02/07/2025
Guna travel agency atau Explore sendiri apabila bercuti?
Dua dua ada kelebihan dan kelemahan masing masing ❤️
Travel Agency,
Memudahkan urusan, jimat masa, tidak perlu survey, kurangnya masa untuk memikir sesuatu tempat. Kemungkinan untuk sesat atau salah itu kurang. So lebih tenang dan enjoy sebab semua telah diuruskan sebaiknya.
Kekurangannya, kos bayaran lebih mahal sebab kita bayar perkhidmatan. Ris*ko untuk ditipu juga mudah. Pastikan pilih travel agency yang dipercayai. Bagaimana nak cari yang dipercayai, kenali founder 🤗
Explore sendiri,
Lebih banyak menimba pengalaman sesuatu tempat. Lebih menikmati, menghargai dan memahami budaya orang lain. Perlu banyak bersabar dan buat research. Makan masa yang banyak untuk cari maklumat dan pengetahuan yang tinggi.
Kekurangan, ris*ko untuk buat silap itu ada. Sesat dan sebagainya. Kadang kos melebihi dari sepatutnya sebab try and error. So pastikan buat persediaan rapi sebelum pergi.
Apa apa pun, travel la dengan bijak. Pilihan di tangan anda. Travel ini menyeronokkan. Allah hadirkan rasa luar biasa dalam hati masing masing. Jadikan musafir ini sebagai satu hikmah dan ibrah untuk lebih dekat pada yang maha Esa.
Azie Sam,
Seorang Perunding Imej yang s**a travel dan berkongsi kegembiraan ❤️
*kanimpiananda