19/05/2024
Fakta tentang aku si suri rumah
- Tak ada PhD, diploma je....
- Tak rasa bodoh dan ramai orang cakap aku pandai macam-macam. (Haza min fadhli Rabbi)
- Ramai je kawan dari pelbagai background.
- Duduk rumah pun orang panggil aku Boss, entahlah.
- Sentiasa cari peluang ikut kelas online, ikut keperluan. Dulu kelas bisnes, kelas design, kelas penulisan, buat networking. Kelas percuma je kebanyakannya. Maklumlah tak ada gaji PhD nak bayar kelas mahal.
- Sekarang banyak join Kelas agama, maklumlah dah masuk umur 40an, tak lama dah hidup, bekal kena topup selalu.
- Apa aku buat sebelum ni beri banyak pengalaman, pelajaran dan networking juga.
Kita ni kan, kalau duduk rumah tak nak bosan, kena rajin, jangan malas.
Orang malas, memang asyik duk ulang persekirtaran yang sama tanpa upgrade apa-apa.
Orang rajin dia akan ulang persekitaran yang sama sambil upgrade diri dari pelbagai sudut. Kadang nampak sama je tiap hari, tapi rupanya, dia upgrade level dia depan Allah, untuk Allah, demi Allah, kerana Allah.
Banyak benda boleh buat. Jangan terlalu pilih kawan, insya-Allah banyak kawan.
Apa yang penting pilih kawan yang betul. Ciri kawan yang paling betul kena ada ialah yang selalu mengingatkan kita kepada Allah.
Bukan kawan yang semestinya ada PhD.
Nampaknya para suri rumah dah kena bikin union!