KK MUSIC PRODUCTION

  • Home
  • KK MUSIC PRODUCTION

KK MUSIC PRODUCTION Lot 5, 2nd floor, TNK Commercial center, tg aru. 89100, kota kinabalu sabah jaming and recording.

18/07/2025

Kenapa Penting Ada Profil Band? 🎸🎙️

Untuk semua band yang ingin diketengahkan dalam projek seperti Sabah Indieband Compilation Vol. 2, profil band adalah satu elemen penting yang tidak boleh diabaikan.

Profil band membantu pihak penganjur dan pihak industri untuk:

✅ Mengenali identiti dan konsep muzik band anda
✅ Faham latar belakang, pengalaman & hala tuju band
✅ Menilai tahap kesediaan dan komitmen secara profesional

Tanpa profil, band anda akan kelihatan kurang bersedia dan sukar untuk dipertimbangkan secara adil – walaupun muzik anda mungkin hebat.

Jadi, pastikan anda sediakan sekurang-kurangnya:
📌 Nama & genre band
📌 Asal band & senarai ahli
📌 Biografi ringkas (1-2 perenggan)
📌 Gambar band (jika ada)
📌 Link lagu/demo atau media sosial

Ini bukan soal “siapa paling pop**ar”, tapi soal siapa yang paling bersedia untuk diketengahkan dlm industri muzik kita

Teruskan berkarya, teruskan belajar, dan terus bersedia. Industri muzik memerlukan anda, tapi dengan identiti yang jelas dan penyampaian yang meyakinkan. 💪🎶

18/07/2025

TERIMA KASIH!
Pihak KK Music Production ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua band yang telah menghubungi kami serta menghantar penyertaan melalui emel untuk projek Sabah Indieband Compilation Vol. 2.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan membuktikan semangat serta kesungguhan band-band indie Sabah dalam memartabatkan karya muzik tempatan.

Kami amat menghargai setiap penyertaan yang diterima dan akan meneliti semua bahan yang dihantar dengan penuh teliti dan hormat.

Senarai band terpilih akan diumumkan tidak lama lagi. Teruskan berkarya, menyokong antara satu sama lain, dan jadilah sebahagian daripada arus muzik di Sabah yang semakin mengakar kukuh..🤘🤘🤘

08/07/2025

ini btul2 sudah ni..utk 10 band sahaja..hantar profile band anda dan hubungi terus no.pone
0189701352 @ 0198309435
email: [email protected]
* berpeluang utk rakaman studio
* publisher dengan kkmp studio
* promo band anda.
* lagu yg belum siap di rakam dan masih dalam keadaan kualiti demo..
* kalau belum ada lagu kami juga menyediakan lagu utk band2 yg terpilih.
* lagu bahasa melayu.

siap sdh. tunggu...
10/06/2025

siap sdh. tunggu...

alhamdulillah.....sdh approve. bekerja keras utk capai matlamat..
07/06/2025

alhamdulillah.....sdh approve. bekerja keras utk capai matlamat..

01/06/2025

lagu tema album kompilasi sabah indie band 2011. kolaborasi 10 vocal dari setiap band yg terlibat.

01/06/2025

projek dulu Kompilasi Sabah indie band 2011.. kasi kluar2 mood dulu.

Ajat by Jeff Musafir...artis bisaya yang punya idea fresh dan rajin berkarya utk mencipta lagu2 baru..memberi kepercayaa...
31/05/2025

Ajat by Jeff Musafir...artis bisaya yang punya idea fresh dan rajin berkarya utk mencipta lagu2 baru..memberi kepercayaan pada kkmp studio utk merealisasikan lagu ke-3 nya. lagu nya bukan saja sedap di dengar tapi penuh makna, jiwa dan rasa dan di bantu oleh muzik arrangement yang santai dan fresh malah bertenaga dari segi string arrangement sepenuhnya di sumbangkan oleh Ryggel Rosmin dan solo gitar di siapkan oleh Razali Anan . itu lah lagu Ajat yang akan rilis tidak lama lagi di bawah kk music production....

terfikir untuk buat part 2..tapi masi ada halangan utk di buat... masa ni sangat meriah pada tahun 2011..banyak band2 mu...
30/05/2025

terfikir untuk buat part 2..tapi masi ada halangan utk di buat... masa ni sangat meriah pada tahun 2011..banyak band2 muncul. dan 10 band indie terpilih utk kompilasi sabah indie band part 1....manakala kesinambungan utk part 2 p**a sdh ada lengkap dgn 10 lagu yg mana setiap band terpilih di setiap daerah termasuk tawau dan sandakan..tapi apakan daya, baru saja bermula tiba2 studio terpaksa berpindah ke tempat lain iaitu tg aru pd masa itu..dan skrng terfikir utk buat balik part 2.. sabah indie band part II..kita tunggu.. ada masa kita imbas balik kenangan kompilasi sabah indie band 2011.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Dr kami Kk music production ( kkmp studio ) 0-0
30/03/2025

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Dr kami Kk music production ( kkmp studio ) 0-0

Address


Telephone

+60198309435

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KK MUSIC PRODUCTION posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KK MUSIC PRODUCTION:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share