Lepak-Lepak Production

Lepak-Lepak Production Lepak luu

Hangpa pernah terbayang dak zaman la ni masih ada Roti Canai 5 kupang (50sen) je?Palimg murah Bameng pernah makan pun 80...
28/05/2025

Hangpa pernah terbayang dak zaman la ni masih ada Roti Canai 5 kupang (50sen) je?

Palimg murah Bameng pernah makan pun 80sen. Tu pun time Bameng sekolah rendah dulu. La ni sekeping dah RM1-RM1.50 untuk roti canai biasa/kosong.

Baru-baru ni Bameng dan Cikya ada kenduri dekat Melaka. Jadi alang-alang tu cari la breakfast yang best dekat sini.

Pastu Cikya pun bawa Bameng ke kedai ni. Sebab dulu dia pernah makan dekat sini katanya (zaman sebelum kawin dulu).

Kawasan dia memang kampung betul. Kedai dia, no komen la. Kalau hangpa jenis T20, makan dekat hotel, kedai cantik elok punya, memang hangpa takleh mai sini. Tapi kedai dia walaupun nampak kampung tu tapi kemas je bagi Bameng.

Ok bukan nak citer kedai. Nak citer makanan dia. Dekat sini ada banyak je pilihan makanan. Tapi, seperti nama kedai dia roti canai 50sen, kita kena try la roti canai.

Ku sangkakan saiz kecik. Maklumlah 50sen je. Tapi besar gak. Macam roti canai biasa. Tak nipis dan tak tebal.

Dari segi rasa, makan biasa pun dah sedap. Cumanya kuah dia sedikit ceroi. Takde rasa sangat. Hangpa kena campuq sambal sikit baru ada rasa.

Tapi overall ok la dengan harga 50sen je kan sekeping roti canai biasa/kosong tu. Nak komen apa sangat.

Untuk nasi lemak lak, kalau hangpa order nasi lemak biasa, memang depa akan bagi sekali dengan telur mata tu. Rasa cukup cuma tak berapa kick (tak berlemak sangat). Sambal manis, pedas hujung2 je.

Overall, memang recommended untuk yang nak cari breakfast ala2 kampung.

P/s: Lain tekak lain rasa, Lain orang lain citarasa

Masa Bameng dengan Cikya jalan kaki nak pi Kompleks Pekan Rabu, bau sedap je tepi jalan ni. Rupanya bau bahulu dimasak p...
05/04/2025

Masa Bameng dengan Cikya jalan kaki nak pi Kompleks Pekan Rabu, bau sedap je tepi jalan ni. Rupanya bau bahulu dimasak panas-panas.

Walaupun baru lepas makan, tapi orang kampung kata; there always room for dessert. Try tester depa panas-panas, fuhhh memang syahduuu. Ramgup diluar, gebu didalam.

Tengok lak awek yang buat, Bameng bisik dekat Cikya, pinjam duit sikit. Nak beli 2 bekas terus 😝. Harap Cikya lupa la ye Bameng pinjam duit ni.

Hangpa kalau nak pi Kompleks Pekan Rabu, singgah beli bahulu dekat awek ni ye. Eh silap, dekat kedai ni ye.

Kedai ni tepi jalan berdepan dengan Kompleks Pekan Rabu. Parking je tepi jalan tu sat.

P/s: Lain tekak lain rasa, Lain orang lain citarasa

Bameng kalau balik kampung dekat Aloq Setaq ni tak sah kalau tak singgah Mee Goreng Daun Pisang Mohd Maideen ni. Segala ...
04/04/2025

Bameng kalau balik kampung dekat Aloq Setaq ni tak sah kalau tak singgah Mee Goreng Daun Pisang Mohd Maideen ni.

Segala jenis mee dia termasuk pasemboq semua jadddiii. Setiap kali pi macam nak order je semua jenis mee dia. Rasa dia tak terlampau “over”, just nice je orang kampung Bameng kata.

Selain mee, situ ada juga nasi. Walaupun namanya nasi lemak tapi sebenarnya nasi kandaq. Alaa macam nasi lemak royale kedah tu. Nama je nasi lemak kan tapi bukan nasi lemak pun. Sini tak banyak sangat lauk tapi ayam goreng dia hangpa wajib amik. Rangup juicy. Kuah dia pun sama, tak over berempah sangat. Light-light gitu je.

Kalau hangpa mai sini, wajib pekena dua-dua menu; nasi dan mee. Kedai dia sempit sikit. Kalau nak mai, kena awai. Walaupun panjang beratuq tapi servis depa cepat. Kalau tengok situ, depa tulis buka dari tengah hari sampai 7pm, cuti Jumaat je.

Siapa geng utagha dah pernah pekena sini, cuba komen sikit.

