Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA

Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) adalah sebuah Pusat Tanggungjawab di bawah kawal selia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Pengurusan bakat, pembudayaan warisan dan pengembangan tujahan seni para pelajar adalah antara fungsi utama PKW.

Aslam telah meninggalkan jejak yang bermakna di PKW.Bukan hanya sebagai pelajar praktikal, tetapi sebagai inspirasi untu...
03/08/2025

Aslam telah meninggalkan jejak yang bermakna di PKW.
Bukan hanya sebagai pelajar praktikal, tetapi sebagai inspirasi untuk semua.
Terima kasih, Aslam. Moga terus melangkah dengan yakin dan terus menggapai impian.

Demi UniSZA!



https://thereporter.my/aslam-pelajar-oku-cerebral-palsy-terharu-diraikan-hari-terakhir-praktikal-unisza/?fbclid=PAQ0xDSwL7O5VleHRuA2FlbQIxMQABpwgvJGqavtJ-gIxK0AXgGGj-MNemU29LEpRCNA-MVDQaFphF0Z6ywefwXq6Q_aem_45WkMB9__8XOj8ynudQefg

Aslam, pelajar OKU menzahirkan penghargaan kepada pihak UniSza yang meraikan hari terakhirnya sebagai pelajar praktikal.

Welcome to our fantastic UniSZA!
03/08/2025

Welcome to our fantastic UniSZA!

Kami warga Pejabat TNC (HEPA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu (ambilan kedua) Sesi 2025/2026 yang telah terpilih menjadi sebahagian daripada warga UniSZA.

Selamat menimba ilmu dan pengalaman berharga di UniSZA ✨



Keputusan Rasmi: Pertandingan Penyampai Radio Versatil Zon TimurPusat Kesenian & Warisan merakamkan ucapan tahniah kepad...
31/07/2025

Keputusan Rasmi: Pertandingan Penyampai Radio Versatil Zon Timur

Pusat Kesenian & Warisan merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang yang telah menunjukkan kualiti penyampaian cemerlang.

Tempat Pertama
Izarudy bin Isa
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tempat Kedua
Muhammad Norsyukri Aiman
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Tempat Ketiga
Muhammad Nur A’sif bin Md Noor
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Pertandingan ini membuktikan bahawa dunia penyiaran bukan sekadar medium hiburan, tetapi juga ruang intelektual yang memerlukan kefasihan, kepekaan isu semasa dan keupayaan mempengaruhi khalayak secara positif.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat versatil yang ditonjolkan.

Seni Merentas Disiplin, Membina Masa Depan Wakil pegawai dan mahasiswa dari PKW telah menghadiri Bicara Tokoh 2025 yang ...
30/07/2025

Seni Merentas Disiplin, Membina Masa Depan

Wakil pegawai dan mahasiswa dari PKW telah menghadiri Bicara Tokoh 2025 yang berlangsung dengan penuh wibawa di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program anjuran JKKN ini mengangkat tema besar “Seni Merentasi Disiplin: Transformasi dan Masa Depan” serta menampilkan tokoh-tokoh unggul dalam bidang masing-masing seperti:

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah
Prof. Ar. Hijjas Kasturi
Encik Suhail Mohamed Kamaruddin
Encik Hazwan Haziz Rosli
Dimoderatorkan oleh Puan Hamda Mohamed Yusof.

Diskusi menyentuh bagaimana seni dan budaya boleh menjadi pemacu perubahan, merentas pelbagai bidang dan generasi. Turut memeriahkan, persembahan tradisional oleh adik-adik cilik yang mencuri tumpuan hadirin .

Semoga pendedahan seperti ini menjadi pencetus idea baharu untuk warga PKW dan mahasiswa UniSZA terus memartabatkan seni budaya tanah air.

Demi UniSZA!

[ BULETIN PODCAST: eUSAHAWAN PODCAST SIRI 1 “DARI MODUL KE MODAL” ]Kuala Nerus, 29 Julai 2025 – Siri pertama program eUs...
29/07/2025

[ BULETIN PODCAST: eUSAHAWAN PODCAST SIRI 1 “DARI MODUL KE MODAL” ]

Kuala Nerus, 29 Julai 2025 – Siri pertama program eUsahawan Podcast yang bertajuk “Dari Modul ke Modal” telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi di Konti Pesona FM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Program yang merupakan anjuran daripada Pusat Kerjaya, Keusahawanan dan Jaringan Pintar (PaKAT) ini mengetengahkan dua panel hebat, iaitu Muhammad Wazif Ashraf bin Harun, mahasiswa daripada ISM Antropologi dan Dakwah, FSSG, pemilik The Keteh serta Shaikh Mahadhir bin Shaikh Feshar, mahasiswa daripada ISM Pengurusan Risiko dan Takaful, FPP, Direktor Lokal Ganu Market Enterprise.

