16/12/2025
MANTRA
Assalamualaikum semua ❤️
Disini aku ingin Bercerita tentang sosok tubuh yg di dalam gambar ini.
ialah ayahdaku Kamaruzaman bin mat Aris
sewaktu umurku yg masih ingat dalam benak fikiranku.
masa itu umurku dalam linkungan 12 tahun
Berpusu pusu orang kampung datang kerumah ku
untuk berubat penyakit kulit seperti Capak,Bertih,dan kayap
kebiasaanya dan kebanyakan adalah Anak anak kecil.
Aku selalu Berada di tepinya Apabila Arwah Bapaku mengobati pesakit.
yg ku perhatikan Hanya sebekas air sahaja dan beberapa tiupan di hembus ke air yg di buat oleh Arwah bapaku.
Dan di bahagian tubuh pesakit
Arwah bapaku mengambil air liur di langitnya dan sapu ketubuh pesakit itu sahaja
Tidak sekalipun aku mendengar apa bacaan dan MANTRANYA.
Selalunya arwah Bapaku meghalau pesakit yg hendak berubat dengannya
Disuruh pergi ke Hospital dahulu
Jika tidak sembuh juga
Barulah dia ikhtiar kerana Allah.
Dan arwah bapaku selalu pesan kepadaku apabila mengobat orang.
Ada pantangnya
tidak boleh kena hujan dan duduk ditempat yg panas
harus berdiam diri di rumah
pesakit juga kena buat benda yg sama.
Dengan perubatan tradisional ini lah orang kampung Bergantung harap pada masa itu
Nak di pendekkan cerita Ayahdaku jatuh sakit.
Pada satu malam aku Bertanyakan Apakakah MANTRA yg selalu digunakan semasa Berubat
Ayahdaku Memberitahuku dia Mengamalkan Surah pertama yg Diturunkan kepada Nabi MUHAMMAD S.A.W itu sahaja.
Dan keesokan Harinya tanggal 6/8/2010
Ayahdaku menghembuskan Nafas yg terakhir
Jasanya tetap ku kenang sampai ke hari ini dan ku tuliskan ceritanya 16/12/2025 di muka buku.
untuk buat kenang kenangan Al-fatihah Hero ku ❤️