Mohd Noor Redza bin Zakaria

  • Home
  • Mohd Noor Redza bin Zakaria

Mohd Noor Redza bin Zakaria DEALER TUNETALK & HALO TELCO. PEMBEKAL PERKHIDMATAN SEWA KHEMAH CAMPING.

JANGAN BERHENTI MEMBANTUTugas kita bukan hanya yang tertulis didalam Senarai Tugas semata-mata. Tetapi, ianya mungkin me...
23/09/2025

JANGAN BERHENTI MEMBANTU

Tugas kita bukan hanya yang tertulis didalam Senarai Tugas semata-mata. Tetapi, ianya mungkin menjangkau lebih jauh dari itu demi memastikan kebajikan pelanggan utama kita merasai perkhidmatan kita.

Tugas dalam memberikan perkhidmatan, biasanya ramai orang anggap muda. Apatah lagi mengambil sambil lewa.

Sejak dari dulu lagi, bab kualiti penyampaian perkhidmatan tidak pernah sekali saya abaikan. Jika ada kekurangan dalam penyampaian perkhidmatan pastinya saya akan berusaha untuk meningkatkannya. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Baik dalam pengurusan kenderaan, dan kini dalam pengurusan akademik pendekatan saya tetap sama.

Sejak bulan 6 lagi saya membantu pelajar ini. Pelajar ini dari kumpulan B40. Saya usahakan pelajar ini mendapat bantuan dari Pusat Islam UMK dan Alhamdulillah, pelajar ini mendapat bantuan. Gembira saya bila tahu pelajar ini dapat bantuan.

Malah bukan itu saja, malah saya terus menerus menyuntik semangat pelajar ini. Mengambil tahu progres mengenai isu yang mereka hadapi. Itulah saya bagaimana saya menyantuni mereka.

Semua orang tahu, dimana-mana pun Universiti terdapat pelajar asnaf dan B40 yang harus diberikan perhatian. Harus menyantuni mereka, rangsang emosi mereka supaya mereka tidak tewas dipertengahan jalan. Pastinya perjuangan jihad ilmu ini bukan suatu yang mudah, bak kata orang hanya yang cekap dan kuat sahaja akan sampai digarisan penamat.

Walaupun beberapa bulan saya berada di fakulti ini, saya telah menyaksikan anak-anak tewas dipertengahan perjuangan mereka.

Doa saya agar mereka ini terus kuat dan beroleh kejayaan nanti.

Abe Za
23 September 2025, 1645

MUKA BARAIHari ini memang sengaja tak call dia.Hari ini hari yang sibuk buat Fatin Najwa.Semalam hari pertama kelas sele...
23/09/2025

MUKA BARAI

Hari ini memang sengaja tak call dia.
Hari ini hari yang sibuk buat Fatin Najwa.

Semalam hari pertama kelas selepas melalui cuti Pertengahan Semester.
Hari ini dah start menjual sempena konvo Poli.
Pensyarah kerahkan untuk budak-budak nie menjual.

Sejak semalam lagi dah kalut!

Hari dia hantar gambar dengan muka barai!
Kak Ngah oh Kak Ngah!
Semoga terus kental mengharungi semester nie!

Abe Za
23 September 2025, 1410

Sahabat alam maya sekalian,nak minta tolong pakat-pakat Follow, Like dan Share tiktok rasmi Fakulti Pengajian Bahasa dan...
21/09/2025

Sahabat alam maya sekalian,

nak minta tolong pakat-pakat Follow, Like dan Share tiktok rasmi Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) UMK j*p!

https://vt.tiktok.com/ZSDuRWjT4/

Terima kasih pada yang sudi Follow, Like dan Share yer!!!

Check out fbiumk’s video.

HOBI BARU“Papa, jom kita memancing!” ajak orang rumah saya cikpuan Farah Asiqin Ali.Saya nie sepanjang hayat, kalau bab ...
20/09/2025

HOBI BARU

“Papa, jom kita memancing!” ajak orang rumah saya cikpuan Farah Asiqin Ali.

Saya nie sepanjang hayat, kalau bab memancing nie masa zaman budak-budak aje. Lepas tu tak ada dah citer bab memancing. Tu pun memancing di parit depan rumah aje. Ikan sepat!

Tapi, ajakan isteri nie lain macam sungguh. saya yang OKU nie diajaknya memancing. Idea nie sebenarnya cari penyakit baru nie.

