Sahabat Tok Wan

  • Home
  • Sahabat Tok Wan

Sahabat Tok Wan Sahabat Tok Wan (STW) adalah kelab penyokong YAB Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail

13/02/2024
https://pahangku.com/tony-puaka-jangan-uji-kesabaran-melayu?fbclid=IwAR3XRGoV-BoMIb86tp_1totlT-1ugTx-vb7SZtKoSAmzt4QYAJI...
05/02/2024

https://pahangku.com/tony-puaka-jangan-uji-kesabaran-melayu?fbclid=IwAR3XRGoV-BoMIb86tp_1totlT-1ugTx-vb7SZtKoSAmzt4QYAJI6XCezaTA

Apakah niat Tony Phua disebalik sindirnnya dengan menyentuh keistimewaan Raja Raja Melayu ? Apakah beliau mampu membendung kemarahan orang Melayu Islam yang sukar di padam api kemarahannya bila agama, bangsa dan Rajanya disentuh?

Sindiran Tony Phua jelas mempersendakan Yang diPertuan Agong dan mempertikaikan kuasa prerogatif Yang DiPertuan Agong selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan yang mana kuasa yang diberikan melalui perkara 42 Perlembagaan Persekutuan Kuasa Pengampunan Perlembagaan Persekutuan

04/02/2024

'TONY PUA JANGAN TERLALU BIADAB'

Saya dan seluruh ahli UMNO bersedih dan terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap permohonan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Bagaimanapun kita tetap menghormati keputusan tersebut meskipun hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan penuh tidak menjadi kenyataan.

Namun begitu, dalam keadaan UMNO bersedih dengan keputusan tersebut, tindakan Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan biadab menerusi beberapa hantaran di Facebook miliknya dengan memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Dato' Sri Mohd Najib, jelas sekali menghina sistem perundangan negara.

Tindakan beliau ini juga seolah-oleh cuba meraih publisiti murahan bila mana diri beliau dilihat sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat termasuk ditolak ahli partinya sendiri dan semakin menuju kepada pengakhiran karier politiknya.

Oleh yang demikian, saya mendesak agar Tony Pua membuat permohonan maaf serta memadam semua hantarannya itu atau tindakan undang-undang boleh dikenakan.

Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Naib Presiden UMNO
4 Februari 2024

26/01/2024

Moh kita

Ada pelbagai Inisiatif lain seperti Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli, Pahang Pride Kasih ...
25/01/2024

Ada pelbagai Inisiatif lain seperti Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli, Pahang Pride Kasih , Rumah Rakyat Pahang antara senarai panjang inisitif diberikan kepada rakyat Pahang yang tidak perlu syarat menyokong Kerajaan Barisan Nasional tetapi sebagai orang Melayu yang kaya dengan adab dan budi bahasa apalah kiranya rakyat menjiwai apa itu makna jasa budi yang perlu dikenang.

Shahril Azman ADUN PAS Jengka bagaikan paku sebatang kuat bunyinya tukul bertalu talu.

Lagilah kalau paku berkarat

Ada pelbagai Inisiatif lain seperti Pahang Pride Kid, Pahang Pride Student, Pahang Pride Orang Asli, Pahang Pride Kasih , Rumah Rakyat Pahang antara senarai panjang inisitif diberikan kepada rakyat Pahang yang tidak perlu syarat menyokong Kerajaan Barisan Nasional tetapi sebagai orang Melayu yang ka...

24/01/2024

KERAJAAN NEGERI PAHANG PERKENAL REBAT AIR MAKMUR

Kerajaan Negeri Pahang mengambil maklum keputusan Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang telah mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah perlu bagi meringankan beban golongan yang terkesan akibat kenaikan tarif air.

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk memperkenalkan Rebat Air Makmur (RAM) melibatkan golongan sasar B40 bagi meminimakan kesan pelarasan tarif air ini.

Skim ini akan melibatkan golongan B40 dalam kump**an seperti berikut:
1. Penerima Bantuan e-Kasih.
2. Penerima Bantuan i-Damak
3. Penghuni Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Antara manfaat Rebat Air Makmur (RAM) yang bakal diperolehi oleh mereka yang termasuk dalam kategori yang dinyatakan ialah :

1. Pemberian Air Percuma
• Pemberian air secara percuma bagi golongan B40 terlibat yang menggunakan air tidak melebihi 12 meter padu sebulan.

2. Tiada Kenaikan Caj Bayaran Bil Air Bulanan
• Tiada kenaikan caj bayaran dikenakan bagi golongan B40 terlibat yang menggunakan air di antara 13 meter padu hingga 24 meter padu sebulan.

