Palestine Today

Palestine Today PUSAT KOMUNITI RAKYAT
https://www.my1community.com.my

Penduduk P4l3stin berjalan sambil memikul guni tepung yang dihantar sebagai bantuan kemanusiaan selepas trak bantuan ber...
29/07/2025

Penduduk P4l3stin berjalan sambil memikul guni tepung yang dihantar sebagai bantuan kemanusiaan selepas trak bantuan berjaya memasuki G az a Utara melalui lintasan sempadan Zikim pada 27 Julai.

Di sebalik beban tepung yang dipikul, terselit harapan dan ketabahan, simbol perjuangan untuk hidup dalam situasi yang serba kekurangan.

Bantuan ini juga lambang solidariti dunia terhadap penderitaan yang tidak seharusnya dilupakan.

Palestine Today
We Are Nothing Without ALLAH
We Are All Palestine MY
Muafakat Rakyat - Palestin
We Are All Palestine MY
DeMoCrAcY is DeMoCrAzY
BeRjUaNg SeLaGi HiDuP
Democracy is Zionisme - Israel IsReal Terrorism
Rantaian Konspirasi Iblis, Dajjal, Demokrasi, Undi - Kluster Ahli Neraka
Sesungguhnya Syaitan Itu Musuh Bagi Kamu Yang Terang Dan Nyata
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus
Ya ALLAH Jadikan Kami Kalangan Orang-Orang Yang Menyusul Pejuang Agama Mu

Institusi Islam tertinggi Mesir, Al-Azhar menerima kecaman minggu ini selepas memadam kenyataan tegas yang mengecam pemb...
25/07/2025

Institusi Islam tertinggi Mesir, Al-Azhar menerima kecaman minggu ini selepas memadam kenyataan tegas yang mengecam pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Israhell di 4aza daripada saluran media sosial rasminya, dipercayai selepas menerima tekanan daripada Kementerian Luar Negeri Mesir.

Kenyataan tersebut, yang disiarkan sebentar pada 22 Julai lalu, mengecam rejim Israhell kerana melakukan jenayah genosid dan sengaja melaparkan rakyat Palestin di 4aza. Ia turut memberi amaran bahawa semua pihak yang menyokong jenayah itu secara langsung atau tidak langsung akan dipertanggungjawabkan.

“Sesiapa yang membekalkan senjata kepada entiti ini, menyokongnya melalui resolusi politik atau memberi kata-kata semangat yang penuh kepura-puraan adalah rakan sejenayah dalam pembunuhan beramai-ramai ini,” kata kenyataan Al-Azhar. “Mereka akan dibicarakan oleh Tuhan Yang Maha Adil, Maha Membalas, pada hari di mana tiada harta dan anak-anak yang akan menyelamatkan.”

Kenyataan itu dipadam tanpa sebarang penjelasan, sekali gus mencetuskan spekulasi meluas di media sosial.

Palestine Today
We Are Nothing Without ALLAH
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus
Ya ALLAH Jadikan Kami Kalangan Orang-Orang Yang Menyusul Pejuang Agama Mu

23/07/2025

Momen-momen terakhir seorang lelaki Gaʐa, yang ditembak mati oleh penembak tepat ȴʂraeȴ ketika beliau sedang berusaha mendapatkan sedikit makanan buat anak dan isterinya yang kelaparan.

Rakaman ini ditemui oleh keluarganya…

Video terakhir yang sempat dirakam di telefon bimbitnya, sebelum dia jatuh tersungkur, ditembak kerana mencari roti.😢

Palestine Today

21/07/2025

Mereka yang Dijamin Syurga
(Abdullah bin Salam al-Isra’ili R.A)

Beliau ialah Abdullah bin Salam bin al-Harith, Abu Yusuf, daripada keturunan Nabi Yusuf A.S. Beliau mendapat jaminan perlindungan kafilah Khazraj, al-Isra’ili, kemudian al-Ansari. Beliau daripada Bani Qainuqa‘. Dikatakan bahawa nama asalnya ialah al-Husain (الحصين), kemudian Baginda SAW menukarnya. (Lihat al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, 4/102).

Beliau merupakan seorang al-Imam dan termasuk dalam kalangan sahabat Nabi SAW serta salah seorang yang dijamin syurga.

Beliau juga merupakan salah seorang pendeta Yahudi.