Untuk memenuhi ajakan isteri nie kan, tak pasal-pasal kena modalkan joran baru. Beli di tiktok aje murah! Budak baru belajar nie kena pakai joran biasa-biasa aje dulu. Cari skill! Cari pengalaman.

Kali pertama memancing di area Pantai Senok. Joran saya tak kompau, boleh anak ikan duri! Kalau besar nie ambik dah, buat masak asam pedas. Tapi disebabkan kecil, kembalikan dia ke habitat asal.

Penyakit baru dah tiba!!!

Masalahnya sekarang nie asalkan ada cuti hujung minggu orang rumah ajak gi memancing!!!! Tapi masalahnya kompau belaka!

Mungkin nak tunggu detik 27 September 2025 agaknya baru strike kot! Mana tau ajakan isteri membuatkan saya juara kaki pancing UMK!!! Tak salah nak berangan! Berangan itu percuma! Mana lah apa yang kita angankan Allah makbulkan!

Hari ini pergi memancing tetapi sambil berguru dengan otai berbisa! Lepas berguru apa yang saya perlu betulkan ialah :-

1. umpan yang saya nak gunakan.
2. saiz mata kail nak digunakan.
3. perambung macamana nak digunakan.

So, kita tunggu hasilnya pada 27 September nanti. Semoga ada rezeki saya dan keluarga. Nie bukan apa nak menyahut seruan NC UMK aje nie!!!! cayoookkkkk..!!!!

Anak kecil?

Hari kejadian duk rumah ngasuh!
Papa and Mama nak ngail ikan jossssss!!!

Anak lagi 2 orang minta joran juga.
Bergaduh pulak, lepas dia. dia! lepas dia, dia!!!

Papa dapat johan nanti papa belikan joran sorang satu!!!!

So korang, apa lagi jom lah join ngail 27 September nie!!! Abe Za yang OKU pun nak join tak kan lah korang yang sihat bugar tak nak join! 3 tan ikan akan dimasukkan dalam kolam UMK nanti!!!

Abe Za
20 September 2025, 2000

Highlight

BALIK KE KAMPUSHari ini, secara rasminya keadaan telah kembali seperti sediakala. Hari Jumaat yang lepas, Kakak telah ke...
20/09/2025

BALIK KE KAMPUS

Hari ini, secara rasminya keadaan telah kembali seperti sediakala. Hari Jumaat yang lepas, Kakak telah kembali ke kampus. Manakala hari ini, giliran Kak Ngah balik rumah untuk Mid Sem.

Minggu ini rumah sangat gamat dengan keletah masing-masing! Gamatnya luar biasa. Adik si kecil pun sibuk nak bercerita juga. Macam faham apa yang kakak-kakak dia bercerita.

Inilah putaran kehidupan.
Setiap anak mempunyai ragamnya tersendiri.

Kakak balik awal ke Kampus UKM untuk persediaan Minggu Watan UKM sempena kemas**an pelajar baru. Dia terlibat dengan pengambilan kor suksis baru. Dah senior kah katakan.

Si Kak Ngah, start minggu ini dapat join kelas 1 hari terus sibuk dengan bisnes roti dia tu. Minggu ini 3 hari ada konvo di Poli. Madam yang mengajar keusahawanan minta buka gerai.

Semester ini pastinya banyak bermain dengan airmata.

Kadang tu bila dengar cerita si Angah nie rasa geram pun ada. Mana tidaknya, ahli kumpulan untuk projek keusahawanan seolah-olah mengharapkan dia sepenuhnya. Ahli 5 orang, tapi dialah yang beli barang, masak, packing dan cod. Ini adalah cabaran bila bekerja secara kumpulan. Bila ada ahli yang ambil enteng mengenai erti kerjasama dalam pas**an, akan menyebabkan ahli lain rasa tertindas dan tertekan.

Selaku mak bapak nie, kita kena rangsang kata-kata positif pada dia. Ini semua adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan.

Kata orang kelantan, hok lah senapas!!!!

Semester ini duit mengalir macam air. Dek kerja projek keusahawanan tu duit ptptn pun habis. Balik nie citer duit dia dalam acc ada tinggal RM100 aje.

Bila dengar gitu, hati bapak tak sayu.

Katanya dia tengah ngejas nak buat part time kat hotel tempat tu hari. Buat hari Jumaat lepas kelas dan sabtu.

Sepanjang anak-anak berada dirumah, kami cuba penuhi menu mereka. Hari Khamis yang lepas, gigihkan juga cari etok sampai di Kadok. Maksu Etok Salai Kadok! Hampir 2 jam beratur semata-mata Angah nak makan etok!