• Bayaran pada kadar baharu lebih rendah berbanding kadar terdahulu selepas pemberian Rebat Air Makmur.

3. Rebat Bulanan
• Kenaikan minima bagi golongan B40 terlibat yang menggunakan air 25 meter padu dan ke atas sebulan menerusi pemberian Rebat Air Makmur ialah RM10 sebulan.

Jumlah keseluruhan golongan sasar yang menerima impak Rebat Air Makmur adalah seramai 38,000 orang pengguna dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.6 juta setahun.

Rebat Air Makmur ini akan diberi secara automatik kepada semua pengguna dalam golongan sasar, manakala bagi pengguna yang tergolong dalam golongan sasar namun tidak menerima rebat secara automatik atas sebab tertentu, boleh memohon dan menyemak di kaunter Pejabat-pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Daerah terdekat bermula 25 Januari 2024 (Khamis).

Skim Rebat Air Makmur ini antara lain membuktikan Kerajaan Negeri Pahang tetap mendengar pandangan pelbagai pihak, ketika mana pelarasan tarif air tidak dapat dielakkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air di masa hadapan.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sebagai operator perkhidmatan bekalan air juga diminta untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, merangka perancangan strategik dan seterusnya mewujudkan situasi ‘menang menang’ kepada semua pihak yang terlibat.

Selama 40 tahun Kerajaan Negeri Pahang tidak melakukan penyelarasan tarif air dan sudah tiba masanya Kerajaan Negeri memulakan langkah bagi memastikan keterjaminan, meningkatkan kecekapan operasi serta kualiti perkhidmatan bekalan air di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
24 Januari 2024




27/12/2023
22/12/2023

FOKUS PERKHIDMATAN RAKYAT LEBIH UTAMA BERBANDING PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN

Saya meneliti pandangan menarik pelbagai pihak berkenaan cadangan bagi mewujudkan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

Secara ringkasnya, hasrat untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan masih tidak sesuai dan bakal mengundang lebih mudarat baik dari segi perkhidmatan, kewangan mahupun polemik politik.

Ia juga bakal menimbulkan ketidakselesaan antara kaum jika tidak ditadbir urus dengan baik.

Saya berpendirian teguh, apa jua yang hendak dilakukan, komitmen paling tinggi harus diberi dalam mengutamakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Itulah agenda paling mustahak bagi sesebuah kerajaan tempatan.

Sistem yang diguna pakai pada masa sekarang masih sesuai dengan kehendak semasa. Yang Dipertua atau Datuk Bandar adalah kebiasaanya dari kalangan penjawat awam yang senior, berpengalaman dan neutral dari segi kecenderungan politik.

Ahli-ahli Majlis p**a adalah lantikan Kerajaan Negeri, yang sudah semestinya juga membawa hasrat dan agenda yang sama dengan kerajaan memerintah.

Jika ada kepincangan, saya fikir itu adalah berkaitan dengan profesionalisme dan prestasi individu, bukan kepincangan sistem sedia ada.

Saya amat risau jika kita memasukkan elemen politik (pilihan raya) di dalam sistem ini, ia akan lebih membawa mudarat. Boleh jadi fokus terhadap politik adalah lebih daripada fokus perkhidmatan kepada rakyat.

Mungkin juga, kelak akan berlaku pemilihan yang bukan berdasarkan prestasi, tetapi persepsi. Dan itu lah yang berlaku pada masa kini, yang dipilih itu kadang-kala atas dasar pop**ar, tetapi tidak boleh buat kerja.

Kita juga harus menilai dari sudut implikasi kewangan. Jutaan ringgit bakal dibelanjakan untuk tujuan pilihan raya kerajaan tempatan. Mengambil iktibar apa yang berlaku di Parlimen Kemaman, RM3.5 juta terpaksa dibelanjakan sekali lagi untuk adakan pilihan raya kerana salah laku pemimpin di kawasan tersebut.

Ini boleh berlaku dalam pilihan raya kerajaan tempatan. Wang tersebut lebih baik digunakan untuk kebajikan rakyat.

Akhir sekali, saya ingin juga menasihati semua pihak agar lebih berhati-hati dalam memberi pandangan, terutamanya terhadap isu-isu yang sensitif.

Saya melihat kadang-kala pandangan-pandangan itu sengaja dibuat untuk menimbulkan provokasi, tetapi berselindung disebalik nama demokrasi.

Benar, ia adalah satu proses demokrasi yang baik. Namun ingatlah, sejauh manapun kita bersetuju dengan sistem demokrasi ini, jangan lah sampai kita terkorban hanya semata-mata ‘atas nama demokrasi’.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail
Naib Presiden UMNO
22 Disember 2023

05/12/2023
04/12/2023

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Tok Wan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share