MEDIA DIGITAL JOHOR

MEDIA DIGITAL JOHOR Platform Digital Setempat Rasmi Kerajaan Negeri Johor bagi hebahan maklumat
(1)

l📸 GALERI DATO’ ONN TARIK MINAT PENCINTA WARISAN DAN SEJARAHGaleri Dato' Onn, Batu Pahat merupakan galeri menempatkan se...
13/08/2025

l📸 GALERI DATO’ ONN TARIK MINAT PENCINTA WARISAN DAN SEJARAH

Galeri Dato' Onn, Batu Pahat merupakan galeri menempatkan sejarah kehidupan sebagai penjawat awam dan perjuangan Allahyarham Dato' Onn Jaafar, Menteri Besar Johor ketujuh. Berkeluasan 4,487 kaki persegi dan terletak berdekatan Bukit Soga, bangunan galeri ini telah dibina pada tahun 1938 dan menjadi kediaman rasmi Allahyarham ketika memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.

Bangunan galeri ini juga pernah menjadi markas latihan Pasukan Simpanan Tentera Darat Rejimen 501 Askar Wataniah sebelum dibaik pulih dan diubah suai atas ilham Tan Sri Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor ke-14 sempena lawatan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima pada Mac 2006 seterusnya diserahkan secara rasmi kepada Yayasan Warisan Johor pada 6 Ogos 2007.

Dirasmikan pada 11 September 2012, galeri yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Pemuziuman Yayasan Warisan Johor (YWJ) mempamerkan biografi, kisah perjuangan, koleksi artifak, barangan antik dan bahan bacaan ketika zaman Allahyarham Dato' Onn Jaafar ini menjadi pusat rujukan pelajar, pengkaji sejarah serta tarikan pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Waktu Operasi : Sabtu - Khamis, 9.30 pagi - 4.30 petang

📍Galeri Dato’ Onn, Batu Pahat







Johor menjadi negeri pertama memulakan penjualan minyak masak paket bersubsidi yang direkod menggunakan aplikasi Sistem ...
13/08/2025

Johor menjadi negeri pertama memulakan penjualan minyak masak paket bersubsidi yang direkod menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di 29 lokasi Point of Sales (PoS) di bawah fasa kedua Program Agihan Minyak Masak Bersubsidi.

Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor itu menandakan peluasan penggunaan eCOSS yang sebelum ini diperkenalkan di peringkat Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) kini akan melibatkan pasar raya sebagai PoS dalam agihan minyak masak bersubsidi.

Lee Ting Han KPDN JOHOR

  – Johor menjadi negeri pertama memulakan penjualan minyak masak paket bersubsidi yang direkod menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di 29 lokasi Point of Sales (PoS) di bawah fasa kedua Program Agihan Minyak Masak Bersubsidi.   Inisiatif Kement...

📸 TANGKAK SEDIA TONJOL KEUNIKAN DAERAH KEPADA PELANCONGMajlis Daerah Tangkak (MDT) bersedia untuk mengetengahkan keunika...
13/08/2025

📸 TANGKAK SEDIA TONJOL KEUNIKAN DAERAH KEPADA PELANCONG

Majlis Daerah Tangkak (MDT) bersedia untuk mengetengahkan keunikan dan kekuatan produk pelancongan dimiliki daerah Tangkak kepada pelancong menerusi penganjuran Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2025.

Festival anjuran bersama Tourism Johor, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor serta Tourism Malaysia Wilayah Selatan ini akan diadakan pada 1 hingga 5 Oktober 2025.

Terdahulu, berlangsungnya pelancaran logo Majestic Johor X Amazing Tangkak Festival 2025 dan pakej pelancongan 'Yok Dolan-Dolan' Daerah Tangkak disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Ts. Mohd Johari Tarmidi, Pegawai Daerah Tangkak.






Tiga penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) 2023 berjaya menempatkan diri di universiti terkemuka dunia bertepatan de...
13/08/2025

Tiga penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) 2023 berjaya menempatkan diri di universiti terkemuka dunia bertepatan dengan penekanan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap kepentingan pendidikan berkualiti untuk anak Bangsa Johor.

Muhammad Fauzi Syahmi Mohd Zain berasal dari Tangkak yang memperoleh keputusan cemerlang meraih dua gred A* dan dua A dalam Peperiksaan Antarabangsa Cambridge (A-Levels) akan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Bahan di Columbia University, Amerika Syarikat, sebuah universiti Ivy League dan antara institusi pendidikan tinggi terbaik dunia.

https://mediadigitaljohor.gov.my/penerima-biasiswa-orang-muda-johor-melangkah-masuk-universiti-terkemuka-dunia/

Onn Hafiz Ghazi Aznan Tamin









  – Tiga penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) 2023 berjaya menempatkan diri di universiti terkemuka dunia bertepatan dengan penekanan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap kepentingan pendidikan berkualiti untuk anak Bangsa Johor.   Muhamm...

Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) adalah inisiatif strategik Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menawa...
13/08/2025

Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) adalah inisiatif strategik Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menawarkan penajaan untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti pengajian di universiti terbaik dunia.

Inisiatif ini memberi peluang kepada anak muda Johor menimba ilmu pengetahuan, mengasah potensi, membina jaringan antarabangsa dan kembali menyumbang kepakaran kepada negeri tercinta selepas tamat pengajian.

Aznan Tamin








📸 JDT TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGANKelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi kedua...
12/08/2025

📸 JDT TERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi kedua Liga Super Malaysia musim 2025-2026 apabila menewaskan Negeri Sembilan FC dengan jaringan 5-3 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Luaskan Kuasamu Johor!






