Siput Tiup

02/10/2025

Oppa gangnam style

02/10/2025

Calling my cat through the monitor.. 🤣🤣🤣

01/10/2025

Funny cat

25/09/2025

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2. Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon. Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu? Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat. Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon. Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Kisah percintaan kucing yg terputus
25/09/2025

Kisah percintaan kucing yg terputus

24/09/2025

Alkisah bermula disebuah kampung bernama kampung beringin
pendam.Dihujung kampung tersebut terdapat sepasang suami isteri pertengahan usia bernama Pak Pandir dan Mak Andeh.Seperti penduduk-penduduk kampung yang lain,mereka mengerjakan ladang sebagai sumber utama rezeki mereka.

Pak Pandir sangat dikenali dimana-mana kerana kebodohannya.Dia sering diketawakan kemana sahaja dia pergi namun,dia tidak terasa hati.Dia tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.Mak Andeh p**a merupakan seorang wanita yang normal namun dia tetap menyayangi Pak Pandir seadanya.

Dipendekkan cerita,pada suatu hari Pak Pandir berburu burung kerana Mak Andeh mengidamkan dagingnya.Walaupun tidak tahu bagaimana untuk menangkap burung-burung tersebut,demi isterinya yang baru mengandung 2 bulan itu dia tetap pergi berburu dengan semangatnya.Setelah lama berjalan dia berehat dibawah sepohon durian yang besar dan tinggi.

"Dah setengah hari aku berjalan tapi tak ada seekor burung pun aku nampak.Wahai burung muncullah.Isteriku mengidamkan daging kau sekarang.",ucap Pak Pandir perlahan.Seperti mendengarkan ucapannya seekor enggang tiba-tiba muncul dan terbang rendah betul-betul dihadapannya.Pak Pandir bingkas bangun.Senyuman terus terlakar pada bibir kusamnya.

Tanpa membuang masa,Pak Pandir mengejar enggang tadi lalu menangkapnya.Alangkah gembiranya dia apabila berjaya menangkap burung sebesar itu.Dia terus mengikat kaki burung tadi kemudian dia mengikat hujung tali tersebut pada kakinya sendiri.Dia mengikat burung tersebut pada kakinya supaya ia tidak boleh terbang lagi fikirnya.

Walaupun sudah mengikat kedua-dua kaki burung itu namun Sayapnya dibiarkan begitu sahaja.Tidak lama selepas itu,sekump**an enggang p**a datang dan terbang rendah melintasinya.Pak Pandir bertempik riang lalu menangkap sebanyak mana yang dia mampu.Ada yang dikepitkan pada ketiaknya,ada yang diapit pakai kaki,ada juga yang diapit menggunakan dagunya,selebihnya
dipegang menggunakan tangan.

Oleh kerana terlalu banyak burung yang dipegangnya,burung-burung itu dapat terbang membawanya jauh keatas pokok kerana dia tidak mengikat sayap-sayap mereka.Pak Pandir yang ketakutan akibat gayat itu terpaksa melepaskan burung-burung itu kecuali yang diikat pada kakinya.

"Hai burung,memandangkan hanya kau yang tinggal aku ingin membuat perjanjian dengan kau.Kalau kau boleh terbang bawa aku kembali ke tanah,aku akan melepaskan ikatan ini dan membiarkan kau pergi.",katanya serius.Seperti memahami kata-katanya enggang tadi mengepak-ngepakkan sayapnya.

Pak Pandir terus membuka ikatan pada kakinya kerana dia berfikir bahawa burung tersebut setuju dengan kata-katanya.Namun sebaik sahaja ikatan tadi terlepas,si enggang terus terbang pergi meninggalkan Pak Pandir yang bodoh itu seorang diri.

"Celaka kau enggang!!.Tergamak kau tipu aku?!!!.Kalau aku tahu kau bermain muslihat tadi ,baik aku bunuh kau terus.",marahnya.Turun naik nafasnya menahan amarah.Namun apabila menyedari dia kini berada nun jauh tinggi diatas pokok dia kembali terdiam.Pelbagai cara difikirkan supaya boleh kembali ke bawah.Walaupun terdapat begitu banyak akar-akar yang menjalar pada pokok itu dan ada sesetengahnya yang boleh digunakan untuk menuruni pokok tersebut,namun Pak Pandir tidak terfikirkannya.

Setelah hari mulai beranjak petang,Pak Pandir akhirnya mendapat penyelesaian.Dia melihat semut-semut yang kelihatan begitu senang memanjat naik pokok dan menuruni pokok tersebut tanpa jatuh.Dia tergelak sendiri.Dahinya ditepuk berkali-kali.

"Bodohnya aku ni.Kenapalah aku tak terfikir dari tadi.Terima kasih sahajalah wahai semut.",ucapnya riang.Sambil bernyanyi kecil dia mengatur posisi menghadap ke bawah seperti semut-semut tadi.

Gayatnya sebentar tadi terus hilang kerana dia yakin bahawa dia tidak akan jatuh seperti semut-semut itu.Namun sebaik sahaja dia meluruskan badannya menghadap ke bawah dia terus jatuh gedebuk bagaikan nangka busuk .Pak Pandir terus meninggal dunia disitu tanpa ada sesiapa pun tahu kerana kebodohannya.

24/09/2025

Seperti biasa pagi-pagi lagi Pak Pandir bersiap-siap hendak pergi memotong getah. Sebelum Pak Pandir keluar rumah, Mak Andeh pun berpesan.

"Abang, hati-hati ya di jalan raya," pesan Mak Andeh.

Selepas itu, Pak Pandir pun menunggang motosikalnya menuju ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir melalui sebatang jalan raya, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.

Selepas Pak Pandir membaca papan tanda tersebut, dia pun berasa sangat hampa lalu segera p**ang ke rumahnya.

Apabila melihat kelibat Pak Pandir yang p**ang awal, Mak Andeh pun berasa sangat hairan. Dia pun lalu bertanya "Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".

24/09/2025

Satu kemalangan baru sahaja terjadi. Pak Pandir ingin melihat kemalangan tersebut dari jarak dekat tetapi malangnya ia terlambat. Tempat tersebut sudah dikerumuni orang ramai.

Pak Pandir cuba memikirkan satu idea bagaimanakah dia dapat melihat kemalangan itu dengan lebih dekat.

Tiba-tiba Pak Pandir berteriak, "KETEPI-KETEPI...! SAYA ADALAH WARIS MANGSA...!"

Orang ramai yang mendengarnya kelihatan tercengang-cengang dan hairan. Namun mereka tetap memberikan laluan kepada Pak Pandir.

Sebaik sahaja sampai di depan, Pak Pandir ternampak SEEKOR BABI TELAH TERGOLEK DILANGGAR KERETA...

19/09/2025

Yang penting confident level tu tinggi..

18/09/2025

Who behind the pillar.. funny2025

18/09/2025

keli afrika tak nak kawan..
📷pemkey_

17/01/2022

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siput Tiup posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Siput Tiup:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share