Gaza kini

Gaza kini Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gaza kini, Media/News Company, Gaza.

08/11/2023

TERKINI

BERITA GEMBIRA

BRIGED AL QASSAM MENGAMUKKKK LAGIII

Sebuah kenderaan IDF dan 2 Kereta Kebal musnah dalam serang hendap Briged di Utara Bulatan Al Tawam, Gaza

Sebuah Kereta Kebal IDF musnah dalam serang hendap Briged Al Qassam menggunakan Misil Al Yassin 105 di Al Tawam, Gaza

2 Kereta Kebal Israel musnah dalam serang hendap di Barat Daya Bandar Gaza

Sebuah kereta kebal musnah diserang Briged di Barat Laut Gaza

Sebuah Kereta Kebal musnah dan Seorang anggota IDF tercedera Ditembak Penembak Hendap (Sniper) Briged di Sultan, Beit Lahia, Gaza

Jumlah aset IDF yang musnah dalam serangan mereka di Gaza kini meningkat kepada 124 buah

Angka rakyat Palestin yang syahid dalam Taufan Al-Aqsa selama sebulan ini hampir menyamai jumlah rakyat Palestin yang sy...
08/11/2023

Angka rakyat Palestin yang syahid dalam Taufan Al-Aqsa selama sebulan ini hampir menyamai jumlah rakyat Palestin yang syahid sejak tahun 2000 akibat serangan rejim Isr4el!

Berlaku pengeboman di beberapa tempat dekat semenanjung GazaIDF juga baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi mengaku be...
07/08/2021

Berlaku pengeboman di beberapa tempat dekat semenanjung Gaza

IDF juga baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi mengaku bertanggungjawab ke atas serangan-serangan tersebut

18/06/2021

Menurut laporan bertulis dari Al Qassam, pihak penjajah melancarkan 2 buah roket, kemudian 4 buah roket lagi setelahnya di Khan Yunis. Mereka juga melancarkan serangan udara ke atas kawasan pertanian di kawasan Al Sudaniah, selatan semenanjung Gaza.laporan itu lagi, apa yang dilakukan pihak penjajah itu hanyalah lagak untuk menunjukkan kekuasaan pimpinan kerajaan baru dan mengembalikan semangat kepada tentera dan barisan kepimpinan mereka, yang telah runtuh selepas perang Saif Al Quds. Sebarang kebodohan yang dilakukan Israel ke atas rakyat, pihak pejuang atau tempat suci (Aqsa) akan menerima penentangan yang akan diketuai oleh Briged Al Qassam

Israel menyiarkan futej serangan malam tadi


12/06/2021

Seorang bayi kelemasan susulan tindakan penguasa Israel yang membaling bom pemedih mata ke dalam rumah orang awam di wilayah Qalqilya


06/06/2021

Penduduk Palestin di Sheikh jarrah
Di halau oleh tentera Israel

02/06/2021

Apa yang sedang dilakukan anak kecil ini bernama Karam? Beliau sedang mencari baju rayanya yang terbakar apabila rumahnya dibom penjajah!

Hakikat dan pengalaman pahit yang terpaksa dilalui anak-anak kita di usia terlalu kecil 😭

30/05/2021

Dengarkan kisah Ilyas, seorang kanak-kanak dari kejiranan Sheikh Jarrah

29/05/2021

Muhammad Alyan, 4 tahun, dipanggil oleh Israel untuk disiasat berkaitan tuduhan membaling batu kepada penguasa Israel

Celaka kau Israel, dengan budak pun takut. Apa kau fikir dia prajurit Hamas ?

29/05/2021

Namanya Muhammad Sha’ban, berumur 8 tahun, dia hilang kedua matanya apabila dibedil peluru berpandu pesawat Israel semasa dalam perjalanan pulang dari membeli baju raya bersama ibunya

Ya Allah, hancurkan Israel pembunuh wanita dan kanak-kanak 🤲🏻

27/05/2021

Ismail Haniyyeh:

Hari terakhir pertempuran Pedang AlQuds, di mana terdapat ketegangan dengan perunding dalam mencari penyelesaian kepada ketegangan di Gaza

Pihak yang memulakan pencerobohan mesti mengambil tanggungjawab dan menghentikannya ke atas rakyat kami

Kami belum menerima rundingan terus dengan Israel berkaitan isu AlQuds, sebagai lambang simbol agama, ideologi dan politik

Kami menolak untuk AlQuds dipecahkan di atas meja rundingan, tapi semua pihak harus memahami bahawa pertempuran ini bermula kerananya

Saudara kami di Mesir menawarkan gencatan senjata bersama dan kami setuju dengan syarat “waktu sifar” dimumkan 2 jam sebelum gencatan senjata

Pihak perunding memaklumkan bahawa kami menolak gencatan senjata bersama

Pihak Israel memberi amaran kepada penduduk kami untuk mengosongkan 3 menara kediaman, dan kami katakan kepada pihak penjajah bahawa mereka mesti menamatkan amaran tersebut, menghubungi semula penduduk dan meminta mereka kembali semula ke menara kediaman mereka

Kami katakan secara jelas, kami telah mempunyai keputusan untuk menjangkau keseluruhan geografi dengan roket-roket kami, namun kerana pihak perunding kami menamatkannya, namun jika penjajah melakukan sebarang kebodohan, keputusan tersebut masih terbuka kepada kami

Abu Ubaidah ketika itu memberi ancaman kepada pihak penjajah, kerana mereka tahu, bahawa kami tidak mengancam dengan cakap kosong

Pihak pejuang adalah jaminan kepada berhentinya pencerobohan, di mana kami telah beri amaran dan melaksanakan. Kami tidak dapat menerima penerusan keizinan AlAqsa, dan kami tidak dapat menerima pengusiran orang-orang kami

Kami katakan secara jelas, tiada lagi pengusiran selepas ini

Kami telah maklumkan kepada semua pihak sehingga menjangkau Amerika dan Israel bahawa AlAqsa adalah garis merah dan kami tidak akan menerima sebarang gangguan ke atasnya

Selepas gencatan senjata, kami sedang berusaha untuk mengembalikan gambaran kemenangan, dan memelihara syarat-syarat perhubungan yang dikenakan oleh pasukan pejuang

Penamatan peperangan baru-baru ini merupakan tamatnya satu tahap, dan membuka tahap yang baru

AlQuds merupakan tajuk utama pertempuran dengan pihak penjajah, dan perkara ini hanya akan berakhir dengan pembebasan AlQuds

Suasana pagi di Gaza (selepas perang tamat)
27/05/2021

Suasana pagi di Gaza (selepas perang tamat)

Address

Gaza

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gaza kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share