Suara Anak Negeri

  • Home
  • Suara Anak Negeri

Suara Anak Negeri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Suara Anak Negeri, Social Media Agency, .

Melapurkan peristiwa dan berita di negeri negeri di dalam malaysia


politik
pelancongan
sukan
tradisi
agama
dan apa apa yang berkenaan di negeri negeri si malaysia

Kejayaan ASEAN Summit Bukti Kepimpinan Cemerlang Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan  Tokoh Negara Masa HadapanBaru-baru ini,...
14/07/2025

Kejayaan ASEAN Summit Bukti Kepimpinan Cemerlang Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan Tokoh Negara Masa Hadapan

Baru-baru ini, Malaysia telah berjaya menganjurkan sidang kemuncak ASEAN (ASEAN Summit) dengan penuh gemilang di Kuala Lumpur satu kejayaan diplomatik yang membanggakan rakyat dan negara. Lebih membanggakan, sidang kemuncak kali ini bukan sahaja dihadiri oleh semua pemimpin negara anggota ASEAN, tetapi juga menarik kehadiran pemimpin besar dunia termasuk dari China, Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara rakan strategik lain.

Di sebalik kejayaan besar ini, satu nama yang harus diberikan pengiktirafan tertinggi ialah Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO.

Dalam senyap dan penuh berstrategi, beliau telah memainkan peranan penting dalam memastikan ASEAN Summit berjalan dengan tersusun, berkesan dan dihormati dunia. Segala perancangan, rundingan diplomatik, urusan protokol, dan persediaan keselamatan berada di bawah kawalan beliau selaku arkitek utama diplomasi Malaysia hari ini.

Diplomasi Tenang, Hasil Hebat

Walaupun tidak gemar mencari publisiti murahan, cara bekerja Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan sentiasa menghasilkan impak besar. ASEAN Summit yang baru selesai ini membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang menteri, tetapi negarawan berkaliber antarabangsa. Komitmen beliau kepada diplomasi seimbang, suara ASEAN yang bersatu dan imej Malaysia sebagai ‘jambatan dunia’ kini semakin menyerlah.

Beliau tidak sekadar mewakili negara beliau menaikkan darjat Malaysia di mata dunia.

Pengalaman Mentadbir Negeri Sembilan: Pentadbiran Stabil, Ekonomi Kukuh

Namun kejayaan ini bukan datang sekelip mata. Ramai yang mungkin terlupa bahawa sebelum ini, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama tiga penggal (2004–2018).

Dalam tempoh itu, beliau berjaya mentransformasi Negeri Sembilan menjadi antara negeri yang paling stabil, mesra pelabur, dan berkembang secara mampan. Antara pencapaian besar beliau:

Menjadikan Negeri Sembilan antara destinasi pelaburan utama luar bandar.

Mengurus kewangan negeri dengan disiplin tinggi tiada pembaziran, tiada skandal besar.

Menyelesaikan isu tanah adat dan kampung tradisi dengan pendekatan yang adil.

Mengimbangi pembangunan bandar dan luar bandar dengan adunan tradisi dan kemajuan.

Corak pentadbiran beliau ketika itu telah banyak menerima pujian daripada sektor swasta, media dan rakyat. Beliau tidak terlibat dalam kontroversi peribadi mahupun penyalahgunaan kuasa. Sebaliknya, fokus beliau adalah kerja dengan hasil yang nyata.

Tokoh Korporat yang Faham Dunia Nyata

Sebelum terjun ke dunia politik, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya. Beliau pernah memegang jawatan penting dalam syarikat multinasional antarabangsa, antaranya sebagai:

Pengurus Besar Bank Bumiputra London,

Pengurus Besar Arab Malaysian Merchant Bank,

CEO Cold Storage dan Cycle & Carriage Bintang.

Pengalaman luas dalam dunia korporat menjadikan beliau seorang pemimpin yang memahami dunia sebenar dunia ekonomi, pasaran buruh, kewangan global dan keperluan rakyat biasa.

Beliau bukan sekadar tokoh politik yang pandai berpidato, tetapi seorang teknokrat yang tahu melaksanakan dasar. Malaysia perlukan pemimpin seperti ini yang tahu mengurus, bukan sekadar mengkritik.

Menteri Luar Negeri yang Sedang Menaikkan Nama Malaysia

Kini dalam peranannya sebagai Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan terus menunjukkan prestasi cemerlang. Dalam tempoh singkat sahaja, beliau telah:

Menyusun semula hala tuju diplomatik Malaysia agar lebih strategik dan realistik.

Meningkatkan peranan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Mendekati kuasa-kuasa besar dengan pendekatan seimbang tidak tunduk, tidak tunduk-tunduk.

Menarik pelaburan dan kepercayaan dari rakan antarabangsa.

ASEAN Summit hanyalah salah satu daripada banyak bukti. Dunia kini melihat Malaysia sebagai negara yang mampu menjalin kerjasama berprinsip, dan ini adalah hasil kerja pemimpin seperti beliau.

