25/02/2026
• GERHANA BULAN PENUH 3 MAC 2026 •
KEJADIAN DUA GERHANA DI DALAM BULAN RAMADHAN 2026.
Gerhana matahari cincin pada 17 Feb 2026 pada pukul 8.05 malam waktu Malaysia adalah termasuk dalam bulan Ramadhan kerana di dalam islam penutup bagi hari adalah waktu maghrib. Ramai tidak tahu aturan ini. Gerhana seterusnya ialah gerhana bulan pada 3 Mac 2026, bersamaan 14 Ramadan 1447H. Secara tidak langsung ia adalah kejadian dua gerhana berturut-turut di dalam bulan Ramadhan.
Fenomena dua gerhana (bulan dan matahari) berturut-turut dalam bulan Ramadhan sering dikaitkan dalam literatur Islam sebagai salah satu tanda hampirnya kemunculan Imam Mahdi. Ia merujuk kepada hadis yang dipetik oleh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Al-Qaul Al-Mukhtasar fi 'Alamat Al-Mahdi Al-Muntazar, yang menyatakan berlakunya dua gerhana di bulan Ramadhan sebelum kemunculan beliau.
Kejadian gerhana bulan dan matahari dalam satu bulan, termasuk Ramadhan, telah berlaku beberapa kali (contoh: 1981, 1982).
Sebahagian pandangan menganggap ia tanda akhir zaman, sementara yang lain melihatnya sebagai fenomena astronomi semulajadi yang normal. Kita patut bersyukur kerana dapat melihat kejadian alam ini di dalam hayat ini. Kemungkinan untuk kejadian gerhara berkembar seterusnya di jangkakan pada tahun 2040 nanti.
Nota: Gerhana matahari bermula pukul 17:29 UTC dan berakhir pada pukul 21:53 UTC, dengan puncaknya pada 19:41 UTC.
• Kredit Penulisan : Omen Neocrofis
• Kredit Gambar : Waktu Solat Malaysia