Di antara mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya ialah Abu Hurairah, Anas bin Malik, Abdullah bin Ma‘qil, Abdullah bin Hanzalah bin al-Ghasil, kedua-dua anaknya iaitu Yusuf dan Muhammad, Bisyr bin Syaghaf, Abu Sa‘id al-Muqri’, Abu Burdah bin Abu Musa, Qais bin ‘Abbad, Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman, ‘Ata’ bin Yasar, Zurarah bin Aufa dan ramai lagi. Dikatakan hadith pertama yang didengarinya ialah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوْا السَّلاَمَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

Maksudnya: “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan (kepada orang yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.” (Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, 2/413-414).

Pengislaman Abdullah bin Salam dan Tiga Soalan Beliau kepada Rasullullah SAW

Berkenaan hal ini, terdapat riwayat daripada Anas bin Malik, beliau menceritakan bahawa telah sampai berita ketibaan Nabi SAW di Madinah kepada Abdullah bin Salam, lalu beliau menanyakan beberapa perkara kepada Baginda. Katanya: “Aku akan bertanya kepadamu tiga perkara yang tidak akan akan diketahui kecuali oleh seorang Nabi. Apakah tanda-tanda pertama hari kiamat? Dan apa makanan pertama yang akan dimakan oleh penghuni syurga? Dan bagaimanakah seorang anak mirip dengan bapanya dan bagaimana dia mirip dengan ibunya?” Baginda menjawab: “Jibril baru sahaja memberitahuku.” Abdullah bin Salam berkata: “Dia adalah malaikat yang menjadi musuh orang-orang Yahudi.” Baginda bersabda: “Adapun tanda pertama hari kiamat adalah api yang akan muncul dan akan menghimpunkan manusia daripada timur menuju barat. Dan makanan pertama penghuni syurga adalah ketulan hati ikan paus. Dan (miripnya) seorang anak (ditentukan), apabila suami mendatangi isterinya dan air maninya mendahului air mani isterinya, bererti akan lahir anak yang menyerupai bapanya. Namun bila air mani isterinya mendahului air mani suaminya, maka akan lahir anak yang mirip dengan ibunya.”

(Lantas) Abdullah bin Salam berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan engkau adalah Rasulullah.” Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah kaum yang sangat s**a memutar belit. Tanyalah mereka mengenai aku sebelum mereka mengetahui keislamanku.” Kemudian orang-orang Yahudi datang, lalu Nabi SAW bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu tentang seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Salam?” Mereka menjawab: “Dia adalah seorang alim dan anak dari seorang yang alim dan orang yang paling mulia antara kami dan anak orang yang paling mulia antara kami.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu jika Abdullah bin Salam memeluk Islam?” Mereka menjawab: “Semoga dia dilindungi Allah dari perbuatan itu.” Baginda mengulangi pertanyaannya kepada mereka, Namun mereka tetap menjawab seperti tadi. Lalu Abdullah bin Salam keluar seraya berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” Maka mereka berkata: “Dia ini orang yang paling buruk di antara kami dan anak dari orang yang jahat.” Mereka terus saja menghina Abdullah bin Salam. Lalu Abdullah bin Salam berkata: “Inilah yang aku bimbangkan tadi, wahai Rasulullah.”

Riwayat al-Bukhari (3938)

Selain itu, Abdullah bin Salam R.A juga termasuk dalam kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada ‘Amir bin Sa‘ad bin Abu Waqqas, daripada bapanya, katanya:

مَا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: لِأَحَدٍ يَمْشِي عَلَى الأَرْضِ إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، إِلَّا لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلاَمٍ ” قَالَ: وَفِيهِ نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ {وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ} [الأحقاف: 10] الآيَةَ، قَالَ: «لاَ أَدْرِي قَالَ مَالِكٌ الآيَةَ أَوْ فِي الحَدِيثِ»

Maksudnya: “Aku tidak pernah mendengar Nabi SAW bersabda tentang seseorang yang berjalan di muka bumi: “Sesungguhnya dia termasuk penghuni syurga” kecuali kepada Abdullah bin Salam.” Dia berkata: “Padanya (Abdullah bin Salam) turunnya ayat ini: {وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ} [الأحقاف: 10] (pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil … sehingga akhir ayat) Dia berkata: “Aku tidak tahu apa yang dikatakan Malik, (apa yang dimaksudnya) ayat ataupun hadith (iaitu berkenaan turunnya ayat ini daripada dirinya sendiri atau dengan sanad ini).”