📸 MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN PLATFORM MENELUSURI EVOLUSI INSTITUSI ZAKATSekitar suasana majlis Muzakarah Zakat Kebangsaa...
12/08/2025

📸 MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN PLATFORM MENELUSURI EVOLUSI INSTITUSI ZAKAT

Sekitar suasana majlis Muzakarah Zakat Kebangsaan kali ke-11 Tahun 2025 anjuran bersama Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ).

Bertemakan 'Evolusi Institusi Zakat: Sejarah, Cabaran dan Masa Depan', majlis ini membuka ruang bagi menelusuri perkembangan institusi zakat daripada perspektif sejarah dan pencapaian terkini yang telah membentuk wawasan masa hadapan yang lebih mampan dan progresif.

Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir merasmikan majlis dan menyempurnakan penyampaian anugerah sempena sambutan 100 tahun penubuhan MAINJ di Hotel Thistle, Johor Bahru.





Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkasa peranan ketua kampung termasuk memberikan tauliah sebagai Amil mulai Sept...
12/08/2025

Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkasa peranan ketua kampung termasuk memberikan tauliah sebagai Amil mulai September ini, bagi memantapkan lagi ekosistem pengurusan dan agihan zakat di peringkat kampung.

Pemerkasaan melibatkan lebih 800 ketua kampung di seluruh Johor itu untuk memastikan rakyat khususnya golongan asnaf dapat mengakses maklumat dan memohon bantuan zakat dengan lebih cepat tanpa kekangan lokasi atau prosedur rumit.

Mohd Fared Mohd Khalid
Majlis Agama Islam Johor

https://mediadigitaljohor.gov.my/ketua-kampung-bakal-diberikan-tauliah-sebagai-amil-2/







– Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkasa peranan ketua kampung termasuk memberikan tauliah sebagai Amil mulai September ini, bagi memantapkan lagi ekosistem pengurusan dan agihan zakat di peringkat kampung.   Pemerkasaan melibatkan lebih 800 ketua kampung di seluruh Johor itu ...

📸 JETCO BAWA SAITAMA TEROKA POTENSI JS-SEZPejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura meraika...
12/08/2025

📸 JETCO BAWA SAITAMA TEROKA POTENSI JS-SEZ

Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura meraikan kunjungan TYT Hayato Shimizu, Datuk Bandar Saitama, Jepun bersama delegasi sempena lawatan kerja ke negeri ini, dalam Sesi 'Networking Lunch' bersama YB Dato' Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Eksekutif JETCO di Forest City Golf Hotel.

Pada sesi berkenaan, delegasi dari negara 'Matahari Terbit' itu telah diberikan penerangan mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di samping turut membincangkan potensi dan peluang kerjasama antara Johor-Saitama melibatkan pembangunan bandar pintar, pelaburan, perdagangan serta teknologi.

JETCO - Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore




Pusat Kelestarian Johor (JSC) berhasrat mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan pusat pembelajaran berkon...
12/08/2025

Pusat Kelestarian Johor (JSC) berhasrat mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan pusat pembelajaran berkonsepkan rendah karbon di Hutan Bandar Johor Bahru melibatkan kerjasama strategik dengan bandar raya Saitama, Jepun.

Cadangan yang memacu pembangunan hab rendah karbon menampilkan elemen mesra alam dan teknologi hijau itu berdasarkan potensi kawasan rekreasi awam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tersebut untuk menjadi mercu tanda baharu kelestarian di negeri ini.

Sustainable Johor
JETCO - Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore
Hasni Mohammad

https://mediadigitaljohor.gov.my/kerjasama-johor-saitama-pacu-agenda-kelestarian-dan-rendah-karbon/








  – Pusat Kelestarian Johor (JSC) berhasrat mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan pusat pembelajaran berkonsepkan rendah karbon di Hutan Bandar Johor Bahru melibatkan kerjasama strategik dengan bandar raya Saitama, Jepun.   Cadangan yang memacu pembangunan hab re...

12/08/2025

📹 JOHOR NEGERI PERTAMA BANGUNKAN TEKNOLOGI AIR PULIH GUNA UNTUK PUSAT DATA

Johor Special Water Sdn. Bhd. (JSW) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) menjalinkan kerjasama strategik untuk membekalkan sumber air alternatif daripada kumbahan terawat menerusi teknologi air pulih guna kepada industri pusat data. Kerjasama ini menterjemah komitmen Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan bekalan air yang mampan kepada industri sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab pusat data serta destinasi pelaburan utama di rantau ini.








Gajah dikenali sebagai salah satu mamalia darat terbesar yang berperanan penting membantu merangsang pembiakan tumbuhan ...
12/08/2025

Gajah dikenali sebagai salah satu mamalia darat terbesar yang berperanan penting membantu merangsang pembiakan tumbuhan baharu sekali gus mengekalkan keseimbangan ekosistem alam melalui penyebaran benih dan membuka laluan semula jadi dalam hutan.

Gajah yang terdapat di Johor amnya, adalah Gajah Asia atau nama saintifiknya Elephas Maximus. Bagi memastikan habitatnya kekal dilindungi, Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Santuari Gajah Johor (JES) di Kota Tinggi melibatkan usaha translokasi dan pemeliharaan sekali gus menjadi intervensi konflik gajah liar dengan manusia.

ZOO JOHOR
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia







Address

Johor Bahru

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6072667771

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MEDIA DIGITAL JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MEDIA DIGITAL JOHOR:

Share