P/s; Lain tekak lain rasa, Lain orang lain citarasa

Bameng s**a betul bila anak-anak tahfiz ni berniaga mencari rezeki sendiri. Bameng s**a dan bangga bila tengok depa ni b...
09/03/2025

Bameng s**a betul bila anak-anak tahfiz ni berniaga mencari rezeki sendiri. Bameng s**a dan bangga bila tengok depa ni berusaha sendiri cari duit daripada meminta sedekah 100%.

Kebetulan nampak anak-anak tahfiz Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah, Kampung Melayu Subang, Shah Alam ni berniaga kebab depan tahfiz depa. Selain kebab ada gak roti roll bun dan tortilla.

Tapi time Bameng pi tu, tinggal kebab je. Tengok depa tengah masak daging kebab tu memang meleleh ayaq liuh ni weyy. Nampak juicy tu.

Depa ni baru je start berniaga Ramadan ni. Dan depa kata mungkin bulan Ramadan ni je depa niaga. Mungkin depa nak try market dulu kot. Bameng rasa depa patut teruskan je berniaga setiap bulan ataupun masuk pasar malam selain bulan Ramadan nanti.

Ok citer pasal rasa, ni antara kebab yang paduuuu pernah Bameng makan. Isi daging memang penih. Tak kedekut langsung. Sos dengan mayo tak lebih sampai hilang rasa perapan daging tu.

Dengan harga RM4, hangpa dapat kebab daging isi penuh melimpah ruah, memang tersangatlah berbaloi. Nanti ada rezeki, Bameng nak try tortilla lak.

Oh ye, siapa nak tempah bulan Ramadan ni, boleh call 013-841 5037 (Ustaz Amirul).

P/s: lain tekak lain rasa, lain orang lain citarasa

Haritu masa Bameng dengan Cikya sekeluarga lepas dinner dekat satu kedai Steamboat dekat area Brinchang, Cameron Highlan...
16/02/2025

Haritu masa Bameng dengan Cikya sekeluarga lepas dinner dekat satu kedai Steamboat dekat area Brinchang, Cameron Highland, kami saje jalan2 pusing kawasan tu.

Masa jalan2 tu bau cempedak goreng sedap sangat. Walaupun perut dah penuh tapi sentiasa ada ruang untuk “dessert” hahaha.

Masa bau tu tak jumpa kedai mana yang jual. Pusing lagi sekali baru jumpa kedai yang jual cempedak goreng tu. Kedai dia comel je sebelah Masjid Brinchang tu.

Dan kebetulan rupanya kedai tu milik family Kodan Raja Lawak. Sebelum ni Bameng pernah bekerjasama denggan beliau. Dan tak sangka beliau masih ingat Bameng walaupun semakin comel sekarang ni haha.

Dan memang kebetulan juga sebenarnya hari Bameng pi tu depa tak berniaga tapi mungkin ni dinamakan rezeki dan jodoh. Mereka berniaga gak malam tu.

Bameng try beli sepeket, memang sedap. Bayangkan sejuk2, baru lepas dinner, pekena pencuci mulut yang krup krap begitu, memang syahduuu. Isi dia tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis. Dan tak berminyak sangat.

Oh ye, Kodan kata pagi depa ada gak berniaga Nasi Lemak Beratur 5 Pagi Brinchang. InsyaAllah next time kami try nasi lemak depa lak.

Mudah je nak cari kedai depa ni, tepi Masjid Brinchang dan berhadapan dengan Balai Bomba Cameron Highland.

Lain Tekak Lain Rasa, Lain Orang Lain Citarasa

Kalau mai utagha especially Kedah, tak lengkap kalau tak pekena Nasi Lemak Kuning. Tapi dekat Kulim, Kedah susah gak Bam...
15/02/2025

Kalau mai utagha especially Kedah, tak lengkap kalau tak pekena Nasi Lemak Kuning.

Tapi dekat Kulim, Kedah susah gak Bameng nak jumpa. Tapi mujur mak sedara Bameng habaq ada satu gerai bertentangan dengan Masjid Kulim ni depa ada jual nasi lemak kuming yang syahduuu katanya.

Dari segi rupa nampak biasa2 je. Tapi orang kampu g Bameng kata don’t judge a book by its cover. Bameng try lauk telur, Cikya try lauk dagin.

Nak lagi sedap, sambal semua tu kena perap sekali. Bungkus makan dekat rumah or tempat lain.

Bameng try rasa nasi dia saje pun dah memang syahduuuu. Memang rasa “kekuningan” tu hahaha. Ni baru betul nasi lemak kuning. Hat lain Bameng rasa takde rasa apa, buh warna kuning je.

Sambal dia biasa2 je. Tak pedas dan tak manis sangat. Tapi bila perap sekali dengan sambal dia tu yang buat lagi terangkat rasa dia.

Lauk telur mata rm3, lauk daging rm5 je geng. Daging p**a memang banyak. Boleh makan 2,3 orang.

Gerai ni bertentang dengan Masjid Kulim, tepi deretan kedai.

Kedai ni tutup Jumaat, Sabtu & Cuti umum. Better hangpa call dulu depa sebelum nak mai. Nak tempah pun boleh.