Dia kata sebelum nie dek kerna nak makan etok sangat, dia beli online. sekali sampai etok tak masak!

Makanlah etok tu sampai muntah!!!!

Pagi tadi angah naik bas tepat jam 8 pagi.
Tak sempat nak bersarapan.
Video call pukul 12 tengah makan di RnR Gua Musang. Katanya, duk kat RnR nie sorang-sorang!

Itulah citer anak-anak!
Penuh dengan cerita s**a dan duka!
Cerita s**a dan duka itu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Abe Za
20 September 2025, 1830

19/09/2025

ASSALAMUALAIKUM..JOM DOA SAMA2 🤲

Ya Allah.. panjangkanlah usia kami yang berkat
Ya Allah.. kurniakanlah kami kesihatan yang baik
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..yang sedang sakit,
mohon angkatlah segala penyakitnya Ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknnya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezeki,
Mohon mudahkanlah & bukalah jalan rezekinya Ya Allah..
Luaskanlah rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan serta mencukupi,
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah & bersedih, menerima & menghadapi ujian-Mu..
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan & bersabar,
Dan hiburlah ia dgn penuh kurnia-Mu.. Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan & kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami yg sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki & dusta & khianat
Mohon bersihkan & sucikanlah hatinya Ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa & khilaf kami..Ya Allah,
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru2 kami, dosa rakan2 kami, dosa jiran2 kami & dosa kaum Muslimin & muslimat

Sesungguhnya Kau lah Maha Pngampun & Maha Mengasihani..

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻

Abe Za
19/9/2025

17/09/2025

Terima kasih masih sudi support posting saya walaupun lama menyepi

Korang mmg padu 🫡

OVERHari ini saya Cuti Sakit!Cuti sebab saya batuk kuat sehari dua nie.Tapi dalam masa yang sama, kaki nie daripada pagi...
09/09/2025

OVER

Hari ini saya Cuti Sakit!
Cuti sebab saya batuk kuat sehari dua nie.
Tapi dalam masa yang sama, kaki nie daripada pagi lagi sudah memberikan tanda-tanda pelik. Tanda-tanda sakit akan datang.

Duk dirumah bukan duduk saja.
Menjawab persoalan demi persoalan dari ibu bapa dan bakal pelajar baharu UMK.

Tetiba rasa pelik sangat kat kaki.
Tengok tapak kaki, tanya dalam hati “kenapa tapak nie nampak gelap aje?”
(rujuk gambar yang dilampirkan dan telah ditandakan)

Semasa catatan ini ditulis, kaki ini rasa tebal!
Sakitnya umpama segengam jarus dicucuk-cucuk tanpa rasa belas kasihan. sensitifnya memuncak! Denyutnya bertambah kuat! kadang kala, elektrik datang mengejut!

Asam garam pesakit saraf!
Apa pun yang bakal dihadapi tetap akan dihadapinya walau perlu bermain dengan airmata!

Hadap sendiri,
rasainya sendiri.
Segalanya ku sendiri!

Abe Za
9/9/2025, 1255

KINI SUDAH TIADA LAGI8 September 2025 telah memberikan kesan yang mendalam bukan sahaja buat diri saya tetapi seluruh wa...
09/09/2025

KINI SUDAH TIADA LAGI

8 September 2025 telah memberikan kesan yang mendalam bukan sahaja buat diri saya tetapi seluruh warga kerja FBI dan UMK.

Tarikh itu kami semua telah kehilangan seorang yang sangat tinggi budi pekertinya, seorang yang terus berjuang walau dalam serba kekurangan.

Kini sudah tiada lagi sapaan daripadanya,

“Apa khabar En Redza?”
“En Redza sihat ke?”

Pertanyaan itu yang sering beliau tanya bila berjumpa.

Kini sudah tiada lagi yang akan mengisi ruang parkir OKU sebelah dengan kereta saya. Selalunya bila terlibat keretanya di ruang parkir OKU hati ini akan berkata “oooo Dr Nawi ada hari nie!”

Beberapa bulan yang lepas, sempat berbual dengan beliau. Katanya, “isteri saya dah meninggal. Meninggal masa covid!”

Ahad dan Isnin kami bersama.
Berbengkel bersama.
Bertukar-tukar idea.
Bertegur sapa.
Bergambar bersama.

Tengahari semalam, beliau duduk makan di meja depan saya.
Mata saya jelas melihat gerak gerinya.

Dan sebelah petang, sebelum balik.
Selesai minum petang, beliau bersalaman dengan saya. Katanya biau dah nak balik.

Cumanya, beliau tidak banyak cakap bila nak balik semalam.

Bersalaman hanya berkata “oklah saya nak balik!”

Itulah ungkapan terakhir yang dapat saya dengar.

Selepas ini suaranya sudah tidak lagi kedengaran!

Kini, nama almarhum Dr Nawi akan menjadi lipatan sejarah yang akan dikenang sebagai seorang warga UMK yang berjasa. Percaturan Allah itu indah tarikh 8 September pemergiannya adalah tarikh yang sama dengan almarhum isterinya. 8/9/2020 dan hari ini beliau meninggalkan kita pada 8/9/2025.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Rohnya dicucuri rahmat. Diampuni segala dosa-dosanya.

Jenazah beliau akan disolatkan selepas Zohor di Masjid Pondok Addiniah Al Ismailiah, Bukit Tanah, Pasir Puteh, Kelantan. Dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Bukit Tanah, Kelantan.

Al Fatihah buat almarhum.

Salam takziah buat ahli keluarga. Semoga tabah dan kuat menghadapi ujian yang maha hebat ini.

Abe Za
9/9/2025, 1145

Highlight

PAPA KHABAR KE DOK???Sememangnya fikiran seorang lelaki yang bergelar ayah itu hanya akan memikirkan keluarganya. Jiwa d...
06/09/2025

PAPA KHABAR KE DOK???

Sememangnya fikiran seorang lelaki yang bergelar ayah itu hanya akan memikirkan keluarganya. Jiwa dan raganya hanya untuk anak dan isterinya.

Dalam kepala saya, kita dah masuk bulan September. Itu bermakna masa untuk bersama dengan kakak hanya tinggal menghitung hari. Namun apa yang seorang lelaki fikirkan itu pasti s**ar untuk difahami oleh wanita-wanita disekelilingnya.

Tadi si kakak tanya saya,

“Papa khabar ke dok kakak tinggal beberapa hari jah duk rumoh? Kakak dah balik dah pa weiii!!!!”

Saya jawab dengan ringkas, “Tahu!!!”

Bilakah lagi dapat bersama dengan Kakak?
Tunggu beberapa bulan lagi!

Sejak anak-anak dah membesar dan ada haluan sendiri. Sudah semakin susah untuk duduk bersama seperti dulu, cukup lengkap! Nie kakak balik KL, Kak Ngah pulak balik kerna cuti Mid Sem.

Kak Ngah kata, apapun dia nak balik gak Kelantan!

Memang susah nak boleh kumpul semua!
Namun bila dapat bersama, terhibur juga hati melihat keletah sorang-sorang. Masa budak-budak nie ada dirumah, memenuhi menu masakan. Kalau duk Kampus nanti, asyik beli makanan benda sama aje! Saya yang dengar pun jemu! Masa diaorg balik, saya akan cuba penuhi menu permintaan mereka.

Begitulah kehidupan.
Ada masa kita akan rasa gembira bila semua anak-anak balik berkumpul. Rasa riuh rendah rumah nie dengan keletah masing-masing.
Ada masanya rumah ini akan menjadi sepi bila masing-masing tak ada dirumah.

Tak lama lagi,
Kalau ada reseki, Alang pulak!
Pastu Kak Chik! Tapi Kak Chik lambat lagi lah.
Yang pasti bilangan isi rumah ini pasti akan menyusut!

Puas bila melihat anak-anak membesar depan mata!

Semoga Allah panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus menunaikan amanah ini sebaik mungkin.

Abe Za
7 September 2025, 2355

Highlight

🚗 Pewangi Kereta, Bilik & Pejabat Yang Menenangkan!Bauan Peach dan Honeydew yang lembut dan segar, sesuai untuk ruang an...
14/12/2024

🚗 Pewangi Kereta, Bilik & Pejabat Yang Menenangkan!

Bauan Peach dan Honeydew yang lembut dan segar, sesuai untuk ruang anda. Ramai pengguna dah jatuh cinta! 🌸

Nak tahu kenapa? Klik link ni sekarang:

https://vt.tiktok.com/ZS61E4euM/

👉 Anda pasti puas hati!

28/10/2024

Alhamdulillah.
Kertas Kerja diluluskan.

Ok... Gerak kerja perlu ditingkatkan.
Barulah prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan.

Address

PT 887 KG BADAK, MELAWI

16310

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Noor Redza bin Zakaria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Noor Redza bin Zakaria:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share