Riwayat al-Bukhari (3812)

Begitu juga riwayat daripada Muhammad daripada Qais bin ‘Ubad, katanya:

كُنْتُ جَالِسًا فِي مَسْجِدِ المَدِينَةِ، فَدَخَلَ رَجُلٌ عَلَى وَجْهِهِ أَثَرُ الخُشُوعِ، فَقَالُوا: هَذَا رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ تَجَوَّزَ فِيهِمَا، ثُمَّ خَرَجَ، وَتَبِعْتُهُ، فَقُلْتُ: إِنَّكَ حِينَ دَخَلْتَ المَسْجِدَ قَالُوا: هَذَا رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، قَالَ: وَاللَّهِ مَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ أَنْ يَقُولَ مَا لاَ يَعْلَمُ، وَسَأُحَدِّثُكَ لِمَ ذَاكَ: رَأَيْتُ رُؤْيَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَصْتُهَا عَلَيْهِ، وَرَأَيْتُ كَأَنِّي فِي رَوْضَةٍ – ذَكَرَ مِنْ سَعَتِهَا وَخُضْرَتِهَا – وَوَسْطَهَا عَمُودٌ مِنْ حَدِيدٍ، أَسْفَلُهُ فِي الأَرْضِ، وَأَعْلاَهُ فِي السَّمَاءِ، فِي أَعْلاَهُ عُرْوَةٌ، فَقِيلَ لِي: ارْقَهُ، قُلْتُ: لاَ أَسْتَطِيعُ، فَأَتَانِي مِنْصَفٌ، فَرَفَعَ ثِيَابِي مِنْ خَلْفِي، فَرَقِيتُ حَتَّى كُنْتُ فِي أَعْلاَهَا، فَأَخَذْتُ بِالعُرْوَةِ، فَقِيلَ لَهُ: اسْتَمْسِكْ فَاسْتَيْقَظْتُ، وَإِنَّهَا لَفِي يَدَيَّ، فَقَصَصْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «تِلْكَ الرَّوْضَةُ الإِسْلاَمُ، وَذَلِكَ العَمُودُ عَمُودُ الإِسْلاَمِ، وَتِلْكَ العُرْوَةُ عُرْوَةُ الوُثْقَى، فَأَنْتَ عَلَى الإِسْلاَمِ حَتَّى تَمُوتَ» وَذَلِكَ الرَّجُلُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلاَمٍ.

Maksudnya: “Aku sedang duduk di masjid Madinah, lalu seorang lelaki masuk dan di wajahnya terlihat tanda kekhusyukan. Mereka berkata: ‘Lelaki ini termasuk daripada penghuni syurga.’ Lelaki itu solat dua rakaat dengan ringkas. Kemudian dia keluar dan aku mengikutinya.” Aku berkata: “Sesungguhnya ketika kamu masuk masjid mereka berkata: ‘Lelaki ini termasuk daripada penghuni syurga.’ Dia (Abdullah bin Salam) berkata: ‘Demi Allah, tidak patut bagi seseorang mengatakan apa yang tidak dia ketahui. Namun, aku akan menceritakan kepadamu kenapakah (boleh ada dakwaan) demikian. Aku pernah bermimpi di zaman Nabi SAW. Lalu aku menceritakan mimpi itu kepada Baginda SAW. Aku bermimpi seakan-akan berada di satu taman — dia menyebutkan keluasan dan kehijauannya — di tengahnya terdapat sebatang tiang besi, bahagian bawahnya (terpacak) di bumi dan hujungnya (meninggi) di langit. Di atasnya p**a terdapat satu simp**an tali.’ Dikatakan kepadaku: ‘Naiklah.’ Aku berkata: ‘Aku tidak mampu.’ Maka diberikan kepadaku pembantu lalu dia mengangkat pakaianku dari belakang. Aku pun memanjat hinggalah ke puncaknya. Lalu aku memegang simp**an tali itu. Dikatakan kepadaku: ‘Peganglah kuat-kuat.’ Kemudian aku terbangun dan tali itu berada di tanganku. Aku menceritakannya kepada Nabi SAW. Maka Baginda bersabda: ‘Taman itu adalah Islam. Tiang tersebut adalah tiang Islam. Tali itu adalah tali yang kukuh. Engkau berada dalam (agama) Islam sehinggalah engkau meninggal dunia.’ Lelaki tersebut adalah Abdullah bin Salam.”

