
19/06/2024
𝐒𝐈𝐍𝐀𝐊𝐀𝐆𝐎𝐍
Hari ini, ramai masyarakat KDM berkumpul untuk meraikan pencapaian luar biasa dalam industri filem tempatan negeri Sabah iaitu penghasilan filem yang merupakan satu karya yang diambil dengan langkah berani oleh 𝑩𝑨𝑴𝑩𝑶𝑶 𝑺𝑶𝑼𝑵𝑫 𝑺𝑻𝑼𝑫𝑰𝑶 𝑺𝑫𝑵 𝑩𝑯𝑫 & 𝑺𝑻𝑬𝑷𝑯𝑬𝑵 𝑸 𝑭𝑰𝑳𝑴 𝑺𝑫𝑵 𝑩𝑯𝑫 untuk mengangkat dan memperkenalkan sisi Budaya Masyarakat KDM yang jarang di lihat oleh masyarakat lain. Ini merupakan sebuah karya hebat telah dilahirkan, dan di sebalik setiap adegan dan babak, terdapat beberapa individu yang telah mencurahkan seluruh jiwa dan raganya mahupun pengorbanan dari segi wang ringgit.
Tidak dapat dinafikan, menghasilkan sebuah filem memerlukan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, keberanian untuk menghadapi segala rintangan, dan ketekunan yang tiada henti. Dari perancangan awal, pemilihan skrip, pembiayaan, hingga penggambaran dan pasca produksi, setiap langkah diambil dengan penuh teliti dan komitmen yang jitu.
Dalam industri yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian, Penerbit kita telah menunjukkan ketahanan dan kreativiti yang luar biasa. Mereka tidak pernah mengenal erti putus asa, malah sentiasa mencari jalan untuk mengatasi setiap halangan. Hasilnya, kita hari ini dapat menyaksikan sebuah karya seni yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mencerminkan budaya dan nilai tempatan kita dengan begitu mendalam.
Dengan menunjukkan sokongan yang tinggi kepada penghasilan Filem dan sebagai tanda terima kasih kepada Penerbit utama filem yang telah bekerja tanpa mengenal lelah untuk memastikan filem ini bukan sahaja selesai tetapi juga mencapai tahap kualiti yang membanggakan, marilah kita semua datang menonton Filem di pawagam yang berdekatan.
Mari kita bersama-sama memberikan Penghormatan dan Pengiktirafan kepada Penerbit kita. Terima kasih atas usaha keras, ketekunan, dan dedikasi mereka. Filem ini adalah bukti nyata bahawa dengan usaha yang gigih, tiada apa yang mustahil. Kita doakan kejayaan filem ini agar pada masa akan datang kita mampu melihat sekali lagi karya KDM dapat diangkat di persada yang lebih tinggi.