0175939042
Makngah Timah
Nasi lemak kuning masjid kulim

P/s: Esok tu kami repeat order 5 bungkus lagi 🤣

Kalau anda peminat kopi and nak try & support kopi jalanan, boleh try hat ni dekat area Subang Perdana. Setiap kali Bame...
04/01/2025

Kalau anda peminat kopi and nak try & support kopi jalanan, boleh try hat ni dekat area Subang Perdana.

Setiap kali Bameng lalu, nampak abang ni pakai semua warna putih je. Dari topi sampai ke kasut. Spender taktau la warna putih ke tak 😛

Bila Bameng sembang, rupanya abang ni pencen MAS. Dan Bameng tanga, “awat dari pencen MAS, niaga kopi? Minat kopi ke?”

Dia jawab simple je tapi Bameng memang s**a. Dia jawab “sebab sunnah”. Ya Allah, jarang orang niaga jawab gini.

Patutlah kopi dia harga B40 tapi rasa memang kawww. Untik secawan kopi saiz Bameng order tu RM4 je. Kalau gerai lain mau dah RM8-RM10.

Memang niaga kerana sunnah. Tak tamak harta dunia. Semoga bisnes abang ni lebih maju jaya dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Bisnes macam ni orang Islam kita kena support.

Lain tekak lain rasa, Lain orang lain citarasa

Adakah hangpa tau bahawa ada satu kedai Nasi Kerabu yang padu lagi syahduuu area Paya Jaras?Nasi Kerabu sini memang jadd...
22/12/2024

Adakah hangpa tau bahawa ada satu kedai Nasi Kerabu yang padu lagi syahduuu area Paya Jaras?

Nasi Kerabu sini memang jaddiii la Bameng boleh kata. Sebab ada sambal tumis. Hangpa wajib amik ayam/daging/kambing bakaq depa.

Fuhh Bameng boleh kata seharian hangpa sedawa rasa barbeku depa tu. Boleh kata perfect la rasa dia.

Tapi kalau hangpa takmau nasi kerabu, ada gak menu2 lain; nasi lemak, roti canai, nasi dagang, kuih muih.

Bameng rasa nasi kerabu dengan cakoi dia je. Sebab portion nasi kerabu pun dah banyak, kenyang sampai petang 😆.

Cakoi walaupun dah sejuk tapi masih rangup dan lembut. Tak liat macam hat lain. Cuma kaya dia sedikit manis bagi Bameng.

Nasi lemak, roti canai tak pernah try lagi. Nanti kami try na. Perut kami bukan tangki lori boleh sumbat semua 🤣. Nanti hangpa try, hangpa update Bameng naaa.

Ok la daging bakaq naik mata dah ni. Lena sat.

Lain tekak lain rasa, Lain orang lain citarasa

Benda apa takde dekat KL tapi ada dekat Ganu?Makan nasi tepi pantai 🏖️. Bayangkan tengah makan, angin pantai tiup sepoi2...
16/12/2024

Benda apa takde dekat KL tapi ada dekat Ganu?

Makan nasi tepi pantai 🏖️. Bayangkan tengah makan, angin pantai tiup sepoi2 bahasa. Fiuuu fiuuu.

Resepi mudah BBQ-bawang merah-bawang putih-halia-kunyit-serai-cili boh-garam-gula-perasaTapi yang paling mudah, makan je...
14/12/2024

Resepi mudah BBQ

-bawang merah
-bawang putih
-halia
-kunyit
-serai
-cili boh
-garam
-gula
-perasa

Tapi yang paling mudah, makan je 😆

Alhamdulillah malam Bameng dengan Cikya makan shellout hasil kutip remis tepi laut. Hangpa dinner apa tu?
13/12/2024

Alhamdulillah malam Bameng dengan Cikya makan shellout hasil kutip remis tepi laut.

Hangpa dinner apa tu?

Tiba2 malam ni Bameng nak makan Burger Crispy. Dekat Kerteh, Terengganu ni susah gak nak jumpa. Tak ramai yang niaga bur...
12/12/2024

Tiba2 malam ni Bameng nak makan Burger Crispy. Dekat Kerteh, Terengganu ni susah gak nak jumpa. Tak ramai yang niaga burger crispy area sini.

Cari ounya cari, jumpa AF Burger area Panalex. Nampak gerai cam biasa je, tapi don’t judge a book by its cover orang kampung Bameng kata.

Bameng Burger Ayam Crispy Box. Set sekali dengan 2 ketul ayam goreng & fries. Ayam goreng dia mak aiii besaq gak. Cuma fries dia sedikit garing. Bameng s**a lembut sikit.

Cikya order Tortilla Daging. Isi dia penuh oii. Puaihh makan. Air teh ais dia pun pekat sedap.

Overall Bameng boleh kata jaddii. Recommended.

Lain tekak lain rasa, Lain orang lain citarasa.

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lepak-Lepak Production posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share