Riwayat al-Bukhari (3813)

Selain daripada itu, turut diriwayatkan daripada Sa‘ad bin Abu Waqqas, beliau berkata: “Aku tidak pernah mendengar Nabi SAW menyatakan kepada seseorang yang masih hidup di muka bumi bahawa dia termasuk penghuni syurga melainkan kepada Abdullah bin Salam.” (Lihat Fath al-Bari, 7/127; al-Isti‘ab, 2/374; Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, 1/271).

Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah menyampaikan khabar gembira kepada Abdullah bin Salam sebagai penghuni syurga di hadapan sekump**an sahabat, yang di antara mereka ialah Sa‘ad bin Abu Waqqas, iaitu ketika beliau menerima semangkuk remukan roti dicampur kuah, lalu beliau melebihkan sedikit daripada makanan itu, seraya bersabda: “Akan masuk dari jalan di antara bukit ini seseorang dari para penghuni syurga, yang memakan lebihan makanan ini.” Sa‘ad berkata: “Sementara sebelumnya aku meninggalkan saudaraku, Umair bin Abu Waqqas bersiap-siap untuk menghadap Nabi SAW. Aku berhasrat dialah orang yang dimaksudkan. Ternyata yang datang ialah Abdullah bin Salam, lalu dia memakan lebihan makanan itu.” (Lihat Fath al-Bari, 7/130; Siyar A‘lam al-Nubala’, 2/417).

Abdullah bin Salam R.A meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah di Madinah sebagaimana diriwayatkan oleh sebahagian ulama seperti al-Haitham bin ‘Adi, Ibn Sa‘ad, Abu ‘Ubaid, al-Baghawi, Abu Ahmad al- ‘Askari dan lain-lain . (Lihat Siyar A‘lam al-Nubala’, 2/424; al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, 4/104).



🍉 Palestine Today 🍉
We Are All Palestine MY
We Are All Palestine MY
Muafakat Rakyat - Palestin
We Are Nothing Without ALLAH
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus
Ya ALLAH Jadikan Kami Kalangan Orang-Orang Yang Menyusul Pejuang Agama Mu

Tujuh kali cuba dibunuh. Hilang tangan, mata, dan hampir seluruh tubuhnya. Tapi namanya tetap jadi mimpi ngeri buat Isra...
14/07/2025

Tujuh kali cuba dibunuh. Hilang tangan, mata, dan hampir seluruh tubuhnya. Tapi namanya tetap jadi mimpi ngeri buat Israel.

Selama lebih 20 tahun, beliau merancang tanpa menonjolkan diri seperti mewujudkan kump**an pejuang, menggali terowong, menyusun strategi, mencetus gerakan. Dan dalam diam, mengubah sejarah.

Hari ini, cukup setahun beliau telah pergi. Tapi legasinya tetap hidup. Al-Fatihah buat seorang pejuang.

🔥 Palestine Today 🔥

12/07/2025
Semalam, dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa yang berlaku di utara Gaza, di bumi jih4d Bait Hanoun.S...
08/07/2025

Semalam, dunia sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa yang berlaku di utara Gaza, di bumi jih4d Bait Hanoun.

Satu bandar yang telah dihancurkan berkali-kali oleh tentera Zionis.

Satu tempat yang dikatakan telah ‘dibersihkan’ sepenuhnya oleh rejim penjajah.

Tiada lagi ancaman. Tiada lagi pejuang.

Hanya tinggal batu-bata berserakan dan sisa runtuhan bangunan sahaja.

Namun semalam, dari bawah timbunan runtuhan bangunan dan terowong yang digali dengan senyap, keajaiban itu muncul sekali lagi.

Sekelompok pemuda mujahid berselipar, di tengah-tengah kepungan kelaparan telah merancang serangan yang akan menjadi mimpi buruk kepada tentera penjajah untuk beberapa dekad akan datang.

Sasaran mereka?

Briged Netzah Yehuda, unit paling ganas dalam tentera Zionis.

Unit yang dipenuhi ekstremis Haredi yang dahagakan darah rakyat Gaza.

Ketika itu,kenderaan berperisai mereka masuk dengan penuh kesombongan ke dalam runtuhan Bait Hanoun.

Mereka tidak tahu bahawa mereka sedang dipantau.

Tidak tahu bahawa setiap langkah mereka telah diperhitung.

Dan apabila detik serangan telah tiba.

