
05/06/2025
PASQA kembali mencuri tumpuan!
Inilah detik-detik eksklusif di balik tabir sesi penggambaran lagu Dusun pertama Pasqa yang bertajuk "KADA" – sebuah karya yang menyentuh jiwa yang dicipta oleh Benn Simon dan Sedikit sebanyak Idea daripada Penyanyi lagu ini menambahkan perisa lagi lagu KADA yang akan release Tidak lama lagi.
Setelah meraih Tempat Ketiga Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2025, Pasqa kini melangkah lebih jauh dalam dunia seni suara dengan menampilkan lagu solo pertamanya, iaitu KADA dimana lagu ini telah dibawa oleh Pasqa semasa Pertandingan Sugandoi tahun ini.
"KADA" atau JANGAN bukan sekadar lagu, tapi suara hati seorang pejuang budaya muda yang ingin memartabatkan bahasa ibundanya kekal terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman.