Koleksi Viral, Pelik dan Lawak

  • Home
  • Koleksi Viral, Pelik dan Lawak

Koleksi Viral, Pelik dan Lawak Sebarang Maklumat untuk diviralkan boleh terus hubungi kami. Semoga lebih ramai dapat manfaat.

1) PETUA..Jika.. Badan kebas dan kejang2 urat itu tanda awal nak kena angin ahmar.. Minum lah air kelapa biar lembut ura...
26/02/2025

1) PETUA..
Jika.. Badan kebas dan kejang2 urat itu tanda awal nak kena angin ahmar.. Minum lah air kelapa biar lembut urat 3hari turut2 InsyaAllah tak jadi penyakit bahaya itu.
2) PETUA..
Jika mata macam nak pitam pagi2 amal kan makan buah masam2 itu tanda darah beku dalam kepala takut jadi ketumbuhan nya jadi buah masam2 dia cairkan darah.
3) PETUA..
Jika sakit rusuk tulang nya bisa. Jangan takut itu urat masuk angin makan lah bawang putih bakar InshaAllah baik lah.
4) PETUA..
Jika sakit di ulu hati mungkin gastrik mungkin paru2 dan mungkin urat jantung bengkak makan lah ubat gamat kering dengan sireh pinang InshaAllah baik jika 3 hari turut2 1X satu hari saja
5) PETUA..
Jika tarik nafas sakit itu urat nafas tegang pergi lah urut badan dan amal minum air buah pala rebus 3biji InshaAllah baik lah.
SEMOGA ANDA SIHAT SELALU

Kreatif....
30/12/2024

Kreatif....

The difference!๐Ÿ˜ฑ Closest race in Olympics 100 metres race!๐Ÿƒ๐Ÿฟโ€โ™‚๏ธ
06/08/2024

The difference!๐Ÿ˜ฑ Closest race in Olympics 100 metres race!๐Ÿƒ๐Ÿฟโ€โ™‚๏ธ

Natural Roof Installation Technique from Bamboo๐Ÿ‘
22/07/2024

Natural Roof Installation Technique from Bamboo๐Ÿ‘

APA LAGI NAK DI KATAโ€ฆSelalunya bila ada member kita yang ada masalah hidup, dalam kesedihan atau dalam kesakitanโ€ฆkita se...
12/06/2024

APA LAGI NAK DI KATAโ€ฆ

Selalunya bila ada member kita yang ada masalah hidup, dalam kesedihan atau dalam kesakitanโ€ฆkita sebagai kawan yang mendengar masalah nya hanya mampu keluarkan ayat lazim seperti โ€œSabarโ€ , โ€œKo kena kuat..โ€ , โ€œIngat Tuhan Bro..โ€ dan lain-lain lagiโ€ฆ. (Min izinkan korang tambah lagi ayat lazimโ€ฆ)

Tapi bila masalah tu semua kena kat diri sendiriโ€ฆ.kita plak tak mampu ikut nasihat yang kita pernah bagi kat member kita duluโ€ฆkann???kann??? ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† โ€ฆ Masa tu mesti dalam hati cakapโ€ฆโ€Tak kena kat hang takpa laaโ€ฆ.โ€โ€ฆ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Apapun Min doakan semua follower Min baik-baik sajaโ€ฆ(yang belum follow cepat follow)โ€ฆ.sebab Min nak nasihat tak pandai sangatโ€ฆtapi Min akan cuba hiburkan korang agar korang tak sedih sangatโ€ฆdan mampu buat korang tersenyum kembali dengan karya kartun Minโ€ฆ.walaupun kadang Min sedih pikirkan janji Lesen B Full tak On-On lagiโ€ฆ.๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Kredit : sham








[๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—™๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”] ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€ผKhas Untuk Peniaga Sahaja๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ โœ… ADA Lesen Perniagaan ๐Ÿ’ฏ DITAJA KERAJAA...
05/06/2024

[๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—™๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”] ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ โ€ผ

Khas Untuk Peniaga Sahaja๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

โœ… ADA Lesen Perniagaan
๐Ÿ’ฏ DITAJA KERAJAAN
โŒ TIADA APA2 BAYARAN
โŒ TIADA KONTRAK BULANAN
โŒ TIADA YURAN TERSEMBUNYI

Siapa yang layak mohon? ๐Ÿ‘‡

โœ… Anda yang ada Lesen Perniagaan
โœ… Anda usahawan/penjaja
โœ… Tidak pernah menerima apa-apa geran dari Bsn..
โœ… Mempunyai perniagaan yang masih aktif/beroperasi.