Satu dentuman kuat menggoncang bumi telah berlaku tanpa disangka oleh mereka.

Sebuah alat letupan yang ditanam dengan penuh strategi diledakkan tepat di bawah kenderaan berperisai mereka.

Letupan itu telah meletupkan kenderaan tersebut sehingga menyebabkan lima askar mati serta-merta.

Belum sempat mereka menarik nafas, satu lagi ledakan menyusul ,kali ini menyasarkan robot pembawa peluru.

Peluru berpandu anti-kereta kebal menghancurkannya sebelum sempat digunakan.

Pas**an penyelamat tentera pengganas Israel juga turut disasarkan oleh para pejuang .

Hasilnya, 4 tentera mereka cedera parah dan 11 yang lain turut tercedera dengan pelbagai tahap akibat serangan tersebut.

Bait Hanoun, yang kononnya telah dihancurkan, telah menjadi tapak penghinaan terbesar buat tentera Zionis sejak perang bermula.

Dan dunia perlu tahu kehebatan serangan ini..

Bahawa para pejuang Gaza bukan lagi hanya bertahan.

Mereka menyerang dengan begitu hebat sekarang ini.

Kerana mereka punya satu perkara yang tak ada dalam tentera Zionis lakntullah…

Cintakan syahid. Dan bencikan hidup yang penuh kehinaan.

Mereka sanggup korbankan nyawa demi menyelamatkan maruah perjuangan umat Islam.

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ ۖ

Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut (syaitan).

Palestine Today

Bilik Operasi Bersama mujahidin Palestin telah mengisytiharkan Yasser Abu Shabab yang disokong Israel laknatullah dan ku...
07/07/2025

Bilik Operasi Bersama mujahidin Palestin telah mengisytiharkan Yasser Abu Shabab yang disokong Israel laknatullah dan kump**annya sebagai pengkhianat," dengan menyatakan bahawa "darah mereka tidak berharga" kerana kerjasama mereka dengan tentera Israel menentang rakyat Gaza.

"Beroperasi dengan senjata tentera Israel, di bawah perlindungan dan pengawasan mereka, kump**an Abu Shabab dibentuk oleh tentera musuh sendiri, dengan kepimpinan politiknya secara terbuka mengakui mempersenjatai dan mengerahkan mereka untuk melayani kepentingannya dan melindungi tenteranya," kata mereka dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

"Mereka telah kehilangan identiti Palestin mereka, dan darah mereka dianggap dilucuthakkan oleh semua mujahidin Palestin dan pas**an patriotik."

Minggu lalu, Mahkamah Revolusi di bawah Badan Kehakiman Tentera di Gaza memberi Yasser Abu Shabab yang disokong Israel sepuluh hari untuk menyerah diri, bermula Rabu, 2 Julai 2025. Mahkamah berusaha untuk mendakwanya atas tuduhan serius di bawah undang-undang Palestin.

Sumber: Quds News Network

Palestine Today

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌ Mengapa Mereka Terus Memilih Jalan Perjuangan? Lebih 21 bulan, masih ada harapan lagikah?Setelah 6...
03/07/2025

ᖴᖇᗴᗴ ᑭᗩᒪᗴSTIᑎᗴ !! 🇵🇸✌

Mengapa Mereka Terus Memilih Jalan Perjuangan? Lebih 21 bulan, masih ada harapan lagikah?

Setelah 600 hari para pejuang di G@za masih meneruskan perjuangan mereka dengan cemerlang walaupun serba kekurangan.

Minggu lalu, tentera rejim Zi@nis dikejutkan dengan operasi para pejuang di Khan Younis yang berjaya membunuh lebih tujuh orang. Operasi ketenteraan tidak terhenti di situ sahaja, diteruskan lebih banyak operasi dari utara G@za sehingga ke selatan.

Laporan turut menyebutkan jumlah kematian bulan lalu merupakan antara bulan yang paling ramai askar yang gugur. Mereka mengiktiraf jumlah askar yang gugur ialah 21 orang. Kebiasaannya, jumlah kematian digandakan dengan tiga untuk mendapatkan jumlah kecederaan.

Itupun jumlah yang diiktiraf, kita mengetahui bahawa jumlah ini tidak tepat kerana rejim Zi@nis amat s**ar untuk mengumumkan kerugian mereka.