Sesi podcast pada kali ini dikendalikan oleh Coach Ahmad Najib bin Ibrahim, jurulatih eUsahawan dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang turut berkongsi panduan serta strategi berkesan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan secara digital.

Justeru, podcast ini bertujuan untuk memberikan inspirasi, ilmu dan pendedahan praktikal kepada mahasiswa agar lebih bersedia menempuh dunia keusahawanan yang mencabar.

Semoga penganjuran siri ini membolehkan ramai mahasiswa UniSZA tampil berani untuk meneroka bidang keusahawanan digital serta menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara di masa depan.

Jom ikuti perkembangan kami di:

Instagram: pesonafm.wow
Youtube: Pesona TV Kalang Warisan
TikTok: pesona.wow

HEBAHAN LIVE: PODCAST SANTAI BERSAMA MDEC @ PESONA FM UniSZANak tahu rahsia kejayaan usahawan tempatan dari zero ke hero...
29/07/2025

HEBAHAN LIVE: PODCAST SANTAI BERSAMA MDEC @ PESONA FM UniSZA

Nak tahu rahsia kejayaan usahawan tempatan dari zero ke hero?
Jom Selami Dunia e-Usahawan!
Siri 1: Dari Modul ke Modal

Sebuah podcast yang berfokuskan kepada perkongsian pengalaman kisah usahawan sebenar, tip marketing, dan langkah pertama dalam menceburi bidang e-usahawan. Podcast e-Usahawan kalini akan membongkar teknik sebenar, bukan teori kosong! Ayuh semua kita saksikan bersama sepertimana berikut:

Tarikh: 29 Julai 2025 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Platform: Youtube Pesona FM Kalang Warisan & Radio Pesona FM

Moderator:
Coach Ahmad Najib bin Ibrahim
(Coach eUsahawan, MDEC)

Panel Jemputan:
Muhammad Wazif Ashraf bin Harun
(ISM Antropologi & Dakwah, FSSG)- The Keteh
Shaikh Mahadhir bin Shaikh Feshal
(ISM Pengurusan Risiko & Takaful,FPP)- Lokal Gaun Market Enterprise

Facebook Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA : https://www.facebook.com/pkwUniSZA/

Youtube: https://youtube.com/

Muat turun aplikasi Pesona fm UniSZA di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.

28/07/2025

Globalisasi Sastera Malaysia: Mimpi Atau Realiti?

26/07/2025
Pesanan buat semua mahasiswa di kampus atau yang sedang bercuti semester di mana jua. Buat penilaian risiko terhadap akt...
25/07/2025

Pesanan buat semua mahasiswa di kampus atau yang sedang bercuti semester di mana jua. Buat penilaian risiko terhadap aktiviti yang dilakukan untuk menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan pada tahap tertinggi.

Demi UniSZA!

Ikhlas daripada:
Warga Kerja & Mahasiswa Kelab Kesenian
Pusat Kesenian dan Warisan

Demi UniSZA!Perjuangan mereka masih berjalan untuk Parlimen Mahasiswa UniSZA (PMU) 2025. ‘Plan B’ dengan menambah perala...
23/07/2025

Demi UniSZA!

Perjuangan mereka masih berjalan untuk Parlimen Mahasiswa UniSZA (PMU) 2025. ‘Plan B’ dengan menambah peralatan diaktifkan bagi mengatasi masalah teknikal yang berlaku pada sesi petang sebentar tadi. Penambahan satu set lengkap ini bakal dipacu oleh peralatan teknikal Pusat Kesenian dan Warisan yang dikendalikan sepenuhnya oleh satu pasukan khusus mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL).

Kata mereka, ini sekadar sumbangan kecil mereka untuk semua rakan-rakan mahasiswa yang sedang bercuti di kampung halaman dan sangat teruja untuk mengikuti Siaran Secara Langsung PMU seterusnya tanpa gangguan.

Khas buat semua mahasiswa UniSZA yang bakal bergelar pemimpin hebat di masa hadapan:

“A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way”.

Address

Pusat Kesenian Dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:45
Tuesday 09:00 - 16:45
Wednesday 09:00 - 16:45
Thursday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:45

Telephone

+6096688768

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA:

Share

Category