Apa yang anda akan dapatโ“

๐Ÿ“Œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—” sebuah ๐Ÿ“ฑ Telefon Bimbit
๐Ÿ“Œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—” aplikasi Mesinkira selama setahun

Mesinkira boleh bantu anda dalam :

๐Ÿ‘‰Pos Sistem
๐Ÿ‘‰Simpankira (perakaunan)
๐Ÿ‘‰e- store
๐Ÿ‘‰Inventori dan Stok
๐Ÿ‘‰Tap2fon (gerbang pembayaran)

โœ… Mudah Lulus
โœ… Boleh Dipercayai

KUOTA ADALAH TERHAD โ€ผ
Claim sekarang sementara KUOTA belum PENUH โ€ผ

Tekan link biru dibawah sekarang untuk claim TELEFON PERCUMA :

Langkah untuk pemohonan geran ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Isi borang tunjuk minat: https://forms.gle/hJkA2qqFvyfXR62U8 -
AGENT: Geranpenjajadanusahawan
anakampung

Pihak Mesinkira dan pemohon geran akan mendapat status melalui emel.

Sila pastikan Email Dan No Tel serta semua data adalah tepat.

โ€œDoktor, saya mengandung""Suami suruh saya amalkan folic acid. Penting sangat ke folic acid ni Dr?" โ€œOk baik, saya cuba ...
01/02/2024

โ€œDoktor, saya mengandung"

"Suami suruh saya amalkan folic acid. Penting sangat ke folic acid ni Dr?"

โ€œOk baik, saya cuba terangkan kepentingan folic acidโ€

๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ญ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ช ๐‘จ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ซ?

Folic Acid adalah salah satu vitamin dalam kump**an B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, yis & ekstrak daging lembu.

Sesetengah makanan seperti roti & bijirin sarapan diperkuat dengan Folic Acid .

๐“๐”๐‰๐”๐€๐๐๐˜๐€ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐’๐”๐๐”๐‘๐€๐, tetapi untuk mencegah kecacatan janin Neural Tube Defect (NTD).

Folic acid perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna dan diteruskan mengambil folic acid untuk 3 bulan pertama kehamilan.

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ท๐‘จ ๐‘ญ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ช ๐‘จ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ณ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต?

Asid Folik bertindak mengelakkan bayi terkena kecacatan pada saraf tunjang dan otaknya - Neural Tube Defects (NTD) .

1) Encephalocele (ada lubang pada tempurung kepala yang menyebabkan sebahagian otak terkeluar).

2) Anencephaly (tempurung kepala tidak terbentuk dan tidak ada otak bila dilahirkan)

3) Spina bifida (tulang belakang tidak tutup dengan sempurna menyebabkan sebahagian saraf tunjang terkeluar dan rosak).

Spina bifida ini melibatkan kecacatan tulang belakang atau /dan saraf tunjang. Oleh itu peluang hidup itu lebih tinggi daripada NTD yang melibatkan kecacatan otak.

Ada pesakit yang boleh menjalani kehidupan dengan sempurna, ada p**a yang memiliki kekurangan upaya.

Antara kekurangan upaya yang boleh dialami oleh pesakit spina bifida adalah;

1- Hilang kawalan kencing
2- Hilang kawalan buang air besar
3- Lumpuh anggota kaki
4- Hilang deria rasa pinggul dan kaki
5- Mati pucuk / Mandul

๐‘ฒ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ผ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ?

NTD di Malaysia ni agak lazim, 0.42 kes bagi setiap 1000 kelahiran. Bermakna, setiap 2381 kelahiran hidup, 1 bayi menghidap NTD.

Banyak tu!

Menerusi kajian-kajian yang telus, didapati antara faktor yang boleh mengurangkan risiko NTD, adalah pengambilan folic acid supplement sebelum/ketika kehamilan.

Suplemen folic acid telah terbukti mencegah NTD sebanyak 80-90%.

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ต๐’€๐‘จ

Dos yang anda perlukan untuk Folic acid hanyalah 400mcg (microgram) sehari.

Kadang-kadang tak boleh jumpa dos itu, jadi 1000mcg atau 1mg pun tak apa.

Untuk wanita yang pernah ada kehamilan bayi yang ada kecacatan NTD, dos yang disarankan ialah 5000mcg atau 5mg sehari.

Satu pengorbanan yang besar dari pihak pesakit, penjaga, mahupun pemberi rawatan. Ada yang terpaksa berhenti bekerja demi untuk menjaga anak yang kurang upaya.

Dan bagi anak, bukan sesuatu yang mudah hidup sebagai seorang OKU.

Sungguh! berat mana memandang berat lagi bahu memikul.

โ€œKalau puan tak mahu makan boleh tapi kena pastikan kuantiti folic acid mencukupi dalam makanan puan setiap hariโ€

Kalau taknak makan, jangan mengandung.

Kalau taknak mengandung, jangan goda suami!

Kredit :
Dr Ahmad Samhan
-Geng mudah tergoda-

ILMU FARAID YG RAMAI TAK TAHU :-HIBAH vs FARAID : BIAR TAHU, JANGAN KELIRUBerikut adalah rumusan ringkas apa yang telah ...
15/01/2024

ILMU FARAID YG RAMAI TAK TAHU :-

HIBAH vs FARAID : BIAR TAHU, JANGAN KELIRU

Berikut adalah rumusan ringkas apa yang telah dibincangkan di dalam Seminar Hibah v Faraid: Biar Tahu Jangan Keliru anjuran HartaGuam dan Fakulti Syariah & Undang-undang USIM semalam.

1. Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.

2. Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati, harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.

3. Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.

4. Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.

5. Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.

6. Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.

7. Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.

8. Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik sekiranya setelah berlakunya penyerahan (qabad), melainkan hibah daripada ibu/bapa kepada anak.

9. Hibah digalakkan dibuat secara bertulis untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari. Dan sebaik-baiknya dapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah terus untuk mengesahkan hibah tersebut supaya tidak timbul masalah dan perbalahan di kemudian hari terutamanya selepas pemberi hibah meninggal dunia.

10. Hibah hartanah yang tidak didaftarkan pindahmilik, masih dianggap sah asalkan telah berlaku qabad (penyerahan) kepada penerima hibah.

11. Terdapat khilaf dari segi hukum syarak dan juga perlaksaan undang-undang di Malaysia untuk hibah bersyarat atau Hibah hartanah yang masih digadaikan kepada bank. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang bertulis yang khusus tentang hibah bersyarat. Undang-undang yang ada hanyalah berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Syariah yang berbeza-beza bergantung kepada fakta seuatu kes dan bergantung kepada sejauh mana pihak peguam dapat berhujah meyakinkan hakim tentang hibah bersyarat tersebut.

12. Walaupuan secara amalannya Mahkamah syariah cenderung merujuk kepada pendapat mazhab Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkenaan faraid atau hibah, tetapi Mahkamah Syariah tidak semestinya terikat untuk menerima pendapat Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkaitan faraid atau hibah.

13. Perunding pusaka/hibah hendaklah diberikan ilmu dan kefahaman sebenar tentang penghayatan dan perlaksanaan sebenar faraid dan hibah supaya tidak mengelirukan masyarakat atau dilihat untuk mempromosi dan menjual produk hibah mereka semata-mata.

15. Tiada peruntukan undang-undang khusus tentang Hibah bersyarat terhadap hartanah tetapi sudah ada peruntukan khusus di dalam undang-undang yang membenarkan hibah bersyarat pada manfaat takaful.

Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan pemahaman sebenar kepada masyarakat tentang perlaksaan faraid dan hibah di Malaysia.

Kesimp**annya, hibah bukanlah cara untuk mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.