Bahkan ketika Iran membedil sehingga musnah satu pertiga Tel Aviv dan bandar utama lain seperti Haifa, Beer Saba’, Asdod dan seumpamanya, mereka mengharamkan media antarabangsa untuk merakam kemusnahan yang berlaku.

Rejim Zi@nis turut mengenakan denda kepada penduduk yang menyebarkan visual yang menunjukkan kehancuran akibat serangan roket balistik Iran.

Hal ini kerana mereka mengetahui penduduk dan tentera Zi@nis tidak mempunyai ketahanan dan kesabaran yang tinggi untuk berjuang demi negara mereka. Segala ancaman yang berbahaya kepada mereka menyebabkan mereka mudah berasa lemah dan panik.

Berbeza dengan penduduk Palestin di G@za khususnya. Bekas pemimpin tertinggi HAM@S, al-Syahid Yahya Sinw@r menghabiskan lebih 20 tahun hidupnya dalam penjara, bermakna sekitar satu pertiga hidupnya di dalam penjara.

Dalam pada itu, selepas sahaja beliau keluar daripada penjara, beliau menerima tugasan dari pimpinan atas untuk mengetuai ketenteraan.

Sedangkan beliau boleh sahaja menghabiskan masa untuk berbulan madu, bercuti di luar negara dan meninggalkan perjuangan.

22 tahun dalam penjara, tidak cukupkah ini dikira sebagai perjuangan?

Tidak bagi Yahya Sinw@r. Bahkan apa yang beliau sebut lebih memberi inspirasi:

أكبر هدية يمكن أن يقدمها لي العدو هي أن يغتالني، وأفضل أن أقتل شهيدا

“Hadiah paling besar yang boleh diberikan oleh musuh kepada aku ialah membunVhku, dan aku lebih s**a m@ti sebagai syahid.”

Maha Suci Allah, beliau syahid selepas berperang seorang diri melawan satu briged tentera elit.

Serangan yang membunuh beliau bukanlah daripada mana-mana askar, tetapi sebuah peluru meriam yang dilepaskan dari Kereta Kebal Merkava.

Ketika beliau syahid, umurnya melepasi 60 tahun dan laporan juga menunjukkan beliau tidak makan selama tiga hari sehingga beliau meninggal dunia.

Hakikatnya apa yang membezakan sebahagian besar daripada kita dengan mereka ialah pemikiran dan pendirian mereka. Hal inilah yang membezakan perkiraan kita dan mereka dalam erti perjuangan, kesyahidan dan kemenangan.

Mereka mengetahui dengan sepenuh keyakinan bahawa musuh memiliki kelebihan kekuatan ketenteraan, sokongan politik, kemajuan ekonomi, maklumat dan teknologi.

Tetapi semua ini tidak mampu mematikan semangat dan perjuangan mereka kerana mereka juga yakin bahawa Allah sedang melihat mereka, melindungi mereka, memberikan pahala kepada mereka atas perjuangan mereka dan memberi jaminan kepada mereka bahawa kemenangan itu hampir dan ia hanya datang daripada Allah.

Firman Allah:

نَصْرٌۭ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتْحٌۭ قَرِيبٌۭ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

“Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman” Surah al-Saf ayat 13.

- Tadabbur Sura Yusuf berkenaan episod kemusnahan di G@za

Di akhir surah Yusuf, Nabi Yusuf menyebutkan Allah bersifat al-Latif (Yang Maha Lembut) kepada baginda. Untuk memahami apa yang berlaku di G@za, kita wajib memahami apa maksud al-Latif yang merupakan salah satu nama Allah dan kenapa Nabi Yusuf sebutkan Allah bersifat al-Latif dalam perjalanan hidup baginda.

Mengikut Imam Abd Rahman al-Sa’di dalam bukunya Tafsir Asmaa al-Husna:

الذي لَطُفَ علمه حتى أدرك الخفايا ، والخبايا ، وما احتوت عليه الصدور، وما في الأراضي من خفايا البذور

“Yang lembut ilmu-Nya hingga mengetahui segala yang tersembunyi, dan yang tersembunyi di balik rahsia, serta apa yang tersimpan di dalam dada, juga apa yang tersembunyi di bumi daripada benih-benih yang tersembunyi.”

