi beberapa pendekatan dalam mencari kebenaran agama. Antara soalan reflektif yang saya ajukan kepada beliau:

“Semasa kita membesar, kita mengikuti agama nenek moyang. Tapi bagaimana kita tahu itu agama yang benar?”

“Bagaimana kita pastikan Tuhan yang kita sembah itu adalah Tuhan yang sebenar?”

“Apakah kayu ukur kita dalam memilih agama yang benar — atau adakah kita sekadar mengikut orang lain secara membuta tuli?”

Sebagai seorang pendakwah, tugas kita bukan memaksa prospek untuk berubah, tetapi membimbing mereka berfikir secara kritikal dan membuat keputusan dengan ilmu serta keinsafan.

Alhamdulillah, di akhir perbincangan, beliau menyatakan kesediaan untuk membaca senaskhah terjemahan al-Quran. InshaAllah, kami merancang untuk mengadakan sesi susulan dalam masa terdekat.

Jadilah penyokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

17/07/2025

Pelancong UK tertarik dengan gaya hidup Malaysia

Seorang pelancong dari UK telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan suasana 12 tengah malam pada hujung minggu di Dataran Nilai.

Beliau tertarik dengan budaya Malaysia di mana ramai orang yang meluangkan masa bersama ahli keluarga pada malam hujung minggu dan bukannya clubbing.

Alhamdulillah. Inilah saranan oleh Baginda Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku." (Riwayat al-Tirmidhi 3895)

Apakah aktiviti yang biasa sahabat buat bersama ahli keluarga pada hujung minggu?

Bayangkan anda membeli sebuah rumah yang baru...Apakah barang yang anda akan letak di dalam rumah itu?Setiap orang yang ...
16/07/2025

Bayangkan anda membeli sebuah rumah yang baru...

Apakah barang yang anda akan letak di dalam rumah itu?

Setiap orang yang rasional pasti akan meletakkan perabot yang selesa dan berguna untuknya.

Otak kita umpama rumah yang kosong tadi, adakah kita akan mengisinya dengan apa sahaja atau kita akan memilih perabot (ilmu) yang sesuai untuk diisi di dalam otak kita?

Apakah "perabot" yang anda akan isi di dalam otak? Kongsikan…

Address

Ulu Kelang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 陈健阳 Adam Tan Jian Yang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share