Wallahuaklam. Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

~ FOCUS MERUPAKAN KUNCI SEGALA KEJAYAAN, JUST DO IT~

* Sila SHARE dan SEBARKAN demi kefahaman dan manfaat orang ramai.

7 Fakta menarik tentang Menara Merdeka 118.1.Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu ...
13/01/2024

7 Fakta menarik tentang Menara Merdeka 118.

1.Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).

2. Reka bentuknya diilhamkan daripada detik penting dalam sejarah Malaysia. Bangunan ini diilhamkan oleh detik ikonik dalam sejarah Malaysia, apabila Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, mengangkat tangan dan melaungkan โ€œMerdeka!โ€ (Bebas) pada 31 Ogos 1957 (Hari Kebangsaan). Tapak berbentuk berlian juga direka menyerupai songket Melayu (tekstil tradisional yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.

3. Nombor 118 di dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat yang akan ada di menara tersebut. Dengan 118 tingkat, ia bakal menjadi bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat.

4. Setelah dibina, sebuah dek pemerhatian โ€˜The View at 118โ€™ disediakan bagi mereka yang ingin menikmati latar langit Kuala Lumpur yang indah. Ketinggian lantai pemerhatian ini juga akan menjadikannya platform tertinggi di Asia Tenggara.

5. Satu lagi ciri khas Merdeka 118 adalah lif tinggi yang akan menawarkan pengalaman yang amat unik. Lif diperbuat daripada kaca dan keluli, pengunjung akan dapat melihat pemandangan langit Kuala Lumpur sepanjang lif itu naik ke atas.

6. Terletak di lokasi strategik antara Jalan Maharajalela dan Jalan Hang J***t, Merdeka 118 mempunyai akses mudah ke rangkaian jalan utama termasuk Jalan Syed Putra, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Jalan Tun Tan Cheng Lock.

7. Presint Merdeka 118 juga akan menampilkan sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan tesktil dunia Melayu, pusat jagaan kanak-kanak serta Masjid Merdeka dengan kapasiti 3,000 jemaah.

Kredit foto: Twitter Skycrapers MY

Bangunan kedua tertinggi dunia Merdeka 118 dirasmikan! Harapnya, bukan setakat bangga. Tapi kita kena kerja keras untuk masa depan. Biar kena dengan simbol!

YES, this is the rightway...Kenapa patut diberi Al-fatihah ? Islam tak ajar bila dengar orang meninggal Al-fatihah . Isl...
05/01/2024

YES, this is the rightway...

Kenapa patut diberi Al-fatihah ? Islam tak ajar bila dengar orang meninggal Al-fatihah . Islam ajar innanillah wainnailahirojiun .
Al-fatihah kepada orang mati tu ajaran melayu.
โ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–กโ–ก
๐Ÿ ISLAM VS MELAYU BAB KEMATIAN๐Ÿ
๐Ÿ“ŒMendengar berita kematian
-------------------------------
๐Ÿ‘‰๐ŸปMelayu :
Alfatihah

๐Ÿ‘‰๐ŸปIslam :
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

๐Ÿ“Œ Tanam jenazah
-----------------------------
๐Ÿ‘‰๐ŸปMelayu:
- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu

๐Ÿ‘‰๐ŸปIslam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

๐Ÿ“ŒKubur jenazah
---------------------------
๐Ÿ‘‰๐ŸปMelayu:
- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000

๐Ÿ‘‰๐ŸปIslam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah fardhu kifayah bagi umat islam.

๐Ÿ“ŒKenduri Arwah
----------------------------
๐Ÿ‘‰๐ŸปMelayu:
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama hindu.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

๐Ÿ“ŒTalqin
-------------
๐Ÿ‘‰๐ŸปMelayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

๐Ÿ‘‰๐ŸปIslam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

BERLAPANG DADA , RENUNGKANLAH...
MELAYU SEKADAR BANGSA
DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..

๐ŸŒบJadikan pesan nabi saw dlm hadis ๐Ÿ‘‡๐Ÿผsbg panduan:-
"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolakโ€
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)


Address


Telephone

+60193578600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koleksi Viral, Pelik dan Lawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koleksi Viral, Pelik dan Lawak:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share