Menurut Imam Ishaq al-Zujaj p**a dalam Tafsir Asmaa al-Husna:

وَهُوَ فِي وصف الله يُفِيد أَنه المحسن إِلَى عباده فِي خَفَاء وَستر من حَيْثُ لَا يعلمُونَ ، ويسبب لَهُم أَسبَاب معيشتهم من حَيْثُ لَا يحتسبون

“Dia adalah Yang Maha Memberi Kebaikan kepada hamba-hamba-Nya secara tersembunyi dan dengan perlindungan, dari arah yang mereka tidak ketahui, dan Dia menyediakan bagi mereka sebab-sebab rezeki dan kehidupan dari arah yang tidak mereka sangkakan.”

Bagaimana p**a dikaitkan kisah Nabi Yusuf dengan nama Allah Yang Maha Lembut?

Sedangkan baginda diuji dengan ujian amat berat. Beliau dicampakkan ke dalam perigi berseorangan, dipisahkan dengan ayahnya, Nabi Ya’qub, dibesarkan oleh keluarga asing, masuk ke dalam penjara.

Dari sinilah ulama menafsirkan bahawa, al-Latif yang dimaksudkan di sini ialah Allah mengetahui hikmah di sebalik ujian yang diberikan. Walaupun seberat mana pun ujian yang diberikan, semuanya dalam pengetahuan Allah dan ia akan memberi kebaikan yang tidak terjangka kepada hamba-hambaNya.

Sebab itulah, di akhir episod Nabi Yusuf, setelah menjadi menteri di Mesir dan berjumpa semula dengan keluarganya, ayah dan ibunya dan adik beradiknya, setelah semua ujian dan dugaan yang berlaku, Nabi Yusuf menyebut Nama Allah, al-Latif dengan firman Allah SWT:

إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِمَا يَشَاءُ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

“Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Yusuf ayat 100)

Hal yang sama seharusnya kita melihat apa yang berlaku ke atas G@za.

Pada pandangan manusia ia adalah kehancuran dan kematian, tetapi pandangan seorang mukmin, ia adalah perjuangan dan pengorbanan ke arah kemerdekaan Palestin.

Allah mengetahui setiap pengorbanan setiap roh yang bernyawa di G@za dan bahkan kesyahidan seorang bayi pun sebenarnya disebut dalam al-Quran.

Firman Allah SWT:

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ (8) بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ (9)
“Dan apabila bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunvh?” (Surah al-Takwir ayat 8-9)

Dengan segala kesusahan dan penderitaan ini, penduduk G@za percaya Allah bersama mereka dan Allah pastinya akan membalas pengorbanan mereka ini dengan syurga Allah yang kekal abadi.

Manakala penjenayah dan sekutunya pasti akan diberi azab seberat-berat azab di neraka selama-lamanya.

Dari keadaan ini, kita memahami mengapa penduduk G@za melaungkan firman Allah selepas menghadapi kematian ahli keluarga, kehancuran rumah dan seumpamanya:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Cukuplah Allah (menjadi penolong kami), dan Dialah sebaik-baik tempat berserah diri (tawakal).” (Surah Ali Imran ayat 173)

Mereka yakin bahawa Allah bersama mereka dalam musibah ini. Mereka turut yakin hikmah terbaik di sebalik ujian ini dan Allah pasti akan membalas dengan azab yang amat pedih kepada orang yang melakukan kezaliman.

Sabda Rasulullah SAW:

ما يُصيبُ المسلمَ من نَصَبٍ، ولا وَصَبٍ، ولا همٍّ، ولا حَزنٍ، ولا أذًى، ولا غمٍّ، حتّى الشوكةَ يُشاكُها، إلا كفَّرَ اللهُ بها من خطاياهُ

“Tiada sesuatu yang menimpa seorang Muslim sama ada keletihan, sakit, kebimbangan, kesedihan, gangguan atau kesusahan bahkan sehingga duri yang mencucuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dosa-dosanya dengannya.” (Sahihain Bukhari dan Muslim)

Kalau duri yang mencucuk sehingga berasa sakit, bagaimana p**a dengan ujian dan musibah yang sedang dialami penduduk G@za?

Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan memberikan ganjaran sebesar-besarnya kepada penduduk G@za yang sabar dan thabat.

-Tamat bahagian satu-

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

🍉 Palestine Today 🍉
We Are All Palestine MY
We Are All Palestine MY
We Are Nothing Without ALLAH
Ya ALLAH Jadikan Kami Kalangan Orang-Orang Yang Menyusul Pejuang Agama Mu

30/06/2025

Palestine Today

Address

Bureij

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Palestine Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share