danishfirds

danishfirds •KL 🇲🇾
•Travel storyteller on the ground
•Hustle demi Hasil | BIT (Hons)

02/10/2026

Bahasa Melayu Singapura dan Malaysia . Hari ni saya berada di sekitar kawasan Kampong Glam bersama pemuda di sini. Kita tengok loghat dan bahasa harian mereka .

01/10/2026

KAMPUNG yang hilang di Kota Singapura

29/09/2026

Kalau ada 1 tempat dekat Singapura yang suruh saya pusing 10 kali tanpa rasa boring, saya pilih Geylang Serai

28/09/2026

Pemuda Malaysia PERTAMA KALI ke HDB Singapura , jenis L

11/09/2026

KAMPUNG MELAYU SINGAPURA . Hari ini saya berkesempatan menerokai Kampong Wak Hassan, sebuah kawasan yang pernah menjadi penempatan komuniti Melayu di Singapura. Masih adakah kesan kehidupan kampung yang kekal di sini?

09/09/2026

Makan karipap dekat Singapura 🇸🇬

08/09/2026

Tengok Rumah Orang Melayu SG jenis Kondominium

Setakat ini saya dah sampai ke Jakarta, Semarang, Bandung, Jogjakarta, Batam, Daik Lingga dan Surabaya. Walaupun dah bal...
06/09/2026

Setakat ini saya dah sampai ke Jakarta, Semarang, Bandung, Jogjakarta, Batam, Daik Lingga dan Surabaya. Walaupun dah balik ke tanah air, saya sangat bersyukur sebab masih ramai sahabat di Indonesia yang selalu ajak saya datang semula 🥹

Sekarang ramai p**a suruh saya ke Aceh, Padang dan Pontianak. Indonesia ni luas sangat. Kalau korang boleh pilih satu tempat untuk saya pergi seterusnya, korang pilih mana dan kenapa?

🇸🇬 Tahu tak? masjid kat Singapura  Solat Jumaat 2 kali dalam satu hari. Mula-mula saya pun pelik.Selesai menunaikan Sola...
04/09/2026

🇸🇬 Tahu tak? masjid kat Singapura Solat Jumaat 2 kali dalam satu hari.

Mula-mula saya pun pelik.
Selesai menunaikan Solat Jumaat, saya duduk di belakang masjid untuk berehat sambil menikmati suasana. Tapi satu benda buat saya tertanya-tanya…

Kenapa makin ramai orang masuk ke dalam masjid, sedangkan Solat Jumaat baru sahaja selesai?Rupanya, baru saya tahu bahawa sesetengah masjid di Singapura mengadakan 2 sesi Solat Jumaat pada hari yang sama.

Sesi pertama berlangsung pada waktu Zohor, manakala sesi kedua p**a bermula sekitar jam 2 petang dan ke atas. Sistem beberapa sesi ini dibenarkan apabila terdapat keperluan, antaranya untuk menampung jumlah jemaah yang ramai. Menarik juga bila kita travel ke negara orang. Kadang-kadang perkara yang kita anggap biasa di Malaysia, rupanya dilaksanakan dengan cara yang berbeza di tempat lain. Saya datang Singapura nak melihat kehidupan masyarakat tempatan, tapi dalam perjalanan tu banyak p**a benda baru yang saya belajar. Korang pernah tahu pasal Solat Jumaat 2 kali ni?

02/09/2026

Baru-baru ini saya datang dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki kereta api. Dalam hati, saya selalu tertanya-tanya… macam mana sebenarnya kehidupan seharian orang tempatan di sini? Tak sangka, saya dipertemukan dengan seorang Auntie yang saya tak pernah kenal sebelum ini. Dia menjemput saya ke rumahnya dan perjalanan kami bermula dengan menaiki bas menuju ke Admiralty.

Bagi saya, cara terbaik untuk memahami sesebuah tempat bukan sekadar datang sebagai pelancong, tapi turun padang, naik pengangkutan mereka dan melihat sendiri cara kehidupan masyarakat tempatan.

Sejujurnya, setelah mendalami cara hidup orang tempatan saya sangat terharu dengan sikap kerja keras serta “ikhlas menolong” oleh masyarakat orang Melayu di Singapura.

Terima kasih, Auntie.

Address

Changi Village

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when danishfirds posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to danishfirds:

Shortcuts

Share

Category