Pemimpin Paling Layak Selepas Anwar Ibrahim

Dalam landskap politik hari ini, rakyat semakin mencari tokoh yang bersih, matang, stabil, dan berwawasan. Dalam kalangan tokoh politik semasa, tidak dapat dinafikan bahawa Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan muncul sebagai salah satu calon paling layak untuk memimpin negara selepas era Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempunyai:

Pengalaman pentadbiran negeri yang cemerlang,

Rekod korporat yang membanggakan,

Pencapaian antarabangsa dalam arena diplomasi,

Keperibadian sederhana, berprinsip dan tidak populis murahan.

Malaysia sedang menuju fasa baru pembangunan dan reformasi. Kita perlukan pemimpin yang tahu bekerja, tahu memimpin, dan tahu menjaga nama negara di mata dunia. Dalam semua aspek ini, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan telah membuktikan bahawa beliau memiliki segala ciri tersebut.

Kejayaan ASEAN Summit bukan sekadar satu acara. Ia adalah simbol keupayaan Malaysia untuk memimpin, bersuara dan dihormati. Dan di belakang tabir kejayaan itu berdirinya seorang pemimpin bernama Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan tokoh yang kini menjadi harapan baharu rakyat Malaysia.

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : KENAPA BERLAKU & BAIK ATAU TIDAK UNTUK RAKYAT MALAYSIA ?Kerajaan mengumumkan  tarif elektrik b...
23/06/2025

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : KENAPA BERLAKU & BAIK ATAU TIDAK UNTUK RAKYAT MALAYSIA ?

Kerajaan mengumumkan tarif elektrik bagi sesetengah pengguna. Seperti biasa, pengumuman seperti ini menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Ramai yang risau bil akan melambung tinggi. Tapi benarkah semua orang akan terkesan? Dan kenapa kerajaan benarkan tarif ini naik? Apa keperluan didalam situasi sekarang ini?

Golongan mana yang terkena impak dari kenaikan ini?

Pertama sekali, kita kena tanam dalam diri jangan ada sifat taksub atau hanya ingin bangkang semua dasar kerajaan hingga kita di lihat kurang cerdik . Bukan semua penguna akan terkesan dengan kenaikan ini.

Kerajaan menetapkan bahawa:

Pengguna domestik biasa (rumah) yang menggunakan bawah 600kWh sebulan — TIDAK terlibat dengan kenaikan.

Golongan B40 dan kebanyakan M40 — masih menerima subsidi.

Pengguna industri & syarikat besar — ini kumpulan utama yang tarifnya disemak dan dinaikkan.

Ini maknanya, majoriti rakyat biasa masih dilindungi oleh kerajaan ini.

Kenapa Tarif Dinaikkan?

Ramai tertanya: “Tak boleh ke kerajaan kekalkan tarif lama?”

Jawapannya: boleh, tapi dengan kos subsidi yang sangat tinggi.

Berikut beberapa sebab kukuh kenapa penyesuaian ini perlu dibuat:

1. Kos bahan api meningkat
Tenaga elektrik dihasilkan melalui gas asli dan arang batu. Harga bahan ini meningkat secara global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

2. Subsidi kerajaan terlalu besar
Untuk kekalkan tarif lama, kerajaan terpaksa menanggung lebih RM10 bilion dalam bentuk subsidi. Jumlah ini tidak mampan untuk jangka masa panjang.

3. Subsidi tidak tersasar
Dengan tarif lama, syarikat besar pun dapat subsidi yang sepatutnya untuk rakyat. Jadi, kerajaan betulkan semula sistem supaya subsidi hanya diberi kepada yang benar-benar perlukan.

Apa Manfaat Jangka Panjang?

Walaupun penyesuaian tarif nampak tidak popular, ia sebenarnya langkah reformasi ekonomi yang penting dan bertanggungjawab.

Antara manfaatnya:

Galakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (seperti solar).

Kurangkan pembaziran subsidi kepada syarikat besar.

Kukuhkan kewangan negara — wang lebihan boleh disalurkan kepada bantuan rakyat.

Bangunkan sistem tenaga yang lebih moden, cekap dan mesra alam.

Apa Yang Kerajaan Sediakan Untuk Lindungi Rakyat?

Kerajaan tidak lepas tangan. Beberapa langkah telah dan akan diambil:

Subsidi & rebat diteruskan kepada pengguna yang layak.

Pakej solar bersubsidi akan diperluaskan untuk rakyat jimat elektrik jangka panjang.

Pemantauan harga barang — kerajaan akan pastikan syarikat tidak ambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati.

Tidak dinafikan kenaikan tarif elektrik bukan perkara yang digemari sesiapapun. Tapi ia perlu dilihat dalam konteks lebih besar bagaimana kita mengurus ekonomi negara secara lebih adil dan mampan agar dapat kita kurangkan ketirisan dan mengunakan kembali kepada rakyat dalam bentuk bantuan lain.
Rakyat biasa masih dilindungi.subsidi dapat disasarkan dengan lebih tepat dan terus kepada rakyat yang berhak.
Negara dapat diselamatkan daripada beban hutang subsidi.

Reformasi bukan untuk menyusahkan,tapi untuk menyelamatkan.
Hanya golongan yang taksub pemimpin dan WALAUN sahaja terasa beban.

AR.

Makan malam bersama rakan-rakan Menteri Luar Negeri negara    🇲🇾🌺
21/12/2024

Makan malam bersama rakan-rakan Menteri Luar Negeri negara


🇲🇾🌺

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Anak Negeri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suara Anak Negeri:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share